Pencinta Yang Sakit...

Wednesday, May 18, 2011
Mencari mimpi semalam
Bagaikan mencari mutiara di dasar yang teramat dalam



Petang tu hujan, kalau tak silap saya. Malamnya pula dingin yang amat, sampaikan mencengkam ke tulang. Sambil berbaring, saya bungkus badan saya dengan comforter coklat cerah, kasi sedikit hangat di tengah malam yang dingin. Tangan pantas menyambar Tunjuk Langit Cinta yang saya letak di birai katil. Ada suku tebal lagi tuk dihabiskan.

Saya belek balik ke helaian yang saya sudah tanda pada akhir pembacaan petangnya. Sambungan kisah Fahrin dengan kerja gilanya. Memang gila. Sampaikan terasa saya berada di tempat kejadian; di halaman rumah Mak Norma.

Pujuk hatimu...usahlah merajuk
Sujudlah kamu, biar DIA yang memujuk.

Tiba-tiba entah macam mana... Hanum watak dalam Tunjuk Langit Cinta tu berjalan di hadapan saya. Mengajak saya ke satu tempat. Rosdi di belakang mengiringi kami. Menjaga Hanum barangkali. Maklumlah adik kesayangannya kan.

"Kita nak ke mana ni Seri Hanum?"

"Ikut je la"

"Tapi saya nak balik, mak saya pesan jangan pergi jauh-jauh"

"Tak jauh pun, depan tu je. Ikut eh"

Saya pandang Rosdi. Rosdi senyum. Tiba-tiba.... mata terbuka...

Allah.... saya bermimpi rupanya. Tengok jam handphone 2.30 pagi. Larr, tak habis lagi kisah Seri Hanum ni, padan la dia mai dalam mimpi.

Dengan mata mamai-mamai, saya sambung balik baca kisah Seri Hanum..hingga ke titik akhir. Berbekas di hati juga kisah Seri Hanum ni ye. Nasib tak mengalir ayaq mata je..err....

hhhhmmmmmmmmmmm..... hhhmmmmmmmmmm.....

PS: Apa kata bangun bertahajud jika terbangun pada sepertiga malam. Jangan tiru macam saya. Boleh pula saya pi sambung baca Tunjuk Langit Cinta sebaik sahaja terjaga pada malam tu. Allah...hari tu sekali dah, terbangun tapi pi update blog.. Astarghfirullohhhallazim. Segala yang tak elok tu memang milik saya..pencinta yang sakit...errr



Tapi buat apa nak cari mimpi semalam?
Mimpi je pun, Fida..

26 comments:

senyumSOYA said...

nasib bek x mimpi rosdi datg pinang kak fida..hik3~

Adliff said...

Afida,

Layan novel sampai begitu sekali. :)
Tidak payah cari mimpi, panggil je sambil tepuk bantal orang yang dirindu, pasti muncul. Ha!ha!ha!

intan.maisarah said...

assalamualaikum
nak cari buku itu
penulisnya siapa?

Mutiara Bernilai said...

Salam alaik my dear afida,

eheh, mimpi aje eh sekarang?
tak pe, len kali terjaga lg kita bangun buat qiyam neh :)


sama2 didik hati jum!


nota : mcm best je novel tu..

fuad ansari said...

"Saya pandang Rosdi. Rosdi senyum. Tiba-tiba.... mata terbuka..."<-- mungkin ada jodoh dgn insan bernama Rosdi kot.. hehehe..

p/s:ada rupanya langit bernama cinta.. (ingatkan langit atmosfera, troposfera, dll je..) (",)

Afida Anuar said...

Senyum Soya-->hikhikhik..dah baca eh dik? kalau datang pinang...ahh bahagianya...walaupun dalam mimpi..eceh... duda pun,duda la..ekekekek

Aliff-->Aliff, macam menakutkan je..panggil sambil tepuk bantal, pastu orang tu muncul? seram pulak rasa..kekekekek

SAra-->Waalaikumusalam... penulis nya shahrizad shafian. cari2..ada something yg penulis nak sampaikan kat sini.

Mutiara-->Waalaikumusalam my dear mutiara..tiap2 hari mimpi la dear..he he. InsyaAllah..akan dicuba;)

PS: Novel yg sangat best dear... lepas Jaja Din yg pertama di hati....novel ni yang kedua..bagi fida la;)

Fuad-->he he..ada2 je fuad ni...eh mungkin kot. Kalau berjodoh dgn rosdi pun ok gak. Duda tu..duda yang kematian bini dan anak...errr..

ada..ada..langit cinta, bumi cinta, bulan cinta..semua ada..;)

nahmy said...

saya suka minum kopi herba 'pokok tunjuk langit'...

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Fida,

Berbuat kebaikan mestilah tak mahu ditunjuk walau baca novel Tunjuk Langit Cinta. Cinta Fida mesti tak mahu tunjuk pada kita kan tapi kakak tahu ada cinta padaNya di hati Fida.

Malam nanti jangan mimpi lagi:)

nurkass said...

emmm..
apakah tandanya..
dlm hati sang pemimpi tgh berbunga cinta ke..hehe

langit cinta..bulan cinta..bumi cinta...erkk..are you..?????

pemilik menusukhati said...
This comment has been removed by the author.
Menusuk Hati said...

itulah kesannya bila Allah kita pinggirkan ttpi dunia lbh bnyk msk dlm ht

~PENCHENTA~ said...

Pencinta..........Penchenta? :P

Tirana said...

Salam fida.. Kak tirana sekarang ni jarang sungguh dapat duduk menghadap blog.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

...mujurlah akak bukan penggemar novel2 nii...!kalau tak..maunya mimpi gakk nihhh!!Huhuhuh...

shameel Iskandar said...

mesti best novel ni kan. nak cari jugak lah.

Afida Anuar said...

Nahmy-->ohh..first time dengar kopi nama lagu tu..heh!

Kak Zakie-->Waalaikumusalam kak zakie..hmm..Allahualam kak zakie,semua tu Dia yang nilai. moga2 pencinta yang sakit ni dapat disembuhkan..tp tu la, ada hari iman naik..ada hari iman turun..adehhh...

PS: nak mimpi lagi la kak;)

Kass-->hehe..suka je kass usik eh..takde cinta cintun pun kass, hati pun takde bunga2 ...err

Deleted Comment(hehe)-->itu lah, dah la saya serba kurang, dosa pun banyak. sebab tu dunia pun mudah masuk...Allah..tak kacak betul saya ni.

Menusuk Hati==>itu lah..gotta do something bout it..before the time comes.

Penchenta-->bukan penchenta...pencinta:P

Kak Tirana-->Salam kak tirana.. ya Allah lamanya tak nampak kak tirana kat ruangan maya ni..takpe kak...fida faham..akak dah pindah rumah baru kan..take ur time kak..jaga diri..insyaAllah nanti ada jdoh kita jumpa lagi eh;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam kak tinie.. he he..first time kak, mimpi watak novel..rasanya la..kekekeke

Shameel-->best2..best sangat shameel, cari jangan tak cari;)

MaizaC'Joe said...

Maiza pun suka.. tapi sekarang dah jarang baca novel.. akak, mimpi tu ada makna hehe

naimisa said...

nasib baik belum ada novel saiz poket. Kalau ada tentu orang mcm fida letak dlm poket saja waktu tidur. haha....

Afida Anuar said...

mai-->maksud apa mai? hehe..pandai2 je dik mai ni..kekekek

naim-->hehe..mungkin kut naim..;)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

ada bunga2 rombongan nak mai dah tue hehheee

Norsha said...

takpelah fida,
mimpipun, mimpilah....

Iera Daniera said...

salam kak fida. akak pun peminat hlovate ek? jum wat kelab peminat hlovate kat msat :)

imranirsyad said...

dasyat sampai termimpi2,,,hehe..;)

Afida Anuar said...

Sahrom-->Waalaikumusalam..sahrom2..tak habis2 nak mengusik yer...he he..Aminn..moga2 masin mulut incik sahrom ni;)

Norsha-->he he kak norsha, itu la..mimpi pun..mimpi la;)

Ira-->salam ira..oh ada orang minat hlovate jugak... he he..meh meh...jangan kita berdua dah la jadi ahli kelabnya..kekekeke

ImranIrsyad-->sangat dasyat...tersengih2 pun ada lepas bangun tu..ekekkee

ummu said...

assalamualaikum dik
:)
mimpi...
indah untuk diingati
namun dunia nyata
yang sedang kita telusuri
lagi indah kan Fida

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak...

hehe...ada juga yang indah, ada yang tak indah..alam realiti pun sama gak kak..seimbang orang kata..eceh.

 

Browse