Ayahanda...

Sunday, June 15, 2008

Time aku muda-muda bersama ayahanda tercinta.

Sudah hampir 2 bulan kaki ini tidak menjejak tanah di kampung. Rindunya aku untuk menyedut udara kampung itu, hanya Allah saja yang tahu. Tapi apakan daya, kerana tuntutan tugas, cuti yang terhad, dan jarak ke kampung ku yang agak jauh, hasrat untuk pulang itu terpaksa ditangguhkan. Kalau la kampung aku area-area sini je, pasti tiap-tiap minggu aku akan terbang pulang..Bila aku dapat pulang ke kampung nih? huhu. Sabar je la fida.. insyaAllah suatu hari nanti.

Huhu, kini tiba giliran hari ayahanda pula.. Selamat Hari Bapa buat ayahanda Anuar bin Abdullah... terima kasih kerana selama ni ayah menjaga dan mendidik kami adik beradik.. Rasanya, jika diberi masa seumur hidup pun, jasa ayah itu tidak mampu kami balas. Hanya Allah saja yang mampu membalas segala jasa ayah dan ibu. Semoga, ayah dan ibu sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. Anakandamu ini rindukan kalian.uhuk uhuk.. Whuaaa.. nak balikkkk....

Baik lah, setakat itu sahaja untuk hari ini. Takut nanti kalau diperpanjangkan lagi entry ni, maka akan ada manik-manik air mata yang gugur ke bumi..hahhahahaha. Takde, gurau aje, hihihi.
Until next entry. Assalamualaikum

p/s: Tidak lupa juga, untuk semua yang bergelar bapa, selamat hari bapa... kepada yang bergelar bakal bapa juga, selamat hari bakal bapa..hehehe. Ok. done.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahulam
Wasalam

0 comments:

 

Browse