Saat Itu..

Monday, June 16, 2008
Alhamdulillah, in-house projek using testing tool QC hampir sampai ke penghujung. Cuma tinggal part defect yang kitaorang kene setel dan hujung minggu ni dah due datenya. InsyaAllah, leh cover semua modul dan part yang ada dalam requirement. Cuma sikit je lagi ni! Fida Gambatte!!

2 orang team member kitaorang yang telah dihantar ke Hyderabad, India 2 bulan lepas telah selamat pulang ke tanah air dan kembali ke opis cam biasa hari ni. Welcome back Wai Pei and Ee Lim. Depa di hantar ke sana kerana terlibat dengan project yang memerlukan tahap penguasaan bahasa mandarin yang tinggi kerana depa 'mengetest' system yang menggunakan bahasa itu. Eh betul ke aku nye description pasal depanya projek ni? haha, apa-apa la. Yang penting, depa selamat sampai dan team kitaorang kembali bersatu. Chewah.. kononnya la:)

Hari ini pula, aku melalui hari-hari yang biasa aku lalui. Tiada UFO atau little green man yang ku temui di jalanan. Haha,aku dah mula merapu... Entah,sejak kecil aku memang minat semua tu, angkasa, bintang, planet, UFO, makhluk asing (still wondering depa ni betul-betul wujud ka? Sebab baca kat mana entah,saintis ada terjumpa makhluk asing di planet marikh. Teringat lagi gambar makhluk tu, tapi gambar tu kecil sangat, so macam tidak berapa clear wajah makhluk asing tu..huhu, nanti kalau aku terjumpa gambar tu aku postkan kat sini)
Masuk sekolah menengah, X-Files pula yang menjadi tatapan dan aku tak pernah miss setiap episod citer science fiction tu. Dari situ aku dapat idea mengenai conspiracy theory. Conspiracy ni between kerajaan US dan alien. Mengikut citer tu la. Alien culik manusia bagi membolehkan mereka menjalankan experiment ke atas manusia. Hanya segelintir yang nampak alien mendarat dengan UFO nya dan kerajaan US akan sedaya upaya menutup cerita dan hapus bukti tentang alien ni. Ada juga kisah UFO yang terhempas di bumi dan kewujudan alien itu juga disembunyikan oleh pihak kerajaan US. Mereka juga menjalankan ujikaji ke atas alien-alien ini, dan ada juga kisah yang kononnya alien ini ingin menakluk bumi. Wahh..begitu lah sedikit-sebanyak dari kisah The X-Files ni. Sound logic gak..hahahahaha. Menurut cerita tu la..

Teringat waktu aku masih lagi di alam yang kurang matang, huhu alam remaja.. aku suka merenung langit di waktu malam. Masuk bilik, tutup lampu, buka tingkap dan tenung langit sorang-sorang, tengok bintang. Terasa seperti...perasaan yang sukar untuk aku luahkan. It's unexplainable. Kalau lampu terpasang, akan mengganggu konsentrasi aku untuk merenung bintang-bintang itu disebabkan keadaan persekitaran yang cerah. Jika lampu dipadamkan aku seperti berada di alam yang gelap, hanya bintang-bintang di langit yang gemerlapan yang memberi sinaran dengan cahayanya. Wahhhh.... betapa tenangnya saat itu. Betapa indahnya ciptaan Ilahi. SubhanaAllah. Dan tanpa aku sedari, merenung bintang itu sudah menjadi habit aku. Kebiasaan sebelum aku tidur, dalam setengah jam or more aku menghabiskan masa merenung bintang-bintang tu. Sampai di suatu ketika, percaya tak korang, aku pernah terserempak dengan shooting star. Huhu, tapi waktu tu, keadaan berlaku dengan begitu pantas, sampai aku tidak sempat nak rakam or whatsoever. Memang terlalu pantas. Hanya aku sempat rakam dalam memori aku je.Huhuhu. Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.

Pernah suatu ketika, mak aku tegur aku kerana duduk dalam bilik yang gelap sorang-sorang, tingkap terbukak pulak tu. Mak aku ingatkan aku dah tido. Tapi bila daun pintu diselak, kelihatan aku duduk di bucu katil sambil merenung langit. Serius masa tu mak aku ingatkan aku ada masalah, konon cam aku duk fikirkan problem la. hahaha. Tapi..aku hanya nak merenung alam ciptaan Ilahi. Cuak jap mak aku. wakakakaka. Ampun bonda...

Ok bab bintang still tidak habis lagi ni, izinkan aku menyambung nya lagi. Masa tu aku masih budak-budak. Yer la Form 1 or 2, kira budak-budak la tu. Habit aku pula tenung bintang.huhu. Masa aku lihat bintang-bintang yang bertaburan tu, aku perasankan sesuatu. Ada bintang yang berkelip-kelip dan ada yang static je cahayanya. Kenapakah begitu keadaannya? Satu lagi, jika korang juga mempunyai habit seperti aku,haha, korang musti pernah perasan, ada 'bintang' yang bergerak! Ia buat aku kagum! Bagaimana bintang boleh bergerak! Yang aku tahu di waktu tu, bintang berada amat jauh dari bumi. Besarnya beribu-ribu kali ganda dari bumi. Tapi kes 'bintang' bergerak ni, jarang la aku temui, kira bukan tiap-tiap malam la. Cuma yang aku perasan di kala itu, 'bintang' yang bergerak ni, ia tidak berkelip-kelip or gemerlapan seperti bintang-bintang lain. Perlahan aje pergerakannya dan saiznya agak kecil berbanding bintang-bintang lain.
Bagaimana bintang boleh bergerak dan kenapa ada sesetengah bintang yang tidak berkelip?
Persoalan ini adalah antara agenda pemikiran aku di kala itu. huhu. Masa rehat, aku spend some time, pergi library, masuk bahagian science, tengok bab-bab bintang ni. Tapi still, tidak ada penyelesaian yang aku dapat. Tapi setahun lepas tu kut, terhurainya persoalan aku ni, bila aku tengok dokumentari pasal bintang. Ok, pasal bintang yang berkelip or tidak berkelip tu. Yang berkelip tu la sebenarnya bintang, dan yang tidak berkelip itu adalah planet. Nama planet aku tidak la pula mengetahuinya. Sebab banyak 'bintang-bintang' yang tidak berkelip ni. Kadang-kadang, di subuh hari kelihatan di dada langit belakang rumah aku terdapat sebiji 'bintang' yang sangat besar. Ia tidak berkelip. Tahulah aku bahawa 'bintang' itu adalah sebuah planet! Satu persoalan itu terhurai.

Bab bintang bergerak. Aku dapat jawapan ni time tengok National Geographic. Masa aku Form 4 kut. Kisah satelit dokumentari tu. Sebijik cam 'bintang' bergerak yang aku tengok. Dan dalam dokumentari itu sendiri cakap, kalau lihat 'bintang' yang bergerak itu adalah sebenarnya satelit yang 24 jam mengelilingi bumi. Patutla tiada kelip.huhuhu. Akhirnya persoalan time budak-budak aku solve. Setel. Alhamdulillah.

Time dah besar ni, habit tu sedikit sebanyak aku tinggalkan. Tapi kalau ada masa tu, sempat jugak aku curi-curi pandang bintang-bintang tu. huhu. Memang begitu agung kejadian Allah itu. Yang pasti, memang sudah panjang gile entry aku ni. So better aku berhenti ni saat ini, kerana perut ku juga sudah berbunyi minta di isi. Until next entry then. Assalamualaikum

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam.

7 comments:

Khairi said...

Saya suka tgk bintang.. Sebab saya dpt lihat cahaya 200 juta thn lepas merentasi alam dan sampai ke mata saya hehe..

Subhanallah...

Afida Anuar said...

Wahhh, cahaya 200 juta tahun sampai ke mata tu? hihi..yes i can see it too. 200 juta tahun ek?? huhu

But that's not the only reason why i like to keep staring at those stars. It's because.. they are stars:)

WaAllahualam

Khairi said...

they shine through darkness.. Without them darkness rules..

you cant see them, you see their light.. hihi..

some lights were trapped or bend by gravity, the light you see doesnt indicate exact location of the stars. It is bent in space and time.

cam best kan hihi.. among other science field, cosmic science is the most interesting.

niwtode said...

ape kerojenye nengok bintang.. aku salu tengok bintang kalo time tade letrik kat umah, sebab takleh nk tengok tv.. huhu

Afida Anuar said...

Khairi-> Yup, we see their light. Believe it or not, no one knows how many stars exist, but the number would be incredible! Huh, amazing!

Edot--> Haha, takde keroje la nengok bintang edot. Cuba ko tengok gak..Dalam keadaan gelap dan sunyi... u'll feel something!
Lagila masa ko tengok masa takde letrik tu. Try it!hihi

sitizero said...

bintang di langit...
kelip engkau disana...
erm...x igt da lirik pastu.
huu...
tp mmg besh pn tgk bintang.kalo kt tepi pantai mesti lg besh kan

Afida Anuar said...

Yup.. tepi pantai. Tengah padang pasir..atas bukit..dalam hutan. hihi. Aku tak pernah try semua tempat tu, cuma dalam hutan aje penah tengok berjuta bintang di malam yang sepi..SubhanaAllah! time pi camp apa entah dlu...

Eh lagu apakah itu?tak pernah ku dengar lagu itu.huhuh..

 

Browse