Bicara Hati Di Petang Hari..

Tuesday, February 02, 2010
Petang ni langit begitu gelap. Guruh pun sudah mula berdentum dengan lembutnya. Bila-bila masa saja Dia akan menurunkan hujan. Aku mengharapkan hujan rahmat dariNya.

Aku sukakan hujan. Suka termenung dalam hujan. Suka mengelamun di tepi tingkap sambil menikmati hujan. Entah mengapa bagi aku hujan itu mendamaikan. Hujan itu membahagiakan. Hujan itu bisa menyejukkan jiwa yang kepanasan dan kegelisahan.

Tapi, hujan masih tidak turun-turun. Hati aku begitu gelisah..

Aku tertanya-tanya.... bagaimanakah caranya untuk aku keluar dari kepompong dosa yang membelenggu diri ini? Tabahkah aku? Bisakah aku?

Tiada lain yang aku pinta melainkan keredhaan dan rahmat dariNya untuk aku dan untuk semua orang yang aku sayang... ayah ibuku, adik-adikku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku, dan semua yang ada di sekelilingku...

Ya Allah, tunjukkan aku jalan keluar...

9 comments:

Kehelan said...

Sufi itu Sufiah...

:)

saya suka bulan!

aideeb said...

xtau lah sufi tu sape..tapi aku suka bermonolog sedimikian dgn kucing aku...

Ahmad Zulfadhli said...

selalulah bangun malam bermunajat kepadaNya.. allah lebih dekat dengan kita dan paling mudah untuk kabulkan permintaan dan memaafkan dosa hamba2nya di kala tue..allah tak perlukan kite, tapi sebaliknya kite yang perlukan allah, jadi buatlah sesuatu yang boleh medekatkan kite dengan allah dan sentiasa mengingatinya di setiap waktu.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

unclejoe said...

.. tapi dulu ada time uncle kecik lagi.. citer rahim razali tuh... tsu feh sofia...

Tirana said...

Fida...sapa dia sufi ni?

Kak tirana pun suka tengok hujan..dah lama tak main hujan..sejak dah berkawin ni..malu nak main hujan..hehehe

azrin said...

a'aah la. teka teki sufi nih. hehe.

Afida Anuar said...

Kay-->Bukan sufiah la kay..entah, sukehati je Fida namakan dia sufi..just sufi:D..suka bulan n bintang, mcm ngam diaorang bersama:D

Aideeb-->aku suka bermonolog dengan 'sufi'ku..tp bukan kucing tau..hehehe.

Zul-->masyaAllah, insaf..patutnya dengan Allah la kita patut bermonolog kan? astarfirullahalazimm...

UncleJoe-->hurm..x penah dengar pulak citer tu..masa uncle joe kcik tu, saya tak lahir lagi kut kat dunia ni..hehehe

Kak TIrana-->fida pun tatau sapa sufi ni, main sedap je letak nama..hehe..mak-mak orang mana leh main hujan dah...hehe..fida pn dah lama tak main hujan..erkkk

Azrin-->teka teki yang tidak berteka teki..erkk..heheh

tajnur said...

Salam!
Apabila Afida memanggil Sufi, itu bermakna Afida bertawassul. Hanya Allah saja yg layak menyebutkannya krn milikNya spt Walnajmi, WalAsri dsb. Tetapi bagi kita hambaAllah kena terus kepada Maha Pencipta kerana Dia lebih hampir dari urat leher kita sendiri Surah 17:57 dan Surah 50:16. Wallahualam

Afida Anuar said...

salam tajnur.... terima kasih atas nasihat...salah rupanya apa yang saya buat..

 

Browse