Tukang Masak!??..

Friday, February 05, 2010
Balik dari kerja petang semalam, seorang teman baik yang bekerja di Terengganu sms. Suruh dibuka laman sesawang kerajaan Negeri Terengganu, katanya ada beberapa kekosongan jawatan. Aku teruja. Segera aku on lappy. Tapi hampa, laman sesawang yang dikatakan itu hanya memaparkan skrin putih, kosong. Aku kecewa.

Sudah bertahun-tahun aku berusaha mencari kerja di tempat kelahiran sendiri, apply sana sini. Namun bukan rezeki aku di sana lagi agaknya buat masa sekarang. Tambah pula dengan bidang yang aku ceburi ni, sedikit sebanyak agak menyukarkan. Tertanya-tanya gak aku, bila la gamaknya kat Terengganu tu nak buat satu bandar sebijik macam Cyberjaya ni? eerkk... (PS: Dato Mat said, ada dalam plan kerajaan negeri dak?)

Bukanlah aku tidak suka bekerja di pinggir kota ni, tapi entah la... perasaan untuk bekerja di kampung tu lagi terpahat di jiwa. Aku tak kisah, kalau orang kata bekerja di kampung itu tidak glamour. Tiada cabaran. Tiada persaingan. Tapi kalau dah kerja halal... apa salahnya kan?

Aku selalu pujuk diri sendiri, ada la tu rezeki aku untuk bekerja di sana nanti. Hakikatnya aku masih di sini. Nampaknya kene berusaha lebih lagi, ayuhh Fida!

Nak jadi tukang masak je la, aci?erkk

PS: Fida, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Titik.

18 comments:

Wida said...

Fida..jadilah petani moden.. hehe.. pastu boleh Wida melawat ladang.. seronoknya.. Wida takde kawan2 yg buka ladang lagi..

aZr|n said...

fida, insyaAllah. nanti adalah keja yang sesuai kat sana. sama2 doa =)

Tirana said...

hehehe...jadi tukang masak ke? Kena apply kerja kat hotel atau kat restoren...

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

afida nak jadi tukang masak ker? bagus2x.. sekarang nie tak ramai lagi chef perempuan.. yang banyak sekarang nie lelaki jer.. teruskan mecari yer.. mane tau ade rezeki.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

aideeb said...

aku dulu pon setahun nganggur...sbb nak keje kat perlis..namun demikian..KL juga lah tmpt rezeki aku...

Faridrashidi said...

Apakata anda buka bisnes di tempat sendiri? Boleh jadi tukang masak di restoren sendiri. Lebih berbaloi-baloi!

kakna said...

sy org KL.. Tp sy xmo keje kt KL..KL sesak..banyak pencemaran..KL tension.. dok KL x leh nak menyimpan duit.. expense tinggi.. sy pun bercdg nk migrate ke luar bndr nnt bile dh kje.. jiwa tenang sket

Khairi Mohd said...

ehem. jadi tukang masak utk sapa tu hehe.

fida, dia suka makan apa? kalau dia suka makan pecel ikan jeket, Ja bleh ajor. guane? hehehe.

tajnur said...

Salam!
Bersabarlah dan biarlah merantau tempat org buat masa ini kerana kita mencari rezeki kita yang halal! Tambahan pula kita dapat melihat segenap penjuru kebesaran Allah (Surah 41:53). Cinta kpd tempat kelahiran adalah fitrah manusia. Rasulullah dan para sahabat sendiri pun sangat merindui Mekah sehingga aturkan strategi yg lengkap utk menawan dan membuka Mekah. Wallahualam

Afida Anuar said...

Wida-->alamak..nk kene bukak ladang ke?hehehe..modal pulak takde..huhu..

Azrin-->insyaAllah...harap-harapnya.

Kak Tirana-->ada belek2 kerja kosong, yang ala2 tukang masak la banyak..tukang kebun..pengawal keselamatan...huhu...

Zul-->nak jadi tukang masak personal..aci?hehehe

Aideeb-->kita serupa..alhamdulillah, rezeki kat cni..syukur..

Farid-->takde bakat nak berniaga pulak farid..minat pn takde..alahai..

Kak Na-->alhamdulillah, kat cyberjaya ni tak mcm kat KL..ada tenangnya jugak...tak jem...tapi tu la...expenses bole tahan jugak la..apa2 pn..berkenan kat kampung jugak!! hehe

khairi-->tak kawin lagi dah ada cita-cita nak jadi 'tukang masak'..teruk kan saya? pecel ikan jaket?wahh bole berguru dengan ja ni, nak kene bawak apa kalau nk berguru? pisang satu tandan eh?heheh

Tajnur-->tertanya-tanya saya, siapalah tajnur ni, penuh misteri..nak jejak blog, mcm tiada blog..erkk..setiap kali memberi komen, pasti ada nasihat tersembunyi... terima kasih kerana sudi memberi nasihat buat insan yang lalai macam saya ni..

insyaAllah, saya tetap bersabar di sini..rasanya dekat2 10 tahun dah kut tinggalkan kg halaman..sejak masuk U tahun 2000 yang lalu, sampai la sekarang..sbb tu kepingin sangat kalau ada rezeki nk menetap kat sana terus..tapi kalau dah Dia tetapkan rzeki sy kat sini jugak...alhamdulillah, syukur..

Anonymous said...

tak lama lagi dah tu.. nnt bole le tukar 'profession' jadi tukang masak..

ehem said...

tp kat ganung slalu runtuh le..
guano pida? mung nak dok sana gak ke?

uj said...

hmmm... gitu la,,, tanah tumpah darahku terengganu darul ikang ... UJ pun cam tu gak... kalau dulu dah dapat dekat dah ngn kampung UJ... kuantan.... best best kerja kat situ ... tetiba keluar lak pekeliling kena berpindah di sini lak sekang ... johor ... jauh la... hujung dunia rasanya.... bile plak nak rasa duk KT .... teringat lak time bersekolah di asrama kejap di KT dulu... beshhh

uj said...

hmm apa yang runtuh? ehem

uj said...

sebelum kawin lah kena belajar jadi tukang masak... nanti sebok lak dengan kerja... tak sempat nak belajar masak... suami kan lebih suka makan dengan masakan air tangan isteri.... tak gitu khairi ... heheheh

ehh singgah gak kat uncle nye blog yang satu lagi ok... heheheh

Afida Anuar said...

Anon-->hehe...masak pun main campak2 je lagi...nk jd tukang masak cemane entah ni..hohoho..

ehem-->bukan kat ganung je runtuh..mana2 pun runtuh...dok kire runtuh ke dok runtuh ke, ada rezeki insyaAllah balik,klu takdok..duk cni je la kut..erkk

UncleJoe-->pes time dengar terengganu darul ikang..haha... dulu unclejoe sek kat mana? bangunan2 la kut yg runtuh tuh unclejoe..kang ke terengganu darul ikang glemer dengan bangunan runtuh skrang..hehe

Unclejoe, tengah praktik arr ni..dun wori..hehe

Khairi said...

mak ai pengeras pe nye haha.

Afida Anuar said...

mana la tau kan..dah namanya nak pi berguru..hahahahha

 

Browse