Peneman Hidup..

Monday, March 09, 2009
Dah beberapa hari blog ni sunyi. Tak secergas dulu. Tak semantap dulu. Masa dan idea kadang-kadang datang menjelma. Tapi bila kemalasan untuk mencoret melanda sekali, aku tidak dapat berbuat apa. Kaku memandang sepi inspiron biru gelap ni. Mengapa? Hanya Dia Yang Maha Tahu.

Sudah 2 hari aku berseorangan di rumah sewa ni memandangkan semua housemate pulang ke kampung masing-masing. Hari Sabtu malam, ada Laili dan Ainul datang menemani memandangkan malam tu kami sama-sama bermain badminton di komuniti sukan di sebelah rumah sewa aku ni. RM8 satu jam untuk satu court amat berbaloi aku kira untuk dibelanjakan untuk aktiviti seperti ini.

Apatah lagi jika bermain ramai-ramai, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kawan-kawan, aktiviti secara berpasukan ini juga dapat menyihatkan tubuh badan dan menjadikan kita semakin cergas (Cheewah, ayat macam karangan budak darjah 6 tuu, erkk, hehe)

Hari ni tiada apa yang menarik yang aku buat. Cuba menghabiskan novel hebat karya Khaled Hosseini, memasak, mengemas rumah, basuh baju, menonton tv, dan cuba mengarang entry baru ini. Kesepian itu kadang-kadang boleh jadi indah. Kadang-kadang membuntukan. Entah...

Tapi...bisakah aku lari dari kebuntuan ni buat sementara? At least, untuk sekarang ni pun dah memadai..

Incik Hitam, boleh bawa aku berjalan-jalan petang ni? Hanya kita berdua. Cukup.....

14 comments:

syahza said...

incik hitam tu sapa?

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

hehe, jadi terkonpius pulak..

ptutnye kene buat ayat cik pida nk bawak incik hitam berjalan-jalan....hehehehehe..

bila cik pida tekan pedal minyak Incik Hitam, barulah Incik Hitam boleh berjalan. selagi cik pida tak tekan pedal tu, selagi tu la Incik Hitam tak leh bawa Cik Pida pi berjalan..eheh

As a conclusin, incik hitam itu hanyalah sebuha kenderaan yang selalu bersama Cik pida ke mana saja cik pida pergi...eceh..

miSs dee 4 dino said...

fida..boleh aku join kamu dan incik itam sekali..aku juga dah semakin buntu..lepas satu satu n aku dah rasa terlalu weak skrg..

Afida Anuar said...

Tak bole:P

Ida, buntu sekali sekale takpe..sesedap n secukup rasa.. jangan lupa, setiap kepayahan, pasti ada kesenangan... Fightingg!!

miSs dee 4 dino said...

kemut!:p..
alahai incik itam..saya bru sekali dpt bersiar2 dengan anda..huhu

fida..tahap kebuntuan nye dah terlalu melampau..aku sampai tertunggu2..apa pula yg akan jd lepas nie..prob ape pulak lagi..
nyway..thanks...fightin!

:.Yus.: said...

selamat bercuti kak fida..incik hitam jgk selamat bercuti..ke hrni incik hitam bekerja..hehe

saizulhafiz said...

ala borink dok umah dtg ah kerja ni lepak je.sian aku kt opis xde org..huhuhuhu

syahza said...

owh kalau begitu saya juga ada inck hitam.. nama incik hitam saya ialah 'Black Propers'..

Afida Anuar said...

Ida-->Hehehe..kemut sekali sekale..ehehe

Yus-->kami sama-sama bercuti yus..mana aci akak keje, dia cuti or akak cuti dia keje. kami kan sehati sejiwa..eheh

Saizul-->lalalala dok borink pong..best pe...sok aku cuti lg bole?? eekkekeke...

Cik toin-->wahh siap kasi nama tuh.. black propers..mantapp la nama tu cik toin..ehehe

Tirana said...

Fida...

Bagi penulis2 yang mantap pun kadang2 diorang kehilangan mood dan idea untuk menulis..apatah lagi kita yang cuma menulis blog aje..ekekekeke.. Sometimes we need some rest too..rest our mind from thinking about anything (boleh ke kosongkan fikiran?)..hmmmm..

Wonder who Incik Hitam is...kereta Fida warna hitam ke? hehehe

syahza said...

pro = proton
pers = persona

jadilah propers.. hahaha!

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hehe.yeap. Sebb kaler hitam legam, sebab tu dipanggil Incik Hitam..eheh

Cik Toin-->owhhh propers.. ptut pun mantapp!...hehehe

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse