Memberi Untuk Menerima...

Monday, May 30, 2011
Nampak je saya ni macam kecil, manis dan kurus, errr... tapi dalam kecil, manis dan kurus saya, (nak jugak tulis manis tu, hik..) alhamdulillah...dah 6 kali saya menderma darah. Oh, astarfirullahalazimm... bukan..bukan niat saya nak berlagak ke apa, cuma nak bagitau...derma darah ni tak sakit. Yer la, kalau sakit takkan sanggup nak derma berkali-kali kan? Ramai kawan saya yang takut nak derma darah sebab takut sakit, sebab jarum besar sangat eh? Jarum je besar, tapi tak sakit pun. Sungguh!

Malah, lepas pengalaman pertama menderma darah pada tahun 2000, saya rasa nak derma lagi dan lagi. Ada orang kata derma darah ni macam ketagih, entah la, saya pun rasa macam tu. Kalau tak ketagih, takkan la setiap kali nampak ada program derma darah je, tanpa fikir panjang terus pergi..kan?

Ada juga saya dengar cakap-cakap orang, derma darah ni boleh buat kita jadi gemuk...isk..takkan ler sampai boleh boleh jadi gemuk sebab derma darah. Saya ni maintain je kurus, err.. walhal dah 6 kali derma. Jadi jangan duk fikir mitos-mitos yang tak betul tu semua dan menghalang kita dari menderma darah. Mana la tau darah yang kita dermakan tu boleh menyelamatkan satu nyawa. Iyer dak?

Buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang berdekatan atau berkebetulan datang atau lalu di Cyberjaya ni, jika kalian ingin menderma darah, boleh la kiranya datang ke sini untuk berbuat demikian.

Date: June 2, 2011 (Khamis)
Location: Auditorium Dining Hall, Mahindra Satyam Cyberjaya.
Time: 9.30am- 4.30pm

Kasi promote sikit..boleh kan?


PS: Josh tak percaya saya dah 6 kali derma darah. Bila saya tunjuk buku rekod derma darah saya, barulah beliau percaya. Amacam Josh? Khamis ni jom, cipta rekod derma darah yang pertama untuk kamu dan yang ke-7 untuk saya.....hik!

29 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:)

ermmmmmmmmmm....ni baru yang dikatakan kecik2 berhati waja nihh!!
tabik springggg gitu..;)

pssttt!!!
nampaknya si Josh leh kawan dgn akak nihh...erk!

intan.maisarah said...

akak..salam
sara pun suka derma darh tau :)

IMANSHAH said...

erm sy baru 2 kali

fuad ansari said...

Nasihat untuk penderma darah..

Sila bersarapan pagi atau makan sedikit (agar beroleh tenaga dan perut tidak kosong, dengan izin Allah) sebelum menderma darah.. Mau pitam juga rasanya kalau menderma tapi tak sarapan pagi dan perut masih kosong.. (",)

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie.. oh..he he..tak hati waja sangat la kak..hati waja sket2 je.. he he.. he he..

Sara-->alhamdulillah... kuat adik akak ni.. he he..

Shah-->he he, still tak leh lawan saya lagi..kehekhe.. opss ampun, bukan nak berlagak..saje je;).. jangan marah eh.

Fuad-->insyaAllah fuad.. hmmm..pernah haritu..lepas derma darah...hampir nak pitam. Entah la, makan memang dah makan.... in case kalau bersahur pukul 5 pagi... menderma pukul 10pagi tu kira ok lagi kan? kira sahur tu sarapan ok dak?errr;)

nahmy said...

alhamdulillah. 6X ok...dan teruskan lg. selagi darah dikandung badan. kekadang nak derma duit tak larat...maka dermalah darah. mungkin ia dpt membantu menyelamatkan nyawa...besar pahala tu

p/s: klu kat derma darah negara...dpt duduk kerusi urut & dpt mkn sedap2 lepas derma...pergi waktu lunch tu...selamat mkn tgh..heheh

pemilik menusukhati said...

Assalamualaikum..hehe..saya ni kerja ja dengan hospital tapi tak pernah derma darah.bukan sebab takut tapi entahlah.pa2pun,teruskan menderma selagi hayat dikandung badan.Allah pasti balas jasa anda pada umat

Syuxer said...

derma darah?saya baru 3 kali..heheh..dulu kat kolej heheh rajinla gak pihak hospital "rompak" darah kami tapi yang bestnya voucher makanan free kat kedai makan di cafe kolej kami heheh

Norsha said...

fida,
nampaknya akak kena cuba pecah rekod sebab sekalipun akak tak pernah lagi derma darah...bukan apa, takut !

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saudari..amin

Dulu saya kerap juga derma darah. Paling seronoknya lepas derma darah disediakan macam-macam makanan dan minuman...:)

Kamsiah said...

alhamdulillah....tahniah kerana ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa org lain..

nurkass said...

wahhhhh..
cayalah fida..hehe..

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..bagus awak buat ini..usaha murni yang tiada tolok bandingnya..teruskan ya

aliff muhammad said...

Aliff kuruslah macam mana nak derma darah? Nanti nurse kate, "makan banyak sikit dik, kasi berisi badan dulu".

Ha!ha!ha!

Kakzakie said...

Wah... hebat juga adik kakak nie. Kakak pun tak sangka juga. Kakak nampak jarum yg besar gedabak tu pun dah kecut.

Fida nak tahu dari anak pertama lagi kalau nak injek abang yg pegang anak bukan kakak. Kakak rasa ngilu dan sakitnya pada diri kakak.

Afida Anuar said...

Nahmy-->Wahh tak pernah lagi saya pi sana. Setakat join yang U anjur je..dapat air kotak sekotak..roti sebungkus...takde makan tengah hari pn.. he he

Menusuk Hati-->Waalaikumusalam... hurmmm mungkinkah tuan rasa tuan tak cukup kriteria tuk menderma kot..pasai tu tak derma. Ada juga, member yang pergi nak derma, tapi tak boleh pasai berat tak cukup..

Syuxer-->Wahh dapat voucher, lagi best...

Kak Norsha-->takde apa nak takut pun kak..lengan tu masa dia cucuk ngn jarum rasa macam semut gigit jah..sungguh!..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak...Amin..moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saudara juga. Ada beberapa kali juga rasanya saya dapat cenderamata dari pusat darah negara.. dapat pen..dapat sijil... di samping makanan2... he he

Kak Kamsiah-->InsyaAllah kak..harap2nya..

Kass-->he he..kass cubalah,tak sakit pun..

Sahrom-->InsyaAllah sahrom..moga2 dapat membantu mereka yang memerlukan..

Aliff-->he he.. mesti fida lagi berat dari aliff ni.. kehekeh.. berat tak sampai 50 eh? takpe2... tu tak cukup kriteria nak derma darah tu

Kak Zakie-->takde la hebat sangat kak.. tengok jarum tu pun seriau jugak... cuma..entah, sebab tak sakit sangat kut... ohh, sampai mcm tu sekali kak? he he. nasib baik husband akak tak takut, kalau dua2 takut..err;)

nur aisya humaira said...

waaa,bagusnya akak..:)

Aisya teringin jugak, tpi tk pernah nk lepas..berat tak cukup..ahhahaa

naimisa said...

saya takut jarum besar. Errr.....

Afida Anuar said...

Aisya-->tak bagus mana pn..err eh biar benar..takpe2..makan banyak2 sket eh,kasi berat badan naik;)

Naim-->he he ..iyo la tuh naim:P

Mohd Ridzuan said...

xde hal la kak fida..awat tak boh poster derma darah tu..baru meriah sket blog nih..haha..

Afida Anuar said...

eh ridzuan aka josh? he he..a'aa kan, nanti la balik keje akak buat. nak siap2 pi keje dah ni..jumpa kat opis..bai!

Mutiara Bernilai said...

my dear afida,,

hu, malunya,
mutiara tak pernah derma darah,
sebab nurse kate xboleh..
berat badan x cukup..

huhu!

memberi lbey bahagia dr mnerima..kan?

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Republic Aku said...

nak derma darah berapa banyak pun tak kisah asal jgn guna jarum....hehe

Afida Anuar said...

Mutiara-->oh, mutiara lagi kurus dari fida ya? tak mengapa la..ada cara lain lagi yang boleh kita memberi..kan?

Anak Pendang-->Thanks anak pendang, ohh dah lama tak guna batang sugi tu

Republic Aku-->aaaa,habis tu nak keluarkan darah pakai apa tuan? hehe

Rashid said...

Derma darah? eeeeeeeee seram dan ngilunya.. haha!!

Takdelah. menderma darah ni bagus sebenarnya. Ia dapat bagi kita nampak lebih awet muda. Tak percaya? pergilah derma darah dan lihatlah hasilnya..

pssttttt fida .. saya dah lama tak derma darah. Sejak kena suntik dua-dua belah lengan .. dua-dua lengan nurse tu ambil darah ..

Afida Anuar said...

Cikgu rashid.. mana ada seram...he he..saje je cikgu rashid ni kan...

ooooo...takpe2...nnti lepas ni leh sambung derma balik ya cikgu..eceh..

nyanyisunyi said...

Alhamdulillah kamu dikurniakan hati yg murni utk menderma..akak sendiri tk pernah seumur hidup menderma darah sbb pikir akak ni ala2 besar macam kamu...so tk boleh nk menderma darah..silap rupanya..

Afida Anuar said...

Nyanyisunyi...kak..alhamdulillah, Allah bagi kekuatan dan keberanian tuk menderma. Tak sakit pun sebenarnya. Nanti lepas ni boleh la akak cuba.

Kawan saya yang pertama kali menderma hari tu pun kata tak sakit n nak derma lagi lepas ni;)

 

Browse