Pergi Lagi..

Wednesday, February 24, 2010
Hari ni saya kehilangan seorang lagi sahabat sepejabat, Khairul Zafrie bin Noordin atau lebih mesra dengan panggilan Mok, telah pergi menemui Ilahi semalam. Al-Fatihah untuk arwah.

Semangat saya untuk bekerja pagi tadi seolah pergi sekali bersama Mok. Sungguh saya tiada semangat, design document yang perlu disiapkan terpampang lama di skrin komputer cap hp. Saya biarkan je skrin tu sambil fikiran saya menerawang teringatkan Mok.

Saya kenal Mok sejak saya balik dari Subang kira-kira 3 bulan yang lalu. Dia selalu datang ke opis pertama saya yang terletak di tingkat 2. Opisnya di tingkat 1. Disebabkan dia tiada 'access' untuk masuk ke opis saya, maka sayalah yang selalu jadi tukang buka pintu untuk dia. Lagipun 'cubicle' saya terletak berhampiran dengan pintu.

Pernah satu hari saya ke pantry. Bila saya keluar dari pantry, saya nampak Mok mundar-mandir di luar opis sebab tak dapat nak masuk. Bilamana dia nampak saya, dia senyum. Lega gamaknya tukang buka pintu untuk dia dah datang(-_-').

Itu kenangan saya bersama Mok. Saya takde la kenal Mok rapat memandangkan kami dari business unit yang berlainan, tapi pemergian arwah agak terkesan di hati saya. Entah la.

20 comments:

tajnur said...

Salam!
Innalillahi wainna ilahi raajiuun...
Manusia datang dan manusia pergi dengan izin Allah. Masing2 bawalah urusan adan amalan sendiri utk mengadap Allah nanti. Mudah2an Allah mencucuri rohnya dan tempatkan bersama2 dgn org2 beriman...InsyaAllah.

Afida Anuar said...

Salam tajnur! Dia orang baik. InsyaAllah tempatnya bersama2 dgn orang yang beriman. Masa saya nanti bagaimana la..

unclejoe said...

insyaAllah ... semoga roh nnya tenang di sana

nahmy said...

kita semua bersaudara...saudara seislam, dah tentulah ada masanya kita terasa juga bila saudara kita 'pergi' dahulu dari kita. semoga rohnya bersama roh para solihin, para muqarrobin...

azrin said...

Al-Fatihah utk arwah. Semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

MAZEMIE MAZ said...

salam,

Mati itu pasti, hidup insya-Allah.

Takziah kepada mereka yg kehilangan insan2 tersayang.

Khairi said...

sy masih lagi menganggap kematian itu dongengan untuk diri sendiri.

xdpt dibygkan kalau nnt giliran sy. fuhfuh.

unclejoe said...

ehh mazemie maz ikut blog fida lahhhh.... ni jeles ni ... saya kenal dia tuh.. tp dia tak kenal la saya.... sebeb dia terkenal ... hehehe

Tirana said...

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.

Afida Anuar said...

UJ-->InsyaAllah..mudah-mudahan.

Nahmy-->betul jugak apa nahmy cakap,2 minggu lepas sy kehilangan kawan,chinese..sedih.tp takde rasa spt rasa ni.

Azrin-->insyaAllah..

Mazemie Maz-->Salam. Mati itu pasti setelah hidup.Salam takziah juga

Khairi-->masa kita akan tiba khairi. Time tu,takde dongengan lagi dah

UJ-->kenapa nk jeles? dia kasi komen je la UJ..heheh..ke nak suh dia komen kat blog UJ jugak?hehe

Kak Tirana-->insyaAllah, mudah-mudahan..

bspotgurl said...

Al-Fatihah

niwtode said...

al-fatihah. fida, arwah tu meninggal sebab apa. umor dia pon sebaya-baya kita kah?

Nuar said...

alfatihah buat arwah.. aku agak terkesan jgk dengan berita arwah meninggal semalam.. aku xtau nama arwah ni walaupun selalu bertegur sapa dengan dia.. borak2 dengan dia sambil dia layan dota.. selalu jgk berjemaah dengan arwah time zohor & asar dari kt opis lama & baru ni.. dok teringat2 lagi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. alfatihah..

Hami Asraff said...

Salam ziarah. Walaupun kekadang kita baru kenal seseorang tu, tapi begitu terkesan di hati. Sebab tulah timbulnya pepatah "Kalau tiada, baru dikenang". Apa pun moga arwah rakan anda dicucuri rahmat.

Sesumpah said...

salam takziah diucapkan


;/

Afida Anuar said...

Bspotgurl-->al-Fatihah..

Niwtode-->meninggal sbb heart attack,atau kolesterol banyak,stuck kat jantung..lebey kurang.. muda lagi edot..muda dari aku kut..kut..

Nuar-->aku tau ko lagi rapat dengan arwah...klu arwah datang opis kita, lepak kat seblah ko..jemaah sekali...InsyaAllah, dia orang baik nuar, moga2 tempatnya di sana dengan orang2 baik..

Hami-->salam...betul... bila dah takde baru dikenang...insyaAllah moga Allah cucuri rahmat ke atasnya.

Sesumpah-->salam takziah...thanks sesumpah

AL-BIMA SAKTI said...

syukurlah... usia kita masih berdenyut.

Afida Anuar said...

Al-Bima... masa kita nanti akan tiba jua... syukur masih berdenyut ... harap2 pengakhirat denyutan itu dalam husnulkhatimah..

Kamsiah said...

Alfatihah....semoga arwah dipermudahkan urusannya disana..amin...

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah...insyaAllah.. Aminn

 

Browse