Demi Tok...

Wednesday, July 20, 2011
Selagi waktu masih berdetik,
Bukan titik akhir yang harus kau ketik..



"Kak Fida, kenapa Kak Fida makin kurus sekarang, Kak Fida diet eh?"

Eira, junior opis, tegur saya lewat petang tadi. Aaa sudah!..kurus ke? Habis la saya time balik kampung hujung minggu depan. Tok saya adalah orang yang paling sensitif kalau tengok saya kurus. Nanti dibelek-beleknya lengan kecil saya, di belai-belainya pipi cekung saya. Lepas tu, bermula lah drama sedih Tok, drama yang melibatkan air mata tuanya. Saya tak nak jadi pelakon utama drama sedih tu lagi.

Bagi Tok, gemuk dan tembam tu tanda bahagia, cekung dan kurus tu tanda derita. Mana entah Tok saya belajar ilmu ni.

PS: Ada sapa-sapa tau tips untuk kembali berisi, gemuk dan tembam dalam masa kurang 10 hari? errr. Nak jugak gemuk tu. Takpe...demi Tok, demi tak nak tengok air mata tuanya mengalir lagi…




Bahagia itu, bukan seperti mana yang orang lihat...tapi apa yang kita rasa. Betul dak awak?

:)




PS: Sedikit perkongsian dari sahabat untuk sahabat. Sila klik sini

26 comments:

blog-tips-kurus said...

dear,
ai pernah post entry 'tips gemuk dalam masa 4 hari 3 malam je!!' hehe! :-)

shameel Iskandar said...

tips trbaik utk gemukkan tubuh :
a) makan tepung penaik.
b) makan ibu roti.

hahahah

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah kurniakan saudari kesihatan yang baik serta ditetapkan hati agar iman sentiasa berkembang..amin

Nak gemuk jaga waktu makan kot..insya Allah.

P/S : Sama-sama kita doakan semoga isteri saudara Talib diringankan penderitaannya. Kepada bloggers yang hendak menyiarkan ceritanya harap janganlah siarkan gambar Norma tu dalam keadaannya tidak menutup aurat kerana menambahkan dosanya sahaja. Simpati saya dengan keadaan ini.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:)

Aduhaii...ada juga yaaa berteori sebegitu ..
tapi tak peee...cakap jeelah kat tok..biasa org muda2 kurus..sebab kadar metabolisme tinggiiiii..maka makanan yang dimakan cepatttt jee dioksida sel badan....hehehe..mahu ternganga tok yaa!!
;)

Tirana said...

Fida..nak gemok ke? Kalau dah gemok nanti susah nak turun balik berat badan..hehehe..

IMANSHAH said...

senang je gumuk...makan nasik banyak2

NaeBlog said...

Afida, Ada orang kata makan banyak2...
Kemudian tidur banyak2... Haha
Masalah yg sama... Pernah rakan sekerja
mengusik saya akan diterbangkan angin
semasa angin kuat di sekolah... dah makan
banyak, tapi tak naik juga badan...
Selamat Menggemok!!!

nur aisya humaira said...

kak fida, aisya pun nak jugak...:)

Yan said...

alaahhh..akka nak kurusss...

Norsha said...

makanlah fida byk2 dlm tempoh 10 hari ni, nak cepat lagi, makan sebelum tido

nahmy said...

cuba cari member2 yg lebih kurus dan kerap sikit jln2 dgn diorang....mesti org lain nampak u gemok..

Afida Anuar said...

Blog-Tips-Kurus--> Thanks dear,...wowww..4 hari 3 malam je? biar benar..he he....ok2, nnti silau2 kat sana;)

Shameel-->pernah cuba ke? he he...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. InsyaAllah. Semoga saudara juga dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan... hmm..mungkin kot, waktu makan saya tak jaga. Lunch pukul 4,5 petang. Pstu..dah lewat petang lunch, tak dinner dah...errr:)

PS: saya dah bagitau sahabat saya tu supaya tidak menyiarkan gambar2 Norma yang tak menutup aurat, moga2 beliau melakukan yang sewajarnya.Kita sama2 bersimpati saudara, setiap orang itu...berlainan ujian yang Allah kasi... Allahualam..


Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie... a'aaa, ada kak..tok fida la. he he..mau ternganga tak faham apa kalau cakap lagu tu.. ke ke ke. Mesti antara ayat2 tok, ni kerja teruk sangat ni, sampai tak sempat nak makan. Luluh hati tok tengok kak nor kurus bla bla bla...dah mula dah... he he;)

Kak Tirana-->errr...insyaAllah boleh kut kak, gemuk sementara...gemuk tuk pulang ke kampung je ni. Lepas ni exercise la balik.. Sebab ada orang tegur kurus ni, fida ingat, fida dah gemuk dah.. ha ha ha...

Shah-->Nasi dah makan banyak dah shah, rasanya la..hehe..klu lunch tu, tak mintak separuh pun, penuh je...heee...

Nae-->Saya rasa kan nae, saya pun makan banyak dah..cuma tidur la. Tak banyak. Tepat2 je...heee, orang takde la sampai mengusik saya lagu tu, ohh ni mesti nae lagi kurus ni;)

Aisya-->oh..kita sama2 sekeping eh?ngeeee

Kak Yan-->meh meh isi akak sikit kasi kat fida nak? err;)

Kak Norsha-->tp makan sblum tidur bukan tak baik tuk kesihatan ke kak norsha?errr...ni fida nak gemuk secara sihat..hehe..kononnya la..

Nahmy-->tu tak leh apply tu, ramai kawan2 ai yang kurus2... he he:P

nurkass said...

aha..
meh sini..amik lemak kass nih..hehe
banyak keje ke fida sampai turun berat badan..

Kakzakie said...

Fida... tak mahulah gemuk. Kakak ni siap control makan lagi, diet itu ini sebab tak mahu gemuk tau. Explain pada tok yg Fda tak boleh gemuk tak cantik...

p/s: ramai yg gemuk tapi cantik kan!! - Jangan gemuk sangat sudah berat.

fuad ansari said...

cakap la kat tok..

"tok... fida sebenarnya saje je kurus.. senang sikit nak pilih baju pengantin.. byk pilihan utk orang yg kurus.. " (",)

saiazuan said...

pe yg atok tu ckp betul.. huhu

Kak Aya said...

laa..kak aya ni tgh fikir nak kurus dalam masa sebulan ni, nak buat macam mana? dah terbalik pulak kita dua orang ni..

treori orang kurus adalah hidup derita boleh diterima pakai dikampung saya, kalau balik kg badan gemuk obes macam kak aya ni selalu org kampung ckp kak aya bahagia sgt2..cuba kalau kurus, mcm2 cerita akan muncul.

tp kak aya tetap nak kurus jugak!

Afida Anuar said...

Kass-->Hmm..keje takde pun..kt opis goyang kaki je ni.. entah, rajin exercise kot..kekekek

Kak Zakie-->Kak Zakie, tok fida suka orang gemuk2..dia kata orang kurus tak cantik...adehhh..

Fuad-->Hmm..menarik jugak cadangan fuad tu, tp nnti bila tok tanya bab kawin pulak?errrr...whuaaaaa... he he:)

Saiazuan-->oo eh...buktikan.. he he;)

kak Aya-->he he, terbalik rupanya kita ni kak aya...fida nak gemuk sementara je...err, at least balik kg nnti takde la nampak kurus sangat, ada la isi sikit kononnya.. he he..

itu la kak aya, orang2 kampung dan orang2 tua selalu fikir mcm tu..nape entah. Ohh, kak..tips fida..minum air kosong banyak2..n then jangan makan apa2 lps kul 7 mlm:)

sahromnasrudin said...

makan apam banyak2 hehehehehee

Kamsiah said...

salam
asdeiii...dalam ramai2 yg cari petua nak kurus...fida pulak nak gemukkan badan...fida ni mmg spesis berangka kecik kut...

Afida Anuar said...

Sahrom-->Apam dot dot? kekekek

Kak Kamsiah-->salam..eh tak kak..rangka rasa macam normal je, cuma..bila orang tegur kurus sangat tu rasa mcm tak best, rasa mcm..Allah... ni mesti bila balik kg satgi, orang kampung nampak rangka je ni, err...skeleton. Pasai tu nak kasi gemuk sket.. he he

Iera Daniera said...

lah gitu ker. sorry akak. len kali sy duk senyap2 jer. rasa guilty plak. terbuat akak susah hati. ira tader petua nak kasi tembam nih hehe. sbb ira sokmo tembam. akak minum susu n mkn coklat bnyk2 leh kot. tak pun akak bli stock baju besar2, bukan nk tipu, naseb baek tok tak pasan. kalo tok pasan jugak akak kena siap sedia ayat untuk pujuk hati tok la kot. :)

Afida Anuar said...

hehe..lerr takde apa la iera...instead, akak suka sangat iera cakap akak kurus sebab akak rasa akak dah tembam...kekekeke...


oo...ok ok, akan cuba praktikkan tu untuk sedikit masa yang tinggal ni:)

senyumSOYA said...

akak!!! rindu kat akak...rindu sgt2!!

t dah dapat tips nk gemokkan diri gtau janna ek..^^~

Afida Anuar said...

Rindu jugakkk!!!... lamanya dik menghilang.. alhamdulillah..muncul juga.. he he.

Iera Daniera said...

hehe...

 

Browse