Pi La Tido...

Saturday, May 31, 2008
"Eh, dah lewat malam ni, kamu tidak mahu tidur lagi?" bisik hatiku..

"Ala baru pukul 12.15. Tunggu la kejap lagi. Lagipun nak apdet blog kejap nih",kataku kepada hatiku...

Tangan gatal nak apdet blog. Tapi akal tidak ada idea untuk dicurahkan? So gimana ni. Nak pikir lagi?? Yer yer,kejap..bagi 10 minit. Nak fikir kejap.

Alahai, pi la tidur. Tidur tu kan bukannya untuk kasi body kamu "tiny vacation" semata-mata,malah penting untuk otak kamu juga. Nah masuk tidur sekarang. Have a nice sleep...

Baik lah, aku pun dah menguap-nguap nih. Memang tahap wajib tido dah nih. Selamat Malam semua. Sweet dream everibodi.

"Eh anak siapa pulak yang tido dalam blog aku nih?", huhuhu
Sekadar merapu-rapu2 di tengah malam.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam.

Untuk Renungan Bersama...

Friday, May 30, 2008
Terjemahan Ayat Suci Al-Quran..

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang,
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang

(Al-Ma'aarij: Ayat 19-23)

Ezam Ezam..

Wednesday, May 28, 2008
Apa motif dia masuk umNO balik? Sape-sape, de sape-sape tahu motif yang tersirat? Kenapa umNO??? dah kate NO kan dulu..huhuhu.... ada apa dengan umNO tu?? Tidak serikkah?

Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Owhh, Saizul.. Ezam Mohd Noor ni Former Parti Keadilan Rakyatnye Youth leader. Mustahil la mung dok kenal..

Sometimes..

Sakit tu di mana-mana..
Moga sakit ini bisa menggugurkan mana-mana khilaf yang telah aku lakukan..Amin.

"JANGANLAH KITA HIDUP UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

Something To Ponder.

Tuesday, May 27, 2008
I keep staring at this white platform. What i'm gonna write this time?? Do i need to write? Yea i need to,coz it give me unexplainable satisfaction. Recently i realize that my passion of writing is a bit downgraded. I don't have a clear explaination why this happen. Still i love to write..love to "conteng-conteng" and love to tell all the "merapu-rapu-thing"...

Ok then... i think i would like to quote a few phrases from a book i just read (though i haven't finish the book anyway..hehehe)

"Too many times we pray for ease, but that's a prayer seldom met. What we need to do is pray for roots that reach deep into the eternal, so when the rains fall and the winds blow, we won't be swept under."

Yea,i just realized,whenever i pray, i pray that Allah will ease all my works, my life and everything in this world and hereafter. I seldom pray for being given a strength, so that i can face the hurdle in my life. I seldom do that. What if He want to test me? Instead He eases all my life, He gives some hardship, will i be able to face that hardship if my innerside is not strong enough?? Of course not! But for me, no matter how big the trouble is, as long as we remember Allah, and we strongly believed in Him, insyaAllah..we will not going to stray from His path, and He will absolutely give His Guidance to His slave to face it.

When things going wrong, then we started to pray. That what we do, and that what i do. Back to the phrases above. In my life, when i'm stumble, then i remember to pray for that strength which i think, my action is a bit late. Not a bit, but very late. Poor me! But Alhamdulillah,for me, stumble in my life does'nt mean that everything is over, i'm done, and that's it. It's actually a beginning of everything. I started to learn a value of it. I started to appreciate everything that came across me. I started to wake up from my 'long sleep'. I started to open my eyes and i know, it is not stumble that i met, but a ladder to a success.

Chewahhh!! Pandai pulak aku mereka ayat. Eh,wait!!! that one i'm not creating. But i read it somewhere. Don't remember where. It said, "Failure is a ladder to a success". You guys must have heard this la. rite?

Alhamdulillah, enough for today's entry, don't have any idea dah to "conteng-conteng" lagi. hihihi.

For anyone who's waiting for my "Aku Bulan dan Kau Bintang Part2" , Sorry for not posting it yet, still in the process of editting and writing the story, a bit busy la this week and last week. So, hope u guys can wait and wait and wait.... and thank you for waiting. huhuhu. "As-Sabru Minal Iman". Sabar itu separuh daripada Iman..

Ngengada je aku nih..buat announcement cam gempak jek. macam la ramai orang tunggu nak baca citer tu..hahaha.. Whatever la, as long as i get that satisfaction of writing. Full Stop.

"JANGANLAH KITA HIDUP UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

Aku Yang Sudah Tidak Punyai Banyak Masa

Monday, May 26, 2008
Mungkin dunia sudah berada di akhir zaman. Terasa masa yang ada begitu singkat. Sehinggakan dalam tak sedar, aku sudah berada di penghujung hari. Baru seminit lepas aku terasa berada di permulaan hari, sekarang tiba masa untuk aku menutup mata pula di penghujung hari. Arghhh..masa terlalu pantas berlari. Sehinggakan tidak termampu untuk aku mengejarnya.

Aku harus menutup mata sekarang. Aku sudah tidak punyai banyak masa untuk dibazirkan di hadapan laptop Muni ni. Waktu tidur harus diutamakan. Tidur yang berkualiti menjamin kerja yang produktif. Harapnye la.. hihihi. Selamat Malam semua.

Sampai di sini contenganku yer, kerana aku ingin mengejar masa itu. Moga ketemu di entry akan datang yang lebih mantap.

"Aku takkan pernah jadi sempurna, seperti engkau pinta,
Aku takkan bisa, meski telah ku cuba.."

WaAllahualam
Wasalam.

Entry Ke-100

Saturday, May 24, 2008
Wahhhh... rupanye dalam sedar tak sedar aku dah post 100 entry!!! Syabas Fida, syabas... Tidak ku sangka sudah 100 entry rupanye aku menconteng-conteng.. bermula dengan sekadar main-main, rupanya aku ader jugak kasi blog aku ni komitmen yang mantap dan bukan sekadar main-main! Yer la, usia blog ni baru 3 bulan tapi dah 100 entry!! Well, it's me then..hihi berlagak lak.. Lepas ni tidak la diketahui apa pulak cerita seterusnya.

Begitu sekejap masa berlalu... arghhh, masa itu terlalu pantas berjalan. Sampaikan tidak termampu untuk aku mengejarnya. Sejak akhir-akhir ni aku disibukkan lagi dengan seorang 'manager-wannabe'...huhuhu. Cam dia pulak nak jadi manager kitaorang, banyak pulak bende yang dia suruh kitaorang buat..cam dia punya kuasa...mentang-mentang manager aku sekarang berada di Singapore.. Alamak, dah terkutuk orang...ok ok, tersasur.. citer bab lain..hahahahahaha.

Ok masuk bab lain la weh. Bab pe ek??

Ari ni plan nak gi melawat adinda tersayang kat UIA. Dari minggu lepas lagi dia suruh aku datang. Sebab nak hantar laptop dia ni ha!! Aku buat harta jap 2 minggu. hahah. Sib baik dia baik hati kasi pinjam:D

Besok pulak, Mak sepupu aku datang dari Terengganu. Kalau diizinkan katenye mahu melawat Putrajaya ni. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban... kalau jadi la. Kalau tak jadi... erkkk aku nak buat apa ek besok?? Muni pulak mau pulang ke kampung hari ni. Sebab dia kan orang UK, ari senin ni orang UK cuti..huhuhu.. Aku sorang-sorang lagi!!.. Whuaaaaaaaaaaaaaaa...

Pikir-pikir pulak, banyaknye aku pikir!!! hihi, aku pikir kan,besttnye kalau jadi cikgu sekarang ni la.. sebab cuti 2 minggu tuh.. huhuhu. Aku duk kat Satyam ni tak merasa la kalau nak cuti 2 minggu lagu tuh. Besttnye kalau balik kampung!! Adik-adik semua ada kat rumah!! Mak pun same! Aku dulu lepas abis belajar kat UIA penah gak apply KPLI.. Masa tu semangat berkobar-kobar nak jadi cikgu..Tapi tak dapat..huhu sedey2..Tapi itu la, dah rezeki aku jadi Software Test Engineer... ader hikmah yang tersurat dan tersirat. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tapi best pe jadi software tester ni, hahaha walaupun cuti tak sebanyak cuti seorang guru, tapi gi keje flexible je.. Nak pakai pe pun boleh. Time keje pun flexi. Huhuhu, kan Mekdi kan? Haha, saje nak kaber..hihihi

Okla buat member2 yang bergelar pendidik. Selamat bercuti!! Cuti-cuti Malaysia!!
Itu je la kut contengan di pagi Sabtu.

"Aku takkan pernah jadi sempurna seperti engkau pinta,
Aku takkan bisa meski telah ku cuba"

WaAllahualam
Wasalam..

Kamu Yang Aku Kenal..

Thursday, May 22, 2008
Kamu yang aku kenal...
Takkan mudah tewas pada bicara hati..
Takkan mudah terusik pada gurisan kata...
Takkan mudah kalah dan tunduk teresak...

"Aku takkan pernah jadi sempurna,seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa, meski telah ku cuba.."


WaAllahualam
Wasalam..

GLORY GLORY MAN U...

:D

Who Will Win European Champions League Title??

Wednesday, May 21, 2008
Man U or Chelsea???

Glory glory Man U ...lalalalalala.

Aku Bulan dan Kau Bintang (PART 1)

Tuesday, May 20, 2008
Terlalu berat untuk aku membuka mata ketika azan subuh sayup-sayup kedengaran. Kepala aku terasa begitu berat untuk diangkat meninggalkan bantal empukku. Pandanganku beralih ke jam loceng di tepi katil aku. Pukul 6 pagi. Terasa 6 jam tidurku masih tidak cukup.

"Arghhh, bangun la Cik Afie!! Nanti syaitan gembira tengok kau liat nak bangun untuk sembahyang", bentak hati kecikku

Sedaya upaya aku lawan bisikan syaitan untuk terus menyambung tidur. Dengan perlahan dan gaya malas, aku bangun dari katil, menuju ke bilik Najiah di sebelah bilikku .Aku ketuk-ketuk pintu biliknya.

"Jie, bangun jie, dah pukul 7 ni, nanti lambat nak pergi kerja!" Aku bohong. Padahal baru pukul 6. Aku sengaja berbuat begitu kerana aku tahu, sekiranya diberitahu jam baru pukul 6, Jie sudah tentu tidak akan mengendahkan panggilanku,malah selimut garfieldnya akan ditarik kemas.

Memang tepat tekaan aku. Dengan sekali panggilan, Jie sudah kalut-kalut membuka pintu dan terus bilik air. Tersengih aku melihat gelagat teman rumahku yang sorang ni. Tapi Jie tidak pernah marahkan aku walaupun aku berbohong tentang masa yang terlalu berharga itu demi mengejutkannya untuk solat subuh.

Sesudah masing-masing menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, Jie tiba-tiba datang menghampiriku dengan tangannya memegang sesuatu.

"Afie,nah surat kau,aku lupa nak bagi semalam. Surat dari jauh nampak!", Jie mencelah keheningan pagi.

"Thanks Jie, eh bukan dari jauh la, ni ditulis dari Hafiq, kalau dari jauh..aku tak kenal la pulak siapa jauh tu! hahaha", aku saja melawak pepagi buta dengan Jie. Jie tersenyum hambar mendengar celotehku dan berlalu meninggalkan aku dan surat itu. Malas nak layan kerenahku agaknya.Sampul surat itu aku buka. Memang dari Hafiq.

"Mimpi apa dia kirimkan aku surat? Bukannya dia tidak ada email aku pun, padahal Mesengger pun boleh", hatiku terdetik.

Salam Afie..
Harap kau sentiasa berada di dalam rahmatNya. Orang kampung apa khabar? Rindunya aku pada mereka semua. InsyaAllah aku akan pulang pada akhir bulan depan. Nantikan kepulangan aku!

Ikhlas:
Hafiq
Medicine Street
Russian Federation

"Hafiq-Hafiq, kau ni memang saje je kan nak bazirkan duit poskan surat untuk aku, kalau dekat tak apa juga. Mengada betul!" getus hatiku.

"Padahal 2 malam lepas aku baru bersembang dengannya di ruang cyber. Tidak pula dikhabarkan pada aku yang dia akan pulang," Arghh, Hafiq memang suka membuat kejutan. Getus hatiku lagi.

Ingatan ku tiba-tiba melayang kepada Hafiq, teman sekampungku .Aku memang membesar bersama-samanya, bersama Dayah,Mukhlis dan Naim. Kami berlima memang rapat sejak di bangku tadika lagi, dan ikatan persahabatan itu dikukuhkan lagi apabila kami berlima sama-sama bersekolah di sekolah rendah yang sama. Sekolah Kebangsaan Haji Daud,Kuala Terengganu. Tapi antara kami berlima, Hafiq yang paling nakal.Paling disegani dan yang paling pintar. Walaupun dia seorang anak yatim piatu dan hidup dalam serba kekurangan bersama neneknya, tapi dia disayangi oleh guru-guru dek kepintarannya. Pelajarannya tidak pernah dipandang enteng.

Dengan kawan-kawannya juga,dia tidak pernah kedekut dengan ilmu yang ada. Sampaikan dia sanggup mengajar aku,Naim,Mukhlis dan Dayah. Kami berempat ni je yang selalu payah menerima ilmu ketika cikgu mengajar dalam kelas, dan Hafiq lah yang bersusah payah mengadakan study group untuk aku berempat selepas kami sama-sama balik dari belajar mengaji Al-Quran di rumah TokPit.

Pun begitu tidak pernah Hafiq membangga-banggakan kecerdikan yang dimilikinya. Tidak pernah sekali-kali dia memandang rendah terhadap kami yang agak lembap pada ketika itu. Malah kami di dorong untuk sama-sama mengecap kejayaan dalam pelajaran bersamanya dan keikhlasannya memang jelas tergambar.

Arghh, aku terlalu kagum dengan Hafiq dan sifatnya itu. Tidak hairan lah jika sekarang, dia mampu merasa nikmat kehidupan di negara orang kerana menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Kerana keikhlasannya yang tiada tandingan itu juga dan berkat usaha kami semua ,aku, Naim, Mukhlis dan Dayah sudah mampu mengikut jejak langkahnya. Naim sekarang baru 2 bulan menjadi akauntan di Jabatan Audit Negara, Mukhlis masih lagi di semester akhir di University Malaya dalam bidang kejuruteraan awam, Dayah baru menyambung pelajarannya di peringkat Master di University of Adelaide, Australia,dan aku baru 6 bulan bergelar jurutera perisian di Intel Cyberjaya.

Terlalu indah jika dikenangkan zaman kanak-kanak itu. Terasa ingin aku kembali ke zaman itu lagi. Tapi...

" Aiii Afie, jauh kau berangan!! Tidak mahu pergi kerja ke hari ini??" tanye Jie mengejutkan aku dari lamunan kanak-kanakku.

"Haha, Jie,kau dah siap?? Alamak, dah hampir 7.30!! Aku dah lambat ni!!", tergesa-gesa aku mencapai kurungku yang sudah sedia bergosok dan bersiap sekadar yang perlu.

Tiba-tiba mendengar teriakan Jie dari luar.

"Afie, aku pergi dulu ye! breakfast kau aku dah letak atas dapur. Makan tau!"

"Ok Jie, Thanks for the breakfast. See ya, Assalamualaikum", sempat aku memberi salam kepada teman rumahku merangkap pensyarah di University Tenaga Nasional itu.

"Eh Jie buatkan aku breakfast??" tiba-tiba aku berkata sendiri kehairanan.

to be continued........

Tun Dr Mahathir Keluar umNO!!

Monday, May 19, 2008
Terkejut aku tatkala mendengar headline Buletin Utama malam ni. Tun Dr Mahathir keluar umNO dengan bersyarat. huhu..!! Tun Mahathir kan ahli umNO seumur hidup! Apa motif di sebalik tindakannya?? Mantan perdana menteri itu keluar umNO tapi akan menarik balik tindakan beliau jika Pak Lah resign!

Pak Lah kata, beliau tidak akan sekali-kali meletak jawatan kerana kerja beliau masih banyak, dan semestinya terdapat cara lain untuk mengatasi masalah yang melanda umNO itu dan beliau akan terus setia kepada parti umNo.

Tun Mahathir memberitahu, beliau tidak akan masuk mana-mana parti pembangkang . huhu. Pulak.. Suka ati beliau. Tapi berita malam ni benar-benar buat aku tersentak!! Syukur pun ada, terkesima pun ada.

Isk isk isk..memang umNO mengalami kemelut dalaman yang terlalu parah. Pada pandangan aku la. Memang kene rawat dari akar umbi ni. Bukannye rawatan diberikan kepada umNo secara umum, cakap berapi-rapi..tapi perlaksanaannya..habuk je yang ada.. Chewahh, pandai pulak aku merapu pasal umNO. Padahal darah umNO tidak pernah sesaat mengalir dalam tubuh aku!..huhuhu. Sebenarnya saje je aku nak bersuara sebagai seorang rakyat yang tinggal di negara demokrasi yang "aman dan damai" ni.

Sampaikan tak jadi aku nak conteng pasal hari wesak is working day for Satyamite. huhuhu.

Apa pun, best pulak rasa mee PaMa ni. Dah lame aku tak merasanye. Jemput makan!

"Aku takkan pernah, jadi sempurna seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa, meski telah ku cuba....

WaAllahualam
Wasalam

Quality Vs Quantity..

Sunday, May 18, 2008
Arghhh, terasa berat benar tangan aku untuk dibiarkan menari-nari di atas board komputer kepunyaan Muni ni.. Aku kah yang malas atau aku saje memalaskan diri aku?? Tidak dapat dipastikan sebabnya. Tapi aku gagahkan juga diri aku, aku paksa juga tangan aku untuk menari buat seketika, aku mendesak akalku untuk memuntahkan idea yang tersimpan... Kerana aku tahu, dengan "menconteng-conteng" ni, aku dapat satu kepuasaan yang..unexplainable!!!

Alhamdulillah, Muni volunteer nak buat cekodok untuk minum petang ni, mungkin kerana dia merasa bersalah kut tengah hari tadi aku dibiarkan sorang-sorang memasak untuk lunch kitaorang. hahaha. Ala, lagipun selama ni Muni gak yang selalu masak untuk aku, hari ni je aku cam rajin sikit kut.. Ahaksss.. dan setakat masak untuk orang-orang bujang macam aku dan muni, tidak memerlukan assistant di dapur atau sebarang protokol yang ketat dan bahan-bahan yang pelbagai. Hanya campak-campak apa yang ada and it's done. Keep it Short and Bestt!! Tp yang pasti, memang sodap..hikhikhikhik.. Angkat bakul sendiri pulak aku nih!!

Mencucuk hidung pulak bau gorengan cekodok muni ni. Yang aku pasti, cekodok dia memang best la.. Ni yang tak sabo aku nak merase ni.:D

Tapi sejak menjalani kehidupan berdua ni, tak banyak yang berubah. Aku tetap aku, dan muni tetap muni. Wiken baru la berkesempatan untuk kitaorang bertentang mata dan mendengar bicara masing-masing. huhuhu. But it's OK. That's our life then. It doesn't matter about the quantity of our time that we had together, but the quality of it.. we really spend it 'wisely' together.. haha.. Right Muni??

Arghh, really can't wait for her cekodok!!! Smell so good from here.

Seems that i need to stop here this time, kasi chance nak makan cekodok, satgi tangan berminyak mane leh nak conteng-conteng dah..hihihi. Eh jom jemput merasa cekodok Muni.!
Until next entry.

"Aku takkan pernah jadi sempurna, seperti engkau pinta,
Aku takkan bisa, meski telah ku cuba.."

WaAllahualam
Wasalam..

Mana Boleh Aku Lupa!!

Saturday, May 17, 2008
16 May Hari Guru. Semalam Hari Guru.. Tapi post ni diconteng pada hari ini.. Aku tidak lupa tarikh itu. Mana boleh aku lupa.

Semua guru-guru yang mendidik diri ini,dari sekolah rendah hingga ke menara gading.. jasamu akan ku kenang sampai ke mati. Terima kasih cikgu..

Mak,Cikyah, MakSu, Ayah Su,Acik Noor, Kak Zah, Kak Nor, Chu Da, Kak Nass yg comel..ermm, sape lagi ek... Selamat Hari Guru..

Semua sahabatku, yang kini bergelar pendidik.. Selamat Hari Guru:D

Dan buat diriku juga yang pernah bergelar guru suatu ketika dulu, walaupun hanya sementara, Selamat Hari Bekas Guru Fida!!,hikhikhik.. kenangan menjadi guru sementara selama 2 bulan lebih di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Baru lah aku tahu, betapa indahnya hidup seorang guru walaupun setiap hari terpaksa berperang dengan pelbagai kerenah yang dilontarkan murid-muridnya. Arghh, wajah bekas anak murid mula terbayang seorang demi seorang, apa khabarkah mereka sekarang??

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

(Karya oleh Usman Awang)

"Aku takkan pernah jadi sempurna, seperti engkau pinta..
aku takkn bisa, meski telah ku cuba."

WaAllahualam
Wasalam..

Apa Aku Nak Conteng.??

Friday, May 16, 2008
Pas Opis... mein futsal kat sport arena dengan leli and d geng sampai kul 7..
Penat gile la, maklum la dah lame tak mein. Tak kira pulak group sape yang menang or kalah. Janji enjoy mein..
.
.
.
.
.
.
Pas semayang n aktiviti sewaktu dengannya, makan2.. usha2 berita jap..
.
.
.
.
.
Usha2 tenet...wahhhh palie still lagi berada di bumi Kulimnya yang terchenta..huhu..syabas2..
Kulim memang tak kasi palie meninggalkannye..
.
.
.
.
.
.
Apa lagi aku nak conteng?? hahahha
Jap nak pikir. Idea dah hilang entah ke mana dah.. InsyaAllah kalau idea tu datang.. aku conteng lagi...
.
.
.
.
.Ok tu je kut.

"Aku takkan pernah, jadi sempurna..Seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa, meski telah ku cuba..."

WaAllahualam
Wasalam

17 May..Selamat Ulang Tahun Hari Lahir ..Kak Nas.

Thursday, May 15, 2008
Me and Kak Nas, somewhere in Infosys Mysore.

Kak Nass yang comel. Selamat Hari jadi diucapkan. Moga Allah permudahkan segala urusan Kak Nass dunia akhirat. Aminn..

Kak Nass, kitaorang kat sini semua rindu kat Kak Nass. Bila nak balik Malaysia ni??

p/s: Alamak, terawal sehari. Aku ingtkan besok dah 17hb.. huhuh, xpe kan Kak Nass. kasi wish in advance. Yeayyy jadi orang 1st:D

"Aku takkan pernah jadi sempurna,seperti engkau pinta..
aku takkan bisa, meski telah ku cuba..."

WaAllahualam
Wasalam

Karan Mai Umah..

Wednesday, May 14, 2008
Balik keje, tngok umah still black out. Muni dah royak tadi Karan Johar takder, pi minum dengan Rani Mukherjee..hahaha.. Sabo je la.Dah 6.30 ptg . Kang kalau malam, serba serbi gelap pulak. Susah lak nanti nak buat-buat keje..Dah la duk sensorang. Takut gak sebenarnye gelap-gelap nih..

Aku pun bergegas mandi,siap-siap. Plan nak gi umah Mekdi. Bole semayang, pastu lepak-lepak. Budget before magrib bole la sampai umah Mekdi. Sekali semua dah siap, tinggal nak amik kunci kereta yang tergantung... Zapp.. Karan Johar pun tiba... Gumbiranya rasa hati. Tak perlu la aku susah-susah nak kene turun pi umah Mekdi whatsoever. Alhamdulillah...

erkk, cam banyak nak conteng tadi, tapi masa lak takdak. Nak layan tv la plak. huhu.

WaAllahualam
Wasalam

Segenggam je??

Tuesday, May 13, 2008
Pakar syor makan segenggam nasi jimat beras

Oleh AZMAN IBRAHIM dan NAZRUL AZIM SHARUDDIN

KUALA LUMPUR 11 Mei – Rakyat Malaysia dinasihatkan mengamalkan makan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali mengambil makanan itu demi menjaga kesihatan selain mengurangkan penggunaan beras.Jumlah pengambilan nasi yang ideal untuk seorang dewasa adalah pada kadar segenggam atau 20 peratus daripada mangkuk sukatan nasi yang biasa digunakan di restoran-restoran.

Penasihat pemakanan terkenal, Kevin Zahri berkata, langkah itu perlu memandangkan pengambilan nasi tidak boleh diberhentikan serta-merta sebaliknya ia menjadi makanan ruji pelbagai kaum di negara ini.Katanya, pengurangan pengambilan nasi setiap hari oleh setiap rakyat sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah kekurangan beras di negara ini.“Jika makan di kedai atau restoran, orang ramai perlu melatih diri dengan memesan nasi separuh pinggan.

Oleh itu, para peniaga juga perlu mengenakan separuh harga.“Ada sesetengah restoran didapati mengambil kesempatan dengan mengenakan harga penuh walaupun pelanggan mereka hanya memesan nasi separuh pinggan. Mereka memberi alasan harga beras sudah naik,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Ketika ditanya mengenai golongan yang bekerja kuat seperti buruh binaan, Kevin menasihatkan supaya golongan itu mengekalkan makan nasi pada kadar sederhana dan mengambilnya pada kadar yang lebih kerap.Jelasnya, ini kerana golongan tersebut memerlukan tenaga yang lebih tinggi dan ia perlu ditampung melalui kekerapan pengambilannya.

Kevin turut menggalakkan golongan itu mengambil makanan dari sumber lain seperti buah-buahan, roti, air yang bergula dan sebagainya bagi meningkatkan tenaga.Antara lain, beliau mendapati usaha mengurangkan jumlah nasi dalam setiap hidangan seperti itu dapat menggalakkan orang ramai meminimumkan pengambilan nasi dan seterusnya mengelakkan pembaziran.“Jika pengambilannya dihentikan serta-merta, ia akan memberi satu kesan psikologi kepada seseorang akibat kekurangan sumber tenaga yang berpunca karbohidrat walaupun ia boleh diperoleh dari roti,” jelasnya.

Menurut Kevin lagi, beliau tidak menafikan bahawa nasi boleh digantikan dengan makanan alternatif yang lain seperti roti, pasta, kentang dan buah-buahan.Namun, katanya, kalori yang dibekalkan oleh nasi dapat memberi lebih vitamin dan zat dalam membantu mengekalkan kesihatan.Beliau yang juga penulis buku Cergas 24/7 memberitahu, pengambilan makanan alternatif yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi digalakkan tetapi bukan memberhentikan terus pengambilan nasi kerana ia akan menyekat kadar metabolisme badan.
Jelasnya, selain menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran, pengambilan nasi yang sedikit juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, osteoporosis dan juga barah.“Apa yang paling penting ialah setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup yang seimbang dengan memilih makanan yang sihat dan berkualiti supaya kita dapat menikmati makanan kegemaran kita sepanjang hayat,” ujarnya.


Uishhh,makan segenggam jek?? aku tak cukupp!! perut aku perut nasi.. dan aku kene makan nasi lebih dari segenggam, kalau makan sikit je nasi musti aku pengsan!! pastu mesti sakit perut, pastu musti gastrik, pastu mesti tak boleh datang keje..hahahaha ngengada aku ni!! camne nak makan segenggam??...Apa kate si penasihat pemakanan tu cuba dulu untuk 3,4 bulan. Tengok jadi dak??

uish macang2 sekarang ni.. dengan harga barang naik la, pakar lak suh makan segenggam nasi la...Pemimpin pula suruh rakyat ubah cara hidup la.. apa kata pemimpin yang menyuruh rakyatnye mengubah cara hidup, mengubah dulu cara hidup dia, ni salahkan rakyat..hidup terlampau mewah!!Mane tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi!!

Eh tapi hidup aku tak mewah. aku rakyat biasa yang amalkan kehidupan biasa..Makan nasi pun sekali sehari je!! Tu pun Alhamdulillah dapat makan sekali sehari. Tapi, takkan makan nasi sekali sehari pun nak kene ubah gak? Camne ni pemimpin negara?
Teringat saudara mara di negara-negara luar sana yang kebulur.. lagi la...apatah segenggam nasi..secubit roti pun belum tentu dapat mengisi perut mereka sehari2.. huhuhuhu. Sedeynye. Syukur atas segala nikmatMu Ya Allah..

"Aku takkan pernah jadi sempurna seperti engkau pinta,
aku takkan bisa, meski telah ku cuba.."
WaAllahualam
Wasalam

Fida, Fighting!!!

Monday, May 12, 2008
Monday morning!!.. arghh hari itu menjelma lagi hari ini.. Aku perlu cheer up!!.. Fida, boost it up!! Yeayy...cam tu la Afida Anuar, so proud of u :D.. Suppose hari ini aku perlu attend soft skill training di Satyam GDC (Global Development Center) . Maybe aku dilihat sudah mempunyai hard skill yang sudah sedia mantap! maka pada kali ini aku dihantar untuk attend soft skill pulak... hahahahaha. Hard skill?? whatever la aku nih..

Seawal 8.45 pagi aku dah berada di GDC, ikutkan email yang diforward Sasi, training tu setat pukul 9.30...arghh tidak mengapa la..lagipun aku saje mendatangkan diri awal sedikit supaya aku boleh park kete aku di basement yang menjadi rebutan. Kalau lambat-lambat nanti kene parking jauh pulak.. Alhamdulillah, time aku sampai basement de lagi kosong walaupun dalam masa yang sama kereta2 budak2 satyam ni bertalu-talu tiba dan mengisi ruang-ruang kosong itu.

Lain macam pula terasa diri berada di GDC ni.. Aku ni mengada pulak!! bukannye tak pernah kerja kat GDC pun.. tapi entah.. ader satu perasaan yang tidak best berada di situ. Tiba-tiba hati aku berteriak, "Aku rindukan Century Square!!!".. Wakakakakakaka... Apa-apa la Fida... Malas aku nak layan perasaan kau yang entah apa2 nih..huhuhu

Masuk lif di basement, terasa cam di pandang semacam oleh manusia-manusia yang berada di dalamnya.. Perasan pula aku nih, tapi memang la.. terdapat pandangan tajam yang perhatikan aku sejak aku mula melangkahkan kakiku masuk ke dalam lif... yer yer aku sedar, tempat aku bukan di sini, aku datang nak training la weh..hati kecilku berteriak sendiri. Nasib baik satu level je perjalanan lif aku... arghh, akhirnya dapat juga aku lari dari kotak kecil yang menyesakkan dadaku itu.

Keluar lif, aku berharap dapat jumpa la sape-sape opis mate aku yang kene attend training tu juga. Tapi hampa.. satu bayang pun tidak kelihatan.. Finally, jumpa la dengan Sumathi dan ramai lagi opis mate yang muncul.. Last2 kitaorang sama-sama masuk lab training..waiting n waiting n waiting..

dan aku memendekkan cerita yang sedia pendek...dalam 1 jam lebih jugak la kami tunggu dalam training lab tu.. rupa-rupanya training tu kansel sbb trainer dari India tu de ad hoc problem pe entah..huhuhu.. ceh...buat penat je mai gdc.. Yeayyyyy!!! century square, here i come!!! Actually, i miss my pc maaa..hikhikhikhikhihkhikhihikik....

"Aku takkan pernah jadi sempurna seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa meski telah ku cuba..."

WaAllahualam
Wasalam.

"One World, One Problem"

Sunday, May 11, 2008
Fikiran aku menerawang lagi... ku lihat muni di sebelah ku khusyuk melayan citer korea..Aku? Still lagi memikirkan kata-kata yang boleh aku gunakan untuk menconteng-conteng kanvas putih di depan mata aku ni. Eh kanvas ke?bukan kanvas..tapi platform putih.."new post" huhuhuuhuhu

Semalam ketika diri berseorangan menempuh arus kenderaan yang banyak untuk ke ShahAlam untuk menemui adik ku, bermacam-macam perkara berlegar di fikiran.. masalah dunia sejagat.. fly.fm yang dipasang tidak diendahkan langsung..Eh, tipu..kalau ada lagu best, endah jugak la :D
Semalam juga, ketika menemani adik ku dan anak-anak sepupuku mandi kolam,masalah dunia sejagat menerjah lagi di fikiran..Hinggakan aku boleh tersengih sorang-sorang mengingatkan masalah dunia sejagat itu..Huhu, nasib baik tidak ada seorang pun budak-budak itu yang perasan aku senyum sorang-sorang..kalau tidak....

Dan lagi, ketika diri sedang menghabiskan masa dan wang bermain boling bersama adik-adikku di Plaza Alam Central,Shah Alam semalam(1st time aku jejak kaki di situ).. masalah dunia itu berlegar lagi di fikiran.. Masalah dunia sejagat yang biasa menerjah fikiran tatkala aku bermain boling.. Arghh, adat dunia di akhir zaman!! Jangan arus itu membawa aku sudah. Bentak fikiran ku..
Hari ini pula, ketika diri keseorangan pulang ke Putrajaya. Masalah dunia sejagat yang biasa menghantuiku ketika keseorangan memandu kereta menjengahku seperti biasa. Ada apa dengan masalah dunia sejagat itu, hingga mampu membuat aku menangis dan tersenyum? Arghh, biarkan masalah dunia sejagat itu.. Ia hanya sekadar masalah dunia sejagat...bukan masalah akal atau hati yang perlu di beri perhatian serius!!

Eh, merapu di malam hari pula... K la dah nak tido, nanti tak habis-habis de orang bertanye bila mau tido..hahahahaha. Sweet Dream everibodi. Good Nite.

"Aku takkan pernah jadi sempurna seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa meski telah ku cuba..."

WaAllahualam
Wasalam

Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta, Puan Eshah Binti Mohammad, moga kehidupan ibu bersama ayah dan adik2 di sana sihat sejahtera hendaknya. Anakandamu ini rindukanmu bonda!!

Ibuku Seorang Pembohong..

Friday, May 09, 2008
Cilok citer nih dr website mane entah..Pinjam yer tuan empunya blog..Owh,dh jumpa..di sini rupanya aku cilok.. http://www.fadzliyusof.com/

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” –PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

Jom Berangan..

Thursday, May 08, 2008
Aku pening, aku penat, aku bosan, aku malas nak buat apa-apa.. fikiran ni aku biarkan kosong. Aku buang segala-gala yang menyerabutkan kepala aku ni jauh-jauh. Eh apa aku merepek ni? Ok la, apa kate kita berangan.. hahahaha..best nye berangan.. dari angan-angan la kenyataan menjelma. Sebab aku pernah berangan tentang sesuatu, dan percaya tak, ia menjadi nyata... So apa lagi..JOM BERANGAN KAWAN-KAWAN..hahahaha.

"Aku takkan pernah jadi sempurna
seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa
meski telah ku cuba..."

WaAllahualam
Wasalam..

Macam Novelis La Pulak.

Isk,dah ramai aku dengar orang kata gaya penulisan blog aku macam novelis. Cam baca novel pulak depa kata bila baca blog aku ni. Yer ke?? Hahah, dan Cik Minen ingat aku memang minat baca novel dan secara tak langsung mempengaruhi gaya penulisan aku. Haha, tapi sebenarnya kan, novel la yang paling malas aku baca dan aku memang langsung tidak berminat nak baca novel..tebai sangat..huhuhu. Aku rasa setahun pun aku tak habis nak baca sebijik novel..Kalau de member-member promote suruh baca novel ni,baca novel tu, aku belek-belek arr jap...baca sehelai dua page depan, pastu aku tengok page last nak tahu ending dia camne..hahaha teruk kan aku? well, it's me then..

Itu la aku pelik, gaya penulisan cam novel, ader ke? padahal aku merapu-rapu je yang banyaknye.. Pian kate aku leh jadi part time novelis..huhuhu. Mekdi lak suruh aku tulis novel terus,ada bakat katenye..uishh, pulak!! Weh bakat penye, aku merapu je la weh...Apa-apa la,yang penting aku tetap akan menulis aka merapu dalam blog aku ni mengikut gaya penulisan aku yang tersendiri.chewahh, dan bukan ikut mana2 novel..hahaha...selagi diberi kudrat untuk berbuat demikian dan selagi hayat dikandung badan. Insyaallah..

Tiba-tiba pulak, aku rasa, gaya penulisan aku ni pun dipengaruhi oleh gaya penulisan blog member-member aku gak..hikhikhik..dah aku pun baca blog depa tiap-tiap hari.. Winkkk:P

Owhh, sekarang ni...bumi Cyberjaya disirami hujan.. sib baik aku dah lepas lunch. Kalau idak, lencun gak la nak balik opis dari food court tu. Eh nak pi tengok hujan la kejap kat tingkap sana..huhuhu.

Ala, kejap je hujan rupanye.. tak sampai seploh minit pun, maybe nak menyejukkan hati-hati yang sedang membara kut...huhuh. Tapi awan di atas sana masih mendung, seperti mendungnya hati aku di kala ini. Lalalalaalala

WaAllahualam
Wasalam

Bila Nak Kawin Cont..

Wednesday, May 07, 2008
I'm feeling better rite now. Datang opis pun rasa semangat sikit hari ni..huhuhu. Alamak citer x heppy aku tuk pagi nih.. Semalam masa nak balik, nampak la de burung beron (ayat palie tuk berak,hahaha) atas kete ku kat depan, kat engine...aku nak buang la tahi burung tersebut. Cikit je tahi burungnye..pastu aku gune la tisu yang dibasahi air tuk buang, dh keras dah tahi itu, terpaksa la sental ckit dengan tisu basah..pagi tadi masa nak gi keje baru perasan, kat area tu de sedikit calar...wahhhhhhhh, sayanggg ku.. hahhaha. Adeh Fida Fida!! Apakah ni??.. Yer yer salah aku.. Sori ek sayang.. huhuhuhuhu

Haha, kali ni tak leh nak merapu panjang-panjang dah. Straight to the tajuk la,nanti ada orang marah lak duk merapu je tak habis-habis, hahahah. Bila Nak Kawin?? Korang penah tak ada orang tanye korang bila nak kawin? dan korang tahu ke bila korang nak kawin? Isk isk isk.. tu la persoalan yang saudara-mara tanya aku..Biasa la balik kampung baru ni, dah la balik dengan 'orang baru'.. so macam-macam la persoalan dari saudara mara dan orang kampung. Dah de 'orang baru' tu, bila nak kawin Kak Nor? Hahahaha..Kalau la aku tahu bila aku nak kawin, dah lame dah aku jawab. Aku akan kawin pada bla bla bla.. Tapi ni aku tidak tahu, camne aku nak jawab?? Biasa kalau aku ditembak dengan soalan seperti itu, aku sengih je dan aku jawab insyaAllah ada jdoh dengan dia, Kak Nor kawin la, tapi tak tahu la bila.hikhikhik.. dia?? hahahahahaha.. Kene tunggu dia masuk meminang dulu la baru boleh kawin.. kan kan? hahaha.

Nenek saudara aku pun dah pot pet pot pet cakap pasal kawin ni, maybe sebab Dikya dah nak kawin bulan 8 ni kut,sbb tu Tok aku duk pot pet pot pet kat aku...Yer Tok, sampai masa kang Kak Nor kawin ye. Pi umah makcik aku pun same. "Wah dah berseri nampak,ni musti dah tak lame dah nak kawin nih, dah ada orang baru tu??" aiiyoo.. huhuhu. gi umah cousin aku pun same."Tak sabo la nak tengok Kak Nor kawin". Yer yer, nanti Kak Nor kawin la. Adik-adik aku pun dah pandai jadi spy aku.. Merisik si dia tuh,merisik si dia nih......huhuhu. Sabo je la aku.. dan mak aku, secara berhikmahnya dia sembang pasal kawin ni dengan aku. uhuk uhuk. Terkesima jap aku...

Mak, Kak No tahu mak memang tak sabo nak tengok puteri sulung mak ni kawin. Bukan mak ajer tak sabo, puteri mak ni pun tak sabo mak! hahaha. Tapi mak, puteri mak ni kan masih muda lagi. Baru 25tahun++. Muda lagi kan mak, kan? kan? hahahahaha. Ala mak, lagipun member2 kat kampung tuh, Dayah sorang je baru kawin. Ita, Emy, Yana, Faezah, Adik Di semua tak kawin lagi. Hosemate Kak Nor pun, semua tak kawin lagi. Opis mate pun same, semua bujang2 mak. Dalam 100 orang yang pi India dengan kak Nor baru ni, 2 orang je yang baru kawin...So mak tak payah la risau kalau puteri mak ni tak kawin lagi buat masa sekarang. Yer mak?

Puteri mak ni tak keseorangan mak, masih ramai lagi teman2 yang berada di sisinya mak.. Sebab tu la gamaknye puteri sulung mak ni tak risau kut kalau tak kawin lagi sekarang ni, sebab puteri mak ni memang dikelilingi dengan orang2 bujang. Cuba puteri mak ni dikelilingi oleh semua yang dah kawin dan dah ader anak 2,3. Tinggal puteri sulung mak ni je yang tak kawin, memang risau jugak kan mak??hahahahah..Nanti kalau dah sampai masa puteri mak ni membina rumahtangga, mak akan saksikannye juga mak. InsyaAllah. Tapi nanti mak, payah la.. sebab segala2 nya, puteri mak ni kene dahulukan suaminya dari mak. Makkk... biarla buat masa sekarang ni, sebelum puteri mak ni mendahulukan orang lain dari mak.. izinkan puteri mak ni berbakti pada mak dan ayah dulu,yer mak?? Berilah peluang untuk puteri mak ni membalas jasa mak dan ayah, walaupun puteri mak ni tahu, jika diberi masa seumur hidup pun, jasa mak dan ayah tak mampu puteri mak ni nak balas..tapi izinkan puteri mak berbuat demikian, buat sementara waktu ni, sebelum puteri mak ni jadi hak milik dia...yer mak??

Mak,mak pernah suruh puteri sulung mak ni mencari sendiri calon suami. Yang pasti mak nak dia ada agama yang kukuh supaya boleh membimbing puteri sulung mak yang selalu merapu ni, mak nak dia betul2 seorang hambaNya yang sentiasa menjaga solat..Kalau boleh lagi mak nak dia ni orang yang selalu hatinya berada kat masjid or surau macam ayah, kaki masjid kata mak....dan kalau boleh mak tak mahu dia anak orang kaya..biasa-biasa macam keluarga kita.. puteri mak ni ingat lagi kata-kata mak tu. Tapi mak, payah nya nak cari dia tu mak.. lagipun mak,bukannye sehari dua hari puteri mak ni nak hidup dengan dia, selama-lamanya mak, macam mak dan ayah InsyaAllah. Jadi mak, tak pe la kalau bukan sekarang pun puteri sulung mak ni kawin ye mak?? Tak perlu la kalut-kalut nak kawin. Boleh mak?? Biar puteri mak ni jumpa dia yang betul-betul dah ditakdirkan jadi teman puteri mak ni untuk sama-sama mengharungi suka duka hidup ini.. Sebab puteri mak ni percaya pada jodohnya. Hari nya akan tiba, cuma puteri mak ni tidak tahu bila. Doakan yang terbaik untuk puteri sulung mak ni! Yer mak?? Sebab doa dari mak la, hidup puteri sulung mak ni terasa begitu indah mak walaupun 1001 ujian yang terpaksa puteri mak ni tempuh...doa dari mak la yang membuatkan puteri sulung mak ni selalu aje tabah hadapi segala dugaan dalam hidupnye. Doa dari mak la yang membuatkan diri puteri sulung mak ni berasa sentiasa berada dalam rahmatNya, insyaAllah.. Mak, puteri sulung mak ni sayang sangat kt mak..rindu sangat kt mak...Mak terima kasih mak!!

Eh entry ni cam surat tuk mak aku lak..hahahahaha. See see aku ni memang suka merapu!! ish aku nih..

Bukan ke Allah sudah mengkhabarkan, 3 bende yang dirahsiakan dari pengetahuan anak adam. Rezeki, Jodoh dan juga Saat Kematiannya. So pasal jodoh ni, Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Aku memang berserah pada Dia. Kerana aku tahu, Dia sedang merancang yang terbaik untukku. InsyaAllah.. Selalu yakin dengan segala ketentuan DariNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Yakin la padaNya, yer Fida!.

Panjang pulak aku menconteng..huhuhuhu, tak sedo taip2, dah panjang rupanye,
Ok la..moga ketemu kita di entry akan datang.
WaAllahualam
Wasalam

Bila Nak Kawin?

Tuesday, May 06, 2008
Alhamdulillah, demam pun cam dah ok hari ni. Tekak je sakit ckit. Thanx to Mekdi sebab belanje air barli 2 botol n 100Plus sebotol semalam. Katenye leh sejukkan badan. Walaupun tak sepanas semalam, tapi dah beransur sejuk dah sikit. Sepanjang hidup ni aku tak penah pulak try minum air barli kalau demam. Biasa aku telan panadol je. Ni la 1st time aku belasah barli.huhuhu.. Ape2 je la. Pastu Cik Fadhil suh minum air limau nipis ek? huhuhu, balik kang kalau sempat singgah kedai leh beli limau nipis...tapi pe pun, at least hari ni aku leh mai keje. Kalau idak, zeze terpaksa la naik bus gi keje sebab dia dah tak de kereta.. huhuhu. Itu la, sape suh ko antar kete ko balik kampung awal2..wakakakakaka

Owh, lupe..tahniah tuk zeze sbb akan terbang ke Chennai sabtu nih, ni memang konfem sbb ticket flight semua dah book.. wahhh dah semakin sunyi block A pangsapuri tuh..dh la mggu lepas Sal pi Hyderabad..minggu ni ko plak.sape nak usha aku dh pasni ek? hahahaha. Eh, ke aku yang selalu usha ko zeze?? winkkkkk :p
Sebelum terlambat nak gak aku wish Lili, besday dia hari ni.. "HEPY BESDAY LILI, MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRAT. AMINN". So hari ni, kitaorang pakat sambut besday dia kt pantry.. Nak termuntah gak la aku telan kek apa-entah-nama-dia. Cepat muak la kek tuh, bagi aku la sebab aku belasah banyak sangat kut..tapi bestt la seyes, terutama yang chocolate tuh!! hahaha. Memang pandai la sape yang pilih kek tu:D

Time celebrate besday lili kt pantry..ala aku sempat jeling jek..huhuh


Time ni duk bzi potong kek sarawak yang saizul bawak..isk, nape tak rasa cm kek sarawak pun saizul??hahahhha
Masing-masing bzi pasang lilin..Besday girl, duk sengih tuh..:D


Hepynye masing-masing..

Best2 kek nih..tapi nama pe aku tatau:D

Bila Nak Kawin?? hahahah postpone dulu la, tadi cam de idea nak tulis pasal Bila Nak Kawin?? intro kt atas dah panjang nih..hahahaha..

Sampai ketemu entry akan datang.
WaAllahualam
Wasalam

Erkkk..

aku jumpa nih kat blog sape-entah. pinjam yer tuan empunya blog..hahahha

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..).

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya...)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu, sebulan atau setahun…
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita...)

Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat dan peribadi yang kita mahukan…)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat,suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

so kengkawan mari kita pastikan apa yg kita rasa..hikhikhik..

Sah Aku Hari Ni Bukan Aku Yang Dulu!!

Monday, May 05, 2008
Hari ni aku takde mood. Training dah abis, tp sebab de assessment 14hb nih, kene belajo lagi. Apa lagi kalau bukan manual testing dan automation testingnye assessment !! Tapi sampai sekarang aku buat bodo jek. Satu nota pun aku tak selak. Ader la aku bukak software testing mock exam nye window, tapi aku biarkan screen tu. Fikiran aku melayang jauh sejauh-jauhnya..

Aku terasa lemah yang amat sangat hari ni. Mata aku merah dan pedih, tekak aku sakit, badan aku panas.. Sah aku demam. Aku demam rindu!! hahahahah kate si Minen. Demam rindu apakah??

Hari ni aku a bit senyap. Kecuali pagi tadi sebab aku bawk keropok lekor tuk jamu teman2 opis,maka aku gagahkan diri aku jemput semua team aku ke pantry...aku gagahkan diri layan diaorang semua makan.. sembang-sembang. Dan akunye RM sempat merase keropok lekor tuh, tapi makan cikit je.. Tak kene dengan tekak dia gamaknye.

Pastu aku terus melayan perasaan sakit aku nih..Even lunch time aku tak kuar makan, takde selera aku nak telan. Aku biarkan perut aku kosong sepanjang hari. Serius aku takde selera, rasa lapar itu aku ignorekan jek. Mekdi lak mayb dia pasan dengan aku hari ni .Biasa aku agak kecoh. Tapi hari ni aku senyap sesenyapnye, diam seribu bahasa.Mekdi de gak tegur aku,sakitkah aku?huhuhu, aku mmg sakit mekdi.. aku pening, mata aku pedih, tekak aku sakit, dada aku terasa mencucuk2, badan aku terasa lenguh sana sini.. Sorry la kalau aku tidak cam selalu, tapi serius hari ni aku tidak ada mood tuk jadi aku seperti yang selalunya aku jadi.. huhuhuhu.Dengan Saiful yang duk seblah cubic pun tak sembang seperti selalu. Biasa kalau pas wiken, musti banyak je bende yang nak dicerita. Ini setakat sembang gitu2 jek. Argh, biarkan dia, bukannye pe pun.

Tapi seyes selalunye aku tidak macam ni kalau aku demam,biasa aku ignore je demam tuh. Aku tak layan sangat sebab aku tahu, makin dilayan demam tu, maka makin demam la jadinya.. Arghhh setakat demam, apa lah sangat yang ada dengan demam itu.. biasa satu hari je aku demam. Malam telan panadol, kasi selimut supaya berpeluh, sok dh baik. Cuma yang tidak tahan kalau demam beserta sakit kepala yang amat.. Yang itu aku sungguh2 tidak tahan. Mahu aku baring je dan satu keje pun aku tak dapat buat.. tapi dah lame aku tidak demam seperti itu. Bile entah lastnye.

Hari aku pasan cuaca agak mendung dari pagi tadi. Seperti mendungnya hati aku di kala ini.. Arghh, aku merapu lagi.

Moga kita bertemu lagi di lain entry
WaAllahualam
Wasalam

Aku Perlu Lebih Tabah!!

Sewaktu aku memenuhkan bonet kete dengan barang-barangku dan barang2 adik ku serta pelbagai jenis kopok yang teman-teman opis pesan, aku nampak raut wajah orang tua ku lain macam. Raut wajah yang selalu di paparkan sewaktu aku akan berangkat pulang ke kota... Arghh, aku tidak suka saat ini. Kalau la saat ini tidak pernah wujud dalam hidup aku, tak perlu aku susah payah menyaksikan manik2 jernih jatuh membasahi pipi orang tuaku, terutama ibuku. Ayahku hanya sepi seribu bahasa. Walaupun matanya seakan merah, tapi hati lelaki, keras seakan batu. Air mata tidak perlu dibazirkan untuk saat seperti ini. Aku mengerti ayah.. Ibuku pula, sampai mengambil MC semalam semata2 untuk melihat keberangkatan puteri kesayangannya ni. Aku terharu!!

Aku mendiamkan diri, tidak banyak kata-kata yang aku luahkan. Sebaknya hatiku,hanya Dia yang tahu... Aku buat2 kalut, naik ke atas memeriksa bilik ku sekali lagi in case de pe2 yang tertinggal. Walaupun dalam hati sebenarnya, ya Allah kenapa aku perlu pergi??

Seperti biasa juga, sebelum bertolak pulang,aku ke rumah tok sedaraku yang tinggal di belakang rumah ku, bersalam dan berpelukan,

"moga aku sempat lagi merangkul tubuh tua itu lagi." kata ku dalam hati.. Dia sudah ku anggap seperti nenek aku sendiri, walaupun aku sudah tidak punyai nenek lagi sejak lahir. Menitis air matanya di kala aku mengucupnya kedua pipinya.., arghh...aku tidak suke ini..cepat2 aku berlalu meninggalkan nya, tanpa aku menoleh lagi.. Aku tidak mahu lama-lama di situ. Aku takut, rumahnya akan banjir dengan air mataku..huhuhuhu.

Berlalu aku ke arah adik-adikku, Huda,yang dari tadi ingin bersalam denganku, dan Nabilah yang tertido di sofa panjang kerana demam. Ku peluk kedua2 nya. Saatnya dah tiba... aku menarik nafas panjang kemudian menerpa ke arah ibuku dan terus mengucup tangan ibuku, memeluknya, menciumnya. Dua beranak diam seribu bahasa. Kerana aku tahu, kalau ada yang berkata2, sudah pasti akan ada air mata yang mengalir laju....dan Ayahku, ku cium tangannya yang kasar, ku peluk tubuhnya yang sasa dan cium kedua pipinya yang panas... Kemudian,aku berlalu laju, masuk ke perut kereta. Aku mahu saat ini berlalu pantas.. Ku kesat air mata di pipi. Nampak ibu dan ayah memandangku jauh. Sempat aku melambai mereka, sambil mengukir senyuman yang aku buat2 dan aku berlalu meninggalkan mereka....

Kenapa saat perpisahan ini aku perlu sudahi dengan deraian air mata?? Argghh aku tidak suka itu. Dari dulu sampai sekarang!! Itu lah saat yang perlu aku tempuh, tatkala ingin berangkat pergi. Lemah sangat ke aku untuk hadiahkan senyuman dan bukannya air mata untuk keluargaku di saat aku ingin meninggalkan mereka? Kenape aku tidak setabah orang lain??

Dalam kereta aku diam seribu bahasa. Adik ku di sebelah seakan mengerti keengganan aku untuk berbicara pada waktu itu. Arghh, biarkan dia keseorangan. Aku mahu layan perasaan aku yang masih dirundum kesedihan ni.. Tapi perasaan sedih itu tidak lama menyelubungi aku... Seperti selalu, sampai kt simpang chabang 3, aku dh boleh menerima kenyataan yang aku perlu meninggalkan mereka. Walaupun pada hari ini hanya untuk sementara, tapi entah siapa yang tahu, suatu hari, satu ketika dan satu saat nanti, aku perlu meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Aku perlu lebih bersedia!

Apakah yang telah aku coretkan nih..huhuhu sayu je rasa,sedey lak... Owh, dah menitik air mata..Aku nihhh!!! Kate nk jadi orang yang tabah hadapi segala-galanya.

"Come on Fida!! I know u can be strong... and i know u'll always be. Out of sudden u wanna be in grief, why???.. forget it Fida. Dun put urself in grief...please. i'm begging u!.. u're stronger more than u think. So just let go of everything that make u sad.. this is life rite? and this is how it gonna work.. u've gone thru every sadness and happiness before..and i know this time u also can face them..just prove it!!!! FIDA WAKE UP!!!!... "
Hahaha, beginilah jadinya apabila aku merapu.

Moga berjumpa di lain entry
Till then.
Wallahualam
Wasalam

Miss Them Oredi..

Sunday, May 04, 2008
Oleh kerana, aku amat kepenatan pulang dr Ganu, maka aku sempat letak gambo je,tu pun ckit je..nak coret2 mengantuk la plak.. huhu. Sedey nye dh sampai putrajaya nih. Bile la aku nk balik kampung lagi nih? uhuhu, dah la ayah aku demam, adik aku demam...aku pun nak demam jugak rasenye nih..huhu.Pe pun, enjoy the pics..

Like sister like lil sister...:D


Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyum lah dari hati duniamu berseri..:D


Elelelelele, sempat buat peace tuh.. :D


Huda purak-purak tido. :D

Kiya Hua...

Saturday, May 03, 2008
Entah la..aku pun tak tahu apa yang nak ditaipkan..hahaha
nnti la,if i'm in the mood of writing..

TEman2 sekalian..Palie dh revealkan dianye awek..sila ke blognye. Palie:D

.......

Friday, May 02, 2008
Balik kampung,part yang paling best adalah dapat makan masakan mak aku. Hihi, walaupun aku kene tolong gak masak ckit2, tapi semalam part ikan bakar mak aku 100% dr air tangan dia. Besttttnyeee...... Yum yum.... Ikan pe ntah yang mak aku bakar semalam.. hahaha bab nama-nama ikan ni aku kantoi ckit. Aku pandai makan je. Ikan selayang, kembung,keli tu aku tau arr.. Ikan-ikan lain, hihihi. Kene tanye ikan tu la, "apa nama kau ikan?" ahahhahahaha

Semalam, selepas zohor, aku teman mak aku melawat kakak kawan dia yang meninggal dunia. Sakit apa entah, tak ingat dah aku. Lepas tu shopping barang2 kt Sabasun. Nak gi Giant mmg sah gile ramai orang. Baik gi Sabasun je la. Senang.. Pastu pas asar lak, teman tok aku gi lawat makcik aku kt Teluk Pasu..dikhabarkan tak sihat. Tapi alhamdulillah, time aku gi tu dah Ok ckit kut. Sepanjang petang keje berjalan jek..
Balik umah lak, sedare jauh dr Kedah lak sampai. huhuhu. Tapi diaorang tak stay lame, pas magrib dia berlalu, de hal kt tempat lain katenye.

Malam tu mmg terasa la kepenatan. Nak tido awal, tapi mata ni tak mengantuk lak. Nabilah pulak demam, so aku balik ni memang tak dengar dia berceloteh la. Dengar Huda sorang je. Dia plak, lepas magrib terus tido. Cian kt Lah. Huda lak menempek kat aku gak sekejap, tapi lame2 dia ikut Lah sekali. Naik katil aku, tido together2 dengan Lah.

Ayahanda dan Bunda, nampak ngadap tv kt bawah, tamo kaco la, Bdin lak gi mein badminton.. arghh, aku pun naik atas ngadap pc je la..Chatting2 dengan Muni, bertanyekan khbar rumah kt sana, n pesan pe2 yang patut dipesan. Kesian Muni, ari cuti pun dia kene keje. Maklum lah orang UK..hahhahaha.. Im plak, tak sangka leh gak chatting dengan dia walaupun sekrang dia sedang bercuti kt Penang,Kedah.. Dapat wifi katenye.. Apit lak, plan nk wat trip ELTP 15..huhuhu bile dan di mana?dia nak plan segala-galanye. InsyaAllah kalau no hal leh je aku join time tuh.

Huhuh, hari ni dah Jumaat.. Sok dh last aku stay cni..huhuhu. Cam tamo balik lagi. Cuti 3 hari ni pun, cam tak sempat nk buat semua bende. Petang ni lak nak gi umah Makcik aku yang meninggal hari tuh.. Pastu Mak aku ajak gi lawat adik aku kat asrama Tok Jiring, huhuhu. Besok lak kne attend PASTI adik aku yang bongsu ni. De buat sukaneka. Dah la nak gi bandar lagi,nak setel 2,3 perkara.. Pastu nak kene tempah kopok yang member2 pesan. Pastu nak jumpa seorang hambaAllah ni, kalau de rezeki jumpa dia. Dia ajak mein boling lak, kalau tak mein boling aci? huhuhuhuh. Banyak nye pastu..

Pastu nak gi mandi la plak nih. Sekadar coretan merapu di pagi hari. Till then

WaAllahualam
Wasalam

Aku Kepenatan..

Thursday, May 01, 2008
Alhamdulillah, smlm aku selamat sampai di kampung halamanku lebey kurang kul 3 pagi. Penat seh tp sejuk arr jalan jauh memalam nih.Best gak.. Tapi yang risikonye mengantuk la..sampaikan kepala nih rasa sakit gile duk tahan mengantuk..sib baik ader adik aku Din. Leh gilir2 drive dengan dia..

Hari ni lak, seawal subuh aku dah dikejutkan dengan adik2 aku, Huda dan Nabilah yang tiba2 datang dan mengganggu tido ku..tau la depa rindukan aku :D.. Huhuhu, baru je aku meletakkan kepala di bantal, ni diaorang dah kejutkan aku..Wuaaaa, aku nak tido!!! hahaha..cian adik2 aku. Nak kejutkan aku tuk semayang subuh gamaknye, tapi diorang tidak tahu bahawa 1 May adalah hari cuti, dan segala2 ditakdirkan cuti bagi aku..hahahahaha..Tanpa menghiraukan diaorang aku menyambung 'pelayaran' aku lagi...ZZzzzzzz

Tapi tidak sempat 'pelayaran' aku sampai ke bintang. Diaorang datang mengusha aku lagi..huhuh, tengok jam, dah nak dekat kul 9.. Dah lambat rupanye. Huda dan Nabilah pun dah siap2 mandi2 n makan2 semua.. Aku budget nak sambung tido lagi sebab tido aku semalam still tidak cukup 6 jam..huhuh..arghh, kalau tido kang masa di kampung akan sia2 lak dengan tido..ekekeke.. Bangun je la cik Fida Oiii!!!

Lalalalalala.. penatnye skrang nih...

Eh, tengah syok menaip nih, tiba-tiba mengantuk gile lak rasa.Penat semalam tak habis lagi.. Lagipun dh kul 12 lebey nih..k la cam nak kene tido nih,sok je la sambung citer kt kampung.. hahhaha

Moga ketemu di entry seterusnya..
WaAllahualam
WAsalam
 

Browse