Terlupa...

Sunday, May 22, 2011
Dengar je perkataan anak yatim, sudah boleh meruntun pilu di hati. Apatah lagi jika terdengar anak-anak yatim yang ditimpa musibah sebegini. Allahuakbar, hanya Allah yang mengetahui rahsia di sebalik rahsia musibah yang ditimpa buat adik-adik di sana. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita pergi. InsyaAllah, syurga menanti mereka di sana... kita?

Semalam saya berjalan-jalan cuma di atas bukit atau lebih tepat lagi Taman Saujana Hijau, dengan seorang teman perempuan, anggaplah nama dia Seri Hanum.. he he. Cuma berjalan-jalan.. sambil melepas pandang, sambil meluah perasaan. Dah jadi macam rutin kut, kalau ke bukit ni, tak sah kalau tak luah rasa. Rasa yang lama mendiam kat dalam sana. Rasa yang mungkin biasa-biasa, mungkin juga luar biasa.

Kadang-kadang ada juga sepi menemani langkah kami. Mungkin nak kasi peluang untuk hati pula yang berkata-kata. Ye la, asyik mulut aje yang berbunyi, hati pun nak berbunyi jugak.. Iyer dak? he he

Tiba-tiba muncul kata dari mulut Seri Hanumm yang buat saya kedu sekejap.

"Macam mana la kita tahun hadapan yer Fida, masih di sinikah kita? Masih seorang dirikah?"

"Hmmmm.... Allahualam Hanum. Seminit lagi pun saya tak tahu, apatah lagi nak bagitau hal tahun hadapan, . Entah-entah kita mati dulu dak?"

Seri Hanum diam. Lama.

"Cuma yang saya tahu, dalam hidup ini... kita tidak keseorangan Hanum. Takkan pernah...."


15 comments:

fuad ansari said...

InnAllaha ma'ana..
Sesungguhnya Allah bersama kita.. insyaAllah.. (",)

p/s: saya berharap di tahun hadapan saya dapat merasa nasi minyak di Terengganu..(ke hidang nasi dagang..) (",)

senyumSOYA said...

kak fida..
seri hanum ya..
msti tu kan pasti kak..(^^!

p/s: insyaALLAH..allah sentiasa ngn kita

Afida Anuar said...

Fuad-->insyaAllah Fuad, Allah bersama kita.. eh hawat yang nak tunggu sampai tahun hadapan? Nak merasa tahun ni pun takpa.. Raya nanti ke, jemput lah datang rumah, akak buat nasi minyak versi Terengganu..eh ke nak nasi dagang?:P

SenyumSoya-->a'aa, dah berkenan kat Seri Hanum pulak..adehhh... hehe..

Nanti akan tiba waktu kita pulak yer dik..Allah... sedia ke tidak kita ni..

Kakzakie said...

Allah... Fida kalau kakak boleh dapatkan yg terindah mahu rasanya kakak heret insan itu duduk disebelah Fida.

Sesungguhnya kena merancang walau kita tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Insya-Allah....

Sedih meihat anak-anak yg pergi dgn tragis sekali...:(

nurkass said...

sayu hati melihat kejadian anak2 yatim tu..moga roh mereka dicucuri rahmat..

ooo..keluar ngan sri hanum eh..erkk..bukan kita keluar berdua ke smlm..??bukan ek..hehe..
kdg2 kita terasa keseorangan tapi yg pastinya DIA sentiasa menemani kita walau dimana kita berada..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

benar itu....kita takkan keseorangan dalam menghadapi sesuatu samada nikmat atau musibah..Allah tetap bersama kita

fuad ansari said...

Nasi minyak Puan Afida pun sedap..
Nasi dagang Puan Afida pun sedap..
Mana2 je lah.. Tak kisah.. (",)

Adinda Amy Sensei said...

hai kak afida...apa khabar..
sihat? moga baik-baik saja yaa..

Norsha said...

doalah yg terbaik kpd mereka yg telah pergi fida, juga mohon yang terbaik untuk kita yg masih hidup...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Didoakan semoga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..

Bila fikir akan kematian, teringat akan kata-kata dari Habib Umar Abdurrahman, "Tatapilah setiap keadaan yang kalian sukai ketika kematian menjemputmu dan jauhilah olehmu keadaan yang tidak kalian sukai ketika kematian menghampirimu."

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->Allah... Kak Zakie.. takpe..takpe kak.. doakan yang terbaik tuk fida eh.. tetiba rasa terharu pulak..sangat..

Kass-->he he..kass bermimpi keluar dengan fida kut ni...kan?kan?kekekke.. InsyaAllah.. Allah tetap bersama kita.

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom.. insyaAllah..moga Allah tak berpaling dari kita..

Fuad-->Puan Afida eh..Aminnn.. Aminnn... opsss, nasi dagang tak pernah buat lagi. kena belajar masak nasi dagang pasni ni.. he he

Amy-->Alhamdulillah dik amy, akak sihat2 jah. Adik amy?")

Kak Norsha-->InsyaAllah kak norsha..insyaAllah

Abdul Razak--> Waalaikumusalam saudara abdul razak. Alhamdulillah saudara,moga saudara di sana pun begitu juga... Allahuakbar..insyaAllah saudara. Terima kasih berkongsi kata2 yang hebat ni...

nur aisya humaira said...

Innalillah..
Aisya baru je tgk berita 2 ari lepas pasl ni,langsg tak thu.konon sibuk ngan konvo tk jenguk langsg tv..

Alfatihah utk semua mangsa..Ameen

Tak lama ade teman laa tu kak..:)

Republic Aku said...

semua itu sudah tersedia tempatnya ...kita di mana pula...

Anonymous said...

kak sal..

Afida Anuar said...

Aisya-->ohh..btw congrats... konvo dah yer.. hehe..insyaAllah..tak lama ..harap2nya..;)

Republic Aku-->Allahualam... moga2 kita pun ditempatkan di tempat yang baik2.. Aminn

Anon-->bukan:P

 

Browse