Rembat..

Monday, February 01, 2010

"Kadang kala penafian itu perlu, bila hati condong pada sesuatu yang bukan milik kita. Pedih, tapi pasti ada hikmahnya",

Mana entah aku rembat kata-kata ni, main rembat je..hoho. Dalam dunia ni banyak benda yang kita nak. Tapi ada antaranya yang kita tak dapat. Banyak juga benda yang kita tak mahu, tapi kita dapat. Kan? Kenapa? Sebab Allah Maha Mengetahui.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah:216]

Till then...

PS: Macam tak kene dengan jiwa pulak rasanya template ni...ermm..

13 comments:

unclejoe said...

barangkali juga,
ia ungkapan refleksi,
tanpa sedar menerjah di kiub pemikiran,
lalu diterjemah dengan barisan kata-kata,
di dada blog ini
agar mereka terpanggil, dihayati,diteladani

hehehe ntah pe pe komen...

Khairi said...

wah template baru. fuh.

kalau semua kita nak kita dapat, baik tak payah wat syurga neraka. baik tak payah buat kehidupan ini at the first place. kan?

Dr.Araz said...

baik atau buruk ada hikmahnya....

Tirana said...

Wah, cantik template baru..

Kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan apa yang kita tak dapat sebab kedua-duanya ada hikmah dan pengajaran untuk diri kita.

Afida Anuar said...

UncleJoe-->layan ajer:D..hehe

Khairi-->terpaksa tukar..hoho..hurmmm...betul2...

Dr.Araz-->insyaAllah...semua kejadianNya berhikmah..

Kak Tirana-->terima kasih... InsyaAllah moga ada pengajaran..

syahza said...

hmmm..itula..toin sndri x pernah bersyukur kalau x dpt ape2 tp x pernah pulak fikir rezeki yg Allah beri walaupun x mtk..

manusia..

aideeb said...

kita ada hati kat seseorang tapi seseorang itu pandang kita sebelah mata saja...(ada kaitan tak?)

Ahmad Zulfadhli said...

allah jadikan sesuatu 2 pasti ade hikmah, same ade kite mengetahui ataupun tak jer.. allah xkan ajdikan sesuatu dengan sia2.. jadi bersyukurlah sentiasa dengan apa yang allah kurniakan kepada kita.. jika ditimpa sebarang masalah, janganlah kita mengeluh dan menyalahkan allah.. terima takdirnya seadanya dan teruskan uasaha memperbaiki diri kita.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Afida Anuar said...

Cik Toin-->cik pida pun sama..manusia...alahai..

Aideeb-->ada2..maksudnya apa yang kita nak..kita tak dapat.betul tak?

Zulfadhli-->InsyaAllah..mekasih atas kata2 nasihat..

tajnur said...

Salam!
surah yang Afida baca tu adalah berkenaan wajipnya kita menyertai peperangan walaupun secara fitrah manusia peperangan tidak disukai oleh manusia disebabkan kecintaan utk hidup! Tetapi ayat yg lebih tepat ialah dari surah AlMaaidah:2 iaitu ....dan jgn sekali2 kebencian sesuatu kaum kerana mrk menghalangi2 kamu dari Mesjidilharam, mendorongmu berbuat yg melampaui batas.
Wallahualam

Afida Anuar said...

Salam Tajnur...
Betul... saya petik daripada buku 'Bila Allah Menduga' kita... owhh terima kasih atas pembetulan bagi ayat yang lagi tepat tu.. Selama ni saya tak tahu...yang saya tahu dari surah al-baqarah.

Anonymous said...

kakno
sebenarnya, kita akan tahu berapa nilai benda kita tak mahu itu...bila ia hilang!

have a nice day! ;B

Afida Anuar said...

Macam dalam lyric lagu kris allen, live like we're dying..

"You never know good thing till it's gone"...

PS: lama tak nampak ayah su di ruang ni..erkkk

 

Browse