Mengintai Aurora...

Tuesday, May 24, 2011
Rasa seronok dan puas tengok buku-buku saya melimpah keluar dari rak buku ni. Melimpah keluar pasal tak muat dah . Rak buku bilik saya ni kecil je. Jadi bila tak muat, saya susun jadi dua lapis. Ada beberapa buah buku yang tak muat lagi terpaksa saya susun atas kotak di tepinya. Dah jadi macam mini library dah saya tengok di penjuru bilik saya ni. Cuma, saya rasa, saya kena beli rak baru la. Kalau tak kesian kat buku-buku kesayangan saya ni kan? Pasai ada yang terpaksa 'tidur' luar.. he he

Sejak saya kena release dengan projek Singapore yang dulu, alhamdulillah saya dah boleh bernafas lega. Cuma sayang, ingatkan dapat la saya masuk projek US yang saya war-warkan tu, tapi team depa lambat bertindak, maka saya telah 'dipinang' oleh projek yang lain. Projek Singapore jugak. Adehhh...Singapore lagi. Nampaknya jadi orang Singapore la saya lepas ni. heh!.

Eh tak...tak..saya tak ke Singapore pun. Saya...eh kami buat projek dari sini je, dari Cyberjaya ni. Meskipun ada team dari Singapore, tapi depa dah bagitau awal-awal yang kami tak payah travel ke sana (Alhamdulillah). Seperti projek lepas, depa onsite, kami offshore. Fine!.

System baru, teknologi baru, rasa thrill juga tuk mulakan. Dan oh untuk projek ni, kami terpaksa buat 'white box' testing, bukannya 'black box' testing yang biasa kami buat tu. Cabaran jugaklah buat kami...well, kinda. But it's okay. Bila lagi nak belajar benda baru iyer dak? Selama ni cuma tahu definisi 'white box testing' tu apa je. Nah sekarang, rasa dan tengok sendiri depan mata. Eh projek tak start pun lagi, baru je kick off meeting semalam. Jadi tak merasa dan tengok lagi sebenarnya...errr..

PS: Takdak dah la peluang nak pi Alaska. Intai aurora. Macam orang tu....huhu


I have met it once,twice and thrice.
And I am gonna meet it again...and again.
Hakikat hidup sebagai kuli...
Alhamdulillah ala kullihal..

^_^

23 comments:

senyumSOYA said...

huhuhuhu...
sape org tu akak??

penah tgok kat nat geo ja sal aurora 2.. sanagt cumei!!
langit warna warni!!


heheh..projek akak macam best ja.. excited kite nak tau..

fuad ansari said...

Daripada intai aurora, lebih baik akak intai jodoh.. (",)

Mana2 buku yang tak muat tu, meh bagi kat saya.. Rak buku saya kosong lagi..(",)

p/s:jgn amik hati tau.. gurau2 je.. (",)

Mutiara Bernilai said...

salam syg..

aurora,
mutiara dulu sgt2 suka aurora,..
indah bukan?

tp x de kat mlaysia kan?



*selamat beli rak baru!

DAMAI SURIA said...

sokong! belilah rak baru. Kesian kat buku2 sampai dah melimpah-ruah. Aurora yg mana nih.. Kalau aurora di persada langit, memang cantik sekali!

~PENCHENTA~ said...

Woha! Aurora? Binatang apa tuu? :P

Eh. Buku saya rileks je tido luar. Depa kata sejuk sikit tidur luar. Tidur himpit2 tak best katanyaa. Haha.

nahmy said...

alhamdulillah...adala hikmahnya tu, singapore pun ok apa

Afida Anuar said...

Senyum Soya-->ada la orang tu. rasa dah sampai sana kut, pasai lama tak dengar khabar berita;)..a'aa, pernah gak tengok kat ngeo.. huhu,projek tak best pun..description mcm best kan. tp bila dah kat dalam projek tau la mcm mana... hu hu hu

Fuad-->sambil2 la ni fuad:P...he he.. ohh, tak boleh..tak boleh kasi kat orang, buku kesayangan ni..heh!

eh eh..nak amik hati sapa? he he..takde la dik fuad..tak amik hati pn:P

Mutiara-->salam my dear mutiara. Pernah sekali tengok dokumentari pasal aurora ni, rasanya kat malaysia ni tak de kut, tatau la in future ada..

DamaiSuria-->tengok la kalau ada bajet tuk rak..err... ehehe..a'aa, aurora yang tu la..yang cantik tu.

Penchenta-->aurora tu macam lagu aurora.. hehe...ok la klu macam tu, buku akak ni macam manja sket.heh!

Nahmy-->he he..ok tu memang ok.. err..tapi... hmm...

menusuk hati said...

Siapa yang cipta aurora yang cantik tu?Oh...Allah yang cipta (kesedaran bertuhan)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari...

Moga saudari dikurniakan kesihatan yang panjang dan ketenangan dalam beribadah kepada~Nya...

Sebut jer 'black box' teringat masa belajar dulu setiap pesawat kapal terbang mesti ada 'black box'. Very much different from what you said. Nama jer black box tapi fizikalnya tidak. Popular dengan nama 'black box' dan maksud sebenarnya ialah "A flight data recorder (FDR) (also ADR, for accident data recorder) is an electronic device employed to record any instructions sent to any electronic systems on an aircraft."

nurkass said...

aha..
mini library..??? tak leh pinjam la ye..hehe

ooo..dpt projek s'pore ye..kalau gi s'pore pun apa salahnyekan..luas pemandangan..boleh intai tuttttt..hehe

sahromnasrudin said...

yg sy tau aurora tue adalah lagu kumpulan estranged heheheheee

r.o.l. said...

Salam, afida, mungkin satu hari nanti :-) dengan izinNya

Kamsiah said...

salam
fida...semak dgn buku takpe...gedung ilmu tu...

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->SubhanaAllah..cantik kan?

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah..moga saudara pun begitu.

oh lupa, saudara pernah bekerja sebagai flight engineer... tu la, lain sangat2 ni. Ni term tuk software testing.. indeed different;).. thanks for the sharing by the way...

Kass-->tak pi singapore pn kass, duk cni je. takde maknanya nak intai tutt:P

Sahrom-->he he..ke situ pulak sahrom;)

Rol-->Salam rol, insyaAllah..Aminn.. harap2..

Kak Kamsiah--> salam..he he.. itu la. Tp tak semua buku ilmiah kak..errr..eh eh..yang tak ilmiah novel la.. he he

nur aisya humaira said...

waaa,klu dpt travel kan best..ye tak kak??hehe

Rashid said...

AFida .. saya tak boleh nak gambarkan keje fida ni. Pada pdgn mata saya .. cam sungguh menarik sekali. Apa lagi jika guna sistem baru teknologi baru tu.

Kerja ni yang pentingnya kita puas dan seronok dengannya ..

Afida Anuar said...

Aisya-->tp akak takmo aisya...klu pi US je akak nak..kekekeke...

Cikgu Rashid-->tak payah gambarkan pun cikgu, kerja saya ni bosan. SUngguh. Buat masa saya pi keje goyang kaki je...errr he he

Norsha said...

fida,
intai lain kalilah ye....

Pn Kartini said...

ehem!!
akak datang nak intai2 dik fida tersayang niihhhh...:):)
Singgah jap....seblm sambung 'tugasan'
;P

shameel Iskandar said...

Salam afida.
Beli rak buku yg besar sikit. Pastu buatlah mini library kt umh.

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->insyaAllah kak..kalau ada rezeki;)

Kak Tinie-->ehem..Allah...kak malunya intai saya..dah berhari2 saya tak update ni... thanks kak..sudi intai.. hehe

Shameel-->salam shameel, tengok la nanti shameel, nnti buat bajet, gaji masuk..kalau rajin pi beli;)

IMANSHAH said...

arora tu apa??

soalan memang naif

Afida Anuar said...

bukan arora..aurora... he he.

tanya pakcik google eh shah..okebai!;)

 

Browse