Erkkk..

Tuesday, May 06, 2008
aku jumpa nih kat blog sape-entah. pinjam yer tuan empunya blog..hahahha

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..).

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya...)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu, sebulan atau setahun…
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita...)

Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat dan peribadi yang kita mahukan…)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat,suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

so kengkawan mari kita pastikan apa yg kita rasa..hikhikhik..

0 comments:

 

Browse