Terbalikkan dan Fikirkan...

Thursday, July 17, 2008
Hurmm..baru aku perasan, sejak dua menjak ni, blog aku seolah-olah menjadi sebuah platform politik. Apa tidaknya, keadaan semasa negara menuntut aku untuk menulis serba sedikit berkaitan politik. Menuntut aku untuk menyuarakan pandangan aku yang tidak seberapa ini. Kerana itu yang aku mampu buat masa ini. Okay, abaikan kisah tema blog aku yang agak bercampur aduk dengan politik ini.

Tapi still, aku mahu coret serba sedikit tentang kemelut yang aku kira menampakkan kelemahan undang-undang negara kita! Raja Petra ditahan atas jenayah fitnah kerana membuat akuan bersumpah berkaitan Datuk Najib dan isterinya Kak Rosmah ada kene mengena dengan kes pembunuhan wanita Mongolia yakni Altantuya. Hurrrmm....buat aku fikir sejenak...

Cuba kita terbalikkan situasi yang berlaku sekarang

  • DSAI - Difitnah oleh Raja Petra atas penglibatan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia

  • Datuk Najib - Dituduh meliwat Saiful Bukhari.
Lebih kurang lagu tu la kalau diterbalikkan. Amacam? Gamak-gamaknya, apa yang berlaku? Adakah Raja Petra akan ditahan atas jenayah fitnah terhadap DSAI? Atau Datuk Najib akan ditahan polis atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari?
Yang aku bayangkan kalau situasi ni diterbalikkan yakni DSAI difitnah ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. Huh, musti polis dengan komando-komando bertopeng yang terlatih di Malaysia akan segera menangkap DSAI. Kes bunuh beb! DSAI dan kes bunuh. Mana leh tangguh-tangguh. Kene ambil siasatan segera!. Banding kes liwat Datuk Najib. Tu setakat tuduhan. Datuk Najib tidak bersalah. Tidak perlu pergi IPK. Tidak perlu lapor diri ke Bukit Aman. Tidak perlu sebarang rakaman percakapan ataupun DNA. Ala.. Datuk Najib kan TPM...


Tu kalau situasi diterbalikkan. Tapi hakikatnya. Seperti semua sedia maklum. Yang membuat akuan bersumpah, ditahan. Yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan itu, bebas. Kenapa tiada siasatan langsung? Langsung!!! Kerana Datuk Najib dah menafikan dia tiada kaitan dengan kes itu. ..dan aku masih lagi lupa. Yang dituduh itu seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tapi tuduhan liwat tu, fitnah jugak kan? Sebab tiada sebarang saksi. Kenapa tidak ditahan Saiful Bukhari mangkuk bertingkat tu atas tuduhan jenayah fitnah? DSAI pun dah menafikan sekeras-kerasnya dia meliwat Saiful mangkuk bertingkat tu. Patut ditahan la Saiful mangkuk bertingkat tu. Tapi....... hurmmm............. terbalik kan 2 kisah ini?

Dalam kes Raja Petra dan Datuk Najib aku kira undang-undang di Malaysia telah ternoda. Siap Raja Petra buat akuan bersumpah. At least polis patut mengambil tindakan atau siasatan. Kan ke kalau dah nama rakyat Malaysia itu tidak terlepas dari perlaksanaan undang-undang ciptaan manusia ini tidak kira setinggi mana pangkat orang tu. Ohh forgive me again. Lupa yang TPM tidak boleh 'disentuh' undang-undang Malaysia.
Owhh tidak mengapa. Terlepas dari undang-undang ciptaan manusia tidak semestinya diri itu suci dari sebarang kesalahan. Ada undang-undang yang lebih Agung yang setiap manusia di dunia ini tidak boleh lari darinya. Undang-undang yang tidak mampu dibeli oleh mana-mana manusia. Tidak seperti undang-undang dunia itu. Sama-sama kita renungkan.

WaAllahualam..
Wasalam

9 comments:

Khairi said...

Itulah fasal.. nak buat mcm mana, kuasa di tangan dia.. hehe..

semoga akan ada cahaya dihujung terowong gelap ini.. insyaAllah..

Afida Anuar said...

huhhh terowong gelap? Mmg di hujung terowong pasti akan ada cahaya. Cuma depends pada kepanjangan terowong.

Jika panjang terowong itu, maka lambat lagi la cahaya akan ditemui dan sebaliknya.

Harap2 'terowong' yang gelap ni pendek je perjalanannya.

agHoo said...

fitnah itu lebey merbahaya dari membuno...dan antara tanda2 akhir zaman ialah fitnah berleluasa..

M@YaZ said...

Hehe .. apa pun .. kita berdoa semuga Allah revealkan the truth .. Tunjukkanlah bukti2 yang kukuh lagi untuk menjatuhkan mereka yang bersalah. Biarlah mereka terima azab di dunia daripada hati Akhirat kelak. Harap bergaduh macammana pun melayu, negara tak tergadai. Aim still the same, to build an Islamic country yang paling bagus di dunia.

Afida Anuar said...

Aro--> Di samping fitnah, dah banyak dah tanda-tanda akhir zaman yang dapat kita lihat sekarang.

Ajat--> InsyaAllah Ajat. Semoga cita-cita untuk membina negara Islam berada dalam setiap diri ummat Islam negara ini, dan usaha ke arahnya tidak akan sekali-kali pudar. Sama-sama kita doa.

Khairi said...

nampaknya jauh lg la fida hehehehe.. apelah diorang ni takde sivik langsung ngeh33..

kesian kat DSAI aku tgk.. jadi cam Siu Qi la pasni dia..

Afida Anuar said...

Hurmm..memang jauh. Tapi at least ada usaha ke arah itu.

Walaupun terpaksa mendaki beratus-ratus atau beribu-ribu anak tangga untuk membangunkan negara Islam. At least usaha mendaki itu tetap ada. Dan apa yang menyedihkan bila ada umat Islam sendiri mengutuk misi 'pendakian' itu. Huhh..mmg takde sivik la diaorang ni.

Itu la.kesian betul kt DSAI ni. Tapi nak buat camne. Doa je la yang mampu kita panjatkan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaAllah.

Khairi said...

mungkin cahaya tu dijumpai masa awk jadi MP nnt, siapa tau :p


jadi ayuh tingkatkan sahsiah diri mulai dari sekarang.. :)

Afida Anuar said...

MP? Menteri Penerangan?? Menteri Perdagangan? Menteri Pengangkutan? Menteri Pelajaran? hihihi

Owhh... kata-kata itu doa. Aminnn. Tapi bidang sy bukan ke arah itu. Dan rasanya, perempuan ini amat susah untuk menjadi pemimpin.

Harapnya, awal lagi la cahaya itu dijumpai.. Aminn..

 

Browse