Dak Ungguh Woh Deriang...

Tuesday, July 22, 2008
Musim durian tiba lagi. Tu pun aku setakat mendengar kawan-kawan yang bercerita, dan ada yang aku terjumpa dalam blog mereka entry pasal musim durian ini. Di tambah lagi Mekdi bagitau perihal semalam dia dan teman rumahnya makan durian beramai-ramai. Sedapppnya. Tapi kesian kat aku..sampai saat ini, satu ulas buah durian pun belum memasuki anak tekak ini. Walaupun buah durian bukan lah buah peberet yang paling utama. Tapi hadirnya mampu membuatkan hati ini cair. Cheeewah.. Tambah lagi kalau durian kampung yang lemak manis tu.. 2 bijik durian mahu habis ditelan anak tekak ni. Eh lagak seperti ular sawa pulak main telan-telan ni. hahaha. Durian punya pasal!

Itu durian punya hal. Hal-hal lain yang telah berlaku sama ada di dalam mahupun luar negeri, seperti yang tertulis dalam akhbar-akhbar atau mana-mana online news yang tuan-tuan dan puan-puan baca.

Namun ada satu berita yang begitu menarik perhatian aku untuk dikongsi semua yang tertulis dalam berita hairan. Thanks to Saizul kerana sudi share link ni.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080721234909/Article/index_html

Secara ringkasnya..

"KUALA LUMPUR: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjalani ujian DNA bagi membolehkan polis menyelesaikan segera siasatan berhubung dakwaan meliwat anaknya itu"

Huh! Isu DNA tidak habis-habis diperkatakan sejak dua menjak ni. Kadang-kadang minda ini berkata, mengapa susah sangat, memperbesarkan isu yang sebesar kuman ni, bukan ke DNA ini sebagai bukti sampingan je. Kalau tiada pun tak menjadi masalah. Tahun 1998, DNA DSAI sudah pun diambil. Ambil je la data dari situ. Kan kan? Beribu-ribu tahun lagi pun, DNA DSAI itu tetap akan bagi data yang sama. Tidak akan berubah langsung... Melainkan kalau DSAI itu mutant. HEH! Haaaa! Tu baru la logik kalau nak mintak DNA lain pun, sebab DNA dah berubah. Aisehh.. tengok citer fiction banyak sangat nih Fida! Huhh Whateverrr..~

Tup tup, bebaru ni Pak Lah pulak buat statement seperti kanak-kanak riang ribena.

~Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama. "Jadi kita kena minta yang baru," katanya~

Huh, banyak pihak yang condemn kenyataan Pak Lah kesayangan ramai ni. Alahai...menampakkan lagi kelemahan minda seorang Perdana Menteri Malaysia yang terbilang ni. Komen-komen dari menteri-menteri umNO juga berkaitan kes liwat ini menampakkan lagi campur tangan barisan kepimpinan umNO dalam kes liwat DSAI ini. Nampak sangat bagi mereka, DSAI sudah pun dijatuhi hukuman bersalah!

Buat masa sekarang,apa yang penting bagi those people behind this conspiracy adalah DNA DSAI yang baru. Bukan DNA lama. DNA lama nak buat apa? Dah la tidak dapat dijadikan bukti penglibatan DSAI sekaligus pendakwaan langsung tidak dapat dilakukan. So camna depa nak kaitkan DSAI dengan kes liwat ni kalau DNA baru takde! Kalau pendakwaan gagal, maka SaiFool sekeluarga akan menanggung malu yang amat besar. So, untuk mengelakkan malu, keluarganya mengeluarkan kenyataan mencabar ini. Tu pun aku rasa statement ni dibuat atas desakan man behind this conspiracy. Dah tetiba jek kan? Heh! Ini andaian aku la. But it makes sense rite?

Tapi masing-masing boleh fikir la. Itu hanyalah apa yang menjengah di minda aku. Boleh nampak kelemahan yang jelas lagi nyata dalam kes liwat DSAI ni. Kalau nak kata konspirasi kali kedua untuk menjatuhkan DSAI pun..aku sokong 100%! Dan sekarang DSAI mengambil langkah berhati-hati. Tidak mahu kejadian 1998 berulang. Bukti dimanipulasi. Sebab tu la dia takmo kasi dah DNA dia yang baru. Polis tidak lagi boleh dipercayai....undang-undang mudah dijual beli. Hurmm.. dunia zaman sekarang.

Zaman dah majuuuu...Dunia dah berubahhhh....

WaAllahualam
Wasalam.

10 comments:

putrixue said...

Teruja nye nak komen kat entry ni, hehe.

Sekadar pandangan saya:

Rasa nye readers blog ni mesti ada background sains/biologi time sekolah dulu. Or maybe juga ada medical students here.

Bila membabitkan kes liwat, apa kaitan DNA di sini? I mean, Saiful mendakwa diliwat beberapa kali. Dan pada 28hb Jun dia membuat report bahawa dia diliwat yang mana kali terakhir nye adalah pada 26hb Jun. Bagaimana dia diliwat dan apa caranya dia diliwat kita tidak mahu ambil tau.

Cuba bandingkan dengan kes liwat dari golongan marhaen macam kita ni. I bet, korang mesti akan jumpa ayat ni dalam surat khabar:
"Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan ada kesan koyakan tisu pada dubur mangsa. Kesan itu seperti dubur mangsa dilalui dengan benda tumpul. Mangsa juga sedang trauma akibat kejadian di luar tabii itu".

Now, ada tak laporan kesihatan Saiful itu didedahkan pada umum? Kalau betul lah Saiful itu diliwat dan peliwat ada meninggalkan sperm nye di dalam dubur Saiful, by the time Saiful buat laporan polis sperm tu sudah hilang kekuatan bebenang DNA nye. Sains mengatakan bahawa sperma hanya boleh hidup selama 72 jam dalam badan manusia. Plus, do you see Saiful in trauma?

Saya hairan tiada satu pun pakar CSI (ada 250 orang je kat M'sia ni) menghuraikan pertalian DNA dan liwat ini. In fact, doktor2 pun mengambil sikap berdiam diri. Kalau kes rogol memang lain. Lepas mangsa rogol buat report, dia akan terus dibawa ke hospital. Lepas pemeriksaan, uterus (rahim juga) mangsa akan dicuci untuk mengelakkan persenyawaan sperma dan ovum dari berlaku. Tapi ini berlainan dengan kes liwat.

I guess, there is something to be debated on.

--> Just my opinion, and nak share dengan korang semua. Lagipun, my precious was in the force before. I always discuss the political matters with him. Kalau ada pernyataan di atas yang salah, sila betulkan.

Al-BIMA SAKTI said...

malah nok cerite pasa dna. wak sakit tekok je. baik cerite pasa woh duriang. kite kang dokleh makang banyok woh duriang, die mari kembong perok. awok makang duriang banyok mane pong dok ape ke?

Afida Anuar said...

Im-->Mak aii..leh jadi satu entry ni..hihi.. apa pun, thanks for the addins.

En. Al-Bima Sakti-->Mmg sakit tekok pung,tp saje nok citer gok. Makang woh deriang leh kembung perut ke?Kite takdok arr gitu. Makang banyok ane pung dok kembung perut. Kire takdok hal arr..Cume yer mari panahsan arr.. Pahtu minum lar air dalang kulit woh deriang tu. Nok sejuk badang. Tok yang suruh.
Kita klu deriang kapung hok kecik2 tu, abih kut 6,7 bijik..huhu..kite ni mmg atu deriang pung:D

mard said...

woohh..k fida..dap ngat woh deriang..teringat lok mase makang ngn mumi n jem kat tamang mlm maring..

aku klu woh deriang ni leh je makang 4-5 utey..hahaahha..mmg attu deriang aa..lagi2 klu makang duriang ngn nasik cappor air ngn gule..woohh..yummylicious...

Afida Anuar said...

Mekdi, mung mmg spesis aku..ngeh ngeh ngeh... syabas inspektor sahab...

Palie / Fadhlie said...

aku pung suke beno woh deriang.. sedap di makang begitu saje.. tp x banyok la aku makang.. sebutey pung dah puah kot.. makang banyok tubek pulok kang..

Afida Anuar said...

HA??? makang banyok tubik? Abis tu ko makan ckit mmg dok tubik arr...uishhh biar benar!!..

bahaya tu palie! baek ko gi jumpa doktor sekarang.. segala apa yang kita makan, tak kisah sedikit atau banyak wajib dikeluarkan sisa sisa..hhuhuhuhu..
alamak ke ctu lak kisah ini..hahaha
ampun kwan2..

Al-BIMA SAKTI said...

kite dulu attu deriang gok. tapi telebih makang, masa tu kat cokit rod (jalan raja alang), kita beli deriang lelong satu bakul beso 10 hinggit.kita makang dua org... macam nok pesang... kepanahsan dan kekenyangang. pahtu kita serik doh makang deriang sapa le ni... tengok deriang pong doh dok heran doh...

agHoo said...

klakor eh pok loh...suke sokmo wat lawok antarabangsa...

eh,tunang sepol tu nok lg ke kt die?da bolos da tuh..xteruna lg huhu...

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti--> Kite dok penoh serik makang deriang. Panahsang ke, muok ke. Tngok deriang, nok gok lagi..

Aro--> Erkk...pok loh mmg lawok pung. Skrang ni dok leh tengok muke pok loh. Mesti nok gelok

Haha..tanye la tunang dia empunya diri...ngeh33

 

Browse