Pizza Italiano ;-)

Monday, June 23, 2008
"Nak conteng apa hari ni ek?"

pikir jap...

"Nak cerita pasal minyak naik, barang naik..semua naik.. kang naik minyak lak.." hahahha. Sabar sabar..

pikir lagi..

"Nak citer pasal projek,opis, teammate semua, dah cerita hari tu! Takkan nak cerita lagi, nanti korang buhsan pulak nak baca.."

pikir lagi nak tulis apa..

Aku termenung,sambil minda memikirkan apa bait-bait seterusnya yang harus aku coretkan. Fikiranku pula bebas melayang di hari yang mendung ni, tapi masih tidak menjumpai tempat 'mendarat'..

....masih,tidak ada kata sepakat antara minda dan jemariku untuk menerbitkan bait-bait yang bakal dilontarkan di blog ni....

Nanti la..i'll get back here again. It's lunch time actually, maybe perut dah lapar, so minda tidak dapat memproses input yang sepatutnya agar bisa menjadi bait-bait 'indah' untuk dicoretkan di blog ni.hihi.. Bait-bait 'indah' tuu..haha, adeh Fida..Fida..perasan pulak aku ni!

Ok now bersambung, perut pun dah berisi, minda pun dah sepakat tuk membimbing jemari aku menari-nari atas keyboard ni, dah ada kata persetujuan akhirnya, alhamdulillah ..

Cerita basi tapi aku nak tulis gak la sepatah dua kata. Apa lagi kalau bukan pasal pasukan peberet Itali aka Azzurri..Depa dah out time suku akhir pas lawan dengan Spain semalam. huhuhu...Tu pun sebab penalti agregat 4-2, kira nasib jugak la Spain menang. Apa pun seperti kata Saizul, pujian harus diberikan kepada Itali kerana bermain dengan begitu kental dan barisan pertahanan depa memang mantap kerana mampu mengekang asakan pasukan Spain. Kalau tidak, masakan mereka mampu bertahan sehingga terpaksa diberi masa tambahan 30minit dan berakhir dengan penalti. Dah la Cannavaro takde, Pirlo dan Gattuso pun tak main.. memang satu kelebihan tuk Spain. Apa pun, Forza Azzurri! Aku baru je berangan nak tengok depa main masa final. Huhu. Nampaknya malam tu, terpaksa tengok team lain la. So lepas ni nak sokong team mana plak ek? Germany la..hahahaha.

Dulu kala aku tidak suka bola sepak. Apatah lagi nak bazirkan masa hampir 2 jam semata-mata kerana bola sepak. Tapi disebabkan aku berkawan dengan kaki bola, sedikit sebanyak mengajar aku tentang kepuasan menonton bola sepak ni. Bermula dengan Piala Dunia 2002, masa tu aku masih lagi belajar di UIA.Roommate aku, Kak Cik memang seorang kaki bola, dan dia memang gilakan bola walaupun dia sendiri tidak tahu sepak bola. Hahaha. Pernah time piala dunia 2002 tu, aku dan Kak Cik keluar senyap-senyap kul 2 pagi nak gi bilik tv kat bawah sebab nak tengok bola. Time tu Portugal nya game,dan Kak Cik ni memang peminat setia Portugal sebab 'adiknya' Si Christiano Ronaldo main.

Yang jadi problemnya pulak, pas kul 12 malam, tv diwajibkan tutup. Tapi kitaorang senyap-senyap pi bilik tv. Rupanya bukan aku dan Kak Cik je yang nak tengok bola, ramai lagi lagi sister-sister yang meluru ke bilik tv tu. Hah, nasib baik Mak Guard tak de jaga kawasan tu. Kalau tidak nahas! Tapi malang, Mak Guard mungkin dah hidu kut yang kitaorang ni memang nak menerjah bilik tv pada jam 2 pagi. So dikuncinya bilik tv tu siap-siap. Huh..kuciwa nya Kak Cik! Aku pun kuciwa gak! Dah nasib kene patuh peraturan kolej masa tu..huhu

Balik kampung lak, aku join ayah aku, adik lelaki aku tengok piala dunia tu. Baru la dapat kepuasan tengok ramai-ramai dengan keluarga. Tak perlu nak keluar senyap-senyap untuk tengok bola. hahahaa. Mak aku pun dah geleng kepala aku dah start layan bola. Tapi aku dah suka. Layannn je la:D

Masuk piala dunia 2006, masa tu aku baru habis belajar dan kerja sementara kat kampung. So aku dan ayah aku je yang layan bola kat rumah. Adik-adik lelaki aku semua takde, sebab sorang masih belajar kat UIA, dan sorang lagi dah keje kat Shah Alam. So malam-malam yang berjaga layan bola, aku dan ayah aku je. Nak harap mak aku join..hahahahah, mustahil la kut! Tapi bukan tiap-tiap malam la aku dan ayah aku berjaga layan bola ni pada awal musim piala dunia tu. Kalau malam team-team yang best je main. Cam Argentina, Brazil, Perancis, Jepun, Itali, German, Spain, England, Crotia,Portugal apa lagi ek? Pastu masuk semi final, start tu, aku dan ayah aku memang dah mula berjaga malam dan tak pernah miss satu game pun sampai ke final. Time tu kami anak beranak buat perjanjian, sape yang bangun dulu, masing-masing kene kejutkan. Tapi biasanya aku la yang kejutkan ayah aku:)

Time piala dunia 2006 ni la aku dah start 'berkenan' dekat pasukan Azzurri ni. Lagi la dengan kaptennya Fabio Cannavaro yang encem.hahaha. Grosso, Luca Toni, Pirlo, Totti, Materrazi yang de case dengan Zidane tu, goalkeepernya, apa entah nama, Buffon ke apa? hahah aku ingat sebab namanya cam ala2 buffulo gitu, hihihi. Lagi sape ek yang aku ingat ? Erk.. tak ingat dah. Aku ingat certain-certain orang jek. hahaha.Cek balik la lam list pasukan depa. huhuhu. Time tu aku memang sokong 100% kat Itali dan yang paling mengujakan, depa menang World Cup 2006!

Tapi Euro semalam. Memang aku agak frust la depa kalah.huhuhu.Kalah sebab penalti lak tu. Kalau sebab real game, maybe tak terasa sangat kut. Apa pun, kalah menang, adat pertandingan. Tengah duk pikir-pikir ni, nak sokong team mane pulak pas ni. Ala, senang..sokong aje team yang julang piala euro nanti...hahahahaha.

Tapi satu yang buat aku fikir pasal bola ni. Tu pun sebab kata-kata mak aku dulu dan aku juga ada memikirkannya. Anak-anak muda sekarang ramai yang sanggup berjaga malam kerana bola. Termasuk aku! Tapi berapa kerat yang sanggup berjaga sebab nak bangun untuk buat tahajjud? Bangun di tengah malam tuk beribadat kepadaNya....hmmm... something to ponder! Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. WaAllahualam.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

10 comments:

aziz said...

semalam memang bukan hari utk penyokong italy.. tp xper.. kite tunggu piala dunia 2010 lak..

Afida Anuar said...

Hahaha, itu la ajis.. harap2 menang la depa tahun tu. Tu kes cannavaro takde tu..hahahah..

Lagi pun, penalti jek..elek arr.hahaha. Maruah masih lagi terjaga. Adeh pandai2 je aku nih.

[Palie] said...

pizza italiano??
haaaa.. mana amik words nie.. dr SA ek? hehhehee..

[Palie] said...

mcm pernah ku nampak semalam seseorg punye status 'pizza italiano' :p

Afida Anuar said...

Adeh palie palie..SA tu apa ek? Smile Always?? ke apa? Aku tatau arr short term ni.

Haha, aku takde idea dah nk tulis tajuk. So teringt smlm smbang ngan peja pasal italia ni. So amik je la tajuk pizza italiano yang dia tulis tu. Itu aje.

Lagi pun, cam kene gaye lak xplain pasal azzurri ni:D Jangan ko ingat lain sudah..

Anonymous said...

testing...k fida da leh comment..musti k fida suke kan..sbb leh bg comment kat page ****

Anonymous said...

yea..yea..buleh comment lg..k fida..aku dop suke bola..^__^

Anonymous said...

another comment..jom balik..buhsan aa duk opis. +__+

Anonymous said...

k fida..nnt teman aku buke pose kat pizza..kita makan pizza italiano ngn peja..

Afida Anuar said...

Mekdi sudah weng :p

 

Browse