Aku Bulan dan Kau Bintang (Part 2)

Wednesday, June 04, 2008
Jam di PC menunjukkan 5.45pm. Kerja untuk hari ini masih berlambak untuk disiapkan. Hati aku sudah meronta-ronta untuk pulang. Sempat aku menyilau cubicle sebelah, Wong masih lagi tekun menyiapkan kerjanya. Begitu juga dengan cubicle depanku, Zalina masih lagi teliti dalam menyiapkan modulnya. Kumar pun khusyuk mengadap PCnya. Azli pun sama.Aku merenung pc aku, modul aku 90% baru siap. Kalau ikutkan schedule yang telah disiapkan oleh Encik Hakim, project manager kami, aku kene siapkan modul tu hari ni untuk di review dan ada lagi 4 modul untuk disiapkan dalam masa 7 minggu sebelum tarikh akhir projek ni.

"Arghhh, nampaknya hari ni aku terpaksa stay back lagi!! Jie aku mahu pulangg!!", hatiku menjerit.

Dalam aku melayan kerenah hatiku di petang hari yang mendung itu, tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi.

"Ummi!!", aku excited melihat nama Ummiku yang terpapar di screen telefon.

"Assalamualaikum Ummi!!", sapaku riang. Walaupun dalam pada masa yang sama, fikiran aku masih lagi berserabut memikirkan modul yang masih perlu disiapkan.

"Waalaikumusalam. Along masih di ofis lagi ke tu? Ummi ganggu Along ke?", tanya Ummiku bimbang-bimbang panggilannya menggangguku.

"Ye Ummi, Along kat ofis lagi ni. Ummi tak ganggu Along la, lagipun kerja dah nak siap dah ni", aku mengelak dari Ummi mengetahui bahawa aku sememangnya sibuk!

"Sebenarnya, tadi NekSu datang, dia bertanyakan Along", pendek sekali penjelasan Ummi.

"Apa? Bertanyakan pasal Along?? Tanya pasal apa tu Ummi?", ada apa pula nenek si Hafiq ni bertanyakan aku. Mungkin dia nak tanya pasal Hafiq kut dari aku. Getus hati ku.

"NekSu ni, kalau boleh mahu Along pulang 30hb ni. Dia hendak buat kenduri untuk menyambut cucunya si Hafiq tu. Nampak dari gayanya, macam dia berhajat sangat mahu Along pulang. Lagipun Along.. orang tua. NekSu tu kan dah macam nenek Along sendiri. Kalau Along tidak sibuk waktu tu, Along pulang la yer, lagipun 30hb tu kan hari Sabtu, rasa tak mengganggu kerja Along kan?", jelas bonda ku panjang lebar.

"Owhh,tapi Ummi, Along tak boleh nak janji la Ummi. InsyaAllah kalau tarikh tu mengizinkan Along untuk pulang, Along akan pulang. Ummi pun tahu kan Along sekarang ni terlibat dengan projek, kadang-kadang hari Sabtu pun menuntut Along untuk datang kerja", aku cuba sedaya upaya menerangkan keadaan ku yang sebenar.

"Baik lah sayang, Ummi faham. Tapi kalau Along dapat balik, bagus la", pendek jawapan ummiku.

"Hmm, nanti Along confirmkan balik dengan ummi. Kirim salam kt NekSu yer ummi, kirim salam kat abah dan adik-adik semua",sempat aku berpesan.

"InsyaAllah, nanti Ummi sampaikan salam Along. Along jaga diri. Assalamualaikum", ayat-ayat terakhir ummiku untuk petang tu.

"Waalaikumusalam", pendek jawapanku.

Aku termenung lagi depan screen PC. Semua bebanan kerja sehari tu hilang buat seketika. Yang ada dalam fikiran aku sekarang, NekSu. Nenek Hafiq yang sudah dianggap seperti nenek sendiri. Maklum lah, sejak kecil lagi aku sudah tidak punyai nenek. Cuma datuk sebelah ibuku yang sempat aku kenal,tapi meninggal dunia ketika usia aku 7 tahun, dan ingatanku padanya juga, seakan pudar di mamah zaman. Nenek dan Datuk sebelah abah, semua meninggal sebelum aku dilahirkan. Mungkin sudah tersurat aku hidup tanpa kasih sayang datuk dan nenek sebenar, dan pada NekSu lah aku curahkan kasih sayang sebagai seorang cucu.

"Jauh termenung Afie, ingat orang jauh ke?", sapa Zalina terus mematikan ingatan aku pada Nenek Su.

"Haha,kau ni saje je ye, aku teringatkan kau la Ina, orang sebelah aku, senyap je, entah buat keje ke, buat peta..hahahaha" gurau ku. Kedengaran si Ina ketawa kecik.

"Ha, iyo la tu Afie," sampuk Ina lagi.

Kekecohan aku dan Ina berhenti di situ. Ruang pejabat kembali sunyi. Masing-masing sibuk dengan part masing-masing. Pandangan aku kembali beralih kepada screen komputer. NekSu sudah berlalu dari ingatanku, tiba-tiba kelibat Naim, Dayah dan Mukhlis muncul di mindaku.

"Owhh, mereka dah tahu ke Hafiq bakal pulang?", tiba-tiba hal Hafiq yang menambah kesibukan aku petang tu. Modul yang perlu aku siapkan aku tinggalkan sementara. Aku bukak Outlook. Klik icon New.

Salam semua,sihat??
Dayah..camne Adelaide? Nanti kalau ada gambar-gambar terbaru kau kat sana, jangan lupa send kat kitaorang lagi.Naim, keje kat sana OK? Mukhlis, bila final paper ko?korang tau tak Hafiq akan pulang ke Malaysia 2 minggu lagi. NekSu ada buat sedikit kenduri untuk sambut cucunya tu. Kalau korang berada kat kampung time tu boleh la rasa kenduri Hafiq tu. Aku tidak tahu la dapat balik ke tidak time tu. Nanti aku roger-roger korang.Tapi aku tidak tahu la pulak NekSu jemput korang ke tidak. Ala, belasah je si Hafiq tu kalau korang tak dijemput.Kalau ada sape-sape balik, sampaikan salam aku pada semua ye. Dayah kalau ko balik malaysia, jangan lupa bagitau kitaorang tau. Ok tu je. Aku nak sambung keje aku yang berlambak ni. Roger & Out.
Wasalam

Regards
Safiyah Naqilah bt Nabil.

SEND.

Sekarang aku harus fokus pada kerja aku pula. "Wahhh Afie, banyak nye benda kau kene setel ni!!", rungutku sendirian apabila tumpuanku kembali beralih kepada modulku. Jam dah dekat 6.25pm.

Nampak kelibat Encik Hakim masih berada di dalam biliknya dan kelibat semua team member aku masih khusyuk menyiapkan tugas masing-masing untuk hari itu.

"COME ON AFIE, lagi 10%. Sikit je lagi ni!!", hatiku tiba-tiba membisikkan kata-kata semangat.

9.00pm. Alhamdulillah. Modul aku pada hari itu siap juga, dan sudah direview oleh Encik Hakim. Hanya ada sedikit perubahan yang aku terpaksa buat. Tidak mengapa, itu boleh diselesaikan besok. Azli pun sudah mengangkat punggungnya untuk pulang, nampak tergesa-gesa. Isterinya menunggunya pulang untuk makan malam sekali kut,hatiku berbisik. Ina pun dari tadi dah balik.Hanya tinggal Wong dan Kumar yang masih tekun dari tadi.

Aku mengemas apa yang patut. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke rumah. Perut pun dah berbunyi dari tadi minta diisi. Encik Hakim pun nampaknya dah bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba kelihatan kelibatnya mendekati cubicle kami.

"Wong, kumar, and Afie, let's go have some dinner. It's my treat, jom la, lapar dah ni", katanya selamba.

"Sure it's your treat Mr Hakim? I'm afraid you're gonna pass the bill to me!", Kumar menyampuk.

"Yea sure, it's my treat," Encik Hakim membalas.

"Ok then, i'm in", Wong tiba-tiba mencelah.

"Afie?", tanya Encik Hakim, dan sekaligus pandangan ketiga-tiga team member aku beralih kepada aku.

"Erkk, it's ok Mr Hakim. I think, i just wanna go home. Thanks anyway for the invitation", sopan je kata-kataku.

"Ala Afie, jangan la malu-malu, jom la, Mr Hakim nak belanja tu. Bukan selalu pun dapat merasa Mr Hakim's treat",kumar sempat memujukku.

"Rezeki tidak baik ditolak",Wong pula bersuara.

"No la Kumar, Wong, bukannya i malu or tolak rezeki, tapi seriously i think i just wanna get home. Get some shower. Kepala ni dah rasa pening-pening.Lagipun..Mr Hakim gonna treat us next time pulak ..right Mr Hakim?", aku sempat lagi kasi alasan.

"Haha, yer la tu Afie, by the way, it's ok if u're not going to join us. Drive carefully then. If there's anything just give us a call," pesan Mr.Hakim.

"Ok, Sure. Thanks guys. See you tomorrow".

Aku mempercepatkan langkah ke basement. Kelibat 3 orang team member aku itu sudah sayup kelihatan di bawa kelam malam. Cepat-cepat aku masuk ke perut kereta dan terus aku menguncinya. Bimbang juga aku kerana keseorangan. Aku menghidupkan enjin kereta. Menghidupkan aircond dan menukar radio ke channel kegemaranku .Sedang aku ingin menukar gear reverse, tiba-tiba..."GEDEGANGGGGG", terasa aku sedikit melayang. Kereta ku berpusing 90 darjah.

"YA ALLAH, apa yang berlaku ni?", aku melihat melalui cermin sisi. Rupa-rupanya, sebuah toyota vios melanggar keretaku. Kelihatan seorang lelaki. Sedang memicit-micit kepalanya.

"Mabukkah dia?"

Aku keluar dari keretaku. Rupanya keadaan keretaku tidak seteruk bunyi perlanggaran tadi. Kemik sedikit bahagian belakang. Namun dalam keadaan lapar dan pening, rasa marah tu tetap meluap-luap melihat keadaan keretaku ditambah dengan godaan syaitan lagi.

Lelaki berkulit sawo matang keluar, chinese-look. Masih lagi dengan pakaian formal. Terhuyung-hayang gayanya. Sempat kedengaran ucapan maaf darinya.

"Maaf saudari, saya tidak perasaan", belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Aku menyerang dengan kata-kataku.

"Awak ni pandai memandu ke tidak? Lagipun saya rasa, di basement ni semua lampu terpasang. Terang benderang. Tidak masuk akal jika awak tidak perasankan kereta saya. Melainkan awak memang mabuk. Kalau dah tahu mabuk tu kenapa nak drive sangat!", aku geram. Aku melepaskan kegeramanku dengan memarahinya. Puas rasa hati aku.

Dia pandang aku dengan pandangan kosong selepas mendengar kata-kataku. Pandangannya sayu. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba..matanya terpejam. Dia rebah di depanku.

"Ya Allah saudara..kenapa ni? saudara.. bangun saudara?", spontan reaksiku. aku sudah mula panik. Tidak pernah aku alami situasi seperti ini. Aku seperti mati akal untuk bertindak dalam keadaan itu. Tiba-tiba ternampak sebotol ubat bergolek dari genggamannya. "Ubat apa pula ni?Racun ke?", bermacam-macam perkara berlegar di fikiranku ketika itu.

Lantas aku bergegas mengambil telefon bimbitku. Terketar-ketar aku menekan nombor 911. "Hello, 911, saya ada kecemasan di sini."

INTERMISSION..
to be continued la. Takdak idea dah aku nak karang lagi. Ini pun dah cukup merapu dah aku rasa. Apa pun, enjoy je la baca deh. Kalau de komen, jalan citer tak best ke, apa-apa ke sila la komen:D. Nanti akan di apgredkan supaya cerita ni jadi makin mantap dan ada penghujungnya. InsyaAllah. Kalau ada idea yang mantap-mantap tu, amat la di alu-alukan. Mekasih. Tunggu la plak, episod seterusnya.
Wasalam.

2 comments:

haedir said...

thanks sambung cite ni. ada masa sambung la lagi. Kesian kete afie....bukan afie. Kete baru ke? Nak2 pulak langgar ngan vios tu. Afie pakai honda ke?hehe.

tunggu sambungan lagi ni. go fida go. tak pyh byk sgt bhgn. nanti tak larat nak follow

Afida Anuar said...

hihi, same same.. mmg dah lame dah karang ckit2 citer dia..tapi sekerat jalan. Tu pun kira tergantung gak, sbb idea takdak dah. huhu

Haha, Afie pakai kete biasa2 jek.. itu la, langgar pulak ngn vios.. isk isk isk...

Banyak sangat bahan? Maknenye citer tak yah panjang ek? hmmm nanti akan di pertimbangkan.. hihi
Mekasih haedir kerana mengikuti cerita aku yang entah pe pe ni..ihih

 

Browse