Masih Ada Bisik, Masih Ada Cari...

Wednesday, May 26, 2010
Ramai suara hati yang bergema dalam diri,
Sampaikan aku senyum mendengar seorang diri,
Tiba-tiba muncul tanya dari tabir sepi,
Kenapa aku tidak cuba membuka pintu hati,
Buat yang menghulur salam di petang hari..
Adakah aku terlalu memilih yang terperinci budi?
Atau masih menunggu bidadara yang baik hati?
Begitu cerewetkah aku ini?
Atau sebenarnya tiada siapa yang sudi..
Memunya hati ini..

.....aku berkisah lagi tentang hidup yang manis ini,
Siang malam tidak putus doa dipinta dari Yang Maha Mengerti,
Moga hidup yang satu ini,
DiredhaiNya sampai mati.

10 comments:

uNcLeJoE said...

salam..

hmmm adakah ini satu tiba-tiba?
atau memang sudah lama dan sentiasa berpinar di mata dan hati?
atau mungkin sekadar nukilan rasa, luahan kata untuk berkongsi?

tak salahkan kalau sedikit cerewet dalam hal ini...

erkkk betol ke dalam kepala hotak aku ni... kalo silap ...sorry.. sebab bende ni sensitip gak kan...

doa kami bertiga, abah,ummi dan aqila...semoga yang terbaik untuk mu..amin...

:-)"

penjejak maya said...

salam,

apabila sudah terbuka pintu hati mudah-mudahan dapat mengisi kekosongan hati yang membawa kebahagiaan buatmu..

Tirana said...

Semoga hati yang satu itu...
akan bertemu dengan wira yang ditunggu...
Sabarlah wahai hati...
tak ke mana lari gunung dikejar...
hilang kabus nampaklah ia..

hehehe..

Afida Anuar said...

UJ-->Sekadar nukilan je UJ, nukilan di waktu lapang..hehe, apa pun, terima kasih atas doa kalian...Amin..insyaAllah...

Penjejak Maya-->Salam... InsyaAllah..mudah-mudahan.. Thanks.

Kak Tirana-->Hehe..wira yang naik kuda, bawa pedang, menuju medan perang... hehe.. tau kak..saje je mencoret-coret;)

Abd Razak said...

Salam...

Tak mengapa sering berdoa dan berdoa, kerana Allah amat suka mendengar rintihan hambanya. Pasti akan termakbul suatu hari nanti apa yang dipinta. Bersabarlah..:)

Ummi Aisyah said...

wah fida...sedang menunggu bidadara dari mane tu?akak doakan semoga ketemu teruna yang diidamkan tu..

me and only me said...

akak..when the time comes, u juz know..;)

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam saudara..thanks atas kata-kata nasihat..insyaAllah..

Ummi Aisyah-->Aminnnn kak...insyaAllah..

Husna-->yeayy... i know...;)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah kita percaya bahawa Afida bukanlah terlalu memilih tetapi mesti berhati2 didalam pemilihan hidup kerana tersalah pilih kelak nanti menyesal tak kesudahan. Surah Albalad:9-10
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ (٨) وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ (٩) وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, (8) lidah dan dua buah bibir. (9) Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.
Hidup ini kena berhati2 kerana tersalah pilih, mrk mengajak kepada jalan neraka. Surah AlBaqarah:221 وَلَعَبۡدٌ۬ مُّؤۡمِنٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ
Semoga Afida menemui pasangan yg dapat sama2 menuju ke jalan Allah. Wallahualam

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt..

Benar Tajnur..nak kata memilih, rasanya tak kut..hehe, cuma itu lah berhati2..eceh..

terima kasih tajnur... atas perkongsian...dan doa..insyaAllah...itulah yang saya harapkan..

menemui belahan jiwa yang sama-sama dapat memimpin tangan saya ke syurgaNya... insyaAllah...

 

Browse