Fitrah Alam..

Thursday, March 26, 2009
Entah mengapa aircond opis arini tidak berapa membekukan. Ada sedikit kehangatan yang mencekik-cekik liang roma kulit. Terasa lemas dan rimas dalam setiap nafas yang aku hembus dan sedut. Aku bergegas keluar ke pantry yang terletak di luar ruangan pejabat. 'Open air'.

Rupanya jutaan titis hujan sedang lebat menimpa bumi. Membasahi seluruh makhluk dan ciptaanNya yang tiada tempat berteduh. Bunyi guruh yang sekali sekala berdentum ditambah dengan rentak titis air hujan menambahkan lagi irama muzik alam yang cukup indah... jika di selami.

Aku berdiri di penjuru pantry. Memerhati..memikirkan...menyelami muzik alam yang sedang dimainkan. Ada sedikit ketenangan di situ.

"Allah itu Maha Adil..Maha Kuasa. Setiap perbuatan baik, walau sebesar zarah, pasti akan menerima pembalasan yang baik. Dan setiap perbuatan jahat walaupun sebesar zarah, jua takkan terlepas dari pembalasan. Kalau tak menerimanya di dunia, akhirat pasti akan menanti..."

Entah mengapa kata-kata itu yang bermain-main di minda aku sewaktu melayan titis hujan. Mungkin kerana kisah seorang kawan telah dianiayai. Sabarlah kawan, kalau bukan di dunia, di akhirat, dia pasti akan dibalas. Yakinlah dengan janji Allah itu. Aku senyum...senyum bermakna..

Hujan sudah semakin menipis. Aku pujuk hati aku untuk masuk ke dalam, mengharungi kesesakan dan kelemasan jiwa yang mencengkam. Arghh!!! bila nak habis 'projek pecah penjara' nihhhh...

9 comments:

Khairi Mohd said...

sungguh merdu bhs puan fida hari ni...

Afida Anuar said...

puan fida???..amin... Moga dipercepatkan..hehe

merdu ke khairi? sy rs cam merapu jek..kuikuikui...

Anonymous said...

kakno

setuju dengan kata2 tu, cuma
..berape kerat yang mengerti ye...
biasanya yg baik itu makanan sibatil!
sibaik itu mainan durjana, jadi jalan penyelesaiannya? ape? yang pasti..kebenaran itu akan terbukti jua walau seribu tahun....he..he...peace!

:.Yus.: said...

waduh2..kok bahasanya sungguh puitis dong..huhu..boleh jadi penyair nih..

sabor akak..xlama dh project pecah penjara tu..nnt akak boleh la kuar 'penjara'..hehe

Afida Anuar said...

Ayah Su-->haa..bahasa ayah su tinggi sangat la..kak nor dok paham, maksudnye, hahahhaa

Yus-->waduh2..entah mengapa dong ku tertulis sebgini.. itu la..mmg rasa duk lam penjara la buat pojek ni..ari sabtu ni keje...whuaaaaaaaaaaaaaaaaa

agHoo said...

gerangan siapakah yg dikhianati itu?

Afida Anuar said...

Member baik aku aro..kesian dia..sungguh simpati..tp itu la manusia ni..sanggup mengkhianti orang lain demi wang..insyaAllah ada pembalasan dia tuh nnti..

syahza said...

salam cik pida.. projek pecah penjara tu ape?

Afida Anuar said...

Salam cik toin..ni pojek yang kitaorang tengah buat skrang tuk client..saje la panggil pojek pecah penjara..sbb ala2 ada orang kene penjara gituw..hahahahha

 

Browse