Hilang Rasa...

Sunday, May 16, 2010
The story is within me seperti kata Nahmy. Yeap... Banyak benda nak cerita sebenarnya. Tapi setiap kali aku memandang skrin putih ni, tangan jadi kaku. Lalu cerita-cerita pun terperangkap di dalam situ. Di dalam hati kecil aku.

Malam ni aku memandang lagi skrin putih untuk yang entah ke berapa kali.

Seperti merenung bulan yang terang di langit hitam.
Hanya hati yang mampu berkata di dalam diam.
Bila ingin ditinta dengan kalam.
Habis semua ditelan dek malam yang kelam, hehe!.

Putrajaya, sibuk dengan pelbagai acara hujung minggu ni. Dengar-dengarnya ada jom heboh di precint 2, ada konsert, ada hari belia. Housemate aku yang keluar, mengadu jalan banyak tutup dan jam. Alhamdulillah, Allah tak halakan hati aku untuk ke tempat seperti itu. Bukan aku menolak riadah atau hiburan, tapi... entah la. Hati takdak rasa untuk ke situ.

Malam akhir hujung minggu, Kak Sal suka melayan rancangan Mentor. Suka tengok gelagat orang katanya. Tapi sepanjang rancangan Mentor terpasang, sepanjang masa tu la aku terpaksa menyumbat earphone ke dalam telinga, mendengar sesuatu yang lain dari suara-suara sumbang itu.

Walaupun aku berada di dalam bilik, tapi suara-suara sumbang itu masih kedengaran jika aku tidak menyumbat telinga aku. Entah la. Hati jadi gundah mendengar gelagat saudara seagama dan sebangsa yang menjual maruah diri semata-mata mahu menjadi artis. Kesian...

Daripada haru sendiri, baik aku katup telinga.

Tapi apa yang aku mampu buat untuk mengubah? Tak menyokong,tak melihat. Cukup ke?

16 comments:

uNcLeJoE said...
This comment has been removed by the author.
uNcLeJoE said...

hmmm...

itulah kita kan fida...sekadar melakukan apa yang mampu...mungkin ada cara yang lebih berhikmah...UJ pun tak mampu...bukan nafsu-nafsi, dan bukan kerana jaga hubungan tetapi takut tersilap langkah dengan ilmu yang kurang...tapi sampai bila dengan ilmu yg cetek nak jadikan alasan....hmmm rasenya 'doa' untuk semua juga boleh jadikan jalan kebaikan...bukankah doa itu senjata mukmin...dan kita berdoa untuk orang..insyaAllah malaikat akan berdoa untuk kita...bestkan malaikat yang semestinya bukan bersifat 'insan' berdoa untuk manusia yang alpa seperti kita...mungkin ini juga jalan...selain dari memekakkan telinga...

:-) .... kontes khairi tu kan...baru tadi UJ tgk kan...mcm UJ over n beriya2 lak ekk....tp itu ujaan awal nak trus menulis...khairi tu kan idola UJ...heheh ni bukan bodek ni...

Abd Razak said...

Salam..

Jika zaman 7 pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua yang diceritakan dalam al-Quran surah al-kahfi kerana lari dari kongkongan sekitar masyarakat jahiliah, maka kita pula hidup di zaman yang sekelilingnya hampir serupa malah lebih teruk daripada itu, maka adalah lebih kita masuk ke dalam gua Islam kerana di sana lebih damai dan tenteram.

Afida Anuar said...

UJ-->erkk... insyaAllah UJ..terima kasih atas peringatan, menulis ni sebab rasa dah jelek sangat dengan dunia mereka..bukan nak meminggirkan mereka, tapi... doa la moga2 mereka berubah walaupun pada hakikatnya...Allah saja yang tahu...

Abdul razak-->salam..saya rasa zaman kita,mungkin lebih teruk dari zaman jahiliyah tu sendiri.. sedih sebab ramai yang keluar dari gua Islam...berbondol2..

Tirana said...

Fida...kak tirana pun tak suka pergi merayau jika tak ada perkara yang sememangnya mesti diuruskan. Dari merayau buang masa,baik duduk di rumah layan buku.. hehehe..Jika tidak pun, layan dapur, memasak.. Entah bila nak mulakan satu lagi hobi lama iaitu menjahit. Dulu2 rajin menjahit tapi sekarang ni mcm malas sikit nak buka mesin jahit

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Kita tidak boleh lari. Semuanya ujian Allah. Hadapi semuanya dengan segenap kekuatan hati. Insya Allah, kita sudah diberikan Allah segenap kekuatan yang perlu.

Hati umpama magnet, syukur jika hati tidak tertarik dengan perkara yang buruk dan sia-sia.

PS: Saya suka puisi itu. Ehem, walupun langit hitam, gelap dan kelam, percayalah, bulan selalu ada di situ. ;-)

penjejak maya said...

salam,

damainya hati bila bulan terang dipagari bintang..

NAZRINCREWS said...

salam kak Fida..

hari Belia biarlah mengajak belia melakukan ibadah..menyumbang untuk agama dan negara.ini tidak.

hari Belia makin mengajak belia mencari dosa.lihat saja di tv3 bagaimana keadaannya di Jom Heboh Putrajaya.mereka sendiri merosakkan belia2 negara kita.

bila artis menjadi pujaan inilah terjadi.dakyah dari Amerika dan sekutunya berjaya bawa kita ikut haluannya.bukan kita mengikut budaya barat,tapi sebenarnya kita yang terlebih ke'barat'an.

salah satu tanda2 kiamat,apabila artis itu menjadi pujaan,agama mula dipinggirkan.

berdoalah moga kita dijauhkan dari kelompok berkenaan.moga Allah kelompokkan kita bersama golongan yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.InsyaAllah.

MusLiMaHaTiKu said...

salam k.nor..ini lah yg dikatakan bumi bongkok tiga,dunia dah hampir kiamat!..
yg salah dibenarkan dan yg benar disalahkan..masya allah
moga Allah Xbolak balikkan hati kita..ameen

Pn Kartini said...

Salam dear..:):):)
Banyak2 bersabar dalam berdepan dgn variasi kerenah dlm duniawi ni...
Semoga hati kita masih terpelihara dilandasan yang tidak melalaikan...

Take care dear!!!:)

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->Kak Tirana, fida bab masak memasak lulus lagi..tapi kalau bab menjahit fail!! hehe.. Bestnyer jadi kak tirana, pandai memasak, menjahit..lengkap..

Ustaz Cahaya-->Salam ustaz..lamanya ustaz menyepi..thanks ustaz, puisi rapu2 je... yeap..walaupun gelap kelam..tapi bulan tetap setia...tak kemana..

Penjejak Maya-->Woww.... alhamdulillah kalau hati dipagari bintang-bintang yang gemerlapan;)

Nazrin-->BEtul tu nazrin..kadang2 malu dengan orang barat...lebih2 pulak orang kita ni...haihh

Mira-->Amenn mira..bumi bongkok tiga dah eh..huhu..

Kak Tinie-->Salam kak tinie..thanks atas kata2..insyaAllah sama-sama kita menjaga..

nahmy said...

salam...
pilihan yg 'benar' adalah selalunya pilihan yg 'susah' dan 'mencabar'. jgn gelojoh melalui jalan pilihan yg benar itu....pelan-pelan tapi istiqomah...insyaAllah akan sampai jua ke destinasinya itu.

Noli said...

alhmdulillah..kaki noli pon xterarah ke sana..tapi terarah ke rumah suami..hehe..

akak..noli suke ayat 'katup telinga' tu..hehe

Afida Anuar said...

Nahmy-->InsyaAllah Nahmy..benar..yang benar ni la yang susah...moga istiqamah..

Noli-->alhamdulillah..ke rumah suami mendapat pahala;)..

eh betul ke ayat tu?

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Memang sudah menjadi pekerjaan mrk mengaturkan program2 sedaya upaya yg boleh menipiskan fikiran (doctrination)manusia supaya lalai dr peringatan Allah ( Surah AlIsra`:64 وَٱسۡتَفۡزِزۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتَ مِنۡہُم بِصَوۡتِكَ وَأَجۡلِبۡ عَلَيۡہِم بِخَيۡلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ وَعِدۡهُمۡ‌ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا
Dan tipiskanlah fikiran siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
Mereka akan mempamerkan konsep `breakway` dimana memecahkan tembok2 agama, budaya, adat, rumah, TV dan apa saja pendekatan yg boleh sampai ke fikiran manusia (Surah AlHasyr:لَا يُقَـٰتِلُونَڪُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِى قُرً۬ى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۭ‌ۚ
Mereka tiada akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok.
Lambaian mrk mcmanana pun tetap menambat manusia dari sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah masuk ke lubang biawak ..... Wallahualam

Afida Anuar said...

Walaalaikumusalam wbt.
Thanks Tajnur. Benar, mereka tidak akan berhenti sehingga kita semua lalai.. sehingga kita semua mengikut mereka..minta dipelihara oleh Allah dari itu semua..

 

Browse