Kau yang Ku Kagumi ;)
Monday, June 30, 2008Hari ni aku terbaca kisah seorang sahabat aku, kat mana entah. Sedihnya. Sebak dada ini membaca kisah hidupnya. Tidak ku sangka senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, penuh dengan duka yang tersimpan suatu masa dahulu. Tapi alhamdulillah. Kesusahan mengajarnya erti kebangkitan. Kesusahan mengajarnya erti kejayaan. Kesusahan benar-benar mendidiknya menjadi seorang manusia yang tahu menghargai sebuah kehidupan. Alhamdulillah. Dia benar-benar berjaya sekarang. Berjaya dari segi kerjaya, ilmu yang mantap, akhlak yang bagus, anak yang soleh. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia. Aku begitu kagum dengannya, sehingga tiada lagi ungkapan yang bisa aku zahirkan di kala ini. InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat aku doakan untuknya. Aminn..
Mungkin aku tidak pernah merasai kesusahan seperti yang dirasakannya. Kesusahan aku mungkin versi lain. Namun sedikit yang aku kesalkan, orang susah yang tidak tahu untuk bangkit! Mereka anggap kesusahan itu adalah titik noktah hidupnya. Tidak mahu berubah atau dalam erti kata lain, malas untuk berubah. Dan sentiasa mengharapkan agar ada insan-insan yang bisa membantunya sepanjang masa.
Atau, ada juga insan yang berdepan dengan kesusahan, kemiskinan..berusaha mengatasi kemiskinan itu, tapi anak-anaknya pula yang berperangai mengalahkan syaitan. Contoh terdekat orang kampung ku. Ibu bapanya dah la miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi lagak si anak memang mengalahkan anak hartawan. Sedih hati aku melihat ibunya dan ayahnya yang keluar mencari rezeki bagi memberi anaknya sesuap nasi! Tapi anaknya langsung tidak mahu menghargai pengorbanan ibu bapanya itu. Apa yang ada dalam pemikiran si anak ni pun aku tidak tahu. Tidak kasihankah dia kepada ibu bapanya? Atau dia sengaja mengikut darah muda dan ketepikan tanggungjawabnya sebagai anak! Kadang-kadang aku geram dengan lagaknya. Ingin aku ketuk-ketuk kepalanya agar bisa berfungsi dengan betul! Agar dapat dapat menjadi seorang manusia, seorang anak yang bertanggungjawab, dan seorang hamba yang taat padaNya! Haha membebel pulak aku kat sini. Apa pun, aku kasihankan orang tuanya:(
p/s: Adehh sekarang ni kes liwat DSAI lak. Conspirasi apa pulak kali ni ni Pak Lah? huhuhu. Pak Lah lagi..hahahaha. Apa pun, untuk baca kronologi kisah liwat ni, kawan-kawan leh ke blog ajat. Detail kisah ni ajat tulis. Nak tulis kat sini pun, cam dah terlambat dah.huhu..
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam..
Penerbangan itu...
Sunday, June 29, 2008Apa pun, gambar di sebelah hanyalah ilustrasi si pereka gambar. Aku rasa la, sebab tidak pernah lagi aku dengar accident di udara seperti situasi gambar di sebelah. Kalau ada pun situasi seperti di sebelah, semestinya kapal terbang itu tahu untuk mengelak dari melanggar kapal terbang lain. Kan kan? Namun bukan lah pasal kapal terbang di atas yang bakal aku bicarakan pada malam yang sedang bersedih ni. Chewahh.. Yer la. Dah dari petang tadi hujan je memanjang sampai sekarang... Quote dr Muni. "Malam yang sedang bersedih"...
Tengok pada kapal terbang yang sentiasa melintasi ruang udara Putrajaya ni, teringat pula pada penerbangan hidup aku. Adakah akan selamat sampai ke destinasi yang dituju? Atau akan terhempas di mana-mana pulau? Atau bakal akan membuat pendaratan kecemasan di mana-mana tempat? Masih tidak diketahui. Kerana kapal terbang aku masih lagi terbang......
Hopefully, ia akan mendarat di destinasi yang betul. Bukan melencong ke mana-mana tempat yang tidak patut. Atau yang lebih teruk lagi terhempas! Nauzubillah..
Malam yang 'bersedih' ni seolah membantutkan aku untuk mencoret lebih panjang lagi. Otak aku seolah beku dengan kesejukan dan kedinginan malam ini. Segala-galanya seolah kaku dan beku! Moga kebekuan dan kekakuan ini segera berakhir kerana ia menyesakkan dada aku. Sejukkkkk....
Till next entry. Assalamualaikum.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam.
Connection...
Saturday, June 28, 2008Hari ni lak, aku dan member-member X-UIA buat rombongan menyerang kenduri Aiza di Seremban. Buat Aiza Azreen dan suami, Engku Hanif, Selamat Pengantin Baru. Alahai, gambar lak takde nak apdet. Takpe-takpe, nanti ada orang send, aku apdet:D. Aku lupa bawa kamera aku lagi. Lalalalalala..Telefon aku lak telefon zaman batu, memang tak leh amik gambar langsung!huhuhu
Lam kul 11 pagi, aku, Syikin dan Keon dah sampai di Hentian Nilai. Tunggu 4 biji lagi kereta yang konvoi dari Sungai Besi. Takkan aku dari Putrajaya dan Keon dari Seri Kembangan ni nak gi turun Sg Besi pastu naik balik ke Nilai, so kitaorang decided nak tunggu depa kat Hentian Nilai aje. Kira kul 12 lebih gak baru dapat jumpa semua rombongan. Wahida, Syara, Paan, Palie Pilus(bukan Palie Atan ek,hehe), Ikmal,Haley, Apek, Kaymee, Sape lagi ek, lupa nama laks yang 2 orang tu. So kira 'connection' dengan budak-budak UIA ni ada lagi la, cuma hari ni cam terconnect sikit;-)
Connection dan connection lagi. Connection punya pasal, 'hati itu' menjelma lagi. Arghhh!! aku tidak suka dengan perasaan yang ditimbulkan 'hati itu'. Padahal aku sudah tinggalkan 'hati itu' jauh di belakang, dan aku hanya memandang dan mencari 'hati' yang di hadapan. Tidak pernah sekali-kali aku berpaling ke belakang, berpaling kepada 'hati itu'! Buat apa 'hati itu' menjelma lagi?? Buat 'semakkan' kepala! Buat aku 'sakit'.
"Alahai Fida.. apa kamu merapu ni sayang??"
Opss.. aku sudah merapu rupanya. Maafkan aku yang lemah ini! Saat ini, aku sudah tidak mampu untuk membendung minda aku dari merapu dan merapu dan merapu lagi. Ampunnnn....
Ok, entry's done! Boleh pergi mandi. Lalalala.
Sampai ketemu di lain entry. Assalamualaikum.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam..
Kedekut!
Friday, June 27, 2008Meriah kan? semua orang buat kerja. Tengok Mahesh..dia usha Ajis. Dia buat apa kt Ajis tu??hahhaaha
Masa awal-awal sampai tempat kejadian. Mekdi, Me, Wan, Yus and Dilla..
Tengok chef Ajat masak.. Serius seh..hahaha. Wawa, tak tulun sekali??hahaha
FIRE..FIRE... FIRE.. HELPP.. HELP... habis ayam hangus terbakar....semua orang cuak. Lili jadi superhero selamat ayam-ayam tu..
Last but not least, gambar ramai2..
Ok rasanye tu je la kut tuk hari ni. Semua orang bersyukur entry aku pendek jek hari ni. hahaha. Akibat tidak membiarkan jemari dan minda bersatu. Itu lah kesannya..Until next entry. Assalamualaikum..
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Lagi dan Lagi dan Lagi...
Thursday, June 26, 2008Habis office hour nanti, kitaorang satu team akan menyerbu Cyberia for BBQ. Perasaan malas untuk pergi tu, wujud jugak la sedikit sebanyak, namun bila memikirkan our team spirit is extremely high, i need to appreciate that dan aku cuba pijak-pijak perasaan malas tu. Biar ia terkubur di telan bumi dan aku boleh menikmati BBQ itu bersama team member aku tanpa perasaan itu. Kesian pulak pada perasaan itu kalau dipijak-pijak. hahaha. Ahaa..aku cuba meletakkan kedudukan perasaan itu sama seperti benda bernyawa. Sampai aku tidak sanggup untuk memijak-mijak perasaan malas itu. Yer la, cuba korang semua imagine, korang pijak-pijak benda bernyawa. Contoh mudah anak kucing. Uishhhh...hanya manusia yang tiada sifat manusia aje yang sanggup pijak anak kucing itu. Aku tidak sanggup! Kucing pun ada perasaan. Cam aku, cam kamu semua. Eh aku dah melencong ke mana ni? hahahaha. Teringat pula anak kucing yang Ajis selamatkan semalam. Chumelllnye kamu!
Sembang pasal kucing, teringat pulak aku kepada kucing-kucing aku kat rumah.Rindunya aku kat depa. Seekor nama Comel dan seekor lagi nama Hitam. Saje kasi nama tu sebab Comel agak comel, dan Hitam bulunya hitam, cuma bahagian muka je ckit ada tompok-tompok putih. Depa ni kucing buangan. Merayau-rayau kat sekitar rumah aku suatu petang. Ayah aku yang perasan kewujudan depa ni asalnya kasi la depa makan sebab mengiau kelaparan gamaknya. Petang besok datang lagi, kasi lagi makan. Dan besok lagi, dan lagi dan lagi dan lagi.
Lama-lama depa dah melekat kat rumah aku. Dan memang setiap petang, Comel dan Hitam akan datang menunggu ayah aku beri makanan. Sampai dah jadi tanggungjawab kami anak beranak kasi depa makan. Sebab ayah aku memang sayangkan Comel dan Hitam. Aku pun, adik-adik aku pun sama. Kalau ayah aku lambat balik kerja, mak aku pun dah faham-faham. Aku pun. Adik-adik aku pun. Comel dan Hitam perlu makan, depa lapar. Selepas makan depa akan beristirehat di luar dapur kekenyangan sambil menikmati angin petang.. Arghh comelnye Comel dan Hitam... Sampaikan aku tengok, dah seperti bapak kucing Si Comel dan Hitam tu. Eh, tapi aku tidak tahu Comel dan Hitam tu jantan or betina.Haha. Ala kalau jantan, cam bapak kucing,Kalau betina, cam mak kucing..Aci dak gitu? Hahaha.. Sebenarnya, kisah kucing ni baru permulaan. Tapi tidak mengapalah, ada masa akan aku sambung. Kerana aku sudah tidak punyai masa untuk membiarkan jemari dan minda bersatu di atas keyboard di kala ini. Biar depa terpisah buat sementara..
Ok, time untuk siap-siap pergi BBQ. InsyaAllah kalau ada sapa-sapa yang meng'senap' gambar BBQ, akan aku grab dan letaknya kat sini. Kalau aku rajin la.hikhikhik. Syndrome short term memory loss itu singgah jap pagi tadi mengakibatkan aku lupa untuk mengambil kamera yang tidak berapa mantap itu.Biarkan lah ia beristirehat di rumah. Lagipun aku pasti yang amat. Saizul dan Ajis pasti akan membawa kamera depa yang mantap tu. Nanti aku grab je la:D. Until next entry. WaAllahualam. Wasalam
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"Sebuah Penyatuan..
Wednesday, June 25, 2008Begitu lah akibatnya kalau aku dah mula merapu. Namun dengan merapu la, penyatuan antara jemari dan minda akan terhasil sedikit demi sedikit. Kalau berjaya, kalau tidak.. apa pun, jutaan terima kasih kepada kerapuan itu. Lepas ini boleh la kita sama-sama makan ikan kerapu masak masam manis:D.. Arghh aku dah weng!
Sekarang boleh dikira dengan jari, berapa butir bintang yang kelihatan di langit. Tidak mengerti ke mana hilangnya berjuta-juta lagi bintang di langit itu. Hendak di katakan hari mau hujan, tidak kelihatan pula awan mendung berarak di celah cahaya rembulan. Hmmm... Not Enough Stars in The Night??
For me, that online fiction is bit interesting than my next next words, so i may put my full stop here, so that everybody can read that:d Misi penyatuan jemari dan minda nampaknya tidak berlaku begitu mantap! Poor them. Kene pujuk jap. Hahahaha. Until next entry....
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam..
Akibat dari Kalut!
Tuesday, June 24, 2008Tapi bagi sesiapa yang dah lama berdamping dengan aku, depa dah faham la dengan 'kekalutan' dan 'kelajuan' percakapan aku ni. Sehinggakan depa semua dah boleh faham apa yang aku cakapkan. hihihi. Aku kah yang berjaya mempengaruhi orang untuk memahami bait-bait yang keluar pantas dari mulut aku? atau depa kah yang belajar untuk memahami percakapan aku??hihi. WaAllahualam.
Tapi sifat kalut ni bukan sepanjang masa bertapa dalam diri. Ada time-time tertentu 'kalut' ni akan keluar. Contoh ,kalau aku mengejar masa,kalau aku dah lambat..langkah pun jadi kalut semacam, bawa kereta pun, orang tua-tua kata cam pelesit. Tapi aku takde la sampai tahap pelesit. Cuma laju sikit daripada biasa.
Dan hari ini, kalut tu menjelma lagi. Padahal, kalau aku rileks..ok je. huhu. Apa-apa je la aku ni. Seperti biasa kalau diberikan 'cuti' olehNya. Maka waktu bangkit dari tidur pun akan jadi sedikit lambat. Tapi hari ni, lambat dari biasa! Still aku rileks, sebab aku tau, masih sempat. Tatkala sedang mandi, Kak Zura telefon mau tumpang katanya. Setat dari tu, aku dah mula kalut. Sebab pertama, aku fikir Kak Zura akan lambat ke opisnya, yer la dah kene tunggu aku yang dah sedia lambat ni. Sebab kedua, aku pun akan jadi sedikit lambat sebab plan sudah berubah. Which means, aku kene lalu jalan lain untuk ke rumahnya, hantarnya ke opis, dan kemudian baru ke opis aku. Tapi tu small matter je. Yang jadi big issue sekarang, aku sudah kalut! Dan aku tidak suka keadaan ni..huhu. Aku try menenangkan diri. Tapi still, langkah tu dipercepatkan dari biasa.
Alhamdulillah, sampai opis Kak Zura,10 minit lambat dari waktu yang sepatutnya. Ampunn.. dan aku yang dah sedia kalut ni,meneruskan perjalanan ke opis aku. Mungkin sebab kalut tu dah lama bersarang dalam diri, maka aku bawak kereta pun tidak begitu teliti, aku tidak perasan sewaktu menuruni ala-ala bukit kat Satyam GDC tu, aku terscratchkan akunye kerete kat belakang bahagian tepi kat driver side. huhhhhhhhhhh. Aduuuhhhh.. cam hati aku pulak yang ter 'scratch'!!..
Tu pun, sewaktu kejadian aku tidak perasan kerana tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Even masa aku sampai kat tempat parking pun, tidak kelihatan pulak scratch tu.. Tapi masa dalam opis aku telah diping oleh Wawa, menanyakan kenapa dengan scratch kat kereta aku. Terkejut aku! Pastu bila aku turun tengok, Ya Allah...Dia nak uji aku ni. Sebab aku sayang sangat kut kat kereta ni. Dia nak test tengok aku leh terima dak kalau kereta kene scratch camni. Tapi alhamdulillah, tiada sebarang kemek. Hanya scratch sedikit. Dan kawan-kawan suggest aku wax kan kat tempat tu. "InsyaAllah tidak begitu kelihatan scratchnya" ,kata depa.
Tapi bila fikir-fikirkan, walau sayang camne pun aku kat kereta tu, dia bukan milik mutlaq aku. Suatu hari nanti aku kene 'tinggalkan' jugak kereta tu. Ia hanya lah nikmat dunia yang diberi sebagai pinjaman. Aku akan ingat tu. Tapi bila ingat balik pasal scratch tu, takde la aku rasa down sangat. Dah bende nak jadi. Petang ni balik singgah kedai kat terowong, beli wax. Done.. So moral of the story, Fida..rileks k!
Same goes to me,my famili and kawan-kawan semua. Suatu hari nanti kita terpaksa menerima hakikat orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Itu ujian lagi besar dari kereta kene scratch! Amacam boleh bayang dak? huhu, memang mau menitis air mata sekarang ni jugak kalau fikirkan pasal tu,lebih-lebih lagi kalau dengar nasyid dari UNIC, Ke Makam Bonda. Ya Allah, tabahlah hati hambaMu ini... tapi itu lah hakikat kehidupan. Maut pasti menjemput setiap benda yang bernyawa! Even famili aku, kawan-kawan juga, terpaksa menerima hakikat, yang aku juga pasti akan 'pergi' bila-bila masa. Tapi bersediakah aku kalau sekarang aku 'dijemput'??
p/s: Alamak, tak jadi nak buat entry khas untuk Muni sebab aku kalut pi cerita bende lain. huhuh. Buat pengetahuan semua, Saudari Muni menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 62,ek muni? letak kat p/s ni aci ek. Selamat Menyambut Hari Lahir buat sahabat serumah tapi lain bilik,haha saudari Noor Munirah, moga bisa menjadi wanita paling bahagia! Eh nanti ko wat nasi minyak besar-besaran tu wajib jemput aku tau. Jemput aku jadi tukang cuci pinggan pun tak pe.hihihi.. InsyaAllah..
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Pizza Italiano ;-)
Monday, June 23, 2008pikir jap...
"Nak cerita pasal minyak naik, barang naik..semua naik.. kang naik minyak lak.." hahahha. Sabar sabar..
pikir lagi..
"Nak citer pasal projek,opis, teammate semua, dah cerita hari tu! Takkan nak cerita lagi, nanti korang buhsan pulak nak baca.."
pikir lagi nak tulis apa..
Aku termenung,sambil minda memikirkan apa bait-bait seterusnya yang harus aku coretkan. Fikiranku pula bebas melayang di hari yang mendung ni, tapi masih tidak menjumpai tempat 'mendarat'..
....masih,tidak ada kata sepakat antara minda dan jemariku untuk menerbitkan bait-bait yang bakal dilontarkan di blog ni....
Nanti la..i'll get back here again. It's lunch time actually, maybe perut dah lapar, so minda tidak dapat memproses input yang sepatutnya agar bisa menjadi bait-bait 'indah' untuk dicoretkan di blog ni.hihi.. Bait-bait 'indah' tuu..haha, adeh Fida..Fida..perasan pulak aku ni!
Ok now bersambung, perut pun dah berisi, minda pun dah sepakat tuk membimbing jemari aku menari-nari atas keyboard ni, dah ada kata persetujuan akhirnya, alhamdulillah ..
Cerita basi tapi aku nak tulis gak la sepatah dua kata. Apa lagi kalau bukan pasal pasukan peberet Itali aka Azzurri..Depa dah out time suku akhir pas lawan dengan Spain semalam. huhuhu...Tu pun sebab penalti agregat 4-2, kira nasib jugak la Spain menang. Apa pun seperti kata Saizul, pujian harus diberikan kepada Itali kerana bermain dengan begitu kental dan barisan pertahanan depa memang mantap kerana mampu mengekang asakan pasukan Spain. Kalau tidak, masakan mereka mampu bertahan sehingga terpaksa diberi masa tambahan 30minit dan berakhir dengan penalti. Dah la Cannavaro takde, Pirlo dan Gattuso pun tak main.. memang satu kelebihan tuk Spain. Apa pun, Forza Azzurri! Aku baru je berangan nak tengok depa main masa final. Huhu. Nampaknya malam tu, terpaksa tengok team lain la. So lepas ni nak sokong team mana plak ek? Germany la..hahahaha.
Dulu kala aku tidak suka bola sepak. Apatah lagi nak bazirkan masa hampir 2 jam semata-mata kerana bola sepak. Tapi disebabkan aku berkawan dengan kaki bola, sedikit sebanyak mengajar aku tentang kepuasan menonton bola sepak ni. Bermula dengan Piala Dunia 2002, masa tu aku masih lagi belajar di UIA.Roommate aku, Kak Cik memang seorang kaki bola, dan dia memang gilakan bola walaupun dia sendiri tidak tahu sepak bola. Hahaha. Pernah time piala dunia 2002 tu, aku dan Kak Cik keluar senyap-senyap kul 2 pagi nak gi bilik tv kat bawah sebab nak tengok bola. Time tu Portugal nya game,dan Kak Cik ni memang peminat setia Portugal sebab 'adiknya' Si Christiano Ronaldo main.
Yang jadi problemnya pulak, pas kul 12 malam, tv diwajibkan tutup. Tapi kitaorang senyap-senyap pi bilik tv. Rupanya bukan aku dan Kak Cik je yang nak tengok bola, ramai lagi lagi sister-sister yang meluru ke bilik tv tu. Hah, nasib baik Mak Guard tak de jaga kawasan tu. Kalau tidak nahas! Tapi malang, Mak Guard mungkin dah hidu kut yang kitaorang ni memang nak menerjah bilik tv pada jam 2 pagi. So dikuncinya bilik tv tu siap-siap. Huh..kuciwa nya Kak Cik! Aku pun kuciwa gak! Dah nasib kene patuh peraturan kolej masa tu..huhu
Balik kampung lak, aku join ayah aku, adik lelaki aku tengok piala dunia tu. Baru la dapat kepuasan tengok ramai-ramai dengan keluarga. Tak perlu nak keluar senyap-senyap untuk tengok bola. hahahaa. Mak aku pun dah geleng kepala aku dah start layan bola. Tapi aku dah suka. Layannn je la:D
Masuk piala dunia 2006, masa tu aku baru habis belajar dan kerja sementara kat kampung. So aku dan ayah aku je yang layan bola kat rumah. Adik-adik lelaki aku semua takde, sebab sorang masih belajar kat UIA, dan sorang lagi dah keje kat Shah Alam. So malam-malam yang berjaga layan bola, aku dan ayah aku je. Nak harap mak aku join..hahahahah, mustahil la kut! Tapi bukan tiap-tiap malam la aku dan ayah aku berjaga layan bola ni pada awal musim piala dunia tu. Kalau malam team-team yang best je main. Cam Argentina, Brazil, Perancis, Jepun, Itali, German, Spain, England, Crotia,Portugal apa lagi ek? Pastu masuk semi final, start tu, aku dan ayah aku memang dah mula berjaga malam dan tak pernah miss satu game pun sampai ke final. Time tu kami anak beranak buat perjanjian, sape yang bangun dulu, masing-masing kene kejutkan. Tapi biasanya aku la yang kejutkan ayah aku:)
Time piala dunia 2006 ni la aku dah start 'berkenan' dekat pasukan Azzurri ni. Lagi la dengan kaptennya Fabio Cannavaro yang encem.hahaha. Grosso, Luca Toni, Pirlo, Totti, Materrazi yang de case dengan Zidane tu, goalkeepernya, apa entah nama, Buffon ke apa? hahah aku ingat sebab namanya cam ala2 buffulo gitu, hihihi. Lagi sape ek yang aku ingat ? Erk.. tak ingat dah. Aku ingat certain-certain orang jek. hahaha.Cek balik la lam list pasukan depa. huhuhu. Time tu aku memang sokong 100% kat Itali dan yang paling mengujakan, depa menang World Cup 2006!
Tapi Euro semalam. Memang aku agak frust la depa kalah.huhuhu.Kalah sebab penalti lak tu. Kalau sebab real game, maybe tak terasa sangat kut. Apa pun, kalah menang, adat pertandingan. Tengah duk pikir-pikir ni, nak sokong team mane pulak pas ni. Ala, senang..sokong aje team yang julang piala euro nanti...hahahahaha.
Tapi satu yang buat aku fikir pasal bola ni. Tu pun sebab kata-kata mak aku dulu dan aku juga ada memikirkannya. Anak-anak muda sekarang ramai yang sanggup berjaga malam kerana bola. Termasuk aku! Tapi berapa kerat yang sanggup berjaga sebab nak bangun untuk buat tahajjud? Bangun di tengah malam tuk beribadat kepadaNya....hmmm... something to ponder! Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. WaAllahualam.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Malam Itu..
Saturday, June 21, 2008Tiba-tiba.... minda aku berkata, aku tidak mempunyai idea lagi dah untuk membiarkan tangan aku terus menari-nari. So i better put my full stop here. Until next entry. Assalamualaikum.
"JANGANLAH KITA HIDUP UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam.
Temporary Freedom..
Friday, June 20, 2008Ok then..what else.No idea dah untuk coret-coret lebih panjang lagi. Need to stop here la i think. Until next entry.Assalamualaikum.
p/s: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juta rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.
Sekian pemberitahuan.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Test and Being Tested..
Wednesday, June 18, 2008Saat Itu..
Monday, June 16, 2008Ayahanda...
Sunday, June 15, 2008Time aku muda-muda bersama ayahanda tercinta.
Sudah hampir 2 bulan kaki ini tidak menjejak tanah di kampung. Rindunya aku untuk menyedut udara kampung itu, hanya Allah saja yang tahu. Tapi apakan daya, kerana tuntutan tugas, cuti yang terhad, dan jarak ke kampung ku yang agak jauh, hasrat untuk pulang itu terpaksa ditangguhkan. Kalau la kampung aku area-area sini je, pasti tiap-tiap minggu aku akan terbang pulang..Bila aku dapat pulang ke kampung nih? huhu. Sabar je la fida.. insyaAllah suatu hari nanti.
Huhu, kini tiba giliran hari ayahanda pula.. Selamat Hari Bapa buat ayahanda Anuar bin Abdullah... terima kasih kerana selama ni ayah menjaga dan mendidik kami adik beradik.. Rasanya, jika diberi masa seumur hidup pun, jasa ayah itu tidak mampu kami balas. Hanya Allah saja yang mampu membalas segala jasa ayah dan ibu. Semoga, ayah dan ibu sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. Anakandamu ini rindukan kalian.uhuk uhuk.. Whuaaa.. nak balikkkk....
Baik lah, setakat itu sahaja untuk hari ini. Takut nanti kalau diperpanjangkan lagi entry ni, maka akan ada manik-manik air mata yang gugur ke bumi..hahhahahaha. Takde, gurau aje, hihihi.
Until next entry. Assalamualaikum
p/s: Tidak lupa juga, untuk semua yang bergelar bapa, selamat hari bapa... kepada yang bergelar bakal bapa juga, selamat hari bakal bapa..hehehe. Ok. done.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahulam
Wasalam
Piece Of Mind.
Friday, June 13, 2008Pelik Tapi Benar..
Thursday, June 12, 2008Hari ni juga, team aku kalah futsal. Sesuatu yang pelik tapi benar. Hahahaha, sebab kebiasaannya, kalau mein futsal pasti team aku menang. Chewahh, cam berlagak... Tapi hari ni aku diuji, kemenangan tidak berpihak kepada team aku, tapi team Norah and the geng. Syabas Norah. Pheeewitt.
Tengah-tengah taip entry ni, cik Muni pulang. Awal dia pulang. Sesuatu yang pelik tapi benar. Kebiasaannya pukul 1.30 nanti baru sampai. Ni tak sampai 12.30 dah balik. Apa pun, home sweet home! Eh layan bola la kejap. Portugal tu. hahahaha. Walaupun bukan team peberet cam Italy.. tapi best pe Portugal. Sebab ader adik aku main. hahahaha. Sesuatu yang pelik tapi benar. Apa-apa la. Sekadar coretan merapu untuk hari ini. Selamat Malam semua.
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Excuse Me, Your Life Is Waiting..
Monday, June 09, 2008At 10, I decided to accompany Muni to go for her car service at Alam Megah. When we arrived there, there was only one car waiting for the service. So i assumed maybe around 12 everything will be done and we can go straight to Alamanda because we're planning to 'lepak-lepak' at MPH there.
Unfortunately, because Muni was asking for car wash and what ek... tyre alignment need to be fixed.. yea..that one need to be fixed, so we have to wait a while, somewhere around 2 la, we're heading back to Putrajaya. But i enjoyed waiting at that Service Centre, because there's a lot of reading materials,TV, massage machine, radio, wi-fi, not-so-hot-coffee.. i prefer a hot one. It's ok then, but at least while waiting for the car, there's a lot i can do to kill some time. Compared to the one that i went for my car service at Klang. Not to say that nothing's there, but the surroundings there, for me kind of not suitable for customer to wait longer than 1 hour. huhu, just a humble opinion from me. Okay, enough about commenting.
Around 2.30 we're arrived at Alamanda. Due to today is working day for government sector and certain private sector, so there were not so many people there. After performing Zuhr prayer and having some lunch, we're heading to MPH. Muni is looking for 'Ketika Cinta Bertasbih' ep 2 by HabibuRahman El Shirazy and i'm looking for, 3books in 1 packet..kind of discount la.... Already 'usha2' these books on saturday when we're here buying a present for Kak Zaidah wedding. But because of rushing for the wedding, so have no time to stay longer for 'usha2', and because of that i decided to buy them today. Excuse Me Your Life is Waiting(title for today's entry), The Power of Now (suggested by one friend), and Too Soon Old and Too Late Smart(erkk..no body's suggested). Maybe i'll start reading The Power of Now first because i've already read some pages online. Gambatte Fida, hopefully i'll be given a time for all these books.
Huhu.. so what now? Ok today's entry is done, dinner is done, washing dishes is done, watching buletin utama is done. Reading is pending. So i may put my full stop here.
Sedikit petikan untuk bacaan bersama...
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean. Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei, selain menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial. Katanya, semua langkah itu dapat menjimatkan RM2 bilion yang akan digunakan untuk membayar bentuk bantuan lain kepada rakyat
Aku kata .."Elaun keraian menteri 10% aje dipotong? minyak pandai pulak naik sampai 40%. Nape tak hapus terus je elaun keraian menteri ni..!! potong 10% pun dh jimat 2 billion.. tu baru elaun keraian!!! elaun-elaun yg jadi side income belambak cam mak nenek tu camne pulak??
Sekadar coretan di malam hari...
"JANGAN LAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Lebah, Ular Sawa dan Singa.
Sunday, June 08, 2008Nampaknya isu kenaikan harga minyak semakin hari, memang la semakin panas, tapi dalam pada masa yang sama, ada juga redanya. huhu. Itu lumrah kehidupan. Dijadikan berpasang-pasang. Ada yang panas, ada yang sejuk. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada lelaki dan ada perempuan. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang bising dan ada juga yang senyap. Semua mempunyai pasangan masing-masing. Ok abaikan hal pasangan-pasangan itu.
Memang benarlah kata seorang teman. Kita umpama lebah yang bising selepas sarang dijolok. Malangnya kita tidak tahu untuk menyengat. Lihat sajalah rakyat Indonesia yang betul-betul menekan kerajaan mereka jika ada yang mereka tidak puas hati. Sehinggakan, ada sesetengah perkara kerajaan mereka terpaksa akur dengan suara rakyat. Tapi kita hanya lah lebah bising...tidak ada usaha yang betul-betul menekan kerajaan sehingga ke akarnya. Sehingga kerajaan boleh mendengar suara rakyat! Bukan rakyat yang mendengar suara kerajaan!!
Rakyat negara ini umpama ular sawa yang kekenyangan. Tidak ada apa yang mampu untuk rakyat negara kita lakukan. Rakyat negara jiran itu pula, umpama singa yang lapar. Apa ular sawa yang dalam kekenyangan akan buat? Dan apa pula singa yang kelaparan akan buat. Bukan niat di hati untuk mengutuk rakyat negara sendiri. Tapi itulah ironinya. Aku pun rakyat Malaysia, aku pun diumpamakan seperti ular sawa yang kekenyangan itu. Malangnya aku tidak ada kuasa untuk merubah segalanya. Hanya Doa yang mampu aku panjatkan, agar hati-hati yang lemah dan lalai itu, bisa kuat dan tabah untuk menghadapi ujian dan dugaan di hari-hari mendatang.
Aku tidak sabar menantikan 12 Julai ni!! Doakan angin perubahan bakal melanda negara kita yang tercinta ini!
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
12 Julai 2008... Perhimpunan 100 Ribu Rakyat!!
Saturday, June 07, 2008Hari ni,Sabtu bersamaan 7 June 2008, sehari suntuk masa dihabiskan dengan menghadiri kenduri Kak Zaidah di Shah Alam. Aku tipu..bukan sehari suntuk, tapi lepas Zohor kitaorang sampai sana. dekat-dekat kul 4 dah belah. So bukan sehari suntuk la. hahaha...
Ramai juga rupanya member-member Infosys yang menghadirkan diri. Antaranya.. aku,Muni,Laili, Nora, Palie, Peja,Pian,Nooril, Eja, Jaya, Leela, Juzaili, Ikram, Pali Pacak, Haedir, Haini, Julia, Fiza, Edot, Peruz, huhu, sorang-sorang dah kut aku sebut ni..ke ada sapa-sapa lagi yang tertingggal..huhu, entah la.. Abaikan hal ni....kerana tidak ada dalam mana-mana peperiksaan pun di dunia ni yang menanyakan perihal siapa x-Infocion yang pergi ke kenduri Kak Zaidah. Hahaha.
Yang paling mendukacitakan. Kamera aku tertinggal lagi.. Aiishhh, ni dah kali keberapa aku tertinggal kamera. So tidak dapat la aku nak meng'snap' gambar-gambar dengan member-member Infocion dan pengantin baru. huhuhu, tapi tidak mengapa kerana cik Norah kita selalu membawa kameranya yang mantap ke mana saja dia pergi. Aku pun menunggu la gambar-gambar darinya. Nanti dah ada leh uplod sini pula.Eh sudah rasa mengantuk yang amat sangat. Aku mau beradu la. Selamat malam semua.
p/s: Erkk, tidak self explanatory lak entry kali ni sebab tajuk dan content tak sekata. Dah kene komen. Hikhik, sebenarnya semalam i tot of telling bout this kind of gathering. Tapi tercerita pasal kenduri lak. Tapi at least dengan tajuk entry ni, semua orang yang berkunjung ke blog aku yang merapu-rapu ni, boleh tahu yang 12 Julai ni ada perhimpuanan 100 ribu rakyat. Dah bincang ngan Muni, plan nk join sekali perhimpunan ni. Jom kita join ramai2.
"JANGAN LAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Pemimpin Negara Langsung Tidak Ada Otak!
Friday, June 06, 2008Kalau begini cara berfikir pemimpin, iaitu sama dengan fikiran orang awam, siapapun boleh jadi pemimpin. Tak payahlah nak bayar gaji mereka berjuta-juta, sediakan rumah berbilion-bilion, lalu merasuah duit rakyat lak lagi tu.
Timbul soalan BUAT APA KITA MEMILIH PEMIMPIN KERAJAAN?, sudah pasti matlamat utamanya untuk memelihara kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan kita. Itulah di antara beberapa sebab kerelaan kita menyerahkan undi kepada mereka.. Kita memberi undi kepada mereka bukan untuk menyuruh mereka ambil tali lalu mencerut leher kita.
KOK BOSAR NAK MALANGGAR
KOK CERODIK NAK MANIPU
BODOH TAK MAKAN AJAR
PANDAI TAK BOLEH DIIKUT.
Cuba kita lihat beberapa langkah PEMIMPIN ADA OTAK di bawah kepimpinanan DR M(terbatas pada ini sahaja), ketika Negara dilanda kemelut krisis mata wang tahun 97, dijangkakan ekonomi negara akan terjerumus ke dalam kegelapan. Waktu itu DR M pun boleh jawab, apa kita mahu buat, semua Negara terkena, jadi kita terpaksa tanggunglah. Tapi, ternyata tidak kerana DR M ada otak, beliau menambat nilai ringgit, ambil mana-mana wang yang boleh digunakan untuk sementara menjana ekonomi, kita difahamkan, ambil wang Petronas/EPF dan lain-lain untuk terus menggerakan jentera pembangunan Negara. Akhirnya kita terselamat. INI BARU PEMIMPIN, berfikir bukan macam orang kebanyakan.
Tengok Utusan On Line hari ni :
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP
Sepatutnya kerajaan untuk menutup kehilangan RN 13.7 bilion di antara lain :
Guna duit Petronas sebanyak 20% keuntungannya yang mungkin akan melonjak kepada di atas RM 100 billion tahun ini, dah dapek RM 20 billion dah.Ni lah maso de kito memanfaat anugerah ALlah SWT untuk kebajikan rakyat. Kok kita tak ado minyak tu lainlah cito de.
Mansuhkan untuk sementara 50% pembelian tenaga dari IPP. Kita tahu, IPP ni sebenarnya menjual cadangan tenaga sahaja sebanyak 40% dari jumlah penggunaan tenaga negara.Tak koh bangang salamo ni Jang, yang kito bayar tu sabona o bukan tenaga yang digunakan. Contoh mudah de, boli lagi satu kereto, takut nanti kereto yang dipakai sekarang rusak, kang tak dapek nak jalan, bongap amek, riper jo lah.
Nasionalisasikan semua syarikat GLC yang untung. Apo, marah ?, sapo yang nak marah, yo semua syarikat tu kerajaan punyo, bukan roto mak bapak dio yang mengadokan syarikat tu, jadi ni lah maso de kerajaan nak balik. Apo, jatuh saham de, paduli apo, barapo korek orang yang punyo saham tu.
Jadi, sebenarnya, kerajaan tak perlu menaikkan harga minyak JIKA KERAJAAN MEMPUNYAI OTAK MENTADBIR EKONOMI NEGARA.
Keuntungan tidak langsung yang pasti akan berlaku ekoran mengekalkan harga minyak ialah, akan berlaku limpahan FDI, memandangkan kos operasi yang jauh lebih murah dibandingkan dengan negara lain.
Rumusan saya, usahlah UMNO/BN tidak layak lagi memerintah Negara ini, memandangkan mereka TIDAK MENGGUNAKAN OTAK MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGERA.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10828&mode=thread&order=0&thold=0
Alahai Kerajaan BN..mekasih sangat-sangat.
Wednesday, June 04, 2008Alahai Kerajaan. Bagusnya la balasan untuk rakyat yang menyokongnya. Di berinya hadiah semua bende naik. Beras naik, minyak naik, apa lagi yang naik...Mekasih la banyak-banyak yer kerajaan BN. Hanya Allah je la yang mampu membalas segala usaha kerajaan dalam membantu menambahkan beban rakyat jelata. Terutama orang-orang susah...cam aku.
YaAllah. Tabahkan lah hati hamba-hambaMu dalam menghadapi ujian dariMu ini dan tunjukkan lah jalan yang benar lagi lurus kepada kerajaan BN yang jalannya tak pernah lurus. Amin.
"JANGANLAH KITA HIDUP UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam.
Aku Bulan dan Kau Bintang (Part 2)
"Arghhh, nampaknya hari ni aku terpaksa stay back lagi!! Jie aku mahu pulangg!!", hatiku menjerit.
Dalam aku melayan kerenah hatiku di petang hari yang mendung itu, tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi.
"Ummi!!", aku excited melihat nama Ummiku yang terpapar di screen telefon.
"Assalamualaikum Ummi!!", sapaku riang. Walaupun dalam pada masa yang sama, fikiran aku masih lagi berserabut memikirkan modul yang masih perlu disiapkan.
"Waalaikumusalam. Along masih di ofis lagi ke tu? Ummi ganggu Along ke?", tanya Ummiku bimbang-bimbang panggilannya menggangguku.
"Ye Ummi, Along kat ofis lagi ni. Ummi tak ganggu Along la, lagipun kerja dah nak siap dah ni", aku mengelak dari Ummi mengetahui bahawa aku sememangnya sibuk!
"Sebenarnya, tadi NekSu datang, dia bertanyakan Along", pendek sekali penjelasan Ummi.
"Apa? Bertanyakan pasal Along?? Tanya pasal apa tu Ummi?", ada apa pula nenek si Hafiq ni bertanyakan aku. Mungkin dia nak tanya pasal Hafiq kut dari aku. Getus hati ku.
"NekSu ni, kalau boleh mahu Along pulang 30hb ni. Dia hendak buat kenduri untuk menyambut cucunya si Hafiq tu. Nampak dari gayanya, macam dia berhajat sangat mahu Along pulang. Lagipun Along.. orang tua. NekSu tu kan dah macam nenek Along sendiri. Kalau Along tidak sibuk waktu tu, Along pulang la yer, lagipun 30hb tu kan hari Sabtu, rasa tak mengganggu kerja Along kan?", jelas bonda ku panjang lebar.
"Owhh,tapi Ummi, Along tak boleh nak janji la Ummi. InsyaAllah kalau tarikh tu mengizinkan Along untuk pulang, Along akan pulang. Ummi pun tahu kan Along sekarang ni terlibat dengan projek, kadang-kadang hari Sabtu pun menuntut Along untuk datang kerja", aku cuba sedaya upaya menerangkan keadaan ku yang sebenar.
"Baik lah sayang, Ummi faham. Tapi kalau Along dapat balik, bagus la", pendek jawapan ummiku.
"Hmm, nanti Along confirmkan balik dengan ummi. Kirim salam kt NekSu yer ummi, kirim salam kat abah dan adik-adik semua",sempat aku berpesan.
"InsyaAllah, nanti Ummi sampaikan salam Along. Along jaga diri. Assalamualaikum", ayat-ayat terakhir ummiku untuk petang tu.
"Waalaikumusalam", pendek jawapanku.
Aku termenung lagi depan screen PC. Semua bebanan kerja sehari tu hilang buat seketika. Yang ada dalam fikiran aku sekarang, NekSu. Nenek Hafiq yang sudah dianggap seperti nenek sendiri. Maklum lah, sejak kecil lagi aku sudah tidak punyai nenek. Cuma datuk sebelah ibuku yang sempat aku kenal,tapi meninggal dunia ketika usia aku 7 tahun, dan ingatanku padanya juga, seakan pudar di mamah zaman. Nenek dan Datuk sebelah abah, semua meninggal sebelum aku dilahirkan. Mungkin sudah tersurat aku hidup tanpa kasih sayang datuk dan nenek sebenar, dan pada NekSu lah aku curahkan kasih sayang sebagai seorang cucu.
"Jauh termenung Afie, ingat orang jauh ke?", sapa Zalina terus mematikan ingatan aku pada Nenek Su.
"Haha,kau ni saje je ye, aku teringatkan kau la Ina, orang sebelah aku, senyap je, entah buat keje ke, buat peta..hahahaha" gurau ku. Kedengaran si Ina ketawa kecik.
"Ha, iyo la tu Afie," sampuk Ina lagi.
Kekecohan aku dan Ina berhenti di situ. Ruang pejabat kembali sunyi. Masing-masing sibuk dengan part masing-masing. Pandangan aku kembali beralih kepada screen komputer. NekSu sudah berlalu dari ingatanku, tiba-tiba kelibat Naim, Dayah dan Mukhlis muncul di mindaku.
"Owhh, mereka dah tahu ke Hafiq bakal pulang?", tiba-tiba hal Hafiq yang menambah kesibukan aku petang tu. Modul yang perlu aku siapkan aku tinggalkan sementara. Aku bukak Outlook. Klik icon New.
Salam semua,sihat??
Dayah..camne Adelaide? Nanti kalau ada gambar-gambar terbaru kau kat sana, jangan lupa send kat kitaorang lagi.Naim, keje kat sana OK? Mukhlis, bila final paper ko?korang tau tak Hafiq akan pulang ke Malaysia 2 minggu lagi. NekSu ada buat sedikit kenduri untuk sambut cucunya tu. Kalau korang berada kat kampung time tu boleh la rasa kenduri Hafiq tu. Aku tidak tahu la dapat balik ke tidak time tu. Nanti aku roger-roger korang.Tapi aku tidak tahu la pulak NekSu jemput korang ke tidak. Ala, belasah je si Hafiq tu kalau korang tak dijemput.Kalau ada sape-sape balik, sampaikan salam aku pada semua ye. Dayah kalau ko balik malaysia, jangan lupa bagitau kitaorang tau. Ok tu je. Aku nak sambung keje aku yang berlambak ni. Roger & Out.
Wasalam
Regards
Safiyah Naqilah bt Nabil.
SEND.
Sekarang aku harus fokus pada kerja aku pula. "Wahhh Afie, banyak nye benda kau kene setel ni!!", rungutku sendirian apabila tumpuanku kembali beralih kepada modulku. Jam dah dekat 6.25pm.
Nampak kelibat Encik Hakim masih berada di dalam biliknya dan kelibat semua team member aku masih khusyuk menyiapkan tugas masing-masing untuk hari itu.
"COME ON AFIE, lagi 10%. Sikit je lagi ni!!", hatiku tiba-tiba membisikkan kata-kata semangat.
9.00pm. Alhamdulillah. Modul aku pada hari itu siap juga, dan sudah direview oleh Encik Hakim. Hanya ada sedikit perubahan yang aku terpaksa buat. Tidak mengapa, itu boleh diselesaikan besok. Azli pun sudah mengangkat punggungnya untuk pulang, nampak tergesa-gesa. Isterinya menunggunya pulang untuk makan malam sekali kut,hatiku berbisik. Ina pun dari tadi dah balik.Hanya tinggal Wong dan Kumar yang masih tekun dari tadi.
Aku mengemas apa yang patut. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke rumah. Perut pun dah berbunyi dari tadi minta diisi. Encik Hakim pun nampaknya dah bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba kelihatan kelibatnya mendekati cubicle kami.
"Wong, kumar, and Afie, let's go have some dinner. It's my treat, jom la, lapar dah ni", katanya selamba.
"Sure it's your treat Mr Hakim? I'm afraid you're gonna pass the bill to me!", Kumar menyampuk.
"Yea sure, it's my treat," Encik Hakim membalas.
"Ok then, i'm in", Wong tiba-tiba mencelah.
"Afie?", tanya Encik Hakim, dan sekaligus pandangan ketiga-tiga team member aku beralih kepada aku.
"Erkk, it's ok Mr Hakim. I think, i just wanna go home. Thanks anyway for the invitation", sopan je kata-kataku.
"Ala Afie, jangan la malu-malu, jom la, Mr Hakim nak belanja tu. Bukan selalu pun dapat merasa Mr Hakim's treat",kumar sempat memujukku.
"Rezeki tidak baik ditolak",Wong pula bersuara.
"No la Kumar, Wong, bukannya i malu or tolak rezeki, tapi seriously i think i just wanna get home. Get some shower. Kepala ni dah rasa pening-pening.Lagipun..Mr Hakim gonna treat us next time pulak ..right Mr Hakim?", aku sempat lagi kasi alasan.
"Haha, yer la tu Afie, by the way, it's ok if u're not going to join us. Drive carefully then. If there's anything just give us a call," pesan Mr.Hakim.
"Ok, Sure. Thanks guys. See you tomorrow".
Aku mempercepatkan langkah ke basement. Kelibat 3 orang team member aku itu sudah sayup kelihatan di bawa kelam malam. Cepat-cepat aku masuk ke perut kereta dan terus aku menguncinya. Bimbang juga aku kerana keseorangan. Aku menghidupkan enjin kereta. Menghidupkan aircond dan menukar radio ke channel kegemaranku .Sedang aku ingin menukar gear reverse, tiba-tiba..."GEDEGANGGGGG", terasa aku sedikit melayang. Kereta ku berpusing 90 darjah.
"YA ALLAH, apa yang berlaku ni?", aku melihat melalui cermin sisi. Rupa-rupanya, sebuah toyota vios melanggar keretaku. Kelihatan seorang lelaki. Sedang memicit-micit kepalanya.
"Mabukkah dia?"
Aku keluar dari keretaku. Rupanya keadaan keretaku tidak seteruk bunyi perlanggaran tadi. Kemik sedikit bahagian belakang. Namun dalam keadaan lapar dan pening, rasa marah tu tetap meluap-luap melihat keadaan keretaku ditambah dengan godaan syaitan lagi.
Lelaki berkulit sawo matang keluar, chinese-look. Masih lagi dengan pakaian formal. Terhuyung-hayang gayanya. Sempat kedengaran ucapan maaf darinya.
"Maaf saudari, saya tidak perasaan", belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Aku menyerang dengan kata-kataku.
"Awak ni pandai memandu ke tidak? Lagipun saya rasa, di basement ni semua lampu terpasang. Terang benderang. Tidak masuk akal jika awak tidak perasankan kereta saya. Melainkan awak memang mabuk. Kalau dah tahu mabuk tu kenapa nak drive sangat!", aku geram. Aku melepaskan kegeramanku dengan memarahinya. Puas rasa hati aku.
Dia pandang aku dengan pandangan kosong selepas mendengar kata-kataku. Pandangannya sayu. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba..matanya terpejam. Dia rebah di depanku.
"Ya Allah saudara..kenapa ni? saudara.. bangun saudara?", spontan reaksiku. aku sudah mula panik. Tidak pernah aku alami situasi seperti ini. Aku seperti mati akal untuk bertindak dalam keadaan itu. Tiba-tiba ternampak sebotol ubat bergolek dari genggamannya. "Ubat apa pula ni?Racun ke?", bermacam-macam perkara berlegar di fikiranku ketika itu.
Lantas aku bergegas mengambil telefon bimbitku. Terketar-ketar aku menekan nombor 911. "Hello, 911, saya ada kecemasan di sini."
INTERMISSION..
to be continued la. Takdak idea dah aku nak karang lagi. Ini pun dah cukup merapu dah aku rasa. Apa pun, enjoy je la baca deh. Kalau de komen, jalan citer tak best ke, apa-apa ke sila la komen:D. Nanti akan di apgredkan supaya cerita ni jadi makin mantap dan ada penghujungnya. InsyaAllah. Kalau ada idea yang mantap-mantap tu, amat la di alu-alukan. Mekasih. Tunggu la plak, episod seterusnya.
Wasalam.
Ignorance
Monday, June 02, 2008Penenang Jiwa..
Sunday, June 01, 2008Kelemahan aku, aku tidak pandai mencari sendiri buku untuk dibaca. Minat aku terlalu banyak. Aku minat semua benda, dan kadang-kadang kalau aku melepak di MPH di Alamanda, aku jelajah semua rak. Aku belek semua buku. Tapi still, aku tidak tahu untuk memilih buku untuk dijadikan tatapan aku sepenuhnya. Betapa naifnya aku tidak tahu untuk memilih buku!!! Alahai Fida, betapa ruginya kamu!