Untukmu...

Friday, July 01, 2011
1 Julai, sudah habis setengah tahun untuk tahun ni. Hari ni hari jadi adik perempuan saya, Mekbu. Alaa Mekbu yang saya selalu duk cerita tu, he he. Mekbu @ Mekbunga seperti kata Imanshah. (Sebenarnya nama dia Nadiah, Mekbu tu kira macam panggilan mesra la). Awal-awal pagi saya message dia. Ucapan saya yang biasa untuk mereka yang menyambut hari lahir adalah "Selamat Hari Tua", tapi hari ni saya panjangkan sedikit ucapan untuk adik saya, Mekbu yang saya sayang.

"Selamat Hari Tua Mekbu, jangan tinggal solat, jaga aurat, jangan pakai ketat-ketat. Sayang mung dunia akhirat. Okebai!". Cheewah macam berpantun pulak ucapan saya ni.. he he.

Ringkas je ucapan saya buat dia, tapi saya harap, moga yang ringkas itulah yang mampu menusuk ke dalam jiwa dia. Saya tahu dia adik dan anak yang baik. Dalam baik, ada jiwa muda yang terselit. Saya tak nafikan jiwa mudanya yang baru nak merasa hidup bekerjaya. Hidup jauh dari keluarga, jauh dari perhatian ayah bonda. Gelojak hati dan perasaan dia, semua kakak dia ni dah rasa. Baik buruk, dosa pahala.

Saya sedar, saya bukanlah kakak yang sempurna untuk memberi kata nasihat kepada adik-adik semua. Saya pun masih lagi merangkak memperbetul segala kelemahan dan kedhaifan diri. Diri yang sentiasa melakukan kesilapan, sentiasa alpa, sentiasa lupa, sentiasa tak sempurna. Masih lagi bertatih dalam memenuhi segala hak sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai kawan, sebagai pekerja. Masih lagi berusaha untuk memperbaiki segalanya.... masih...

Tapi saya harap, adik-adik semua tidak melihat akan kelemahan, kedhaifan dan ketidaksempurnaan itu, tapi lihatlah pada kebaikan dalam setiap kata nasihat yang dihulur ikhlas dari jiwa.

Harapan kakak yang satu ni, nak adik-adik rasa yang baik-baik belaka, yang dapat memberi pahala untuk ke syurga, bukan sebaliknya.

Hmm....



PS: Saya ada 10 orang adik... Afnan, Hafizah (zaujah Afnan), Hilmi, Aisyah (zaujah Hilmi), Nadiah, Nadirah, Hafizah, Syahirah, Nabilah dan Huda. Ramai kan adik-adik saya? Hafizah adik kelima saya meninggal tahun 1993 akibat ketiadaan tempurung di kepala. Sempat menghirup oksigen di dunia ni sehari je, kemudian dia dijemput Ilahi....yang pasti, sekarang dia sedang berbahagia di sana, berbahagia sambil menunggu ayah dan bonda di pintu syurga.... Allah....

Doa dan harapan sentiasa saya panjatkan kepada yang Allah Maha Memelihara agar dipelihara kesemua adik-adik yang saya kasih dan cinta walau di mana saja mereka berada.....


23 comments:

nur aisya humaira said...

Alhamdulillah, bagusnya akak..bahagia adik2 dpt akak..:)

akak ade adik kembar ke??zujah hilmi ngan afnan..:)

lawa nme adik2 akak...:)

senyumSOYA said...

insyaALLaH kak fida.. semoga yang baik dapat digunakan..ramainya adik bradik akak..sorang ja laki? (^^!

semoga saya dapat perbaiki diri..doakan saya ya kak fida..

Afida Anuar said...

Aisya-->Harap2nya mcm tu la aisya, akak bahagia dikurnia adik2 mcm depa..harap2 depa pun rasa bahagia dikurnia kakak mcm akak.. he he.

zaujah tu maksudnya isteri.. dua orang adik lelaki akak dah berkahwin dah aisya;)..


Senyum soya-->InsyaAllah..Aminn.. ramai.. eh 2. afnan dan Hilmi tu adik lelaki akak. Yang lain semua pompuan. Mak dan ayah dikurnia 2 orang anak lelaki, 7 orang anak perempuan...dan 2 orang menantu perempuan;)...

InsyaAllah, akak doakan yang terbaik tuk kita semua..sama2 kita perbaiki diri..ya dik!

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah, kakak yang baik pastinya anak yang baik dan pastinya boleh menjadi isteri yang baik,,dan paling pasti itu adalah cerminan dari hubungan yang baik dgn Tuhan,,


eh, mutiara ade sepuluh juga, tapi sorang 'simpan' masa kecik dulu, biar dia tunggu parent kat syurga,,

Norsha said...

benar fida, seorang kakak akan selalu berdoa agar adik2nya berjaya dan beroleh bahagia selamanya....

IMANSHAH said...

saya ada tujuh adik beradik,, awak lebih 3

Kak Aya said...

kak aya ada 6 orang adik beradik je...nampaknya afida lagi ramai adik beradik

ummu said...

salam Fida
alhamdulillah, semoga kasih sayang sejati seorang kakak seperti fida mendapat rahmat Ilahi.

Mekbu,cantik gelaran tu.

p/s; akak minta maaf jarang ke blog Fida sejak 5 hari lalu dan membalas segera komen Fida.maaf erk.

fuad ansari said...

Berbahagia mereka mempunyai akak seperti kak afida.. (",)

Ini kalau buat kenduri, mmg takde masalah lah orang kata.. sbb ramai anggota tentera boleh turun membantu.. (",)

fika@stokisonline said...

alhamdulillah...
^_^"

Tirana said...

Selamat hari lahir untuk mekbu...

Ramainya adik Fida.. Kak tirana sorang pun tak ada..oppsss..ada sorang adik ipar..hehehe

kak Jah said...

saya ada adik nama Nadiah... dan Nabilah juga ;)

shameel Iskandar said...

Nasihat menasihati ssama adik beradik amat bermanfaat. Kata bekas mursyidul am ikhwanul muslim( Hassan hudaibhi) " rumah tangga adalah markas pertama pembentukan negara islam"

Afida Anuar said...

Mutiara-->Allahualam mutiara..harap2nya begitulah...masih banyak yang kurang lagi ni... kita lebih kurang sama la kan...;)

Kak Norsha-->naluri seorang kakak kut kak norsha, macam naluri mak2 jugak kan?

Imanshah-->yeayyy, saya menang!..hik!

Kak Aya-->6 orang pun kira ramai gak tu kak aya;)

Kak Ummu-->Salam kak ummu, alhamdulillah.. mekbunga.. he he..

PS: eh takpe kak, jangan risau. Fida tak kisah pun. Sungguh!>.. akak, take care!

Fuad-->Moga2 mereka bahagia fuad berakak kan akak.. he he..a'aa betul2.. waktu kenduri adik lelaki akak baru ni pun kita2 je yang setelkan..alhamdulillah.

Fika-->Alhamdulillah..;)

Kak TIrana-->thanks kak tirana... itu lah kak tirana..ramai..ada waktu seronok, ada waktu kecoh, pasai asyik gaduh je.. he he..

Tropical-->oh...kita punyai adik2 yang punya nama serupa... kagum.. he he

Shameel-->setuju shameel, apa2 pun bermula dari keluarga. Kalau nak bentuk masyarakat pun, mestilah kita bentuk keluarga dulu. Allahualam

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sentiasa dikurniakan Allah Taala kesihatan yang baik..

Bila baca cerita saudari ni, teringat pula kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tak punya adik beradik seperti kita, namun perhatiannya kepada kita semua lebih daripada kasih sayang adik beradik. Dia mahu kita berjaya dan selamat di dunia dan akhirat.

nahmy said...

syoknya kuarga ramai & bahgia camtu...semoga sentiasa bahgia dlm keberkatan-Nya. Kak Da bile plak nak bina kuarga sendiri..? heh..heh..he

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara Abdul Razak..Alhamdulillah, moga saudara di sana pun begitu jua...

Ya Allah...benar saudara, kasih sayang Baginda terhadap kita, jauh lebih agung dari kasih sayang seorang kakak terhadap adik, jauh lebih agung dari kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak...tapi sedih kan? ramai antara kita, tak kasihkan Baginda sebagaimana Baginda kasihkan kita...

Nahmy-->insyaAllah..moga2..semoga Nahmy sekeluarga pun sentiasa bahagia dalam keberkatan dan keredhaanNya juga;)..

aaaaa, kak da pulak dah...adehh dik nahmy ni:P...bila? hmmmmm...... Allahualam...

intan.maisarah said...

salam
akak,
ramai nya adik beradik
pasti meriah kan rumah akak
:)

nurkass said...

ramai adik beradik rupanya fida ni..mesti meriah bila berkumpul ramai2 kan..bestnya..

ps: bertuah adik2 fida dapat kak long mcm fida ni..

Adliff said...

Kak Long,

Adik dah dua orang langkah bendul :D
Afida bila lagi?

Afida Anuar said...

Sara-->Salam..sara..bukan setakat meriah..nak roboh pun ada rumah tu.. he he gurau je;)

Kass-->tu la.time berkumpul tu yg best tu kass, gusti sana..gusti sini.. he he..aaa, tatau la diaorang rasa bertuah ke idak kass, harap2nya la.. tetiba rasa kembang hidung kass puji ni.. he he

Aliff-->yer Aliff...aaaa, too soon to tell la aliff..cheewah speaking pulak..

Allahualam..insyaAllah, sampai masa nanti...sampai la.

Anonymous said...

cik puuu...time kasihhhh..terharuu nyee aku,,,:) iNsyaAllah, doakn y terbaek utk aku.

Afida Anuar said...

he he..sama2..bye!

 

Browse