Rindu Dia..

Wednesday, February 17, 2010
'Time' saya bersalaman dan berpeluk cium dengan ahli keluarga sebelum berangkat pulang ke bandar semalam, mak dan tok mengalirkan air mata. Ayah sekadar me'merah'kan matanya. Saya rasa macam nak pergi berperang pun ada. Tapi itulah hakikat dan itulah yang berlaku bila tiba saat untuk saya berpisah dengan orang-orang yang saya sayang.

Saya? Jangan tanya apa yang terjadi kepada saya sebab saya malu nak cerita. Nanti orang kata saya manja, macam budak-budak. Hati saya memang dari dulu tidak tabah. Perpisahan sementara begini pun hati saya sudah tidak tabah, kalau perpisahan yang kekal nanti....

Teringat masa pemergian arwah tokki kira-kira 6 tahun yang lepas. Walaupun saya tidak berapa rapat dengan tokki berbanding dengan adik-beradik saya yang lain, tapi dalam diam, saya rasa sangat sedih. Sedih kerana tidak dapat menatap wajah dia lagi. Sedih kerana tidak dapat mencium tangannya yang kasar itu lagi. Hinggakan saat ini pun, saya terasa sangat rindu nak jumpa dia. Nak cium tangan dia.

Adik saya Hafizah pergi menghadap Ilahi selepas 24 jam menikmati alam dunia dan selepas 9 bulan lebih berada dalam perut mak. Hafizah pergi tanpa saya sedar, ayah dan mak tidak mengkhabarkan kepada saya yang adik sudah 'pergi' lebih awal. Waktu tu saya darjah 3, terlalu kepingin mahukan adik kecil.

Bila ayah cakap, ayah mahu pergi hospital, mahu bawa adik pulang, saya dan 2 orang lagi adik yang lain melonjak kegembiraan. Kami semua tidak sabar untuk bermain dengan adik baru. Akan tetapi keterujaan kami berhenti tiba-tiba. Kami semua kelu tidak terkata tatkala melihat ayah balik sambil mengendong sesuatu berbalut kain putih. Adik!!!

Sejak dua menjak ni, rindu saya pada mereka-mereka yang telah 'pergi' seakan menebal. Sungguh-sungguh rindu pada mereka.

Ya Allah, kekuatan...kekuatan ya Allah!

PS: Saya?

11 comments:

azrin said...

Alfatihah utk mereka yang tlah pergi. Sabar ya Fida.

i belum sedia nak terima perpisahan kekal. tak tau la macam mana rasa.

takut :(

Tirana said...

Kadang-kadang perasaan rindu itu datang bertandang... Kak Tirana pun kadang-kadang rindu sangat2 pada arwah ayah hingga boleh mengalirkan airmata.

Mudah-mudahan mereka yang mendahului kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah.

Afida Anuar said...

Azrin-->sama ada bersedia atau tak,kita akan lalui...sama ada kita yg pergi dulu, atau mereka...

Kak Tirana-->insyaAllah...moga mereka bahagia di alam sana. Al-Fatihah utk arwah ayah kak Tirana..

tajnur said...

Salam!
Perjuangan mesti diteruskan dlm apa keadaan sekalipun sehinggalah destinasi kita ke Pdg mahsyar utk diperhitungkan. Kita mesti ingat bahawa bermulanya perjalanan kita adalah ketika di Alam Ruh (Surah Al`Araaf:172)dan menumpang di dlm rahim ibu kita (Hadis Muthawatir. Kita ada mesej membawa amanah sebagai khalifah dimana tujuan utama kita adalah supaya beribadah kepada Allah SWT. Kuatkan semangat bahawa kita lahir ke dunia dgn tiada apa2 bekalan dan kalau kita meninggal dunia pun, kita tak bawa apa2... Wallahualam

niwtode said...

sekali sekala kalau rindu, menangis je jangan segan silu. kalo malu, try menangis dalam shower. atau dalam hujan. cerita kat blog pon bole rase lega sket sebab at least ade tempat nk luahkan perasaan. kan?

unclejoe said...

hmmmm posting Fida kali ni hmm touching lak... teringat lak UJ ngn arwah emak dan ayah...

ayah pergi kerana sakit tua nya...dan seterus emak mengikuti jejak ayah ... seolah-olah cinta mereka sehidup semati... pemergian emak hanya selepas habis edahnya...

hmmmm
al-Fatihah...

Afida Anuar said...

Tajnur-->Salam!! Terima kasih atas kata-kata penguat semangat! InsyaAllah akan cuba..

Edot-->betul edot, sbb tu boleh pulak tertaip kat cni, menangis kat tempat lain la kan..

UncleJoe-->maaf UJ, bukan niat nk buat orang sedih,tapi... al-fatihah buat kedua orang tua UJ. Moga mereka berada di kalangan orang-orang yang bahagia di alam sana..

Pn Kartini said...

Bila rindu itu menerjah di ruang jiwa..hanya memori indah bisa mengimbaunya semula..bermain di kotak minda...membuat diri merasa sayu dan rindu..................

Afida Anuar said...

Kak Tinie, hanya memori yang tinggal... rindu sangattt...

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Ya Allah, berilah kekuatan. Amin Ya Rabb.

Afida Anuar said...

Salam ustaz cahaya...

Aminnnn... terima kasih atas doamu.

 

Browse