Najib Dah Cuak!!

Thursday, July 03, 2008
Ape daa.. orang tanya pasal kes dia dengan pompuan mongolia....ni alih-alih, tuduh DSAI serang peribadinya sebab nak alih pandangan masyarakat ke atas kes liwat DSAI. Nampak sangat cuak! Pastu dah de akuan bersumpah tu pasal Najib dan Altantuya ni. Cuak jap Najib. Aku tengok dalam tv3 suku baru tak sat,nampak sangat air muka dia tengah cuak..huhuhu. Tapi yang aku gerammmmnya, dia still nak kata serangan peribadi sebab nak kaber kes liwat DSAI.. aduiii.....ape daaa.. kalau dah tak bersalah tu, tak yah la nak kaitkan kes orang lain lak!

Kak Rosmah pun sama. Alahai. Kalau dah betul diri tu di pihak yang benar, kenapa lah tak saman jek si Petra yang buat tuduhan camtu.

Patutnya Kak Rosmah kata " See u in the court Raja Petra"..haha, Kak Rosmah takut masuk mahkamah la tu! Setakat buat polis repot, semua orang boleh buat. Aku pun boleh buat..hikhik..

Kalau Kak Rosmah betul-betul tidak bersalah, saman je la Raja Petra tu. Menang kes. Kang leh dapat berjuta-juta ringgit. Pastu leh arr Kak Rosmah wat shopping duit tu.

Ni nampak sangat Kak Rosmah kita ni takut! Kalau saman kang, masuk court, banyak lak yang terdedah!! Itu terdedah, ini terdedah..kang malu pulak! Pastu kalau dibuktikan betul-betul bersalah, end up masuk penjara. Tapi orang macam depa ni, kalau betul-betul salah pun, masuk penjara ka??Hmm... kalau tidak mendapat hukuman di dunia, balasan Allah ada lagi menanti di akhirat kelak. Di sana, keadilan itu tidak boleh dijual beli seperti di dunia. WaAllahualam.

Apa pun, cam biasa, sila la ke blog Ajat, sebab ajat explain lagi detail. Chewahh.. promote blog ajat. Sebab aku malas dah nak biarkan jemari aku menari-nari malam ni. Mengantuk sudah...

Senyum sokmo:)

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

13 comments:

M@YaZ said...

erk .. copy paste je kak .. busan dok opis. Baca abis blog2 politik. Seronok juga. hhe .Thanks for promoting ya~!

Afida Anuar said...

Ala copy paste pun, ada something. Akak nk copy paste tapi malas. hihih

Pas tengok muka najib lam tv3 suku,terus bukak blogspot. Ada idea nk tulis pasal TPM kesayangan ramai ni;)

Hahaha,promoting ek? Ok cukup bulan masuk elaun promoting..ahakss..

Anonymous said...

Isu yang terlihat kini adalah realiti hidup manusia. InshaAllah yang bersalah akan terhukum. Hanya prosesnya sedang berjalan. Kita ambil iktibar. Hari ini hari mereka buat kesalahan, esok lusa kita tak pasti, mungkin kita akan terjebak dalam kesalahan dan dosa. Akhirnya nanti , kita semua akan berkumpul di Padang Mashyar, dengan kesalahan masing2, tak fikir lagi dah orang lain. Moralnya ialah, kita jaga akhlak,, jada tatasusila, jangan menghina sangat org yang buat kesalahan. Kita doakan, kalau benar mereka lakukan, terbuka hati mereka untuk bertaubat dan menerima hukuman dengan hati yang lapang.Supaya Iman kita terpelihara, akhlak kita maintain, sebab semua tu Allah ambil kira. LRT jalan, Kapalterbang terbang, kita semua berjalan pulang menuju Tuhan. Firman Allah SWt, Akhirat itu ialah untuk hambaKu yang tidak menyombongkan diri dan tidak melakukan keroskaan dimukabumi. Ayauh, jangan gadaikan akhlak kita kerana kesalahan orang, takut jadi sombong pula. Maafkan abg dik, peringatan ini untuk abg, saja dikongsi dengan adik.

saizulhafiz said...

sokong petra bukan dia btol sgt pun fida...tp hal tu aku xdok komen.aku tahu jugak.tp baik diam dr dok mrh2..Allah adil.t dpt la balasan.kita dok mrh2 ngumpat key dosa marai alah kito plok..adios

Afida Anuar said...

Owhh.. terima kasih. Peringatan ini bukan untuk En.Anonymous,dan bukan untuk saya. Tapi untuk semua.

InsyaAllah, saya takkan sekali-kali mengggadaikan maruah kerana kesalahan orang lain.

Cuma sedikit keinginan untuk menyatakan ketidakpuasan di hati atas kemelut yang berlaku di negara kita. Harap ia tidak menggadaikan maruah yang telah lama saya pelihara. WaAllahualam.

Afida Anuar said...

Saizul..ada kat mana entah aku terbaca, pemimpin yang zalim, kita boleh kutuk...WaAllahualam..

AL-BIMA SAKTI said...

agak-agak yg mana lebih afdal..?
yg terjengah di telinga,
atau yg menyinggah di mata?

Afida Anuar said...

Yang lebih afdal, menyinggah di mata....ke gimana?

Anonymous said...

parti cap basikal.. saje nk promote..

Afida Anuar said...

Hahaha, ajis ajis, tak abis2 dengan parti cap basikal.. k la, aku jadi ahli senyap parti ko ek..kuikuikui

norahahmad said...

i strongly agreed with cik Abg anonymous tu punye opinion...dats was my comment fida...hihiii

saizulhafiz said...

sbr2 la fida...baik ko tulis benda lain dr menyata ketidakpuas hatiaan ko tu..hahaha..kebenaran akan terdedah juga.kita tungu dan lihat.meh sama2 muhasabah diri.kita pun xpenah lari dr membuat kesilapan..hehehe...adios..

Afida Anuar said...

Nora--> yup, aku pun setuju nora dengn cik abg anonymous tu. Kadang-kadang bukan maksud nak menghina mereka yang berbuat kesalahan, tapi nak tak nak akan terdetik gak dalam hati sedikit sebab masing-masing sudah tahu menilai. Tapi yang paling Maha Menilai dan Maha Menghukum hanya lah Allah s.w.t

Saizul--> Hahaha, 1st time aku dengar kata-kata mung yang mantap saizul. Memang kita takkan dapat lari daripada membuat kesalahan dan kesilapan. Tapi manusia yang paling baik itu adalah mereka yang belajar daripada kesilapan itu, dan bertaubat dan tidak akan melakukan lagi kesilapan itu

WaAllahualam.

 

Browse