Alahai Kak Mashitah Ibrahim Intan Payung Sayang...

Wednesday, July 09, 2008

Sama macam Yus, aku pun marah tatkala membaca artikel ni. Bukannya marah dengan usul yang dicadangkan Tok Guru, tapi marah dan geram dengan Kak Mashitah kita nih. huhh.. Ustazah hadhari nak lawan ulamak seh. Aku sangat-sangat bersetuju dengan usul yang dicadangkan Tok Guru tu. Solat adalah perkara yang paling utama. Solat hancur, maka hancurlah segala-galanya. Sebab tu nak pilih pemimpin, ketua atau kakitangan untuk bekerja mestilah mereka yang bersembahyang. Sebab sembahyang itu sendiri dapat mengelakkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar. Ni Kak Mashitah kita tidak bersetuju, sebab ada unsur paksaan katanya.

Unsur paksaan apa nya Kak Mashitah sayang. Tu tiada paksaan untuk orang kafir nak masuk Islam. Tapi once kita dah jadi orang Islam, maka wajiblah ke atas kita untuk menunaikan rukun Islam yang 5 tu. Sembahyang tu kan wajib. Mana boleh hukum wajib kita tidak buat. Owhh nak tunggu hati ikhlas dulu la baru nak sembahyang!!! Banyak cantik!

Aduhai...Ni pun Kak Mashitah tidak dapat nak fikir ke?Even anak-anak yang berumur 7 tahun yang tidak sembahyang wajib dirotan. Tu anak-anak. Kalau bapak anak tidak sembahyang camne pulak? Huh..yang aku pelik, semua cadangan Tok Guru Kak Mashitah nak bangkang. Satu lagi yang Tok Guru cadang baru-baru ni, perempuan di Kelantan di galak supaya jangan bertabarruj. Jangan bersolek dan bertumit tinggi. Tu pun Kak Mashitah bangkang kata menyekat kebebasan la, apa la..apa daaa Kak Mashitah ni.

Kenapa la benda baik lagu ni nak bangkang ek Kak Mashitah? Kalau apa yang Pak Lah usulkan, tak silap aku,takde pulak Kak Mashitah kita ni nak bangkang-bangkang.Uikss,nak jaga periuk nasi ke Kak Mashitah? Namun aku sedar, siapalah aku untuk melawan ustazah hadhari ni. Aku hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan. Mohon maaf andai kata-kata aku bisa mengguris sesiapa yang datang menyinggah.

Apa pun, aku doakan supaya Kak Mashitah sentiasa diberi petunjuk ke jalan kebenaran. Janganlah semata-mata mahu mengejar nikmat dunia, nikmat akhirat diabaikan. Hukum Allah dipermainkan. Ulamak dikutuk. Orang menyeru ke arah kebaikan dikata menyekat kebebasan. Peringatan untuk aku jua. Until next entry.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

14 comments:

shauqi said...

Mashitah bengong. x layak langsung jd ustazah. cukur bulu kening plak tu. ade hati nak komen tok guru.

walaupun spt paksaan, lame2 ia akan menjadi ikhlas kerana rase bersalah kite kpd ALLAH S.W.T.

Bukankah itu salah satu pendekatan yang ingin dilakukan oleh tok guru supaya manusia lebih mengingati ALLAH S.W.T?

ALLAHUAKBAR!!

PAS, Dulu, Kini, Selamanye..

Afida Anuar said...

Syabas shauqi. Memang PAS selama-lamanya.

Betul shauqi, memang pendekatan Tok Guru nampak kecil, tapi bila kita hayati betul-betul, amat besar impaknya ke atas umat islam.

Hanya yang tidak tahu menilai saja yang akan membangkang usul ni. Seperti contoh Ustazah Had hari kita ni.

yusnida said...

setuju sgt2 ngan k.fida..tula dunia skrg..ustazah hanya pada gelaran tp practikal lgsg xde cm ustazah..memalukan umat Islam je...hmmm...

Afida Anuar said...

nama pun islam had hari Yus..huhu

anilsam said...

aku tak baca pon artikel tu. tp aku setuju dgn apa yg ko cakap. mmg cdgn naik pangkat utk org yg tak tinggal solat tu sgt2 la dialu2kan. sbb nye sng je, org yg tinggalkan solat ni org yg tak tkaut pada ALlah swt. klo dia tak takut dgn Pencipta dia, tentu skali dia tak takut buat benda yg lagi teruk dr tu. jadi buat apa nak jadikan orang camni pemimpin? dr mashitah tu mmg agak silly pada aku. paling benci pakai mekap tebal. pastu dlu gaduh dgn jiran pasal sempadan tanah umah. sampai masuk court. jiran apa macam tu. isk isk. aku suke la ko tulis camni fida. merangsang pemikiran yg kritis. aku tak setuju klo org kata tanak komen pasal politik sbb takut kita yg buat dosa lah, itu lah ini lah. ko tautak aku tahap meluatnya dgn menteri2 ni td aku tgk berita citer pasal sidang dewan rakyat sambil minum teh, rasa nak baling je cawan teh kat tv tu sbb meluat tgk gelagat diorg.. meloyakan sangat2..

Palie / Fadhlie said...

aaahhh kan mas.. kalo aku la.. dah lama dah aku baling.. tp kene bukan tv aku la.. ape kate aku try at umah ko? kite baling serentak.. alang2 ko nak baling tu.. hehee.. jgn marah ek mas.. x elok utk baby..

ahahaha.. ape2pun aku sokong ngn fida gak.. hehee..

Afida Anuar said...

Mas-->Huh, merangsang pemikiran kritis tu Mas, akunye tak sampai tahap tu kut. aku tulis pun sekadar meluah apa yang terbuku di hati jek..

Tapi betul la td masa tengok menteri2 tu kt tv3suku, huh... tapi aku takde la sampai tahap nk baling bende kat tv..aku gelak sensorang jek.. Adehh boleh pulak menteri lagu tuh. Mas sabar mas...ingat baby lam perut. Tengok pe pe yang ko geram. Ko senyum jek ek Mas.. nanti takut baby ikut jek klu ko baling barang2:)

Palie-->Haha, boleh pulak ko nak baling-baling kat umah Mas.. mau nye kene serang ngn hubby dia..baru ko tau!.. isk isk isk palie.
Apa kate, kita gi uat kt tv bob..hikhik..same same baling. nak?? konpem tak nak ni:P

anilsam said...

woi aku kat fakulti la.. tgh break solat maghrib. aku kan masters student skang.. tv tu xleh tukar cenel. klo nak tukar kene panjat krusi utk capai.. tu yg aku rasa nak baling tu. hahaha klo kat rumah aku tukar je cenel... tgk katun lagi bagus..
btw fida, ada sket je nak betulkan. anak umur 7 thn wajib diajar solat. 10 thn baru dibenarkan rotan klo tak solat. just a minor mistake. tp aku harap anak aku tak degil cam aku dan tak perlu dirotan lgsg.. huahuahua~!

Afida Anuar said...

Owhh betul mas, aku salah. Lufer lak. hihi. Ampun kawan-kawan..

Owhh tv kat fakulti ke? si palie ni dah beria ingt tv umah ko.hikhik..siap nak baling serentak lagi tuh ngan ko..adehh..

InsyaAllah Mas, aku doakan anak dalam kandungan ko tu bakal jadi pembela Agama suatu hari nanti. Aminn

putrixue said...

Bagus korang ulas isu ni. Sekarang ni, dah menyampah tengok berita. Sebabnye, berita yang diwar-warkan langsung tak menjana minda.

Pasal Puan Mashitah ni (malas nak letak gelaran Dr kat dia, rasanya 'doktor sendiri' a.k.a mat gian tu pun leh fikir waras lagi), memang sangat memalukan. Bukan kah Tok Guru dah bagitau itu cuma applicable untuk yang beragama Islam. Kalau yang bukan beragama Islam, kriteria lain yang akan diutamakan.

Sembahyang itu kan tiang agama. Bila sembahyang kita lengkap, memudahkan kita untuk membimbing dan berdakwah kepada yang lain. Dalam ertikata lain, ciri pemimpin itu secara tidak langsung ada dalam diri kita. Bukankah salah satu ciri pemimpin itu mesti taat kepada segala perintah Allah?

Tapi zaman sekarang ni, dah terbalik pulak. Ciri pemimpin dah jadi -> MESTI PATUH DAN TAAT PADA LARANGAN ALLAH. Contohnya? Korang pun boleh nilai sendiri kan.

Tapi ye la kan, kita ni cuma suara minoriti. Buat reformasi, demonstrasi apa pun, tak dapat nak mengubah keadaan negara. Kalau kita terlampau ekstrim seperti penduduk Indonesia yang membuat bantahan kepada kerajaan, takut lain pulak jadinya. Kan ke ISA tu perisai pentadbiran kerajaan.

Terpanjang pulak menulis, tapi ini semua untuk kebaikan kita semua.

Bagi Puan Mashitah itu, semoga Allah melimpahkan nur (x byk, sikit pun jadi la kan) ke hatinya yang mulai kehitaman itu.

saizulhafiz said...

fida bg org lain je coment ni asyik namu mu jer...hahahaha...yeah aku setuju dgn Tok guru.MAshitah ni PHD je dlm bidang agama tp ilmu huh xmcm org berilmu..moga2 diberi petunjuk..Takbir!!!

Aku,dulu,kini, selamanye...(mbik shauqinye quote)

Afida Anuar said...

Im--> Wahh panjangnye komen:)
Betul-betul im, sama-sama kita doa supaya Allah kasi Nur tuk Mashitah dan kita semua. InsyaAllah

Saizul-->Aku tau, mung dulu,kini dan selamanya umNO;). Aku tau mung mmg ahli unNO tegar. It's ok then. Tiap orang ada fahaman politik masing-masing. Cuma, ingtlah..jangan jadi macam Mashitah atau sape2 yang rasa diri begitu agung, lantas suruhan Allah dipermain-mainkan.

Kita ni hanya manusia..sekerdil-kerdil manusia Saizul. Ingat tu. Jangan sekali-kali merasa takabbur dengan nikmat Allah yang sedikit itu. Jangan sesekali pertikaikan apa yang Allah telah jadikan, apa yang Allah suruh kerjakan itu, buat lah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Kita kan hambaNya. Apa lagi tugas kita di dunia ini selain menghambakan diri padaNya.

Wahhh panjang lak aku mengarang. Tapi nasihat untuk aku juga, yang kene saling ingat-mengingat diri sendiri setiap saat dan waktu:). Aku manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan peringatan. waAllahualam

nhusna said...

biaser la kak..ustazah zmn pak lah kn..hikhik..
main ikut sedap mulut dier jer..huhu

Afida Anuar said...

Bukan ustazah zaman pak lah saje yang sedap mulut husna, akak pun sedap mulut gak kutuk ustazah zaman pak lah ni. huhu

Owhh... Forgive my weaknesses..

 

Browse