Usul Tidak Percaya Terhadap PM Ditolak!!!

Monday, July 14, 2008
KUALA LUMPUR, 14 July :- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini menolak usul tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan pembangkang, Khamis lalu.

Usul tergempar itu dikemukakan Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Pandikar Amin berkata, penolakan usul itu dibuat di kamar Speaker berdasarkan Peraturan 18 (7) dan ia sudah dimaklumkan kepada Wan Azizah.
Akibatnya semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Sidang Dewan Rakyat kerana membantah keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar pembangkang.

Mereka bertindak demikian jam 12.10 tengah hari sebaik dimaklumkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan Khamis lalu, ditolak Pandikar Amir. Mereka sebelum itu turut merayu Speaker menimbangkan semula usul itu, tetapi Pandikar Amir Mulia tetap dengan keputusannya.

Aku : Ni kes Pak Lah takut ka?? Ye la, speaker tu Pak Lah jugak yang pilih kan, takkan senang-senang je dia nak lulus. Gamaknya Pak Lah dah warning dia awal-awal ni.. "Hah ko Pandikar, jangan pandai-pandai nak luluskan usul ni, kalau tidak dot dot dot..." hahaha. Pandai-pandai jek aku mereka cerita..hihi. Kalau Pak Lah yakin dengan sokongan rakyat dengannya, apa salah lulus je usul tu kan? kan?kan? huhuhu.

Ke nak buat usul tidak percaya terhadap Speaker Dewan Rakyat lak lepas ni?? :-?

Hurmm...

3 comments:

M@YaZ said...

Semua usul akan di tolak. Jangan risau. Be End will always lead us in Malaysia~!

aziz said...

better ko buat usul tidak percaye terhadap aku.. hahaha.. mesti diterime..

Afida Anuar said...

Ajat--> Itu la Ajat..Tolak la tolak la..tak kisah.. Sampai masa Tuhan kata Kun Fayakun.. Be End akan berundur gak! Cuma tatau bile. same-same doa..

Ajis--> adehh buat undi usul tidak percaya kt ko lak..hurmm.. Sound menarik je.. Ok sok aku usulkan..tp klu speaker tolak usul ni..pandai2 arr ko pujuk speaker suh luluskan ek..ekekekke

 

Browse