Kita Biarkan Bulan Berbicara...

Thursday, April 29, 2010
Di Cyberjaya, tengah hari tadi, cuaca panas, sangat! Tapi nampak dari tingkap kaca, pokok-pokok melentok-lentok pula, bermakna dalam panas ada angin lembut yang berhembus, menarik....

Aku jarang keluar lunch. Sebab utama, malas, panas dan sayang parking..erkk. Dan waktu tengah hari, aku nikmati dari dalam kotak besar yang beku ni, hampir setiap hari.....Owhh yer, hari ni aku bawa bekal mee goreng.... sedapppp;)

Waktu awal-awal aku keluar dari 'kepompong' keluarga, atau 'kepompong' negeri, aku menghadapi sedikit masalah dalam memanggil jenis mee yang dua; bihun dan mee.

Kalau mee, aku panggil mee kasar. Kalau bihun, aku panggil mee halus. Ke orang Terengganu je yang panggil lagu tu? Atau aku je? erkk...

"Abang,mee kasar satu bungkus",

Abang yang kerja kat cafe Mahallah Aisyah, Matrik UIA pening sambil buat-buat garu kepala.

"Mee kasar tu mee apa dik?", tanya dia

Aku pelik, macam mana abang ni tak tahu mee kasar. Aku pun tunjuk la kat bakul yang berisi mee kasar warna kuning, atau mee;)

"Ohhh mee!!"

Ada sesetengah orang gelak dengar aku panggil mee kasar dan mee halus. Kelakar kut bunyinya.haha.. apa-apa la.

Itu perihal panggilan mee dan bihun yang aku belajar.

Perihal lain....banyaknya nak list down,erkk..

Cuma satu yang aku pasti, di samping belajar tentang mee dan bihun, tempat orang ni juga mengajar aku menjadi tabah. Tabah dengan dugaan, kedukaan, kelelahan, kesempitan.. Yeap...tempat orang, di sini...sekarang ni…

PS: Afida Anuar mengaku tabah yer sekarang;)

14 comments:

uNcLeJoE said...

huhuhuhuhhuh nak gelak nak gelak...2,3 blog hari ni ceria betol la...jumpa org kg lak...bofoyengfeng ke mcm mana la eja dia...citer nostlgik gak.... ni buka blog fida pun huhuhuhu mi kasor se...huhuhu kalau UJ duk situ pun mesti UJ gelak..suke seloq....UJ dok bghahi r mi kasor wahi mi halus je...huhuhuhu

uNcLeJoE said...

nak sambung ag skit .... heheheheh nak suke je....sambung ketawa...huhuhuhuhuhuhuhu

azrin said...

first time dengar gak mee kasar tu. mee halus penah dengar.

mee sanggul pernah dengar tak?

Afida Anuar said...

UJ-->hehe...bofoyengfeng tu musti link dari blog khairi...fida suke mee kasor... mee halus kureng sket..hahahahaaha..sambung la UJ:P

Azrin-->hehe..mee sanggul macam pernah dengar, tapi tak tahu rupa..hhuuhu

Abd Razak said...

Salam...

Saya pun panggil mee kasar dan bihun tu lak jika digoreng jadi meehun, ianya bertukar jadi laksa bila dibuatnya laksa sarawak...aduhai pelik tapi benar

Tirana said...

Kak tirana panggil mee kuning..hehehe.. Alahai dah lama tak masak mee mamak.. Kalau malas nak pergi pasar beli mee, kak tirana guna spagethi aje untuk masak mee

Pn Kartini said...

Salam dear...:):)
Ermmmm.....sekurang2nya..tambah satu lagi vocab utk tukang jual mee tuu...lain kali senanglah dia jgk bila ada org nak order mee kasar ..kan kan kan...kan...:):):)

Take care dear....:):)

bspotgurl said...

Memang simetime malas giler nak keluar lunch. I pun sama ahh lebih-lebih lagi cuace panas kat luar sana.. Aduhaiii malass lor

uNcLeJoE said...

hmm baru terperasan... bulan apa fida.. bulan yang macam banyak gak kat trg n kelantan tu ke?

ps - blog tak de mood nak upadate so the time nak explore n skodeng org lain nye blog lelebih sekit kan...

mohamadkholid said...

gitu rupanya, tapi dua-dua tu dari tepung yg berlainan cik adik...

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak, ada jugak yang memanggil mee tu mee kasar, ingatkan saya sorang je..hehehe...mmg pelik tapi benar;)

Kak Tirana-->Mee mamak..sedappnyer...fida tak pandai buat yang ala-ala mamak punya...hehe.. eh boleh terai la guna spageti nak masak mee goreng;)

Kak Tinie-->Salam kak tinie..hehe..betul jugak tu kan? entah2 fida sorang je yang order mee kasar tu..huhu...

Bspotgurl-->Owhh kita serupa...duk lam opis rasa macam duk kutub utara...sonok..hahaha

UncleJoe-->hehe..ni bulan..erkkk bulan lain..bukan bulan tu..heheh..

UJ! fida dah kat kampung nihhh...sonokknyer..jangan jeles!!

Mohamadkholid-->yer cik abang, tau depa diperbuat dari tepung yang berlainan...tp entah la kenapa kami memanggilnya kasar dan halus......hehe

niwtode said...

fida, ni email aku (edot)
rumpelts[at]gmail[dot]com

nahmy said...

salam...
'when the going gets tough, the tough gets going'...merantau melatih kita utk mudah berhijrah!

Afida Anuar said...

Edot-->thanks edot, nnti aku forward email. nak jemput ke potluck..tak pun aku msg je la ko;)

Nahmy-->salam... alhamdulillah..rasanya begitu lah nahmy... banyak melatih..

 

Browse