Salam Manis Dari Sang Bulan...

Tuesday, May 11, 2010
Kerja..dua tiga hari ni agak hectic. Amat. Projek sudah masuk tahap separa kritikal, erkk takde la kritikal yang menyebabkan kami perlu masuk ‘ICU’, cuma time ni, kami memang betul-betul kene fokus. Test case yang berlambak tu, nak kene deliver on time.

Team developer lagi la. Berkampung kat opis macam sudah menjadi kewajipan bagi mereka pada setiap hari. Hujung minggu pun sama. Balik rumah setakat untuk tidur je. Uishh macam gerun je bunyinya kan? Tapi itulah hakikatnya. Hakikat kerjaya sebagai seorang developer.

Waktu aku belajar dulu, lecturer aku ada juga bercerita pengalaman mereka yang bekerja dalam bidang IT. Ada yang bawa beg pakaian, sabun, berus gigi terus ke opis, tidur makan bertapa semua kat opis. Opis opis opis... Gila la. Masa aku dengar tu, macam tak percaya pun iyer jugak. Apa yang buatkan mereka sampai nak bina rumahtangga kat opis? Tapi bila aku sendiri yang berada dalam industri ni, baru lah aku faham.

Dulu-dulu kala,waktu aku jadi developer yang tak bertauliah, pernah juga la aku merasa suasana berkampung di opis barang seminggu dua, tapi takde la sampai tahap nak bawa beg pakaian ke opis. Tapi sejak aku masuk testing team 2 tahun yang lalu, alhamdulillah...boleh dikatakan pembinaan kampung di opis itu lenyap sama sekali.

Testing team...erkk maksud aku kuli team;)

Cuma yang pasti, kami tak dibayar OT(Over time) even berkampung 24 jam sekali pun kat opis, company IT mana yang nak bayar OT iyer dak? Kalau idak banyak la company IT yang gulung tikar sebab bayar OT kat pekerja-pekerjanya yang tak balik rumah tu, huhu. Keje hampir-hampir nak jadi zombie pun, gaji maintain ciput, erkk maksud aku gaji aku la. Seciput-ciput pun, alhamdulillah, moga-moga yang ciput ni la yang berkat, insyaAllah..

PS: Fida, kerja untuk hidup kan? Bukan hidup untuk kerja...

13 comments:

[palie] said...

ade gak kompeni yg bayar OT.. kompeni aku byr OT.. kalo lebih dr 2jam dpt RM25, kalo lebih dr 4jam dpt RM50 kalo x silap, kalo lebih dr 6jam bleh dpt 1 day in lieu or claim duit rm70 max.. tp biasa org amik leave la..

uNcLeJoE said...

owhhhh..UJ tak berapa arif dengan industri ni...tapi UJ faham memang cam tu lah kan...anyway UJ tak de nak komen pe2 just nak tanya je...fida tak de ke rasa nak tukar profesion jadi macam emak fida ke, cam UJ ke...hehhe pengalaman yang ada, banyak tuh kan...bye my experience loooking at those who were involved in particular field then they jumped to educational industry...they are much much better in conveying the message...perhaps they equipped with the - real implementation - hence, transformation of information happens easily..not only by the theory...sekadar pandangan...hidup bukan hanya untuk bekerja...tapi banyak lagi kan...dan banyak lagi tu lah kita wat untuk hidup kan...huhuhuhu panjang manjang la plak...

patut la...lambat je entry fida lately keluarkan ...hehehe busy bee rupanya...

UJ kat penang sekang...hmm nak citer pe la ekk ..owhh mungkin pengalaman fisrt time naik AK5442 JB to PENANG...darat skitttt

Abd Razak said...

Salam..

Kerja utk hidup..:)
Kerjalah takpe asalkan kerja menyiapkan bekalan utk sana seimbang dgn kerja yg kita buat.

Afida Anuar said...

Palie-->oooo,aku ingatkan takde.. ..kampeni aku klu keje wiken je dapat comp off..claim yg lain takde, huhu..sadis kan?...

UJ-->UJ, ada jugak niat macam tu dulu-dulu kala...tapi..erkk..nak kene sambung belajar pulak.. pastu +- fida tak pandai nak mengajo orang. takut gak la nanti kan..huhu.. (alasan). Tapi mmg agree dengan UJ, banyak lecturer fida dulu-dulu macam tu la.

wahhh besttnyer naik AK5442 pi sana.. eh jap, AK5442 tu benda yang terbang di udara kan?hikhikhik

Abdul Razak-->Salam saudara.. insyaAllah, cuba menyeimbangkan. ..terima kasih saudara ats peringatan..

Tirana said...

Tak boleh bayangkan kalau pekerja itu seorang isteri dan ibu.. Terpaksa tinggal suami dan anak-anak di rumah semata-mata kerana kerja..aduhai..parahnya

saizulhafiz said...

projek apa wei???

nahmy said...

salam...
tekun dan sabarla...kan ke keje itu ibadah? cuma bab 'berkampung' kat opis tu klu mak tau...mau kecik ati diaaa....kg pun jarang balik alih-alih ada 'kg' baru plak..heheh

tajnur said...

Assalamualaikum!
Betul juga kata UJ tu, sebaiknya tukarlah profession kalau rasa post sedia ada semakin hari semakin mencabar! Kenapa? Takut nak ambil Diploma of Education? Dlm industri pendidikan, mmg ada ruang matape;ajaran IT di sekolah2 dan SBP. Habis2 susah pun kerja di sekolah, kot2 kena pegang jawatan penolong pada GPK1 buat jadual waktu, others are more towards clerical work. Budak skolah balik, kita baliklah! Just that easy...

penjejak maya said...

salam,

kerja selagi ada hayat dikandung badan..

r.o.l. said...

Boleh tahu Cik Puan Afida developer apa?

Saya pernah baca dulu tentang masalah kenapa ramai graduan ICT enggan masuk ke industri. Sekarang saya baca sendiri sebabnya.

Saya rasa tidak patut seseorang itu masuk ke sektor pendidikan semata-mata untuk mencari kerja yang kurang membebankan. Mengajar memerlukan jiwa yang besar. Orang yang tidak ada jiwa yang besar tidak mungkin menjadi pendidik. Pensyarah mungkin, tapi bukan pendidik. Wallahua'lam, saya pernah terlibat dan masih sedikit sebanyak bekerja dengan orang-orang di IPT.

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->parah gak la..tp insyaAllah scope kerja sekarang tak seteruk apa yang diceritakan oleh lecturer fida tu..takde sampai nak bawa beg pakaian bagai..kerja macam biasa, cuma ada satu-satu masa yang tak dapat nak elak tu, balik lambat jugak la. tu pun jarang2 skali..

Saizul-->projek menaik taraf jalan kampung pak uda..haha

Nahmy-->Salam, tu dulu-dulu..waktu terlibat dengan development..skrang alhamdulillah,takde dah kampung2 tu.. time balik kg,balikkk...

Tajnur-->Waalaikumusalam..tajnur, bukan semudah tu..kalau tajnur ada terbaca entry2 terdahulu, saya pernah menolak bidang pendidikan sebab memilih bidang ni. Sebab memang minat saya. Malah saya tak merasa kesal, ada hikmah yang amat banyak saya di sini... saya suka... cuma kalau saya nak settle down sok sok bila, mungkin saya berhenti terus kut, jadi full time housewife, dan part time______..insyaAllah kalau diizinkan:D

Penjejak Maya--> Salam..yeap.. selagi mata belum terkatup rapat...

r.o.l-->cik lagi, puan lagi...hehe..

dulu saya pernah jadi developer java..tak bertauliah pun. Lepas tu masuk software testing.. alhamdulillah, bidang testing boleh relek skit berbanding development. Takde dah kampung2 semua tu..hehe

rol,saya setuju dengan pendapat akhir rol,salah satu sebab saya tolak tawaran jadi cikgu dulu, dan pilih peluang untuk masuk bidang ni adalah saya takut saya tak dapat nak didik anak bangsa dengan sebaiknya...dan lagi saya tak pandai nak berinteraksi dengan orang sepanjang masa, interaksi dengan komputer pandai la;)

tunbegia said...

sungguh hectic kaans,

salamm,

Afida Anuar said...

Salamm tunbegia..

sangatt hectic..huu

 

Browse