Antara Kita Ini...Apa Yang Mengikat?...

Saturday, May 07, 2011
Benih...kalau siram dengan baja, insyaAllah..akan subur jadi pokok jua...
Rasa...kalau siram dengan suka... akan subur jadi cinta kah?

Cinta?

Pangggg!!...

Bayang-bayang menampar kuat...err.... Mimpi rupanya..heh!



Lepas subuh tadi saya dah siap-siap keluar rumah, awal..hari ni pi spend masa dengan Incik Hitam kat pusat servis dia. Sampai masa Incik Hitam nak kena servis. Biasanya macam tu la kalau hari Incik Hitam nak kena servis... lepas selesai aktiviti subuh, saya akan terus ke sana. Pasai untuk hari Sabtu depa buat rule 'First Come First Serve'. Tu pun tadi, saya sampai sana lebih kurang 6.45 pagi dapat nombor 18!! Agak-agak orang yang dapat nombor 1 tu pi pukul berapa la yer...

Alahaii sebab 'kekasih' yang satu ni...apa-apa pun sanggup buat! Tu baru 'kekasih', kalau teman hidup nanti...errr.... dah..dah... dah mula nak fikir nakal dah ni. he he..ampunnn...

Tapi tu la kita ni, manusia.... eh bukan manusia... tapi saya. Sebabkan nak pergi servis, sanggup berpagi-pagi, sanggup berdinahari, bersiap dengan sebaiknya untuk keluar. Tapi kalau nak menghadap Yang Maha Pencipta... nak solat pagi setakat gosok gigi??...errr

Teringat kat twitt Bijen.... kalau kita nak tengok ciri-ciri orang munafiq, kita tengok kat solat subuh dia. Kadang-kadang bersiap untuk solat subuh setakat cincai-cincai je. Pakai pun baju tidur, tak mandi, tak wangi-wangi. Tapi kalau nak jumpa awek/pakwe atau nak jumpa kawan... tudia, wangi semerbak. Baju pun pilih yang cantik-cantik, siap iron lagi!

Beza kan kita? Antara nak jumpa manusia dan nak jumpa Pencipta Yang Maha Cinta? eh bukan kita..tapi saya.. err.


"Masa tetap berjalan... terimalah dan perbaikilah...carilah dirimu itu.."


21 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam alaik dear,

hu. antara kita, apa yg mengikat ye afida?

Afida Anuar said...

Salam mutiara...

antara kita? Iman yang satu kepada Pencipta...itu bisa mengikat kita kan mutiara? dengan seteguh2 ikatan? insyaAllah...

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

tepat sekali syg.

ada rezeki. kita jumpa okies.

^__^

senyumSOYA said...

hehehe..saya pun kan?? hehehe..
saje nk myibok kat komen kak fida.. heheeh~

nurkass said...

hurmmm...
tepat sekali awok nye kata2..haihhhh..tulah dia manusia..
owh..incik hitam gi servis ke fida..teman sekali ke..hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Antara Kita Ini...Apa Yang Mengikat? Tidak ada apa2 yang mengikat melainkan `tali Allah` yang tidak akan putus selama2nya selagi kita berpegang teguh kepadaNYA. Surah AlBaqarah:256فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus`.
Tali Allah SWT ini jugalah yang menyaringkan diantara AlKhabitsa dan AtTaib. Kehidupan manusia ini tidak berakhir dgn suka sahaja sebagai asam garam hidup. Mesti juga melalui kedukaan sebagaimana perjalanan hidup mesti ada senang dan susah. Surah ASharh:6إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا Bahawa sesungguhnya bersama2 kesukaran disertai kemudahan.
Bukankah Allah SWT lebih hampir dari urat darah kita sendiri? Surah AlQaf:16وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
Dimanalah yang dikatakan kita berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan diri kita dlm pelbagai rupa melainkan yg paling penting adalah ketuntutan taqwa yang ada pada diri kita spjg masa. Atau adakah penilaian Allah SWT dlm solat sahaja? Anyway, masa tetap berjalan, dah dalam keadaan usia kita kini, sejauhmanakah kita telah mencapai perbaikan diri sebagaimana yang kita telah berpuas hati? Wallahualam.

intan.maisarah said...

:)
sayang

:)

Norsha said...

salam fida,
Allah....terasanya dgn ayat akhir tu..antara jumpa manusia dgn jumpa yang Maha Cinta, jauhnya beza...rasa malu kat diri sendiri...

Afida Anuar said...

Mutiara-->InsyaAllah dear..ada jdoh kita jumpa..

SenyumSoya-->oo eh? akak ingat, akak sorang je..err

Kass-->Mesti la kass, kekasih kena berada di sisi kekasih walau di mana saja berada..cheewahh..kejap je..dah masuk 65000dah Incik Hitam tu.. hu hu

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..Tali Allah..yes, tali Allah yang mengikat kita...
Yang tu, saya ambil contoh penilaian Allah sebelum nak solat subuh, tapi setiap detik kita yang kita kerjakan ni Allah nilai..kan Tajnur? Dari sekecil2 perkara, sehinggalah sebesar2 perkara. Termasuk lah tulis blog ni pun...Allah nilai, tetiba terfikir...Allah redha dak sebenarnya saya tulis blog lagu ni ni?
Allahualam

sara-->sayang je sara? he he

Norsha-->Salam kak norsha...maaf kalau buat akak terasa...tp tu la..fida pun malu kak.. tengah berubah bab mandi sebelum subuh ni..doakan..

ummu said...

assalamualaikum dear Fida
cinta..inshaAllah kan mewangi
dalam rimbunan taqwa pada Ilahi
moga kan terus membawa ke syurga..

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

k.Afida

suka apa yg di katakan Tajnur "Tali Allah" nak lari tajuk sikit.. Selamat Hari ibu untuk Mak akak ya.. Semoga Allah mencintai dirinya seluas-luasnya..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Didoakan moga Allah kurniakan saudari kesihatan yang baik dengan benih keimanan yang kian subur setiap waktu dan hari meningkat terus meningkat.

Ya, bila kita mampu memikirkan akan ibadah kita ditahap mana terutamanya ibadah solat bahawa itu adalah ilham dari Allah agar kita sentiasa meningkatkan ibadah solat kita dengan memerhati segala kehendak dan cara pelaksanaannya, tidak sembarangan.

Wallahu'alam..

shameel Iskandar said...

salam afida.
Ikatan, ertinya ada yg mengikat dan ada yang diikat. Kita yang diikat dan agama yang mengikat.insha-Allah hidup menjadi berkat.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apa saja ibadah yang kita lakukan mestilah ada sifat taqwa. Sifat taqwa inilah yang menentukan sejauh mana pengorbanan kita. Biarlah kita ni orang susah, org kebanyakan tetapi penghidupan yang dapat mendidik sehingga mendapat sifat taqwa.
Surah AlHajj:37لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai [keridhaan] Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.
W/pun ayat diatas hanya menyebut daging korban tetapi dari istilah `balaghah itlaqulkul wa iradatul juz` ia melibatkan semua jenis ibadah. Wallahualam

DrSam said...

Assalamualaikum.

Ucapan motivasi = Semoga berbahagia dan diberkati lah ibu-ibu semua kerana diingati dengan penuh kasih sayang oleh anakanda sekalian.

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu.

nahmy said...

nice entry...tp kena ingat juga klu 'terlebih' berhias nak mengadap Allah tu tp ikhlas takde pun takde le gunanya. bersederhanalah dlm segala hal... sihat dah incik itam tu??

Afida Anuar said...

Kak Ummu-->Waalaikumusalam my dear kak ummu...cinta...insyaAllah...kan bawa kita ke syurga..

Maiza-->Waalaikumusalam mai.. tali Allah yang mengikat kita..insyaAllah...

ohh, selamat hari ibu utk mak mai jugak..dan utk kita..bakal ibu;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt.. Allahuakbar, terima saudara..moga2 begitu lah. didoakan moga saudara sentiasa dalam kesejahteraan dan kasih sayang Allah selalu..

Sedang berusaha saudara,sedang belajar, banyak lagi yang saya kurang...

Shameel-->Salam shameel, yeap.. seperti kata Tajnur, tali Allah yang mengikat kita..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur...taqwa... insyaAllah..moga kita semua beroleh taqwa...dan melakukan semuanya dalam ketaqwaan kepada Allah..

PS:balaghah itlaqulkul wa iradatul juz.. first time dengar nama balaqhah ni...err rasanya.. thanks Tajnur..sudi share

Dr Sam-->Waalaikumusalam wbt.. InsyaAllah...thanks Dr Sam... walaupun tak kahwin lagi, dapat jugak ucapan hari ibu eh..hari bakal ibu;)

Nahmy-->hurm...sederhana.. ikhlas...noted;)... alhamdulillah.. Incik Hitam memang sentiasa sihat..sentiasa tip top.. sentiasa hensem..heh!

nur aisya humaira said...

tu laa kan,kak..
aisya pun sme, liatnye nak bangun subuh.selalu kne berleter ngan ayah..huhu

Afida Anuar said...

sejak dah tua ni..err takde dah liat2 nak bangun subuh, subuh alhamdulillah..on time. kadang2 seblum subuh lagi memang dah terjaga... cuma tu la.. bangun nak solat pagi tu setakat gosok gigi je.. tak mandi....

ayah selalu tegur bab mandi sblum solat subuh ni, tp tak dengar.. hu hu

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah...akak dari kecik mandi sebelum solat subuh...tunggu waktu subuh..bkn waktu subuh tunggu kita...smp sekarang...kalau solat subuh jam 6.30 pg...terasa dah terlalu lewat...rasa mcm tak kena ja..

Afida Anuar said...

Alhamdulillah.. fida baru nak cuba2 mandi sebelum subuh ni kak. Sbelum ni kalau bangun solat pagi tu, setakat gosok gigi je...errr...

tu la...dulu2..masa zaman jahil..biasa je solat subuh 6.30. Skrg alhamdulillah, biasa memang terjaga sebelum subuh. Memang solat subuh on time. Memang rasa segar badan bangun awal2 pagi..

 

Browse