Menongkah Gelora Rasa...

Sunday, May 02, 2010
Malam terakhir di kampung untuk cuti kali ni, ahh kalau boleh tidak mahu ada malam terakhir sebegini. Perasaan tidak mahu kembali ke kota itu sangat membuak-buak. Tapi apakan daya... Aku, kalau diberi cuti sebulan bahkan setahun sekali pun, aku rasa tidak cukup untuk dihabiskan di kampung tercinta ni.

Kampung Pulau Rusa, banyak yang dah berubah. Aku hampir-hampir terlajak lorong rumah sendiri sewaktu mula-mula tiba pada hari Jumaat yang lalu, nasib baik kereta belakang tiada dan aku sempat membelok terus tanpa kasi signal, kalau tak naya kereta belakang terpaksa brek mengejut...

Uishh teruk betul Fida ni tanah tumpah darah sendiri pun dah tak ingat. Betul!! bukan aku tak ingat, tapi dek membangunnya 2,3 biji kedai baru di tepi laluan masuk ni, buat aku sedikit keliru. Balik nanti entah apa pula yang bakal dibangunkan... jangan aku terlajak ke Manir sudah la. Maluuu..

Oh yer, adik aku, Nadirah yang baru mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang baru-baru ni ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UIA, alhamdulillah... UIA??! huhu.

Masuk dia, bermakna kami dah 4 beradik menyambung pelajaran ke Universiti yang terletak di tepi highway tu. Mak la orang yang paling gembira sebab dia nak sangat anak-anak dia masuk UIA. Aku? Gembira la juga, tapi dalam hati, ada juga harapan nak suruh dia masuk U lain, bukan UIA, erkk..

Apa pun alhamdulillah, dah rezeki dia kat situ. Eh, UIA bagus pe..

PS: Ada sapa-sapa yang sudi nak jadi co-driver aku ke KL besok?;)

15 comments:

uj said...

entry ni tulis time kat kampung la ekk...ni orang pulau ni... tapi satu kebiasaan di TRG kan...banyk betol pulau di laut dan juga di daratan... termasuk la pulau rusa..tahniah untuk adik Fida..UJ dulu UIA lah tempat diidam-idamkan tapi nak buat camne kan..rezeki tak disitu...namun selalu jugak squatting ngn kawan-kawan waktu menunggu result STPM dulu sementara membe2 lain di matrik UIA..waktu tu matrik still di lembah pantai...lama dah tak gi KT...rindu juga dengan negeri sendiri...selamat kembali ke kota..
panjang lak ni bukan komen kot...menambah2 lak..ok ekk fida..tak pe ekkk...hehehe

Tirana said...

Wahhh..bestnya kat kampung. Lepaslah rindu pada mak dan adik-adik ye...hehehe..

Tahniah untuk adik Fida..semoga akan terus berjaya..

Abd Razak said...

Salam..

Terlajak lorong rumah sendiri tak pe cik fida boleh undur dan patah balik tapi terlajak kata susah jadinya kan!

BTW..tahniah buat adik yang akan menyambong pelajaran ke UIA..:)

Afida Anuar said...

Uj-->hehe..komen la panjang2 pun UJ..bukannya fida dengar pun,fida baca..sonok bila baca komen orang yang panjang2 ni..haaa,itu la sini banyak pulau..tapi kampung fida dinamakan pulau rusa, bukannya sebab banyak rusa, tapi sebab pokok rhu ada se..penah dengar?

Itu la UJ,rezeki kami adik beradik kat situ.Masa isi borang UPU dulu, buat 1st-3rd choice UIA,nampak sangat nak masuknya UIA. Alhamdulillah. Ala UJ, UIA tak segelemer U UJ..UJ punya U obersi lagi...hehe.. aduhh malas nya nak gerak balik kota.....

Kak Tirana-->terima kasih kak tirana..yeap, alang2 isnin fida cuti, balik kampung je la. rindu sangat kat orang-orang kampung ni..

ABdul Razak-->yeap..terlajak jalan boleh undur lagi..terlajak kata, memang merana la... terima kasih saudara atas ucapan tu..nnti saya bagitau adik saya tu:D

aideeb said...

sama mcm aku..sume masuk uia..tp sume dah grad...adik aku lagi best siap mengajar kat situ lagi..huhu

starsyeea said...

salam kak fida...:)

woww, tahniah kat nadirah...best la UIA...hehehe

kak, kalo dah tahap lajak sampai manir tu memang kampung akak dh bangun KLCC sebijik...ngeee...:)

nahmy said...

salam...
pulau rusa? tentu dulu byk rusa kan? seronok org kg jauh-jauh ni...jeles saya. yelaa...kita kg dekat2 je

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Penghidupan mesti diteruskan walau apa cara sekalipun hatta terpaksa meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebab itu bukan destinasi kita yg sebenarnya. Destinasi kita dgn bekalan dan penghidupan yg sedikit kita terpaksa mencari petunjuk dari Allah SWT. Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٣٨)
Dalam penghidupan kita, AlQuranlah petunjuk sepanjang perjalanan dan apa yg kita lalui hidup kita seharian itulah yg menggambarkan apa yg telah kita hayati samada mengikut aLQuran ataupun tidak sehinggalah kita jumpa tempat pengembalian yg sebenar! AlQasas:85
إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ قُل رَّبِّىٓ أَعۡلَمُ مَن جَآءَ بِٱلۡهُدَىٰ وَمَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (85

Apatah lagi, kita pun dah byk habiskan modal, tenaga, kos pengangkutan dsb ke tempat baru kita bekerja dgn penuh kesukaran utk penyesuaian. Yg ptg jangan putus dari mempelajari AlQuran dan Hadis sebagai petunjuk hidup kita, InsyaAllah. Surah AnNahl:7
وَتَحۡمِلُ أَثۡقَالَڪُمۡ إِلَىٰ بَلَدٍ۬ لَّمۡ تَكُونُواْ بَـٰلِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ ٱلۡأَنفُسِ‌ۚ إِنَّ رَبَّكُمۡ لَرَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (
Wallahualam

Sesumpah said...

Alhamdulillah
bukan kira U, tapi kira usaha gak. U bagus mana pun kalau malas tak jalan juga kan? ^^

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

hehe... nasib baik jumpa lorong balik rumah jg :).. iya lah kan.. bukan lupa.. tapi ter... lajak saja.. hehe.. maiza dok dekat pun jarang balik kg.. masa.. masa terlalu mencemburui..

Afida Anuar said...

Adeeb-->besttnyer deeb mengajar kat UIA. adik2 aku lak, 2 dah grad, dua tengah belajar kat ctu.

Starsyeea-->salam starsyeea.hehe... mmg dah ada klcc pn;)..ekekee


Nahmy-->Salah nahmy. Bukan sebab banyak rusa, tapi sebab pokok rhu ada se(satu)..hehe.. sonok memang la sonok time nak balik kampung tu, tapi perjalanannya mak aihh 6/7 jam..penatt wooo...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...InsyaAllah Tajnur, saya takkan lupa mempelajari semua tu. Terima kasih kembali ats peringatan dari ayat-ayat suci al-Quran.

Sesumpah-->hehe...sesumpah.. sokong!!

Maiza-->Waalaikumusalam maiza.. wahh bestttnyer duk dekat2.... Maiza,tak terlajak lagi, hampir terlajak...heheh

Khairi Mohd said...

waaa... pulau rusa. Musti byk rusa hehe. Ehem, tahniah utk adik Fida, sorang lagi masuk U. tahniah. Terharu. Ahli keluarga saya tak ramai yang bertuah mcm tu, mcm sy pun. Nak buat mcm mana, hidup ini mmg mcm ni. kan.

uia... cantik. maksud saya bengunannya, err... pelajar2 nya juga hehehe.

Afida Anuar said...

Khairi,salah..bukan sebab banyak rusa, tapi sebab pokok rhu ada se...hehe..

Alhamdulillah,rezeki dia khairi..berkat doa mak kut, nak sangat anak-anak dia masuk UIA...even masa apply borang U dulu pun, kami kene isi sampai top 3 choice tu UIA..huhu..

Khairi,masuk U tak semestinya aras pengukur seseorang itu berjaya dunia dan akhirat..faham kut maksud saya...ahli keluarga khairi, mesti bertuah bahagian lain pula,walaupun tak bertuah bahagian UIA,kan?

UIA,serba serbi mmg cantik:D

ummu said...

salam sis Fida
hu hu..pengalaman Fida terlajak ni pun sama masa akak balik kampung 1 mei lepas.banyak yang dah berubah rupanya kan,walau rasanya abru beberapa bulan kita tak balik.

tahniah tuk adik Fida.ayah saya pun dulu bersungguh2 nak saya masuk UIA,anak je yang tak minat.masa tu matrik di lembah pantai lagi.

Afida Anuar said...

Salam kak qaseh... terima kasih akak atas ucapan tuk adik tu..

itu la,rasanya tak sampai 3 bulan pn..tapi banyak betul dah berubah..

 

Browse