Pulang...

Thursday, April 28, 2011
Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana... Hlovate

Tapi malam besok saya tau saya nak ke mana. Malam besok saya mahu pulangggg. Pulang ke tanah tempat tumpah titis darah dan air mata yang pertama. Pulang ke tempat asal usul diri mak ayah yang punya. Pulang tuk 'recharge body' yang semakin lelah dan lemah dengan kehidupan kota. Pulang naik kapal terbanggg terbang tinggi di balik awan sana!!!..weeeeeee...

Cuma.... saya kesian kat Incik Hitam la.. kena tinggal sorang diri kat sini. Lamaaaa. 4 hari. Eh 4 hari tu kira lama tu. Dah la kami ni jarang berjauhan yang lama macam tu. Jangan lah kat kampung nanti saya jadi tak keruan dah la. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena . Yer la, asyik duk teringat kat Incik Hitam je...berpanas, berhujan kat sini sorang-sorang... oh!...

Dan...dalam duk berangan-angan bercuti kat kampung, berangan-angan nak buat itu, nak buat ini, yakin ke saya waktu tu nanti saya masih hidup? Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui segala............ halalkan makan minum, ampun salah kata dan bahasa semua. Jumpa lagi di entry versi kampung nanti. InsyaAllah kalau Allah kasi umur saya panjang...


2 bulan lepas...

"Yeayyy dah beli tiket flight balik kampung cuti 1 Mei nanti!! Tak sabarnyer nak balik!!!"

"Tudia....Bulan 5 punya cerita. Entah-entah....",

Terkedu.. terus ingat mati..




Peluang yang dalam hidup ni sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap- Hlovate lagi..

29 comments:

MaizaC'Joe said...

owh.. selamat pulang dng abg hensem flight.. 4hari kira lama gak tu hehe.. adik Maiza dah dok tunggu flight tu.. satg nak g abek dia.. lama tak jumpa rindu.. rasa mcm terpisah dia dok overc lak..

take care kak!

menusuk hati said...

datang sini dari blog penchenta..hehe..hati2 blik kg

shameel Iskandar said...

selamat bercuti Afida. saya pun tak sabar nak balik kg bila cuti panjang bermula 31. mei nanti

Pn Kartini said...

Assalamualaikum dear..:):)

Selamat bercuti-cutian yaa..:)
....nanti kirim salam kat mak yaa;)
moga sekembalinya fida nanti..
dengan semangat nan baru!!makin2 bersemangat gituu..:):)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari Afida..

Semoga Allah kurniakan buat saudari kesihatan yang berpanjangan, serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Selamat bercuti dan berihat, moga perjalanan dipermudahkan pergi dan kembali dengan selamat..:)

~PENCHENTA~ said...

:(

Bagus ingat mati tu kak. Tapi jangan sampai kerja tak jalan. Bekerja macam kita akan hidup seribu tahun lagi. Beribadat macam kita akan mati esok. :)

Izzati Hashim said...

Salam.

haih. menghitung hari juga ni.
lagi jauh kot :(

moga ada kesempatan utk bertemu yang tersyg kan? ^^

IMANSHAH said...

wah balik kg naik flight, memang org atasan

Norsha said...

Selamat pulang fida, jalan baik-baik ye

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup di dunia ni memang banyak perhentian sementara, tetapi itu semua hanyalah fatamorgana (mirage) hidup dan ujian semata-mata. Surah AnNur:38...كَسَرَابِۭ بِقِيعَةٍ۬ يَحۡسَبُهُ ٱلظَّمۡـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُ ۥ لَمۡ يَجِدۡهُ شَيۡـًٔ۬ا Seperti fatamorgana(mirage) di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.
Begitu juga, bagaimana Allah SWT menguji tentera2 Thalut dizaman Nabi daud a.s. dengan ketahanan mental dan fizikal menghadapi tentera Jalut dengan sebatang anak sungai. Dlm Kitab Tafsir Ibnu katsir, diberitakan dlm beribu2 tentera yg menempuhi ujian tersebut, yang tinggal hanyalah 313 orang sama kadarnya denhan tentera Badar pd zaman Rasulullah saw. Yang lainnya tewas sebelum berjuang. Surah AlBaqarah:249قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ مُبۡتَلِيڪُم بِنَهَرٍ۬ فَمَن شَرِبَ مِنۡهُ فَلَيۡسَ مِنِّى وَمَن لَّمۡ يَطۡعَمۡهُ فَإِنَّهُ ۥ مِنِّىٓ إِلَّا مَنِ ٱغۡتَرَفَ غُرۡفَةَۢ بِيَدِهِۦ‌ۚ فَشَرِبُواْ مِنۡهُ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّنۡهُمۡ
Maknanya dlm hidup ini, w/pun banyak persinggahan yg sebentar2, namun ramai yang terpesona dan tergelincir dari tujuan asal mereka. Sebaliknya peluang yang terbuka memanglah terbuka dlm tempoh yg singkat sahaja namun apakan daya nak merebutkannya jika tiada kekuatan utk menggapaikannya. Wallahualam. p/s Selamat menemui keluarga di kampung dan si dia tetap menunggu di Putrajaya! err... Incik Hitam.

nur aisya humaira said...

wahh,naik flight...tu dia...:)

selamat bercuti kak..:)

Afida Anuar said...

Maiza-->abg flight hensem eh maiza:P..a'a, akak amik cuti hari selasa sehari. saja nak berlama2 kat kg..;) u too dear take care;)

Menusuk Hati-->thanks dear.. kawan tahieyah eh..

Shameel-->klu bab cuti ni..jeles arr dgn cikgu.. selamat bercuti nanti shameel...tp lambat lagi kan? kan? heh!

kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie...insyaAllah kak.. nnti fida sampaikan. Harap2nya mcm tu la. Dah 2 bulan tak balik. Rasa mmg nak kena recharge diri ni ..hu hu

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak...Amin.. terima kasih saudara. Moga saudara pun begitu jua.. InsyaAllah..doa2kan ya..

Penchenta-->Patutnya kan dik, orang kata ingat mati iman bertambah kan.....pastu bila tak ingat lagho balik... haihhh...

Izzati-->berapa lama lagi? insyaAllah tak lama dah. skrang masa berlari terlalu pantas.. mcm bullet train gitu lagaknya.. moga izzati juga dapat pulang bertemu yang tersayang kelak..

Shah--> :P.. orang atasan apanya shah, saya ni kan kuli.. beli time tiket tengah murah.. ok la;)

Norsha-->insyaAllah kak.. thanks...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..Ok..faham..tapi kalau tergelincir dari tujuan asal, masih ada peluang utk berada di landasan yang betul balik kan? selagi ajal belum sampai?

Thanks.. insyaAllah... si dia...errr Incik hitam harap2 setia menunggu saya di putrajaya ni.. tatau la saya kalau si dia errr.. Incik Hitam curang.. nauzubillah.. Serah kat Allah jaga Incik Hitam ni, insyaAllah Incik Hitam ok kat sini sorang2..

PS:kalau ditakdirkan ke putrajaya, tlg tngok2kan incik hitam eh..err..okebai!. he he

Aisya-->Tudia... he he.. thanks dik.. u too..

hamzah ian said...

perghhh...

Kamsiah said...

fida...selamat bercuti...tingat nasi dagang tganu la...kopok losong...

nahmy said...

selamat balik kg. semoga selamat dlm perjalanan - pegi & balik. tangkap gambor en hitam tu...nanti kat kg boleh renung-renung, usap-usap gambor tu...hilang sikit rindu

nurkass said...

la..balik kg ke..
baru nak ajak gi kg kass..hehe..
take care fida..

insyaAllah..panjang umur kita berblog lagi..

DrSam said...

ASM Afida. Selamat balik kkapong. Semoga angin Laut China Selatang membawa bersama rindu kepada Encik Hitang...

Noli said...

slm akak...kedit dh expired la kak..hehe...noli tak lik 1hb nih...bulan 6 baru lik kg...lmbat g..huhu...

Kakzakie said...

Kembali menemui tanah yg dulunya digali, dikambus buat main pondok-pondok, main masak-masak.....tapi hati seronok walau hidup dulu tidak semewah sekarang.....

Kakak tunggu cerita kampung....

fuad ansari said...

Meh bagi kat saya.. Saya tolong tengok-tengokkan encik hitam tu.. (",)

Selamat pulang ke kampung erk.. Hati2 di awan biru.. (",)

DAMAI SURIA said...

Tiada yg lebih baik melainkan doa ketika musafir. Selamat bercuti ye!

Yan said...

Akak kejap je lagi ni nak balik kampung.

Afida Anuar said...

Hamzah ian-->perghhh? heh!

Kak Kamsiah-->aaaa...besok nak makan nasi dagang la.. he he

Nahmy-->gambar dah berlambak dah kat dalam lappy ni... hari pertama dah terasa rindu.. tengok gambar pun tak terubat!.. heh!

kass-->kg kass kat mana? insyaAllah kass, ada jdoh, umur panjang kita jumpa lagi..

Dr Sam-->Salam dr sam.. huh,kuar doh ggg tu.. he he.. dr sam dok balik kappong ke? heh!

NOLI-->ooo.. ok ok.. sbb akak nk pi jalan2 area umah noli tu.. nak pi umah kawan. Ingat boleh singgah umah noli.. boleh tengok perut.. takpe2 dik. jaga diri;)

Kak Zakie-->a'aa kak zakie, tanah tu.. tanah yang kasi seribu satu macam rasa..... insyaAllah kak, kalau ada idea n masa nak coret2 cerita kampung tu;)

fuad-->Larr, hawat tak bitau awal2.. kalau tak saya dh bagi dah incik hitam tu... heh he..errk...alhamdulillah selamat sampai...PS: tak nampak awan smlm;)

Damai suria-->Terima kasih tuan.. selamat bercuti juga...;)

kak Yan-->sama2 la kita balik kak;)

azi nur said...

selamat sampai!! bestnye cuti..

IMANSHAH said...

salam nak jemput sertai contest saya

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

Afida Anuar said...

azi nur-->eh adik tak cuti? he he selamat bercuti juga!

Shah-->wowww wowww..salam shah... insyaAllah..saya join, kalau ada idea.. jap nak cari idea sat.. sabo sabo.. heh!

intan.maisarah said...

salam
selamat pulang

:)

selagi masih bernafas,
selagi itu
kita perlu laksanakan tanggungjawab

senyumSOYA said...

kak fida blik x bwak kite..huk3~

Afida Anuar said...

Sara-->salam sara.. thanks dear.. itulah. Tanggungjawab di sini masih menanti...

SenyumSoya-->larr..hawat x habaq awai2...adehhh...lain kali eh.. he he

 

Browse