Namastey...

Tuesday, April 12, 2011
"Kak Nor, kalau interviewer lelaki hulur tangan nak salam macam mana eh?", sms ringkas dari Yah, adik perempuan saya, bakal tamat belajar... dia nak pi interview hari ni.

Saya sengih je baca sms dia. Saya balas.

"Tu la, pakai tudung jangan selempang, kalau boleh pakai tudung besar sikit. Nanti senang, kalau ada orang laki hulur nak salam, kita boleh ambil tudung kita tu buat lapik," nasihat saya ringkas.

"Tak pun, buat je gaya Namastey", sambung saya lagi.. he he.

Biasanya macam tu la yang saya buat. Tambah-tambah lagi bekerja di multinasional company milik orang bukan Islam ni. Ada cabaran dari segi berjabat tangan dengan bukan mahram. Tu pun kalau ada event, ada meeting tertentu. Depends.

Sesetengah yang faham, alhamdulillah...depa nampak kita bertudung, depa tak hulur tangan nak salam, sekadar mengangguk-angguk. Tapi ada sesetengah yang tak faham, depa mesti hulur. Nak tak nak, terpaksa la guna tudung ni buat lapik.

Saya sekadar berkongsi, mungkin sahabat-sahabat pembaca budiman punyai cara lagi baik, bagi mengelak atau mengatasi berjabat tangan dengan bukan mahram/muhrim ni, sudilah kiranya berkongsi....

Hmm... ok tu je.


Bye!

22 comments:

nur aisya humaira said...

klu kte angguk je, nampk kurg ajar ke???klu org tu ade pangkat besar??huhu

nurkass said...

ermmm..
rumit jugak ni..
tapi kass setuju ngan cara fida tu..kdg2 diorg ni angguk je ngan kita..

Norsha said...

emm...klu akak senyum & angguk, buat2 stail org jepun sikit, hrp2 diorang faham

~PENCHENTA~ said...

Haha. Betul juga. Salam pakai tudung.
Eh. Tapi tak seronok lah kak pakai tudung. Nanti kotor dek tangan-tangan lelaki. Saya memang allergic sikit tangan lelaki ni. Haha. Dulu2 kalau tersentuh sikit pun, rasa mcm nak sental tangan ni. :(

Senyum jelah kalau orang hulur tgn. Selalunya kalau orang tgk tudung labuh je, mereka tak hulur tangan pun. :)
Seronok kan pakai tudung labuh? Haha. Erk. Terpanjang pulak comment. :|

solo molo said...

tuela...
dah kite plak yg terkulat-kulat masa tue...


apa bakat anda ???
> http://nikaviolet88diary.blogspot.com/2011/04/segmen-kalau-aku-ada-bakat-aku-nak-jadi.html

Kamsiah said...

cakap ja..sori..kita bukan muhrim

Mutiara Bernilai said...

kalau mutiara,
mutiara tengok org tu mcm ne dulu..
depend pd org..
kalu org tu gila2,
mutiara akan menolak cr gila2,
and ect..

tp so far xde la,
kalu golongan profesional pun, drang fhm.. sy tunduk bersama senyum hormat.. ade bezakan, antara sombong dgn menolak penuh sopan :P

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Namastey! Aap kaise hain ?
Biasanya dalam interview mana2 jawatan kerajaan dan swasta diMalaysia, secara formalnya mereka tidak akan berjabat tangan dgn muslimah kerana mereka faham situasinya. Tetapi saya tidak tahulah kalau jawatan swasta yang beribu pejabat diluar negara! Kalau mereka nak juga berjabat tangan pun mungkin kerana nak menguji sejauh manakah pentingnya pilihan kita diantara agama atau kerja! Wallahualam

Afida Anuar said...

Aisya-->tak.. tak kurang ajar pun...takpe, tak kisah la dia orang besar ke. apa ke... tp spt yg Tajnur kata... kita pilih mana, agama atau kerja.. Allahualam.. eh mcm berbelit pulak komen akak ni..hmmm..apa2 je la..okebai!.. he he

Kass-->Ada yang angguk tu, ada kass, tp ada yang dari jauh dah hulur tangan pun ada jugak. mcm2 orang ni kass..hu hu hu

Norsha-->style orang jepun kan? a'aaa bole la..

Penchenta-->tudung akak 3 segi je...pasai tu diaorang hulur kan? kalau betul2 bulat labuh, rasanya baru diaorang tak berani nak hulur...Allahuakbar, bila la pulak nak terbuka hati nak pakai tudung labuh bulat ni....

Solo Molo-->tak..tak terkulat2 pun.. he he..

Kak Kamsiah-->he he...nnti nak cakap macam tu la.. tak pun cakap, maaf tak boleh salam, tangan saya ada kurap..ekekkeke

Mutiara-->he he..mutiara, orang yg gila2 tak pernah lagi la hulur tangan nak salam. Yang situasi fida ni golongan professional... even mcm baru2 ni, bos besar singapore datang lawat malaysia tuk kenalkan kami satu team pun nak salam...team member nak balik negara diorang pun hulur tangan.. haihhh

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur... Namastey...bohott bohott khushii hay.. he he.

Allahualam Tajnur, tapi company saya tak begitu. Walaupun di Malaysia. Sungguh. Even masa interview pun awal tak awal dh hulur tangan. Ni orang bukan Islam la. Tapi spt yang saya cakap la, ada sesetengah yang faham bila tengok kita bertudung, diaorang akan angguk2 je. Tapi yang tak faham.. Even meeting tuk kenal dgn team member baru pun nak jabat tangan..

Jadi saya terpaksa guna pendekatan lapik ni la, kekadang selalu jugak setakat angguk sambil tangan buat 'namastey'. Tapi nampak la raut wajah mereka lain tengok saya buat macam tu.. Ah belasah la..

~PENCHENTA~ said...

nak share. nak share. baru harini saya start pakai tudung bulat. sebelum ni saya pun pakai tudung bidang 60 tu, pin bawah. ishk.

tapi, apa2 pun, buat setakat yang mampu dulu. dahulukan istiqamah dari berubah. faham tak ayat tu? kalau berubah tapi tak istiqamah pun tak guna. :(

doakan saya istiqamah ya kak. baru ada satu tudung. :(

Afida Anuar said...

Penchenta..InsyaAllah.... moga Allah kasi penchenta istiqamah dengan tudung bulat...

betul2... kalau berubah tapi tak istiqamah takde guna..

doakan akak jugak;)

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Fida,

Kakak pun kerja swasta yg hanya kakak seorg wanita Islam. Kakak pulak suka berjubah dan berseluar (sejuk tak perlu coat). Kalau ada mat salleh yg tak pernah jumpa nak hulur tangan kakak tunduk senyum je. Kalau tak faham juga katakan "sorry, I'am Muslim not allow". Tak de hulur tangan pun kakak. Mereka org pandai dan faham pastinya...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...

kalau akhlak kita baik..pasti org tue segan utk hulurkan tangannya..selain itu, gaya pertuturan kita juga mainkan peranan

Afida Anuar said...

Kak zakie-->Waalaikumusalam kak zakie...oh, kak zakie punya lagi mencabar, sorang2 wanita muslim... insyaAllah kak..lepas ni moga Allah bagi kesempatan dan kekuatan tuk fida cakap lagu tu kat depa...

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom...mungkin akhlak saya tak cukup baik kot sahrom..errr.. kena improve lagi...

shameel Iskandar said...

salam afida.

Seingat saya cara atau pendekatan utk elakkan bersalaman antara lelaki dan wnaita yg cuba ditonjolkan dlm filem Ketika Cinta Bertasbih agak bagus utk dipraktikkan, iaitu rapatkn kedua tapak tangan dan bawa tangan ke dada.

fuad ansari said...

Xtau nak bagi syor apa.. sebab jarang sekali orang perempuan nak bersalaman dengan saya..

Erm..bagus gak syor2 yang diutarakan.. akan cuba dipraktikkan, insyaAllah.. (",)

Semoga Allah swt balas daya usaha kalian semua dalam menjaga adab2 dalam agama dengan balasan yg baik pada kehidupan akhirat..

Afida Anuar said...

Shameel-->Salam shameel... tu ala2 'namastey' la kan shameel?

Fuad-->Jarang jugak akak tengok perempuan yang hulur tangan kat lelaki.. ke sebab kat kampeni akak ni bos2 besar semua lelaki? Allahualam.. ..InsyaAllah fuad.. doa2 kan..

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudari untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudari.Sekian,Terima Kasih.

Afida Anuar said...

Anak pendang... thanks anak pendang...

insyaAllah..will do... soon;)..

thanks for sharing..

ummu said...

assalam Fida
erm,dulu selalu juga akak haadapi polemik ni. (masa belum kerja yang sekarang ni).maklumlah tugas akak tu kena berurusan dgn ramai orang termasuk VIP dan Lain2.
teringat pesan ustaz akak di SMAPLabu dulu, dan akak ikut penyelesaian yang diebrikannya.;)

Bro Bayu said...

takbirrr....besar pahalanya bila seorang muslimah tu mempertahankan akidah mereka,,,mungkin pada non-muslim yang tak faham..mereka akan memberikan persepsi negatif..so kita kene bagitau...(teringat ader student perempuan yang sentaisa pakai sarung tangan bila berhadapan dgn situasi begini....)

Afida Anuar said...

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu..Itu la kan, depends atas kerja. Kalau tempat kerja smua Musliam, rasanya takde masalah..ustaz kak ummu pesan macam mana?


Bro Bayu-->Allahuakbar!.. pilihanraya nak dekat dah ni bro bayu..tak ke sarawak? he he..

haaa, sarung tangan satu lagi. Lupa nak bagitau... tanya adik haritu macam mana.. interviewer tu tak hulur pun, alhamdulillah...

 

Browse