Cinta...

Sunday, July 24, 2011
"Cinta itu bukanlah sekeping lakaran kanvas yang boleh dilukis mengikut warna. Lakaran yang tidak akan terlukis dengan hanya mengharap mimpi membayang rupa. Ketahuilah, cinta ialah lukisan sekeping potret yang kanvasnya di jiwa. Walaupun tidak punya warna, tiada bau dan suara, namun kesannya melekat lama..." - Abdul Rahman, Namaku Bukan Maria -


"Cinta tidak seperti mentari, yang akan hilang bila malam menjelang. Bukan juga seperti cahaya bulan, yang menyorok di balik siang. Cinta ibarat bayu, walau tak terlihat dek mata, tapi tetap terasa"- Spooky -


"Cinta adalah pengorbanan. Cinta hamba kepada Tuhannya. Cinta ummat kepada rasulnya. Cinta anak kepada ibu bapanya mahupun cinta ibu bapa kepada anaknya. Cinta suami kepada isterinya juga cinta isteri kepada suaminya. Semua itu menuntut pengorbanan. Kerana cinta itu milik Allah maka untuk mendapatkan atau membuktikan cinta, kita perlulah berkorban . Hanya Dia yang Maha Menyintai tidak perlu berkorban apa-apa, kerana Dia adalah pemilik cinta." - Abiwan -



Bagi kamu pula, cinta itu bagaimana?

20 comments:

shameel Iskandar said...

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, cuka jadi anggur, sedih jadi riang, amarah jadi ramah dan musibah jadi muhibah. – Hamka

Tirana said...

Cinta kadang-kadang membuatkan manusia jadi buta hati. Kerana cinta, ada yang sanggup mengenepikan agama.

fuad ansari said...

cinta ibarat melepaskan angin di lerengan bukit.. ia sukar untuk dilihat tetapi kehadirannya adalah menusuk jiwa..

berada di lerengan bukit juga adalah merbahaya, terkadang2 manusia itu tergolek dek kerananya..

(",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga kesihatanmu tetap dalam penjagaan Allah SWT..

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus-ikhlas dalam berkasih-sayang, selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis Qudsi:

"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaan~Ku bagi dua orang yang sayang-menyayangi kerana~Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana~Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana~Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana~Ku."

tropical_jingga said...

cinta adlh pengorbanan....

nahmy said...

eerrr..cinta itu..err..eerr..cinta itu ibarat makan roti canai. roti canai 'hilang' dari pandangan...berat badan pula yg semakin naik

IMANSHAH said...

saling memberi dan menerima, saling memahami dan difahami,

NaeBlog said...

Cinta itu keyakinan....
YAKIN!!! kemudian cinta akan bercambah...
Untuk mencintaiNYA - perlu yakin dengan kekuasaanNYA
Mencintai siDia? - Tanya hati "adakah kita yakin untuk hidup bersamanya?" - yakin dgn kesungguhan, kejujuran, kebertanggungjawab siDia... Jika yakin, segala kekurangan, cabaran akan sanggup ditempuhi... dan cinta itu akan mekar...

Ok tak Afida? Tapi rasa yakin itu susah dirasai... Macamana tu?

nur aisya humaira said...

cinta ibarat sambal belacan..

pedas tapi sedap untuk dinikmati..
kadg2, tak tahan pedasnya sampai meleleh air mata..

boleh tak umpama macam ni kak??hehe

Afida Anuar said...

Shameel-->Ok, tu kata hamka..kata shameel? hehe;)

Kak Tirana-->Ramai kan skrang kan? sanggup murtad..kononnya cinta.. Nauzubillah moga kita dijauhakn

Fuad-->Tergolek tu sebab tak berhati2 kot fuad...adehh jangan la duk kat lereng bukit, saje cari nahas tu, duk kat tengah sket eh.. he he

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah. Syukur..moga saudara jua begitu, insyaAllah...

InsyaAllah saudara, akan diingat bait2 kata2 saudara ni.

Tropical Jingga-->yang ni setuju!

Nahmy-->he he..lawak pulak kedengarannya di situ. ah, nak makan roti canai la pagi ni;)

Shah-->ok..noted;)

Nae-->Ok...sangat2 ok. Hurmmmm...rasanya depends, ikut situasi, ada yang susah kita nak rasa. Ada yang mudah...;)

Aisya-->boleh2...masing2 punya pandangan. akak sekadar nak tau;)

sahromnasrudin said...

cinta itu adalah sebuah perabot..ia melengkapi kekurangan dan menutup apa yang terbuka...

Mutiara Bernilai said...

cinta adalah ...hm..dok pikirin,, ah, sulit lah nak terjemahkan apa dalam dada..


T__T

ummu said...

salam Fida
Cinta itu misteri
biar seisi dunia menyalahkan dia menyintai si dianya
namun cintanya tetap mekar
kerna cinta itu telah subur
dan terus harum
...dan cinta itu,
datang bersamanya sederet pengorbanan dan kepahitan.
tanpa cinta,maqnusia akan gersang kasih sayang, kekejaman kan berlaku,
wah panjangnya komen akak, macam dah entry pula.

Diana @ bilakukatacinta said...

cinta adalah madu dan racun...

salam kenal

Norsha said...

cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala (nyanyian sebuah kump. nasyid)....InsyaAllah fida, jgn berhenti dari mencari cinta yg suci lagi sejati dan pastinya Cinta Ilahi itu kekal abadi....Selamat mencari cinta...

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear...;)

C.I.N.T.A????

er..er...tak leh nak pikir nii...otak kepenatan dahhh...heheh...

pe2...moga fida sihat2 di sana yaaa:)take care dear!moga ada bunga2 cinta di hati...;)

aliff muhammad said...

Cinta adalah seekor monyet yang dapat bunga. Cinta jua seekor kumbang dan bunga. Cinta mungkir selalu

Afida Anuar said...

Sahrom-->hehehe..spt perabot ya..adehh lawak2..

Mutiara-->takpe2 my dear..luahkan aje..cheewah;)

Kak Ummu-->heheh..panjang2 pun..takpe kak..fida suka baca pandangan orang ni;)

Diana-->Salam kenal juga..wahhh madu dan racun..sekali harung!;)

Kak Norsha-->Thanks kak..insyaAllah takkan putus asa mencari..doakan fida..

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, Alhamdulillah..moga kak tinie juga begitu.. bunga2 cinta..errr..hehe

Aliff-->Lain dari yang lain ni aliff;)

Cinta Misteri said...

Cinta itu misteri, sukar utk dimengertikan. Hanya cinta pd Ya-Rabb shj yg psti & kekal abadi

Afida Anuar said...

Cinta itu memang misteri..apatah lagi untuk difahami...

kepada Yang Abadi disuratkan isi hati..

Thanks cinta misteri

 

Browse