Kedai Suami..

Saturday, July 19, 2008
Sebuah kedai yang menjual suami baru saja dibuka di sebuah kota dimana wanita dapat memilih suami di kedai itu. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk terdapat arahan yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk memasuki kedai tersebut.

"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini hanya SATU kali sahaja seumur hidup kamu"

"Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat dimana setiap tingkat akan menunjukkan semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut."

"Bagaimanapun, ini adalah semacam perangkap. Kamu dapat memilih lelaki di tingkat tertentu atau memilih ke tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke tingkat sebelumnya kecuali keluar dari kedai."

Lalu, seorang wanita pun pergi ke kedai "Suami" tersebut untuk mencari suami.

Di tingkat 1 terdapat tulisan seperti ini : Tingkat 1 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.

Di tingkat 2 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 2 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,dan sayangkan anak kecil.

Di tingkat 3 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 3 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil dan cekap

'' Wow'', fikirnya tapi dia masih teruja untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di tingkat 4 dan terdapat tulisan

Lantai 4 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,sayangkan anak kecil ternyata sangat cekap dan suka membantu kerja-kerja rumah.

Dia berkata, ''Aku hampir tidak percaya!!'

Dan dia tetap melangkah naik ke tingkat 5 dan terdapat tulisan seperti ini :

Tingkat 5 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil, sangat cekap,suka membantu kerja-kerja rumah, dan romantik.

Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia melangkah naik ke tingkat 6 dan terdapat tulisan seperti ini :

Tingkat 6 : Anda adalah pengunjung yang ke 4 363 012.

Tidak ada lelaki di tingkat ini.
Tingkat ini hanyalah semata-mata untuk wanita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Terima kasih telah berbelanja di kedai "Suami". Hati-hati ketika keluar dari kedai ini dan selamat jalan.

Sekadar renungan di hari minggu. Have a nice day ahead.

WaAllahualam
Wasalam

5 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

kalau diberi kesempatan, akan kusewa tingkat 7. akan ku tulis: Tingkat 7: Kedai jual isteri. Umur rahsia. Rupa rahsia. Tinggi rahsia. Kerja tak ada. Dara/janda rahsia. Kelulusan ada. Kalau suka, terus beli bayar tunai, dan bawa balik. Kat rumah baru boleh tengok. Penting: sudah beli tak boleh dipulangkan.

aziz said...

kedai "Isteri" xde?

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti --> Erkk, nak sewa tingkat 7 tuk jual isteri camne En.Al Bima Sakti. Tu kan kedai suami. Takkan perempuan masuk kedai tu, nak cari suami, memilih tingkat 7, tengok2 perempuan yang terpaksa di pilih.. Hikhikhik..
En.Al Bima kene buat satu kedai lain la. KEDAI ISTERI.

Ajis--> Kedai Isteri tu ko buat sendiri aci? Huhu

agHoo said...

kedai makan ada?lapar la..
buoh nako ado?huhu

Afida Anuar said...

Kedai makan?? Buah Nako?? Erkk..kedai suami jah ada kt cni..
kedai makan ngn buah nako tu, cari kt tempat lain la deh..

Lamanye tak merasa buah nako..hurmm..

 

Browse