Cinta Hati...

Sunday, April 03, 2011
Alhamdulillah...Allah kasi jawapan istikharah saya tanpa saya perlu buat pilihan. Kali ni, betul-betul Allah permudahkan. Sungguh, Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati saya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya, untuk kita semua. Kan?

Ok, lepas ni takde dah cerita bab hakim..err..bab mahkamah errr...maksud saya bab percaturan, pengharapan. Sebab...memang Allah dah kata takdak untuk saya. InsyaAllah buat masa ni. Cool kan?

Petang tadi saya pergi panjat bukit dengan Kak Sal. Bukit depan rumah saya ni je pun. Kami dah terbiasa panggil bukit, sebab tempat tu memang berbukit. Tapi yang sebenarnya, tempat tu terkenal dengan nama Taman Saujana Hijau. Sambil-sambil panjat, sambil-sambil kami luah rasa dalam jiwa. Last-last, kami duduk bertenggek kat tepi bukit sambil tengok pemandangan bumi Putrajaya. Masing-masing sepi seketika. Allah.....saya rasa kan...cinta hati saya kena bahagi dua la. Separuh untuk Pulau Rusa, separuh lagi untuk Putrajaya. Ok dak? ok dak?


Ok bye!

24 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam my dear Afida..

sis, wah, teringin skali nak join naik bukit tu..mesti besh kan? sekarang pun tringain nak naik broga hill..

nway, Rasulullah dah pesan, Baginda pesan lebih kurang mcm ni, "maka tak akan rugi mereka2 yg beristikharah.."

syg slalu!~

IMANSHAH said...

tak paham..dua kekasih ke

Afida Anuar said...

Mutiara-->salam my dear mutiara.. taman saujana hijau ni sesuai untuk joging mutiara. Cantik..cuba google. Dekat precint 11 je.. insyaAllah, walaupun dah tau, tapi fida takkan tinggalkan istikharah tu..

Shah-->adoiii..fida ni mana ada kekasih shah.. tu maksudnya fida jatuh cinta dengan tempat,satu, kampung tempat asal kat terengganu sana yang bernama PUlau rusa...satu lagi putrajaya ni haaa.. sungguh!

senyumSOYA said...

sya pun dah jtoh chenta ngn putrajay~ heheheh

Rashid said...

Wah tentu sungguh indah dan menyenangkan bila berada di atas bukit .. lihat permandangan .. sambil fikirkan tentang segalanya ..

Tengah bayangkan betapa romantisnya fida di atas bukit ..

Sesumpah said...

dua kekasih atau dua hometown?

Pn Kartini said...

assalamualaikum my dear:)

Cinta Hati
Nan Berputik..Biarkan terus abadi..
ops!!...:):)
Berbunga2 lakk pagi nii..aduhaii;)

MOga fida ceria2 selalu di sana..:)!

nurkass said...

alhamdulillah..
sesungguhnya allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..

tak salah bagi dua pun..lebih pun takpe..jauh perjalanan luas pemandangan..kdg2 pemandangan yg berbeza2 inilah yg meruntun jiwa kita betapa indahnya kuasa pencipta..sayu je rasanya..

Park Young Shake said...

Kita pun cinta rumah kita dan orang2 di rumah kita...

Tapi kita pun cinta jugak utan dan gunung ganang di dalam sana sepertinya tiada yg berduka berbanging di luar sini banyak yang 'sakit'

Semoga Tuhan sentisa sayang kita !

nahmy said...

carilah kasih-Nya dan berusaha juga utk mencari kasih yg lain. jika ikhlas dan jujur dlm mencari kasih-Nya pasti pencarian kasih yg lain itu juga akan 'berhasil'. keberhasilan itulah merupakan balasan dr-Nya dari keikhlasan kita dlm mencari kasih-Nya.

mrk yg baik akan memperolehi pasangan yg baik...insyaAllah dan berusaha kena juga buat sbb cthnya; boleh ke satu-satu pasangan yg mahukan anak tp tidak pernah 'bersama' (mengharap anak turun dr langit!)...wallahualam

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

mesti seronok dpt daki bukit tue kan..dapat lihat kehijauan pemandangan di bawah kan

IMANSHAH said...

ooo lembap di situ

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hati orang perempuan, mudah berbelah bagi lebih2 lagi bila datangnya bulan. Sebenarnya bukan bulan yg menjadi masalah tetapi belum pijak dibumi yg nyata dlm ertikata menghadapi realiti hidup ang kita yang sebenarnya. Dalam keadaan sekarang, mungkin hati kita terbahagi dua tetapi belum tentu dimasa mendatang sebagaimana Allah SWT berfirman dlm Surah AlAhzaab:4مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ۬ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِى جَوۡفِهِۦ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongga dadanya;
Macamana pun kita akan membuat pemilihan yg tetap pada akhirnya. Bukankah kita hanya pengembara diBumi Allah SWT yg mencari kesesuaian dan persiapan hidup supaya kita ada jawapan yg telah pasti utk berhadapan dengan Allah SWT kelak? Wallahualam

Adinda Amy Sensei said...

hai kak fida sayang..hehe...sihat?

Afida Anuar said...

Senyum Soya-->kan? kan? he he

Cikgu rashid-->aaaa, cikgu..saya tak romantis pun..layan rasa sendiri je kat atas bukit tu:P

Sesumpah-->dua tempat;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie.. hehe..opss, tak salah nak berbunga2..moga kak tinie pun ceria2 selalu..;)

kass-->he he kass, bukannya apa... bila dah mula ada rasa tu. Nak nak lagi rasa cinta kat tempat ni sama seperti rasa cinta terhadap tempat asal usul ..ohh...

Pak Shake-->kita pun begitu jugak!.. insyaAllah.. moga Allah sayang kita..

Nahmy-->InsyaAllah Nahmy, doakan.. doakan...

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..seronok, sampaikan terjatuh hati.. he he..eh terjatuh hati kat putrajaya ni...

Imanshah-->koya kat sapa ni shah..he he

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. tajnur.. Allah dah ciptakan hati perempuan dengan sebegitu rupa tajnur, cantik..dan 'berbelah bagi' bila datang masanya. Maksud saya berbelah bagi dari segi rasa..

Al-Ahzab: 4... thanks utk sharing ni, mengajar saya untuk turut membelek tafsir tiap kali baca komen Tajnur;).. sambil2 berblog, sambil-sambil memahami tafsir quran..insyaAllah..

hurmm..bukankah hidup itu sendiri adalah pilihan. tuk jadi baik/jahat..tuk pilih ke neraka/syurga..Allahualam.

SubhanaAllah.. dalam kitab suci pun Allah ada sebutkan kisah dua hati ni..

Amy-->hai dik amy sayang, alhamdulillah akak sihat2 kat sini dik...

shameel Iskandar said...

Mcm lagu dewa 19 plak, Cintaku Tertinggal di Malaysia

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga saudari sihat hendaknya, serta sentiasa tenang ketika beribadah kepada~Nya..

Bahagi dua takperlah tu, asalkan Allah dan Rasul diutamakan..

Mutiara Bernilai said...

nak pergi sana.
nak joging..xpon jenjalan kaki ajek.. :P

Afida Anuar said...

Shameel--> he he ..eh ye ke..bukan mcm tu la shameel;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..alhamdulillah saya sihat2 saja di sini. Moga saudara pun begitu jua, insyaAllah..

thanks saudara kerana mengingatkan. InsyaAllah, Allah dan Rasul tetap saya utamakan..

Mutiara-->meh meh mutiara.. nak joging ke, jalan kaki ke, naik basikal ke..semua boleh;)...

Norsha said...

salam fida,
cinta yang terbahagi dua?
boleh ke? ...isk, bab2 cinta ni boleh buat orang merana dan tak tentu hala jadinya

DrSam said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah Afida, Allah mempermudahkan. Saya pun sebenornya mempunyai dilema yang hampir-hampir sama. Satu Sg. Derhaka dan satu Sg. Buloh. Mungkin belum mendapat ilham...

Afida Anuar said...

Norsha==>salam norsha..kalau cinta kat tempat tu, insyaAllah boleh..tapi kalau cinta kat orang..Allahualam.. itu la..cinta buat orang bahagia, ada cinta buat orang derita... tp cintakan Allah..takkan pernah kecewa..Allahualam..

Dr Sam-->Waalaikumusalam dr sam.. tu la, alhamdulillah.. haaa, bahagia dua la dr. macam saya. Senang.. kehekheke

Mutiara Bernilai said...

dear,
tp usaha utk diri sendiri pun jgn lupa neh..

eh..ni utk yg bernama Pijah tau.. :P

Afida Anuar said...

he he..mutiara..

insyaAllah..nnti akan disampaikan kepada Pijah;)

 

Browse