Letak Jawatan Je La Datuk Shaberi Chik!

Tuesday, July 15, 2008
Secara jujurnya, diucapkan sejuta penghargaan kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masuk tv malam ni. Live pulak tu! Aku ingat susah gak kerajaan nak beri peluang ni kepada pihak pembangkang. Namun syabas diucapkan. Ingatkan tidak jadi.... namun syabas lah kerajaan umNO.

Tengok dari gaya debat malam ni, agak panas! Menteri yang dipilih yakni Datuk Shaberi Chik, memang pandai bercakap. Tapi sayang, beliau tidak menggunakan fakta seperti DSAI. Hanya main sedap mulut dan ikut kata hati dia je. Aku rasa Datuk Shaberi Chik ni tak patut menyerang peribadi DSAI. Ada kaitan ke peribadi DSAI dengan minyak? Akai ada ka?

Hujah kene berfakta dan berhikmah. Bukannya tajuk malam ni berkaitan peribadi DSAI pun. huhu. Kalau tajuk malam ni berkaitan peribadi DSAI, patut arr nak serang pun. Ni DSAI tidak habis-habis berhujah dengan fakta-fakta untuk meringankan beban rakyat, tapi dia...huhh..kesal ada menteri sepertinya. Kesian rakyat Malaysia cam aku ada Menteri Penerangan sepertinya:(

Walaubagaimanapun, syabas buat DSAI. Teruk peribadi dia kene serang pun, tapi dia masih kool berhujah tentang kesusahan rakyat. Kerana beliau tahu, platform yang diberi ini bukan lah untuk membela peribadinya,tapi untuk membela kesusahan rakyat dengan kenaikan minyak yang mendadak!

Satu lagi senario dalam dewan yang macam..entah, unexplainable. Ada sesetengah orang yang hadir dalam dewan tu seperti kaki ampu umNo kut..Tidak mempunyai kesedaran diri yang tinggi. Ilmu yang cetek. Main ampu je pandai. Adeh!!...anak sapa la depa ni. Siap tepuk tangan lagi bila bagi fakta minyak naik. Seperti menyokong minyak naik ni. Sokong kene tipu bulat-bulat dengan kerajaan. Dah siap DSAI kasi fakta, kasi idea untuk mengurangkan harga minyak..takkan tidak boleh nak fikir kut. Siap beria-ria tepuk tangan tu kalau Datuk Shaberi beri hujah yang lapuk dan hujah yang serang peribadi DSAI yang langsung tiada kaitan dengan minyak....Adeh kesian mak bapak diaorang ni.

Dan kepada Nordin apa entah nama dia, sila baca kitab la dulu sebelum mari berdebat ni. IPP pun tak tahu ada kaitan dengan minyak. Buat malu je la!

Apa pun, aku rasa Datuk Shaberi patut letak jawatan. Dah jawatan dia yang dia pertaruhkan jika gagal debat ni kan? Sakit jiwa kejap dengar hujah dia tadi. Kalau la pakatan rakyat memerintah malam ni. Minyak turun 50sen wooo..50 sen.... aku kalau turun seposen pun dah syukur yang amat. Inikan 50 sen.

tapi................... in my dream la. Realitinya, bukan pakatan rakyat. Tapi umNO! umNO yang selama-lamanya NO bagi aku. Dulu, kini dan selama-lamanya. So lepas menyaksikan debat ni. korang boleh fikir sendiri la kan. Siapa yang kelentong, siapa yang kene kelentong. As simple as that!

Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri ini. Mohon maaf atas segala khilaf.

Wallahualam
Wasalam

12 comments:

Palie / Fadhlie said...

ya, syabas buat DSAI.. aku tgk menteri mulut buih ni myampah betul.. mmg padan betul mulut die tu ngn orgnye.. hahahhaa.. bukan aku nk kutuk ciptaanNya, tp mulut die tu xleh tahan.. menampakkan lagi kebudusan kerajaan.. bukan nk kasik fakta mcm mane nk settle masalah.. dok asik nk hentam DSAI je keje.. balik la weeiii...

Afida Anuar said...

Huhu, palie, tak baik weh. Dia kurang minum air masak kut sebab tu mulut dia berbuih2..geli la plak...adehhh

aziz said...

parti cap basikal masih menerima ahli...

anilsam said...

aku dpt tgk sket je. sampai berbuih2 ye mulut dia? terlampau excited kot sbb diberi peluang 'lawan' anwar ibrahim. tp 5 min yg aku tgk tu pon nampak dia bukan lawan anwar. tak layak! dan 5 min yg aku tgk tu pon cukup utk buat aku sakit jiwa dgr dia bercakap. he kept beating around the bush tp isu asal tak dpt selesai gak. bodo punya menteri.

Afida Anuar said...

Ajis --> adeh ko ni ajis, lawak la..tak habis-habis dengan parti cap basikal. Ok la petang kang aku isi borang. Jadi ahli sementara..hahahah

Mas--> Itu la mas. Tak cukup air kut. Sebab tu berbuih2.Assumption aku la.
Aku pun sakit jiwa dengar dia cakap. Adehhhh... aku rasa dia bukan calon seswai lawan Anwar.

At least, kalau dia kasi reason yang kukuh nape kerajaan kene naikkan harga minyak apa semua. Kasi rakyat faham, ok la.Boleh gak la aku terima, walaupun tak setanding hujah anwar. Sebab tu yang aku xpect kuar dr mulut dia..

Tapi..tak habis2 dengan sejarah, 10, 20 tahun dulu. tak habis2 serang peribadi DSAI..tak habis2 dengan hujah lapuk. cam baru kuar dr tadika rupanye. huhh!
memang silap la..

Pas ni cari la mne2 tngok online. Musti de dah sape2 yang aplod video debat ni. Tngok sampai abis mas..jangan tengok ckit2...tak best tngok ckit2:)

princess said...

yeay..sokong ape akak ckp..menteri tu mmg ckp merapu je lebih..politik byk berbdng dr fakta..

agHoo said...

shabery tu ada sawan gile babi sbb tu berbuih mulut huhu...
nice post..

Afida Anuar said...

Mira--> Yea, terima kasih atas sokongan itu. hihi..politik sekarang mira. Memang lagu tu.

Aro--> Erkk..husnu zann Incik Aro, dia kurang minum air masak kut, tak pun kurang garam mineral, Sebab tu berbuih-buih jadinya.huhuhu.

fatal1ty said...

Malaysia today kene block lg..
smlm b4 debat ok je, arini bukak alih2 sudah xbleh..however ade backup..sape2 nk ke link malaysia today RPK, ni extension

http://202.75.62.194/

Afida Anuar said...

Mekasih padil:)

nhusna said...

org yg dh berkarat ngn umNO..akn sokong Strawbery mlm tu
and yg dh brkarat ngan pembangkang akn trus sokong DSAI..
yg brada ditgh2 ni yg mampu bwk perubahan...
diorg yg bole pikir secara rasional akn apa yg diperdebatkn..

p/s:x suker tgk Strawbery tu..siap kuar air liur lg..iyyeeek

Afida Anuar said...

husna--> hurmmm... yang ditengah2 ni bila la nak ke tepi:)

 

Browse