Aku Tahu Kamu...

Thursday, May 27, 2010
Suatu ketika dulu, pertengahan dan akhir 90-an. Aku sangat suka tengok Tv. Sampai jadi hantu Tv. Pantang ada masa lapang, Tv la yang jadi tatapan. Tapi bab memilih rancangan, aku agak cerewet. Tengok rancangan tertentu je. Cerita melayu jarang yang mendapat perhatian. Tapi kalau cerita orang putih, khusyuk je mata memandang, erkk. Cerita orang putih dulu-dulu banyak siar kat Tv2. Dulu-dulu la. Hari rabu malam..hehe. Tak pernah miss!

Satu lagi cerita The X-Files, dulu aku peminat susah mati cerita science fiction ni. Cerita ni pernah buat aku bercita-cita nak jadi Agent FBI macam Fox Mulder dan Dana Scully..kehkehkeh.. zaman tak matang biasa la. Pengaruh Tv punya pasal. Waktu tu juga rumah aku dah ada recorder, eh ke apa nama benda tu? Aku pasti akan record cerita X-Files ni pada setiap minggu. Sampai dah ada koleksi berbelas-belas tape yang besar gedabak tu. Dalam satu tape boleh record 3,4 cerita X-Files. Ada waktu terluang aku tengok balik cerita yang aku record. Berkali-kali. Sampai boleh hafal skrip. Gila la..

Dipendekkan cerita, aku bukannya menikmati cerita semata-mata, tapi dalam masa yang sama aku 'improve'kan bahasa orang putih tu sekali. Ada perkataan yang tak jelas, aku buka kamus. Cari makna. Tambah vocabulary melalui Tv orang kata. Tak lupa aku belajar pronounciation sekali! Tak mustahil. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Walaupun dikit, tapi ia membantu. Sungguh!

Owhh yer, dalam cerita X-Files tu juga, ditulis sekali lokasi kejadian, atau negeri tempat kejadian berlaku, sekaligus membantu aku mengenali negeri-negeri yang terdapat di Amerika. Kononnya la.

Suatu ketika, pertengahan tahun 2000. Baru menjejakkan kaki kat Matrik UiA PJ. Berkenalan dengan seorang sahabat dari Utara Semenanjung. Dia pernah berada di luar negara kerana ayahnya menyambung pelajaran di sana. Kat UK tak silap aku. Waktu rehat, tengah bersembang-sembang, tiba-tiba dia tanya aku,

"Ohio terletak di negara mana?".

Deras je aku jawab, "Amerika!!".

"Aku ingatkan kau nak jawab Jepun", kata dia yang mungkin terkejut dengan jawapan aku yang betul itu..ngeh ngeh ngeh. Nak underestimate aku la tuh!

Thanks to X-Files then!! (Contoh kebaikan Tv, he..he)

Apa pun, kisah pernah jadi hantu Tv, itu kisah aku dulu-dulu. Kisah aku sekarang, aku bukan lagi hantu tv. Kaki Tv pun bukan. Rancangan Tv pun aku tak tahu. Semua benda fasal Tv aku jahil. Serius!

Kat rumah sewa ni, boleh kata tak sampai 10 minit pun dalam sehari aku duk mengadap Tv. Tu pun time makan-makan dengan housemate. 2 hari lepas, Tv kat umah kami rosak. Senyap terus jadi suasana. Aman pula rasa. Betapa bersyukurnya aku kepada Tuhan atas kedamaian dan kebisuan yang Dia berikan ni, alhamdulillah...

Ahad malam selepas ni dan seterusnya, jiwa tak kacau lagi;)

Itu aku pasti!

16 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Saya ni bukan suka sangat tengok tv, tapi jika susah nak tidur saya akan baring depan tv, bukalah channel apa-apa lepas tu tidurlah saya dengan nyenyaknya..:):)

uNcLeJoE said...

...salam..

pernah menghitung fikir sedikit ...jap jer... nak amik broadband ke nak masuk astro...rasenye internet lagi penting....lagi perlu banding ngn channel kat TV tu...

TV kalo tak de astro memang tak jelas siarannya... so nak kalo nak tgk jugak... lah berita perkembangan ttg pulau temasek tuh...

UJ time remaja... hmm malu la.. jakun la ...camne nak guna remote TV kalu gi umah org yaang ada TV...
malu...sbb kat umah tak de TV...
isk isk isk..

Tirana said...

Fida, masa remaja kak tirana dulu, di rumah tak ada tv. Kalau nak tengok tv kena pi rumah jiran. Sesekali aje la pergi. Sekarang ni nak kata kaki tv tu tak la sangat..tapi macam Fida juga, tak minat drama2 melayu. Kalau tanya kak tirana pasal drama melayu, memang kak tirana tak boleh jawab sebab selalu dok tengok drama orang putih aje macam CSI, NCIS. Dulu-dulu suka jugak tengok X-Files tapi sekarang siri X-Files dah tak ada. Miss ajen Mulder dan Scully.

penjejak maya said...

salam,

tv tu buang masa dunia je tu tapi saya nengok gak hehe..

kita berjiran said...

musykil la fida.. kenapa ahad malam??

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..nampaknya kita hampir serupa.. dulu-dulu cerah mata kalau ngadap tv. Sekarang tak sampai beberapa minit dah belayar ke mana-mana dah. Bosan...dah matang ni kut..hehe

UncleJoe-->Salam Uj.. Umah fida ni takde astro pun UJ. 2X orang astro call nak bagi promosi...sori tak minat. Tapi kat kg adik pasang, nak tengok bola punya pasal.huhu..

takkan berita psal pulau tu je kut uj..hehe..

Uj, bagusnya dulu-dulu takde tv.. jiwa tenteram..sungguh!...ala buat apa nak malu kalau tak pandai guna remote tv tu...kalau tak pandai mengaji sembahyang baru la nak malu pun... kan UJ??.. fida pulak tak pandai guna remote astro kalau pi umah orang yang ada astro..hahahaa...

Kak Tirana-->hehe..kak tirana rindu ye..fida pun rindu jugak..hehe... wahh NCIS,CSI..mmg peberet tu kak tirana;)

Penjejak Maya-->Salam..benar..memang amat buang masa..lagi2 la kalau rancangan entah apa2.isk isk isk..

Kita berjiran--> ahaaa..ni mesti tak baca entry 'Hilang Rasa' ni..hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya pun bukanlah peminat filem/tv tetapi terpaksa menonton juga filem mcm X-files, Mission Impossible dsb krn itulah rancangan makar CIA dan FBI terhadap kemusnahan umat Islam dan kekucar-kaciran tamaddun manusia. (Surah AlBaqarah:120 وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ Mrk akan guna apa sahaja teknologi dan kekuatan yg mrk punyai utk mencapai matlamat hatta terpaksa mengorbankan dan menjeratkan kawan2 mrk sendiri dgn begitu licin! Jadi tidak hairanlah kalau kita melihat keruntuhan moral dan agama dewasa ni berkisarkan usaha2 mrk. Malah ujian pelepasan kuman anthracnose, virus, bahan2 bioundegredable chemical compounds dan bom2 kimia yg berlaku sekitar dunia tanpa disedari adalah rancangan mrk yg diputarbelitkan fakta krn kuasa ada pada mrk. InsyaAllah dgn mempelajari AlQuran, barulah kita nampak siapakah, apakah peranan dan perlu kita lakukan sebagai org rosikh dalam ilmunya (Surah AnNisa:162 لَّـٰكِنِ ٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ مِنۡہُمۡ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ‌ۚ
Wallahualam

Sesumpah said...

hehe zaman minat tgk x-files dulu, teruja jeh tunggu cerita tu start



@,@"

uNcLeJoE said...

owhhh... maksud UJ... channel singapore je lah kalo nak tengok... jelas ngn TV 14 " sekang kat umah tuh...so kalao tengok berita pun... channel SURIA...channel melayu..so berita pun pasal pulau singapore je la...hehe

Pn Kartini said...

Salam dear..:)

mmg suka jg X-Files tuu..:)
kiranya minat jugakk laa hero nya tuu..aduhaii..tapi tu dulu-duluuuuuuuu kan...hehehe

Jijahh @ f.k said...

hehehe jijah pun jarang dapat nengok tv ...

r.o.l. said...

X-Files akan sentiasa mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang berlaku antara saya dengan cikgu tuisyen saya. Ketika itu X-File ditayangkan setiap malam Rabu, yang padanya kami ada kelas tuisyen. Jadi saya dengan penuh tak malu telah bertanya kepada cikgu saya, "Cikgu, bolehkah kita pinda jadual kita kepada malam lain selain malam Rabu kerana saya mahu menonton X-Files."

Cikgu saya menjawab pertanyaan saya dengan satu pandangan yang, apabila diterjemahkan kepada kata-kata, berbunyi, "Tok sah dok mengada."

uNcLeJoE said...

erkkk... UJ nak tmbah skit... rol.. cikgu tu sepupu fida kot... heheehe org ganu ..

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... bila baca komen tajnur ni, rasa mcam tajnur ni saintis pula...tau serba-serbi pasal kuman, virus, biological weapons...wowww

Sesumpah-->Kalau boleh tak nak pi mana-mana..mata pun tak nak alih mana-mana..hehe

UJ-->Owhh lupa orang yang duk jhor dapat channel singapore...jelessnyer, eh tapi bukan kene pasang antenna tu tinggi2 ..kan?

Kak TInie-->Salam kak tinie..iyer akak, dulu-dulu...hehe..fida minat dua-dua;) dulu-dulu la..hehe

Jijahh-->saya pula dah rasa menyampah tengok tv jijahh..huhu

r.o.l-->ROL..senyum sorang-sorang saya baca komen rol ni..mesti rasa rugi yang amat tak dapat tengok X-files kan ROL..

teringat masa minggu peperiksaan sebenar PMR..SPM pun... X-files tetap saya layan macam biasa..aduhaii macam orang tak periksa bila layan X-files,saya bukannya apa, nanti nak study tak khusyuk, asyik teringat kat Mulder n Scully je....hehe.

Uj lagi-->eh..ye ke, mebe kut UJ... r.o.l orang terengganu jugak ke UJ?erkk

r.o.l. said...

Afida & UJ, cikgu saya orang P. Pinang, dan saya asal dari utara. Bunyi Ganu ke?

Afida Anuar said...

Owhh R.O.L orang utara...saya ingtkan ROL orang ganu.. Memang la tak nampak ROL kecek ganu, tapi ada satu entry rol tu..tajuk apa saya dah lupa... entah macam mana saya boleh ingat rol orang ganu based on entry tu..ampunn..

 

Browse