Lagho...

Tuesday, April 19, 2011
Menunggu orang bangunkan saya dari mimpi yang panjang ni.
Nampaknya takdak pun yang sudi.
Terpaksa la saya bangun sendiri..
heh!

Sejak 8 orang junior yang baru habis ELTP (Entry Level Training Programme) mengisi kekosongan di opis kami minggu lepas, terasa meriah pula suasana. Rasa macam semangat sikit nak datang opis, errr.. kononnya la. Bukan.... bukan bermakna sebelum ni saya tak semangat nak datang opis, semangat jugak. Cuma sejak ada orang-orang baru ni, semangat tu lebih sikit..cheewah.

Tapi semuanya pangkat adik-adik la. Ada yang baru habis belajar, yang tak konvo lagi pun ada. Adik junior lelaki.. melayu ditakdirkan menghuni cubic di sebelah saya. Hari pertama berkenalan, saya dapat tahu dia merupakan seorang kaki naruto. Tegar!

Aaaa sudah! Akak dulu pun minat naruto jugak!..



"Setiap Khamis link tuk download naruto tu keluar kak", terang dia.

"Eh...ada lagi sekarang? Masa akak kat universiti dulu pun setiap Khamis jugak. Habis je kelas, mesti kitaorang terpacak kat dalam lab edu, tunggu link nak download naruto. Tak sangka sekarang pun macam tu eh", peminat naruto tak berapa tegar.

Adik junior sengih.

"Akak tengok sampai episod berapa?" adik junior tiba-tiba bertanya.

"Akak tengok sampai episod 160 je, dulu-dulu la. Lepas tu dah keluar universiti, dah mula kerja. Takde masa pulak nak layan anime-anime ni. Terus tinggal macam tu je", akak

"Akak nak tengok sambungan yang lepas-lepas tu? Nanti saya bawa external hard disk", adik junior.

"Nak!!".....





PS: Susah jugak nak jadi baik ni kan? Macam-macam duga Allah kasi. Wanita solehah tak tengok naruto kan? Tak tengok benda lagho macam ni kan?...hu hu hu..

Tolak 10 markah.

Ok, bye!.

28 comments:

intan.maisarah said...

best ke naruto?

IMANSHAH said...

tolak 10 markah..adei tinggal 90 je

ummu said...

he he, Fida...teringat akak suka sangat dengan pooh, terkezut suami akak bila kami serumah maklumlah kami kahwin bukan atas daras cinta sebelum kahwin.kalau boleh botol susu anak pun nak pooh juga

Azian Elias said...

ooo peminat naruto tegar yee..

nur aisya humaira said...

ape best tgk anime kak???pelik, kawan sye pn suke tgk anime,siap ade langgan buku lgi...sye tgk pn tk de feel...ngee~~

Norsha said...

laa....minat naruto ke? Sepesen dengan anak akak la jawabnya...!

~PENCHENTA~ said...

haha. ini ke maksud akak. T__T

keh3. setakat nak mengisi masa sikit tak salah. asalkan jangan lalai sudah. :)

Afida Anuar said...

Sara-->errr...best!..ace tengok..ace tengok... ahh malu pulak, tetiba rasa macam budak2!..heh!

Shah-->he he... 90 tu A+ lagi..errrr ( tu tak tolak benda2 lain lagi tu...entah2 dah fail!..oh!)

Kak Ummu-->Tak sangka kak ummu minat pooh.. kalau pooh fida tak minat!..jangan la sok2 bila pas kawin fida duk minat naruto lagi.. hu hu

Kak Yan-->eh bukan saya kak..bukan saya:P

Aisya-->hurmmmmmmmm.... macam mana nak cite eh..klu aisya dah tengok takde feel, bagus la. ni macam akak tengok citer korea la..mmber2 semua duk gila tengok cite korea, tp akak tengok... bosannyer...errr

Norsha-->larrr..boleh la fida kawan ngn anak akak eh.. kehkehekhe

Tahieyah-->harap2nya tak lalai la... eh dia tak kasi pun lagi.. takmo mintak la..takot lagho.. kehkehkeh

nahmy said...

nengok je...cuma yg penting jgn tinggalkan tanggungjawab 'hamba' tu dahle. sbb itu yg paling utama.mcm diriku yg susah nak tinggal terus lagu 'ballad-rock' tu...ohhhh...!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku......

sy pun layan naruto..nama penuh dia naruto uzumaki..tapi dia tak maki orang kan heheee

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Afida,

Astaghfirullah adik kakak satu ni rupanya suka naruto gak. Hehehe.... dah dapat geng satu ofis pulak dah. Nostalgia lama kembali lagilah ye....:)

hidayu samsudin said...

assalamualaikum kak,

salam perkenalan dr ayu...
nanti selalu dtg taklim eh..boleh jmpa selalu kan,kan,kan...heheh

munn said...

fida, nak jugak naruto..munn g amik kat fida ek..ek...ek?

eheh

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
K/kala kita mesti menerima hakikat bahawa fasa2 penghidupan kita telah berlalu dan menjadi lebih dewasa sbg khalifah Allah.
Sistem yang wujud sekarang telah menghalang manusia supaya berfikiran matang w/pun usia mereka sudah jauh dewasa. Cubalah diselidiki perkataan dan cerita2 harian kehidupan org2 Melayu, tidak lebih menyentuh tentang hal2 dunia yang rendah sehingga tiada kaitan dengan soal keimanan untuk hidup! Kelompok2 ni pusing2 cerita tetap kepada cerita yang menyingkatkankan fikiran. Mungkin ada beranggapan kalau setakat download benda2 ni takkanlah ini dan itu... . Dari Ali r.a. beliau telah berkata bahawa aku dengar Rasulullah saw bersabda,`Akan datang diakhir zaman, satu kaum org2 muda yang masih belum mumaiz (AlAsnaan), berfikiran dungu dimana mareka hanya berkata kebaikan perkataan makhluk (AlBariyyah). Mereka keluar daripada islam sebagaimana meluncurnya anak panah dari busarnya. Tidak mereka melepasi iman2 pada kerongkong mereka. Maka dimana2 jua kamu jumpa mereka, maka kamu bunuhlah mereka dan pembunuhan mereka adalah diganjarkan sehingga hari kiamat`. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maknanya, cuma nak cakap bahawa ciri2 mrk tiada apa sumbangan yang berguna ada dunia Islam dan penat saja ibu2 melahirkan mrk. Kelompok2 ini berkumpul dan membesar sehinggalah perangai sama saja di bumi Malaysia. Surah AlAnfaal:37وَيَجۡعَلَ ٱلۡخَبِيثَ بَعۡضَهُ ۥ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ فَيَرۡڪُمَهُ ۥ جَمِيعً۬ا "Dan menjadikan [golongan] yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya," Kalau dibandingkan dlm pemerintahan Daulah Islamiah, Saidayina Aisyah r.aha. menjadi mufti dan ahli majlis syura dalam belasan tahun. Begitu juga dgn Muhamad Alfateh memimpin angkatan tentera menakluki Istanbul dlam usia 19 tahun. Malah melahirkan ramai golongan muda yang berpandngan jauh. Wallahualam

puteraduyong said...

ermm..ermm...boleh burn tak..?

hehe...cam nak tgk je...

Afida Anuar said...

Nahmy-->iyer..betul2..eh serius tak sangka nahmy-head banging.. tak leh bayang..heh!

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabatku..ooh peminat naruto jugak!... tak sangka!..heh! betul2, cite naruto banyk pengajarannya..cheewah..saya suka sasuke dan kakashi sensei...errr.;)

Kak Zakie-->Waalaikumusalam kak zakie..he he, itu la akak. Kenangan zaman dulu kala kembali menjelma. Ingatkan nak tinggal terus dah..tapi ni.. he he..

Ayu-->Waalaikumusalam ayu..insyaAllah..tp minggu ni mcm tak dapat pi je...minggu depan balik kg..errrrr...

Munn-->boleh..boleh..kalau dah ada dalam tangan. NI takdak pun lagi munn... eh tak sangka kaki naruto jugak!>.heh!

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur.. tu dia..panjang padat seperti biasa. Cuma kali ni saya terasa macam ada batu besar menghempap kepala saya tatkala baca komen Tajnur kali ni..errr

Tapi....macam yang Steve Job CEO Apple cakap, Sometimes life hits you in the head with a brick, dont lose faith!

Bukan saya nak bela diri saya yang minat naruto ni, tak tak..memang, kalau ikutkan usia dah layak jadi mak orang, tapi duk layan anime? isk isk isk(geleng kepala)... tapi Tajnur,bagi saya Naruto jauh lebih baik dari rancangan hiburan yang bersepah kat kaca tv sekarang. Sungguh! Bagi saya dari tengok hantu/perempuan terpekik melolong duk nyanyi baik tengok naruto. daripada tengok drama melayu, baik tengok naruto...err..(aaa sudah, dah kena jampi naruto!.. he he)

Dan jangan terkejut kalau saya bagitau, ada sesetengah kawan saya yang juga peminat naruto, depa tak pernah tinggal solat jemaah di masjid. Ada masanya mereka berhibur dengan layan anime spt naruto...tapi mereka juga ada sumbangan yang pada Islam..pada masyarakat...pada negara..sungguh, saya tak tipu.

Cuma ada sesetengah yang lahgo tu...sendiri mau ingat la kan.. Tu memang sangat menyedihkan la..

Tajnur, dah pernah tengok atau jeling ke..cerita naruto ni? mana tau time anak-anak Tajnur tengah tengok tu, Tajnur terjeling sekali ke...errr...okebai..

Putera Duyong-->ermm..ermm... baru nak tengok?? boleh2..sekeping cd 20 ringgit...amacam? kehkeh..

ps:gurau je, . Takde dalam tangan saya pun lagi citer tu, tengok la cemane..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Subhanallah! Saya hanya membincangkan ciri2 org beriman iaitu salah satunya adalah menjauhi perkara2 lagho atau cakap-buang selaras dgn tajuk entri! Surah AlMukminun:3وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan / berpalingkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). Wallahualam

Unknown said...

menarik artikel yg di tulis....
hahhahaha

jemput memberi pandnagan pada artikel terbaru sy..mana tahu mungkin kita ada pandangan yg berbeza..t.kasih

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Allahuakbar...saya silap faham ke komen tu.. hmmmmmm..apa2 je la...apa pun saya tau...naruto pun salah satu perkara lagho jugak. Walaupun ada benda baik, tapi still lagho...errr.
Nmpknya belum trmasuk ciri2 orang beriman lagi....hmmmmmmmm


Anak Pendang sekeluarga-->he he.. ye...terima kasih..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari...

Moga saudari sihat sejahtera dan sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Bangun sendiri itu lebih baik dari mengharapkan orang lain, kerana ia datang dari kemahuan dan kehendak kita atas pertolongan Allah SWT..

nurkass said...

uihhh..
betul ke fida..minat naruto ek..
nanti jadi narita lah ye..hehe..

tak semestinya tolak markah kalau kita minat anime camtu..itu adalah hobi masing2 dan takde kena mengena ngan solehah ke apa..

yg penting kita tahu dan kenal diri kita siapa..

shameel Iskandar said...

Naruto ni best jugak, tapi saya minat doaremon. hahaha

Kat sekolah saya, seorg cikgu ppuan bagitau saya yg suamninya peminat ultraman. w/pun uisanya hampir 40 tahun tapi tetap minat ultraman.

keon said...

fida,

ada dah donload, jgn lupa pass kt aku lak.. nnti aku bg ext hd... he..he..

Didi Kartika Osman said...

Fida!!! ingat x dulu kita pernah sembang2, tgk naruto pun leh feeling n menitis air mata eh, hehehe.. sedih kalau tgk part sedih. aku pun dah stop tgk/donlot naruto.. lepas naruto remaja (Naruto Shippuudeen) da hilang minat sikit sbb x comel mcm dorang kecik..dah tu asyik lawan2 je..

x sangka eh masih lagi keluar every thursday, hehehe..

p/s - betul, anime mcm ni, walau dlm bahasa lain pun masih ada nilai murni dari sesetengah citer kat tv..

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara. Alhmadulillah, saya di sini sihat2... moga saudara di sana pun begitu juga..insyaAllah..

ALhamdulillah saudara, mampu berdiri sendiri, mampu bangun sendiri tanpa mengharap ihsan dan goncangan dari orang lain;)

Kass-->Kass minat dak? kehkehekh..aaaaa takmo la jadi narita kass, tak seswai..kehkehe.. eh fida tak pernah tengok pn citer tu, tengok iklan je penah la..

hurmm..betul gak kan, tp entah nape tangan gatai nak pi potong 10 markah entah.. khekehkeh

Shameel-->eh doraemon!...dulu2 minat jugak shameel,tp sejak kenal dengan naruto, suka naruto lagi.. haaaa, jangan nanti dah sampai beranak bercucu duk minat naruto lagi dah la kasss....huhu

Keon-->aaaa keon, ni tuk budak yang masih bujang je. Tuk bapa orang tak leh dah.. he he melainkan klu umar firas nak tengok, aku kasi..heh!

Dd-->haaa, ingat Dd, ingat sangat2.Sapa yang download dulu, nnti ada la orang tu kena terjah kan? aaaaa, memori sungguh citer ni dd, sungguh

Btw, aku rasa ko yang banyak kenalkan aku dengan anime2 ni... yakitate,bleach,prince of tennis,midori no hibi... aaaa, lagho sungguh zaman u kita kan didi, Allah...nasib baik Allah kasi belajar kita maintain...pointer pn dean list..errr;)

fuad ansari said...

Eh eh, tertinggal train..

Kalau masih bujang, ok lagi kot kalau nak tgk pun..

Kalau dah kawin ada masa lagi ke nak tgk benda2 tu..Then, malu lak kat anak2 nanti.. (",)

Kamsiah yusoff said...

teringat kawan akak,dah jadi bapak budak..minat giler kat dragon ball..sama2 tgk dgn anak hehe

Afida Anuar said...

Fuad-->errr...mcm kak kamsiah komen la fuad, tengok sekali ngn anak2..amacam? heh!

Kak Kamsiah-->he he, besok2 bila boleh tengok naruto ngn anak kot!..heh!

 

Browse