Calon Suami...

Tuesday, April 05, 2011
"Jenab, Siti suruh aku kenalkan dia dengan mana-mana kawan lelaki aku yang masih bujang tuk dijadikan calon suami dia", satu hari , Pijah mengadu kat Jenab.

"Hurm....habis tu, ko dah ada calon nak dikenalkan kat dia?" Jenab

"Ada la sorang tu, aku kenal dia lama dah. Aku tau, dia ni memang baik sangat. Kerja pun lebih kurang macam Siti jugak, mengajar. Aku ingat nak kenalkan dia kat Siti lah", Pijah

"Hmmmmm, kalau dah tau baik, kenapa kau tak usha tuk ko dulu?", Jenab

"Errr...", Pijah

"Dah..dah..tak payah nak kenalkan kat Siti lagi buat masa ni, ko patut usha tuk diri sendiri dulu, kalau ko dah kawin nanti baru boleh tolong ushakan untuk orang lain. Lelaki baik zaman sekarang susah dah nak cari. Ko paham dak ni Pijah?", Jenab sedikit keras.

"Errr.. paham..paham....okay...", Pijah nak sedapkan hati Jenab.


Tapi sebenarnya Pijah serba salah.
Pijah tak tahu nak buat apa.
Wajah Siti menerpa.
Pijah kesiankan Siti..

22 comments:

said...

Fida, awat pendek sangat cerpen ni hehe tgh syok baca,,

Mutiara Bernilai said...

atoi!

meh mutiara bg ayat fevret mutiara ms zaman muda2 dlu..


" Takpelah jenab, aku usahakn la kehendak dan hasrat siti ni dulu..dah org meminta tlg, sbagai seorang kawan aku perlu membantu dan sbagai wanita aku fhm gelodak rasa dlm jiwa dia..takpelah, mana tahu, bila aku permudahkan urusan jodoh org lain, Allah akn permudahkan pula jodoh aku..lg best kalu Allah yg directly bantu kita.."

wink2!~

syg kamu afida!

Adinda Amy Sensei said...

moga temu jodohnya....





kak fida cihat??

Afida Anuar said...

Dd-->memang berakhir di situ je dd.. tak de sambungan dah..errr..tapi tengok la..kehkehekeh

Mutiara-->SubhanaAllah..fida suka..fida suka komen mutiara.. rancangnya macam tu la pijah nak bitau Jenab...tp waktu tu pijah kelu...errrr. pijah ikut je kata jenab.. tp.pijah kesiankan siti..

Amy-->InsyaAllah moga siti dan pijah bertemu jodoh.. Alhamdulillah..sihat2..amy?

IMANSHAH said...

tulah, pendek je...

wah ramai btul org nak kenalkan kaum jenab ngn Imanshah, tapi Imanshah malu..wuhu

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

..kalau ada jodoh tak ke mana kan dear..
biarpun susah payah si Pijah carikan calon utk orglain..tapi kesudahan episodnya ..manalah tahu kan...;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga ketenangan dan kebahagiaan yang dicari itu bisa kau perolehi..

Rasakan cinta
sebagaimana nafas itu ada
tapi jangan menginginkan udara
menjadi milikmu...PIJAH

intan.maisarah said...

salam

jodoh itukan kerja tuhan

:)

Yan said...

Morale of the story, baik berjasa untuk diri dulu baru orang lain.. Baik sangat..heee

DrSam said...

kalau saya jadi Pijah pun saya akan kesian kat Siti. Tapi buat masa ni saya lebih kesiankan Pijah...

Afida Anuar said...

Imanshah-->sekali sekala pendek. nak karang panjang2 tak pandai..heh! ..larrr.kenapa nak malu pulak... isk isk isk... lepas ni jangan malu2..wokey?!

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie...hehe, itu lah, jdoh kan rahsia Tuhan, Allahualam la kak..sama2 kita nantikan..eceh. macam ada sambungan je kisah ni, tapi takde kak..sungguh..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..InsyaAllah, moga2 saudara pun begitu...

Allah..terima kasih atas kata2 utk Pijah tu, Pijah menghargai.. sangat2..

Sara-->Salam sara.. yea..kerja Tuhan..rahsia Tuhan..

Kak yan-->hurmmm...Jenab cakap lebih kurang macam kak yan cakap.. kesian kat diri sendiri dulu baru kesian kat ornag lain.. huhu

Dr Sam-->Itu la..kesian kat siti.. eh jangan kesian kan Pijah. Pijah tabah.. he he

nurkass said...

salam cik fida..
bila kita nak jumpa ek..
teringin sgt nak jumpa fida..huhu..

tak salah kalau pijah nak tlg siti..may be pijah dpt rasakan yg kwn lelakinye tu tak sesuai dgn diri pijah..tu yg nak bg kenal kat siti kot..

mungkin kata2 jenab tu sekadar utk ingatkan temannya supaya jgn sik tlg kwn2 sampai terlupa dgn diri sendiri..

UJ said...

kadang2 kena fikirkan pasal diri sendiri gak ... duk usaha untuk orang je.. diri sendiri lak camne?

nahmy said...

entahle...teresak-esak saya bila membaca drama sebabak ni...hik...hik, sedih sbb diriku dah tak bujang lagiiii...hik, hik

Kehelan said...

Fida... wink wink wink... terasa la plak... hahahaha

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..

awak tulis pendek sgt..kurang meriahnya..panjang la cikit baru dpt rasai denyutan kemeriahannya...

Khairi said...

salam Fida,

saya rasa itu semua bukan nama sebenar kan kan kan...











;p

nur aisya humaira said...

waa,cian siti..ape tindakn pijah lps ni kak???keke

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dlm keadaan dunia realiti skrg (waqi`) adalah janggal apabila hendak memperkenalkan seseorang kpd seseorang apabila dunia semakin maju dgn `facebook`, twitter, blogspot, homepage dsb. Manusia sudah bermuamalah dgn luas dari IPT sehinggalah ke dunia luar. Maknanya masing2 sudahpun mempunyai pilihan, cuma nak mencari yg terbaik saja. Tidak timbul soal serba salah atau kesian ibubapa mrk sendiri pun bersedia utk mencari jodoh utk anak2 mrk bila2 masa saja.
Pijah, Pijah kena membuat pemilihan sendiri dlm ertikata utamakan diri sendiri dahulu andaikata jodoh dgn lelaki tersebut dapat mengubahkan penghidupan yg lebih sempurna. Surah AlIsra`:14ٱقۡرَأۡ كِتَـٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبً۬ا (١٤) مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَہۡتَدِى لِنَفۡسِهِ "Bacalah kitabmu, cukuplah untuk dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghitung terhadapmu." (14) Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah [Allah], maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk [keselamatan] dirinya sendiri"
Bukankah asas perkahwinan dlm Islam, kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah? (Surah AlBaqarah:230 maka sekiranya kedua2nya [bekas suami dan isteri] untuk kawin beratsangka kami mrk dapat menjalankan hukum-hukum Allah).
Pijah, dlm keadaan sekarang juga ramai mrk yg menyalahkan kita apabila psgn itu berakhir dgn penceraian walhal masalah rumahtangga mrk adalah pemilihan penghidupan masing2. Wallahualam

Naim said...

dah ada untuk sendiri, tak perlu rekomen pd orang lain.

Frodo Baggins said...

apakata ..
keh3x, sambil pijah rekemen sama siti pijah ikut rekemen diri sendiri nanti biar 'dia sangat baik' tu pilih hohohoho


mau coobaaa??


>>___<<

Afida Anuar said...

Kass-->Salam kass..insyaAllah kass, plan la gathering..dgn kak yan,jemput ramai2.. insyaAllah boleh join, boleh kita jumpa;)..

hehe,nampaknya kass memahami pijah, pijah pun rasa macam tu, bila dah kawan rapat ni, macam susah sket kan nk tukar rasa tu..err

Uj-->errr..baik la..baik la..nnti fida bitau PIjah eh UJ.. lama tak nampak UJ..moga Uj,zaujah dan aqila sihat2 sokmo..

Nahmy-->hahaha Nahmy...nahmy...klu bujang nak jadi calon siti? heh!

Kay--->Pasai apa terasa kay? Kay jadi sapa? Pijah? ke Jenab? he he

sahrom-->Salam sahrom..kalau panjang orang malas nak baca pulak..buat pendek2 senang. habis terus. he he

Khairi-->Salam khairi..klu dah khairi rasa bukan..errr..bukan la kot.. kot:P

Aisya-->entah la..cuba tanya pijah.. kehkehek..

Tajnur-->Waalaikumusalam Tajnur... Tudia..lebar, padat seperti biasa..
Banyak dah ruang lingkup untuk bermuamalah, cuma itu la..nak memilih yang terbaik. Ahh, jdoh itukan rahsia Tuhan.

Jodoh dgn lelaki itu? hurmm.. Pijah kata nanti la pijah pikirkan.. he he. Kadang-kadang perempuan dah berkenan dah kat lelaki soleh let say..siap merisik lagi, tapi lelaki pulak takmo. again, jdoh itu kan rahsia Tuhan, cuma kita perlu berusaha kan? berusaha perbaiki diri..berdoa dengan yakin..mak saya cakap...insyaAllah, satu hari nanti,bila dah sampai masanya.. Allah akan hantar seorang suami untuk kak nor... eh Pijah.. he he

itu la..tp Pijah setakat nak kenalkan je. Kalau diaorang dah suka sama suka..silakan. Kalau tak pun..kira takde jdoh la kan..

Naim-->pijah takde lagi tu naim, setakat kawan2 je..errr

Frodo-->Pijah kata, nanti la..dia buat istikharah dulu macam mana.. errr.. ok dak?

 

Browse