Akibat dari Kalut!

Tuesday, June 24, 2008
Kalut.... itu lah sifat aku sejak zaman berzaman. Cakap pun kalut, jalan pun kalut, bawak kereta pun kalut, taip ni pun kalut.. serba serbi kalut la. Eh jap, cakap tak kalut, tapi express. Hahaha.. Semua orang cakap, aku ni cakap laju. Sehinggakan depa tak paham, dan kadang-kadang aku terpaksa ulang. Aku memang cuba perlahankan kadar kelajuan percakapan aku tu, tapi bila tiba time excited nak menceritakan something..aku lupa pulak nak perlahankan speed tu.. Hahaha, express lagi. Sampai ada sesetengah sahabat yang memanggil aku 'FedEx'..huhuhu. Apa-apa je la...

Tapi bagi sesiapa yang dah lama berdamping dengan aku, depa dah faham la dengan 'kekalutan' dan 'kelajuan' percakapan aku ni. Sehinggakan depa semua dah boleh faham apa yang aku cakapkan. hihihi. Aku kah yang berjaya mempengaruhi orang untuk memahami bait-bait yang keluar pantas dari mulut aku? atau depa kah yang belajar untuk memahami percakapan aku??hihi. WaAllahualam.

Tapi sifat kalut ni bukan sepanjang masa bertapa dalam diri. Ada time-time tertentu 'kalut' ni akan keluar. Contoh ,kalau aku mengejar masa,kalau aku dah lambat..langkah pun jadi kalut semacam, bawa kereta pun, orang tua-tua kata cam pelesit. Tapi aku takde la sampai tahap pelesit. Cuma laju sikit daripada biasa.

Dan hari ini, kalut tu menjelma lagi. Padahal, kalau aku rileks..ok je. huhu. Apa-apa je la aku ni. Seperti biasa kalau diberikan 'cuti' olehNya. Maka waktu bangkit dari tidur pun akan jadi sedikit lambat. Tapi hari ni, lambat dari biasa! Still aku rileks, sebab aku tau, masih sempat. Tatkala sedang mandi, Kak Zura telefon mau tumpang katanya. Setat dari tu, aku dah mula kalut. Sebab pertama, aku fikir Kak Zura akan lambat ke opisnya, yer la dah kene tunggu aku yang dah sedia lambat ni. Sebab kedua, aku pun akan jadi sedikit lambat sebab plan sudah berubah. Which means, aku kene lalu jalan lain untuk ke rumahnya, hantarnya ke opis, dan kemudian baru ke opis aku. Tapi tu small matter je. Yang jadi big issue sekarang, aku sudah kalut! Dan aku tidak suka keadaan ni..huhu. Aku try menenangkan diri. Tapi still, langkah tu dipercepatkan dari biasa.

Alhamdulillah, sampai opis Kak Zura,10 minit lambat dari waktu yang sepatutnya. Ampunn.. dan aku yang dah sedia kalut ni,meneruskan perjalanan ke opis aku. Mungkin sebab kalut tu dah lama bersarang dalam diri, maka aku bawak kereta pun tidak begitu teliti, aku tidak perasan sewaktu menuruni ala-ala bukit kat Satyam GDC tu, aku terscratchkan akunye kerete kat belakang bahagian tepi kat driver side. huhhhhhhhhhh. Aduuuhhhh.. cam hati aku pulak yang ter 'scratch'!!..

Tu pun, sewaktu kejadian aku tidak perasan kerana tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Even masa aku sampai kat tempat parking pun, tidak kelihatan pulak scratch tu.. Tapi masa dalam opis aku telah diping oleh Wawa, menanyakan kenapa dengan scratch kat kereta aku. Terkejut aku! Pastu bila aku turun tengok, Ya Allah...Dia nak uji aku ni. Sebab aku sayang sangat kut kat kereta ni. Dia nak test tengok aku leh terima dak kalau kereta kene scratch camni. Tapi alhamdulillah, tiada sebarang kemek. Hanya scratch sedikit. Dan kawan-kawan suggest aku wax kan kat tempat tu. "InsyaAllah tidak begitu kelihatan scratchnya" ,kata depa.

Tapi bila fikir-fikirkan, walau sayang camne pun aku kat kereta tu, dia bukan milik mutlaq aku. Suatu hari nanti aku kene 'tinggalkan' jugak kereta tu. Ia hanya lah nikmat dunia yang diberi sebagai pinjaman. Aku akan ingat tu. Tapi bila ingat balik pasal scratch tu, takde la aku rasa down sangat. Dah bende nak jadi. Petang ni balik singgah kedai kat terowong, beli wax. Done.. So moral of the story, Fida..rileks k!

Same goes to me,my famili and kawan-kawan semua. Suatu hari nanti kita terpaksa menerima hakikat orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Itu ujian lagi besar dari kereta kene scratch! Amacam boleh bayang dak? huhu, memang mau menitis air mata sekarang ni jugak kalau fikirkan pasal tu,lebih-lebih lagi kalau dengar nasyid dari UNIC, Ke Makam Bonda. Ya Allah, tabahlah hati hambaMu ini... tapi itu lah hakikat kehidupan. Maut pasti menjemput setiap benda yang bernyawa! Even famili aku, kawan-kawan juga, terpaksa menerima hakikat, yang aku juga pasti akan 'pergi' bila-bila masa. Tapi bersediakah aku kalau sekarang aku 'dijemput'??

p/s: Alamak, tak jadi nak buat entry khas untuk Muni sebab aku kalut pi cerita bende lain. huhuh. Buat pengetahuan semua, Saudari Muni menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 62,ek muni? letak kat p/s ni aci ek. Selamat Menyambut Hari Lahir buat sahabat serumah tapi lain bilik,haha saudari Noor Munirah, moga bisa menjadi wanita paling bahagia! Eh nanti ko wat nasi minyak besar-besaran tu wajib jemput aku tau. Jemput aku jadi tukang cuci pinggan pun tak pe.hihihi.. InsyaAllah..

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

27 comments:

noor munirah said...

Huhu.. ape dah jadi.. kekalutan telah meng"scratch"kan kete... anyway, kalut tu yg buat ko unik sket dr org lain kot..haha.. sebab kalau ko xkalut mesti xrasa macam ko ni fida..:P

anyway.. Many many many thanks for the wishes and the sweet gift.. love it..

~Nak jadi wanita yang paling bahagia .. :P~

Afida Anuar said...

hahaha, unik ek muni??huhu
itu la..adehh..

Nanti ko balik keje mlm ni ko usha arr kt kete aku..huhu..cian dia. Aku dh sapukan 'ubat' tadi..dah ok ckit kut.hahhaha

sweet ek gift tu muni?hihihi. Same same. Tatau nk beli apa dah.. tpi sbnarnye mmg dah niat pun nk belikan ko bende tu. hihihi..

~aku pun nk jd wanita paling bahagia gak~ insyaAllah..

aziz said...

sejak bile hang blaja ckp penang ni? hahaha...

Afida Anuar said...

Erkk.. aku mmg speaking penang ckit2 klu ko pasan.. Sebab dulu aku duk satu bilik ngn minah penang. 4 tahun lamenye

Aku berjaya pengaruh dia ckp ganu. Dia lak berjaya pengaruh aku ckp penang. hahahha.

Aci dak gitu. Tapi most dlm tulisan la..hihi. yg banyaknya 'depa'..hihih

farhana said...

uik..kete baru yg cantik tu dh scratch??? huhuhu sabo je lah..

Afida Anuar said...

Alamak, bukan kete baru la ana. Kete dah lame dah la. Selalu 'jaga' kut, tu yang nampak cam baru tu..hikhikhik

Itu la, sabo je la..dugaannnnn

mard said...

k fida syg sgt kat kete city tuh..sbb tu Allah nk uji k fida..tgk k fida leh bersabar n trima kenyataan dop..ngeh ngeh..calar skit je pon kan kan.namenyer pon bawak kete kan.. ^__^

Afida Anuar said...

Erk..sayang arr mekdi. Cam mung gok la.hihi

Itu la, aku sayang sangat kut sebab tu Dia kasi scratch skit, supaya pas ni aku sayang berpada-pada. Tanpa 'sangat' tu. Hanya sayang jek:-)

mard said...

k fida..bakpe opis kite kecoh ngat..wat happeeng??

Afida Anuar said...

Mekdi gempa bumi mekdi..lariiiii...
Hahahaha..

Weh malasnye nk gi BBQ sok mlm. Skip aci??hahahah

mard said...

aku ngah berlari-lari ni (smbil bawak 'tepon' aku)..ngeh ngeh..

weh..aku pon mlas nk g BBQ..dahla kene pakse masuk team utilities..huhu

Afida Anuar said...

Hahaha... mung ngah lari mekdi? Aku maintain jek ni depan pc:D

'Gegaran gempa bumi' pun dah slow ni. ihihi..

Alamak mung kene paksa ke? isk cian kt mung mekdi. Aku bersimpati.
uhuk uhuk..

sitizero said...

mc d n k.fida,
adalah WAJIB pegi ok.
tlg la ade semngat keQedgean sket.
hohoho...
;)

Afida Anuar said...

Alamak, hid dah sound. Ok ok. Aku saje je wat statement lagu tu. Memang nk pegi pun. hihihi.

Cuma besok mlm jumaat..huhu. Jumaat penghulu segala hari..hmmm

mard said...

huyyoooo..hid da bersuare..rilek la hid.bknnyer xde semangat keEdgean.but aku da berniat nk mengabiskan pose aku mggu ni.mmm..mlm jumaat plak tuh..hukhuk

sitizero said...

utk mc d,lagila bagus kot kalo bebuke beramai2...ke?
utk k.fid,meh kte wat tazkirah ke ape2 ke dulu b4 stat bbq?
hee...~
=)

p/s:tmpt pn xley book lg ni weh,so xtaula jadik ke x

Afida Anuar said...

Owhh, tempat tak konfem.. YESSS!hahhaha

YaAllah, jadilah BBQ ni berlaku di hari minggu ke... Amin.

Boleh dak camtu..hikhikhik.

sitizero said...

da confirm la...
Cyberia...
mcm eltp ny bbq dulu.
jgn x dtg lak tau...
;)

Afida Anuar said...

Baek puan. Saya datang.. Adehh kansel plan malam sok! Hahahaha

Al-BIMA SAKTI said...

salam;
kita letak nama awak kat link blog kita bleh ek...?

Afida Anuar said...

Erkk...baek. Mekasih. Tapi blog saya ni cukup merapu.. Nanti balik rumah sy link kan juga blog encik al-bima sakti kt blog sy. Kat opis, tak enable. huhuhu

Anonymous said...

wah.. blog fida yg semakin hangat & semakin ramai mau mengelink.. hehehe..

bbq?? di malam jumaat?? ape kejad--?? hehehe.. buka pose ramai2 kalo sorang je pose ape kejad-- jgk.. hehhee...

Anonymous said...

fida wat takzirah ek.. lepas tazkirah korang duk btepuk tampar laki pompuan ape kejad--.. hhehehe..

plan ape yg ko kansel tu fida?plan bacaan yasin ke? issskkk... tidakkk..

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

Aku tidak faham maksud sebenar En/Cik Anonymous kasi komen lagu ni. Apa pun mekasih for the komen.

Itu la,BBQ di malam Jumaat..hmm..

Tapi, sound tak best ckit arr ckp kitaorang bertempuk tampar tu. Pas tazkirah lak tu. BBQ pun tak buat lagi.Mayb En/Cik Anonymous tidak tahu keadaan sebenar team kitaorang. Come n see then.

Kitaorang muslim kt cni masih lagi tahu menjaga batas dan adab2 pergaulan laki n pompuan. InsyaAllah. Allah masih pelihara kami walaupun berada di kalangan bukan muslim.

Baca Yasin tu tak semestinya malam jumaat je En/Cik Anonymous, tengah malam tu pun tak pe. Bila-bila pun takpe.

Apa pun, 'nice' comment. Really appreciate that.

Wasalam.

HafeezNazri said...

haha.aku menjadi org ke 26 mengkomen blog ko kak.siesly,ko ptt ceburkan diri dlm bidang novel dan perhotelan.haha..

Afida Anuar said...

Yer, aku pengomen ke 27..lalallala

Poyos la ko ni apitt..

Weh kt cni pun, bnyk gak aku yang tukang komen nye..so takde maknenye aku nk cebur bidang novel ke apa..aku tak minat novel daaa...huhuh

Jumpa ko tadi..dh semakin berisi ko skrang. Tau arr hepi:D

 

Browse