Pemimpin Negara Langsung Tidak Ada Otak!

Friday, June 06, 2008
Ternyata, LAH SIANG BAK HARI, LAH BASULUH MATO ORANG RAMAI, bahawa kerajaan BN pimpinan Pak Lah, hanyalah sekadar mengulang-ulang kenyataan yang telah dibuat oleh orang lain, iaitu harga minyak dunia telah melambung, harga-harga di negara jiranpun lebih tinggi dari pada kita, maka harga runcit petrol terpaksalah dinaikan.

Kalau begini cara berfikir pemimpin, iaitu sama dengan fikiran orang awam, siapapun boleh jadi pemimpin. Tak payahlah nak bayar gaji mereka berjuta-juta, sediakan rumah berbilion-bilion, lalu merasuah duit rakyat lak lagi tu.

Timbul soalan BUAT APA KITA MEMILIH PEMIMPIN KERAJAAN?, sudah pasti matlamat utamanya untuk memelihara kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan kita. Itulah di antara beberapa sebab kerelaan kita menyerahkan undi kepada mereka.. Kita memberi undi kepada mereka bukan untuk menyuruh mereka ambil tali lalu mencerut leher kita.

KOK BOSAR NAK MALANGGAR
KOK CERODIK NAK MANIPU
BODOH TAK MAKAN AJAR
PANDAI TAK BOLEH DIIKUT.

Cuba kita lihat beberapa langkah PEMIMPIN ADA OTAK di bawah kepimpinanan DR M(terbatas pada ini sahaja), ketika Negara dilanda kemelut krisis mata wang tahun 97, dijangkakan ekonomi negara akan terjerumus ke dalam kegelapan. Waktu itu DR M pun boleh jawab, apa kita mahu buat, semua Negara terkena, jadi kita terpaksa tanggunglah. Tapi, ternyata tidak kerana DR M ada otak, beliau menambat nilai ringgit, ambil mana-mana wang yang boleh digunakan untuk sementara menjana ekonomi, kita difahamkan, ambil wang Petronas/EPF dan lain-lain untuk terus menggerakan jentera pembangunan Negara. Akhirnya kita terselamat. INI BARU PEMIMPIN, berfikir bukan macam orang kebanyakan.

Tengok Utusan On Line hari ni :
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP

Sepatutnya kerajaan untuk menutup kehilangan RN 13.7 bilion di antara lain :

Guna duit Petronas sebanyak 20% keuntungannya yang mungkin akan melonjak kepada di atas RM 100 billion tahun ini, dah dapek RM 20 billion dah.Ni lah maso de kito memanfaat anugerah ALlah SWT untuk kebajikan rakyat. Kok kita tak ado minyak tu lainlah cito de.

Mansuhkan untuk sementara 50% pembelian tenaga dari IPP. Kita tahu, IPP ni sebenarnya menjual cadangan tenaga sahaja sebanyak 40% dari jumlah penggunaan tenaga negara.Tak koh bangang salamo ni Jang, yang kito bayar tu sabona o bukan tenaga yang digunakan. Contoh mudah de, boli lagi satu kereto, takut nanti kereto yang dipakai sekarang rusak, kang tak dapek nak jalan, bongap amek, riper jo lah.

Nasionalisasikan semua syarikat GLC yang untung. Apo, marah ?, sapo yang nak marah, yo semua syarikat tu kerajaan punyo, bukan roto mak bapak dio yang mengadokan syarikat tu, jadi ni lah maso de kerajaan nak balik. Apo, jatuh saham de, paduli apo, barapo korek orang yang punyo saham tu.

Jadi, sebenarnya, kerajaan tak perlu menaikkan harga minyak JIKA KERAJAAN MEMPUNYAI OTAK MENTADBIR EKONOMI NEGARA.

Keuntungan tidak langsung yang pasti akan berlaku ekoran mengekalkan harga minyak ialah, akan berlaku limpahan FDI, memandangkan kos operasi yang jauh lebih murah dibandingkan dengan negara lain.

Rumusan saya, usahlah UMNO/BN tidak layak lagi memerintah Negara ini, memandangkan mereka TIDAK MENGGUNAKAN OTAK MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGERA.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10828&mode=thread&order=0&thold=0

0 comments:

 

Browse