Syaitan Tak Masuk Rumah Kami..

Monday, February 08, 2010
Tengah sembang-sembang di tengah rumah dengan teman serumah Sal dan Muni sambil Mekdi melayan citer Merlin semalam. Aku sempat berjenaka dengan Sal.

"Sal, tau tak rumah kita ni syaitan tak masuk dah", aku.

"Haa? Kenapa? Sebab selalu baca Quran?", soal Sal.

"Tak", jawab aku pendek.

"Habis tu sebab apa?" soal Sal ingin tahu.

"Sebab ada tv. Dah boleh ganti tugas syaitan", aku.

Sal ketawa. Aku sengih. Muni senyum.

Cerita pasal syaitan tak masuk rumah ni Muni yang ceritakan pada aku waktu kami pulang dari tempat kerja tempoh hari. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk me’relate’kan kepada situasi rumah kitaorang yang waktu tu tv sedang rancak terpasang.

Begini ceritanya. Ada seekor syaitan, dia ingin menggoda manusia supaya mengikutnya. Tatkala sampai di pintu rumah seorang manusia ni, dia tak jadi masuk. Tanya sahabatnya yang juga seekor syaitan.

"Kenapa kau tak jadi masuk rumah manusia tu?"

"Takpe la, rasanya aku tak perlu masuk dah rumah tu. Sebab dah ada tv, dah boleh ganti tugas aku".

Renungkan, ada betulnya juga kisah perbualan syaitan di atas. Disebabkan tv kita jadi lambat untuk solat. Mesti nak habiskan dulu rancangan yang kita tengok tu baru kita nak solat. Kalau tak, nanti pasti terlepas cerita la. Tak tahu kisah la. Macam-macam lagi la alasan untuk menjadikan kita terlambat untuk solat.

Tak rugi pun kan kalau tinggalkan sekejap tv tu dan pergi solat yang tak sampai 10 minit. Kalau tv kita boleh menghadap selama berjam-jam,kenapa solat yang tak sampai 10 minit tu kita masih boleh bertangguh. Allah dan tv...mana keutamaan hidup kita?

Peringatan untuk diri sendiri juga, walaupun aku bukan kaki tv, tapi aku kaki lappy. Lappy dan tv tak banyak bezanya pun.

Tu baru kisah menjadikan manusia lambat solat. Kisah keburukan lain…pasti banyak kalau kita fikir-fikir. MasyaAllah..

Agak-agaknya la kan, syaitan zaman IT mesti jawab, tak jadi masuk rumah sebab manusia-manusia tu dah dilalaikan dengan blog, facebook, forum, youtube, ym, bla bla bla..erkk

PS: Dah dah, tak payah komen lagi. Pi la solat dulu kalau tak solat lagi. Lepas solat nanti baru komen eh;)

Till then..

13 comments:

mohad said...

citer yang menarik...

Afida Anuar said...

makk ai baru post tak sampai 5 minit dah komen..heheh.. terima kasih ijad.....

uj said...

tol lah ustazah..... hmmm nasib la kat rumah UJ TV tak berapa nak berfungsi dah tebal.... kecik lak tuh... sedih lagi... duk apartment ni lak... central areal TV bangunan lak rosak....pas tu yang paling clear pun siaran Singapore... Tv malaysia semua 'beremut-remut' jer.. pelik gak... duk malaysia siaran luar lak lebih terang .... Agak nya ni la hikmah nye kot.. nak relate kan dengan citer ustazah fida...

tajnur said...

Salam!
Sebaik saja kita dilahirkan ke dunia ini, Allah telah berikan kita kembar (syaitan/jin)yang dinamakan Qariin. Hanya Rasulullah saw sahaja yang dipelihara oleh Allah dari gangguan Qariin ni dimana terdpt dlm Surah AlZukhruf:36. Qariin ini akan sentiasa dampingi dan menggenggam manusia tak kira masa terutama mrk yg berpaling dari peringatan Allah (AlQuran). Wallahualam

Khairi Mohd said...

seb baik sy jrg tgk tv. tgk berita je. hehe. eh byk cenel la sebenarnya takde kat umah sy baru perasan. tv8 takde. 9 xtau. 7 entahlah. cenel astro pun byk takde. sbb pakai disk centralized yg dah rosak kena panah petir hehe. rumah sy menghadap ke belakang pemancar astro, so takleh pasang disk ler.

Tirana said...

Betul tu Fida..sekarang ni dalam rumah sendiri pun dah banyak distraction yang membuatkan kita jadi lalai dan tak punctual. Semakin banyak distraction, semakin kita kena kuat disiplinkan diri tapi biasanya kita tak kuat..hehehehe

Afida Anuar said...

UncleJoe-->hehe..ustazah la pulak yer..apa2 la. InsyaAllah doa tu, walaupun skrang ni title bukan ustazah;)

Tajnur-->MasyaAllah, syaitan tu nama qarlin...

Khairi-->hehe..umh sy pulak tv1 n tv2 channel tak berapa nk clear..tp ada channel lain pun tak berapa nk bukak jugak..astro mmg takde la..sib baik.hehhe

Kak Tirana-->kadang-kadang begitu la akak, tak kuat kita dibuatnya.. mmg kene displin betul2 la..

tunbegia said...

sungguh,

salamm,

Afida Anuar said...

Tunbegia..

Salam..

Anonymous said...

fida, agak-agak kalo lagi besar tv kite beli.. lagi banyak setan tak masok umah tak? huhu

Afida Anuar said...

huhu...hurmmm... ermm...

selagi tak melaghokan kita dari ingat kat Dia...sampai waktu solat,kita solat... rasanya tak salah beli tv besar mana sekalipun:D

hehe..ada plan nk buat house warming dak?leh tengok tv besar kat umah ko..hehehe

Sesumpah said...

lawakla ganti tugas syaitan tuh hoho

i loikke!

Afida Anuar said...

syaitan tetap menjalankan tugas dia melalaikan manusia..anggaplah kisah tv itu sebagai perumpamaan kerana tv pun berupaya melalaikan manusia..

waAllahualam.

 

Browse