Kahwin Karipap...

Monday, May 17, 2010
Nak kahwin, tak mudah...tak juga payah. Tapi perlu ada persefahaman yang tinggi dan tolak ansur dalam menguruskan urusan nak kahwin. Bila kita nampak luaran satu-satu majlis kahwin tu, ada yang indah, tapi siapa yang tahu, di sebalik indah itu ada yang payah, dan tak kurang ada juga yang mudah. Orang yang dah kahwin mesti tau pasai ni kan? Betui dak UJ?

Sudahh! anak yang baik hati ni dah mula cakap pasal kahwin..hehe.

Beberapa hari lepas ada tersembang dengan mak pasal urusan majlis kahwin adik laki aku yang tak sampai sebulan lagi tu. Banyaknya benda nak kene buat, barang nak kene beli, periuk belanga nak kene cari, tak kurang ada juga hati yang nak kene jaga, huh

"Mak,time Kak Nor nanti kalau susah sangat nak masak bagai, makan karipap pun tak pe la mak. Macam Ustaz Ismail Kamus cadang. Goreng je. Senang".....erkk.

21 comments:

uNcLeJoE said...

huuuuhuhuu.... a'a tol gak ada yg mudah jadi payah....yang payah lak jadi makin payah...hehehe...

adik fida nak kahwin ekkk nanti...langkah bendul ...

karipap...dulu UJ cadangkan wat laksa je...tapi org wat nasi minyak gak....huhuu ntah la...budaya kita cam tu kan...makan nasik baru rase majlis skit kot...kalo karipap ni... frozen food tu banyak ....lagi pun nasi minyak kan fida...tempat orang luar tak selalu ada...tempat kita pagi2 boleh breakfast nasi minyak...doang tak de kenduri kendara tak jumpa nasik minyak kot...

yang paling penting bersederhana...UJ punye dulu simple je...sebab mak ayah tak ade abg2 n kakak2 handle...tp meriah gak..

insyaAllah fida nantinya bestkan...fida ckp pasal kahwin selalu ni...tp selalu pulak orang lain punye kan?...tp nanti sampai masa akan terima la jemputan dr fidanya lak kan...hehehe

@mira said...

kene jaga hati org yg dtg kak..dan nk jaga maruah keluarga..tkkn nk kasi karipap..huhu

sy suggest hidang menu teh O, bole tak org caterer tu kata "Malula Encik Alim hidang Teh O je..teh tarik la.."

sy terkedu..kita pk ade org tk suka minum teh tarik..byk org suka minum teh 0 je kan..dia pk maruah pulak..

aih mcm2 kak...serious..sy pon pening..kenduri aku atau kenduri dia??hahaha

penjejak maya said...

salam,

biasanya kalau nak kenduri kahwin ni satu rumah sibuk dengan persiapannya..

eloklah juga belajar urusan perkahwinan tu bila sampai serunya nanti senanglah..

Tirana said...

Teringat kawan-kawan yang kawin di oversea dulu...simple sangat..Tak dak hantaran, yang wajib bagi cuma mas kawin..itupun tak mahal. Akad nikah depan imam, lepas tu buat majlis makan yang simple.. Kenduri kawin tak sampai satu hari...Lepas makan-makan semua orang termasuk pasangan pengantin balik ke rumah masing-masing dan jalani kehidupan seperti biasa. Tak seteruk macam kenduri kawin di Malaysia.

uNcLeJoE said...

fida nak tambah skit...heehhe

setuju sangat ngn tirana...kahwin kat oversea simple...part paling best nye... kalao pinang kat malaysia sure mahal2..kat sana hehehe kawtim2 je...tp adat dan syarak tetap terpelihara..

Abd Razak said...

Salam..

Keharusannya sederhana dalam semua perkara dan jangan sampai melanggar dan bercanggah dengan syariat Islam. Keredhaan dan keberkatan itu yang kita harapkan dalam majlis walimah.

Pn Kartini said...

Salam my dear..:):)

Kesederhanan itu semmgnya mmberi byk keberkatannya...namun penerimaannya kpd org lain terkdg ada yang mengundang kata2 di belakang...itulah kita..
serba tidak kena..aduhai..:):)

oklah dear..take care yaa...
Hari ni..makanan karipap pun sedappp..hehehe..:):)

Afida Anuar said...

UJ-->ni kali kedua bendul kene langkah. Tahun lepas adik laki no 3 yang kawin, tahun ni no 2..hehe

takde la, mak cerita..kalau ikut mak nak tempah je semua..atau catering ke..senang. Mak tak larat..fida pun tak larat,erkk. Tapi ayah nak masak sendiri, jemput sapa-sapa yang bertauliah datang masak, n kalau masak sendiri banyaknya nak kene fikir, nanti nak kene kemas lagi.. mesti penat gila gila..kesian mak..tapi taat kat ayah..ikut je..hehe. Time fida nanti,akad nikah je,tapi insyaAllah bestt..erkk..berangan:D

Mira-->hehe..lawak pulak mira buat situasi di atas..tapi serius, bukan senang kan nak handle nak kawin ni...mira sedang uruskan..mira tau la.. Akak tolong yang adik skit2 ni pun pening... doa2 moga semua dipermudahkan.. tapi kalau kenduri akak nanti hidang karipap betul2, jangan tak nak datang tau..hehee

Penjejak Maya-->salam penjejak maya.. masuk kali ni, nampaknya dah ada 2 pengalaman urusan kahwin, walaupun tak secara langsung,insyaAllah time saya nnti harap Allah permudahkan sikit:D

Kak Tirana-->Nak kawin kat obersi la macam tu kak tirana..hehe... ni kenduri kat cni, lepas seminggu kawin pun tak habis kemas lagi rumah tu..huhu

UJ lagi-->owhh kat syria pun sama? ok nnti nak kawin fida pi obersi la.hikhikhik

Abdul Razak-->Salam saudara, insyaAllah..mak saya pun nak buat sederhana je, sekadar kenduri menyambut menantu. Moga-moga ada keberkatan

Kak Tinie-->Salam kak tinie..orang kita dah macam tu kak..seperti yang Ustaz Ismail Kamus kata la..

wah karipap..bestnya kalau breakfast dengan karipap pagi ni;)

bspotgurl said...

okay gak karipap. Takpe kitorang tak kisahpun makan ape kat majlis u nanti asalkan invite je kitorang ni. yang penting majlis tu, makanan dia tak begitu penting kot..hihik betul ke ape yg aku ckp ni

Noli said...

alamakk..tringin nk mkn karipap plak..

xpe kak..kalo plan leklok sume ni mudah je..jgn pk yg susah2..

DAMAI SURIA said...

Emm.. cuba baca Karipap-Karipap Cinta, terbitan PTS.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebaik2 kamu apa yg mudah baginya. Rasulullah saw apabila membuat sesuatu urusan dari perkara kecil sehingga besar menganjurkan sesuatu yg mudah. Apa yg penting adalah tujuan dan matalamat sesuatu perkara yg hendak dicapai! Dlm masalah perkahwinan, perkara asasnya adalah kedua psgn mempelai dpt menegakkan hukum Allah SWT (Surah AlBaqarah: 230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ
Dalil inilah yg digunakan oleh para Imam Mazhab apabila membahaskan hukum perkahwinan w/pun ayat ini menyentuh ttg talaq tetapi itulah Istidlalnya (yg jadi dalil). Balik kpd persoalan, org Melayu kita suka membazir dari segi wang, masa, tenaga (Surah AzZumar:53 قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ ) . Apalah nak dimalukan kalau kita sambut secara sederhana. Sebelum penubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir, mahar perkahwinan melambung dgn begitu tinggi sehingga ramai yg terpaksa membujang dan kalau kahwin pun terpaksa menanggung hutang yg byk. Setelah wujudnya Ikhwanul muslimin keadaan dpt mengubah persepsi dan kerenah masyarakat yg sudah lari dari kehidupan Islam. Kalaulah sudah sepakat org Pulau Rusa, ramai2 jadikan karipap sebagai hidangan perkahwinan, apa salahnya! Goreng pun sodap. Malu? Apa nak dimalukan Emmm manusia katakan, tuntutan Islam kalau tak dilaksanakan sepatutnya kita lebih malu pada Allah SWT. (Pendpt peribadi sayalah) Wallahualam

Afida Anuar said...

Bspotgurl-->betul ni? ok nanti betul2 makan karipap jangan tak sudi datang taw! insyaAllah cik fida pasti menjemput semua;)

Noli-->InsyaAllah Noli..eh nak plan apa ni? calon mcm tak jumpa pun lagi..hahah

DamaiSuria-->thanks damaisuria, hari tu dah usha2 dah buku ni, tapi saya pi beli buku lain..insyaAllah next time pi MPH saya beli karipap..eh karipap cinta..heh

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. InsyaAllah, akan cuba untuk sederhana yang boleh dan mengelakkan pembaziran... bab karipap tu, saya pun duk tunggu-tunggu juga kalau menjadi;)

aideeb said...

kawin kan ibadah..pasti ada cabaran/dugaan..huhu

miSs dee 4 dino said...

fida: setuju sgt2..bukan mudah..selain nak menguruskan banyak perkara, tanggungjawab lepas tuh pun bukan mudah nak dipikul...

dulu impian perkahwinan ku just nak nikah and kenduri kecik je..tp sebab terlalu banyak hati yg nak dijaga..maka terjadilah kenduri seperti hari tuh...:|

Khairi said...

Kalau ikut diri sendiri, senang aje nak kawin ni. Tapi bila ada campur tangan asing, jadilah mcm tu kan kan kan.

Yg penting kawin karipap lebih baik drp kawin dalam semak huhu.

jane said...

hahahahahahah comel
aku pulak...

tak payah susah2 lah abah
kite goreng kopok je

lg senang
haahaaha

Sesumpah said...

buat yg simple sudah. sesumpah teringin kahwin takde bsanding. time nikah je grand,



gatai nohh haha

Afida Anuar said...

Aideeb-->ahaaa betul tu adeeb... doa2 moga dipermudahkan.

Ida Comel-->ALhamdulillah, ko punyer dah lepas dah IDa.. eh ok pe ko punye kenduri tu..bagi aku sederhana;) ok la..

Khairi-->yeap...hurmm kawin dalam semak..hahaha.. itu la, dari diaorang kawin dalam semak, pakat jamu karipap seket2 sorang pun ok..

Jane-->Woww..kopok... tamu tak nak balik la lagu tu, sedap sangat duk gigit kopok..hahaha.. eh jangan lupa jemput saya jugak yer..erkk

Sesumpah--> Time akak nanti pun akad nikah je..takde sanding2..insyaAllah...

eh tak gatai eh..normal.hhehe

Syahid said...

Kalau lah semua wanita seperti saudari tidak perlulah lelaki Malaysia mencari gadis Sumatera, Siam, dan Jawa.

Afida Anuar said...

Syahid... kenapa perlu mencari gadis sumatera siam jawa kalau semua wanita bukan seperti saya? hehe...

 

Browse