Kematian Yang Dekat...

Thursday, February 11, 2010
Sepi pagi berjaya membenam semua rasa yang berselirat dalam jiwa. Rasa-rasa biasa dan rasa-rasa luar biasa semuanya terbenam jauh ke dalam...dalam mana entah tidak dapat dipastikan. Yang pasti sangat dalam..

Sejak berpindah ke bangunan baru ni, jarang sekali kami keluar kalau lunch time. Memang setia bertapa dalam opis yang separa beku ni. Biasanya, biskut, roti atau apa saja bekal di waktu pagi akan menjadi santapan tengah hari kami. Tapi kalau dah tahap nak telan nasi sangat-sangat tu, kami akan berkunjung juga ke terminal atau cafe di MMU Cyberjaya.

Bukannya kat dalam kawasan ni tiada cafe, cafe di sebelah bangunan kami ni je. Cuma...bilamana kami dapati tukang masaknya bukan islam. Hati kami menjadi tawar untuk berkunjung ke situ. Ingin sekali kami memberitahu pihak atasan, tapi sampai sekarang...kami masih menyepi. Itu kisah kami.

Kisah aku pula, tengah tangan aku ligat mengacau milo panas di dalam bilik yang separa beku untuk dibuat minuman tengah hari, Amira Alim datang membawa berita yang agak mengejutkan aku.

Victor Chan (ELTP 15), rakan opis aku meninggal dunia pagi tadi. Sesak nafas. Walaupun bukan satu projek, kami memang kawan sejak masuk company ni. Satu batch!

Lepas ni takde dah la "Hi Victor" atau "Morning Victor" yang macam biasa aku lakukan kalau terserempak dengan dia kat pantry.

Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia juga kita akan pergi.

Masa kita nanti, akan tiba jua sama ada kita bersedia atau tidak.....

11 comments:

Tirana said...

Kematian itu adalah yang paling hampir sekali dengan kita tapi entah kenapa kita selalu tak ambil berat sangat tentangnya..


Sekali fikir takut..tapi lepas2 tu boleh pulak ketawa-ketawa..hmmmmm...

Afida Anuar said...

bila ingat kematian..mmg hati jadi kecut..tp spt kak tirana kata la...bila tak fikir sangat...kita boleh pulak ketawa macam takkan mati.

huh...nak kemas2 beg, barang semua..insyaAllah bertolak balik kg lepas lunch ni...'jumpa' kat kampung la pulak nnti... insyaAllah..

Kehelan said...

kematian adalah pasti...

awalnya Fida balik? jeles!

niwtode said...

wah besnye balik kampung! baik2 bawa kete fida.

kat fesbuk pon aku ada baca pasal victor tu. mati boleh datang masa muda dan tua (insaf..)

Pn Kartini said...

salam dear..:)
Begitulah kita
Satu kepastian..akan kembali jua kita padaNya..

ermmm..mesti tak sabar2 nak balik kampung niii..:):)Take care dear!:)

tajnur said...

Salam!
Bila sebut saja tentang mati, itu adalah milik Allah swt spt dlm Surah AlMulk:2,`Allahlah yg menciptkan matti dan hidup spy menguji siapakah hamba2Nya yg paling baik amalan.
Oleh krn rahsia saat kematian dlm pengetahuan Allah, maka kita kenalah selalu bersiap sedia, wpun kita tak mungkin siapsedia dan menjadi terlalu sedih bila kita ketahui tanda2 sakratulmaut kita. Namun, jangan sekali2 kita mati melainkan kita pasti org2 yg sedia menyerahdiri... (Surah AlBaqarah:132)Wallahualam

Afida Anuar said...

Kay-->'terpaksa' balik awal..hehe...

Edot-->mati itu pasti..tak kira tua muda...kita ingtkan yang tua pergi dulu..padahal Allah dah takdirkan yang muda dulu..waAllahualam..

Kak Tinie-->Salam kak Tinie...masa kita nnti akan tiba...
Alhamdulillah dah selamat sampai kat kg tengah malam semalam..

Tajnur-->Salam!.. terima kasih tajnur atas perkongsian itu.

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Saya suka perenggan yang pertama itu..

"Sepi pagi berjaya membenam semua rasa yang berselirat dalam jiwa. Rasa-rasa biasa dan rasa-rasa luar biasa semuanya terbenam jauh ke dalam...dalam mana entah tidak dapat dipastikan. Yang pasti sangat dalam.."

Pandai kamu menulis;-)

Afida Anuar said...

Salam ustazcahaya..

saya pun suka..erkk..hehe.

Terima kasih atas pujian,tapi rasanya saya masih perlu banyak belajar dalam bidang penulisan ni..merapu meraban saya pandai la.hehhe

JP rafflesia said...

salam...

bila pikirkan kematian,mmg takut sangt...
tp,segala kesilapn ats dunia ni xpernah nak perbetulkan....
susah tl nak perbetulkan diri kan???

Afida Anuar said...

Salam JP Rafflesia...

tak susah, selagi kita istiqamah dan cuba perbaiki diri.. kena ada azam yang kuat...tp tu la, hati selalu berbolak balik... sekejap baik..sekejap lalai...

 

Browse