Gila Tapi Damai...

Sunday, April 11, 2010
Hujan di petang hari. Normal kat sini, maksud saya kat Putrajaya Cyberjaya ni. Boleh kata tiap-tiap hari hujan. Alhamdulillah, rahmat dari Tuhan. Saya macam biasa la, kalau saya ada kat rumah, time hujan je mesti nak duk bertenggek kat tepi tingkap yang tingginya separa awan tu (konon! hehe). Buat apa lagi kalau tak menikmati bau hujan, menonton tari hujan... dan..bicara sama hati..

Tengah hati duk berbicara dalam hujan, tiba-tiba titis hujan yang lembut tadi bertukar menggila. Habis muka saya ditampar-tampar dek titis hujan yang gila tu. Tapi, gila macam mana pun, bagi saya hujan itu tetap mendamaikan,erkk. Gila tapi damai..gila la..hehe.

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). - Yang ni saya ambil dengan pak cik google, sekadar berkongsi-

WaAllahualam.

Till then...

13 comments:

Khairi Mohd said...

Akan jadi lebih damai kalau ada air teh beng bertakung kt depan tu hehehe

r.o.l. said...

Hujan, sesuatu yang dinanti-nanti musim panas ini...

nahmy said...

wlupun bila dah berusia ni...tp bila hujan tehingin gak nak main hujan. tp apakan daya..keadaan kesihatan dah menurun. skrg kena 3 titik hujan je..dah tentu deman seminggu

Faridrashidi said...

Ada sesetengah hadis disahihkan oleh golongan Wahabi. Biasanya nama penulis - ada Baz/alBani. Wallahu a'lam, boleh cek balik.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dalam Surah AlHajj:1` ....Engkau lihat manusia dlm keadaan mabuk walhal mereka tidak mabuk..`
Diambang kiamat (skrg kot)manusia hidup dlm keadaan berlawanan dgn fitrah asal manusia dimana mrk melakukan pelbagai perangai yg pelik2 kerana mengikut rentak sistem spt motorsikal psg lampu siang hari, manusia bercakap2 sorang2 dgn handphone, psg pelbagai penggera keselamatan, berasak2 dlm bas dan komuter, takut hujan tapi main hujan dsb. Bukanlah mrk ni betul2 mabuk atau gila tetapi sistem sedia ada dah mmg mcm tu. Layanlah seadanya. WaAllahualam

uj said...

Ya Allah jadikan lah hujan yang turun ini hujan yang membawa rahmat..rasanya orang pantai timur hujan terlaly sinonim kan.. apa tah lagi kalo hujungtahun... banjir..
..hujan...teringat UJ waktu bujang dan selalu suka je meredah tempat2 yang tak selalu pergi...seronok kalau bersiar-siar selepas hujan.. time tu kereta tak perlu aircond ...udara nye nyaman.. dan terasa seperti spring waktu kat syria dulu...sana cukup susah hujan tapi kalau dah salji turun semua kuar rumai main salji... bestt... pastu bertaubat tak nak main lagi sejuk sampai tulang hitam terasa..

Abd Razak said...

Salam...

Nikmat hujan yang rahsianya hanya Allah sahaja mengetahui bila akan diturunkan...

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya (Allah) sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal). (QS Luqman 34)

Afida Anuar said...

Khairi-->hehe..air teh beng wak cicoh sekut kerah, tu lagi damai!..hehe..

rol-->yeap, sangat dinanti-nantikan. Dapat mendamaikan hati-hati yang kepanasan juga.WaAllahualam

Nahmy-->nampaknya antibodi tak cukup kuat tu. saya pun teringin juga sebenarnya..hehe

Faridrashidi-->ooo,terima kasih ustaz Farid for the info...InsyaAllah nanti saya cek

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt! Tersenyum pula saya baca komen tajnur kali ni. Memang betul la dah akhir zaman ni..manusia semua pelik2. huhu.

UJ-->InsyaAllah hujan rahmat. Tahun lepas tak sempat merasa musim tengkujuh kat kampung, tahun ni harap-harap dapat la merasa. Besttnye UJ dapat main salji, saya teringin nak main, walaupun UJ kata taubat takmo main..hehe..

insyaAllah ada rezeki nnti dapat ke mana-mana...mana tau..

Abdul Razak-->Salam..terima kasih atas perkongsian dari terjemahan ayat suci Al-Quran. Saya hargai.

Anonymous said...

haaa.. fida ko tgh doa tentang apa ya~ hikhikhik

UstazCahaya said...

Salam Fida.

Rumah kamu kan dah dekat dengan awan, asal kamu tak kecik kan sikit paip hujan kat awan tu, jangan dia lebat sangat;D

Ciplak ayat kawan saya, ketika kami bermain layang2. Masa dah besar ni la masih main layang2 waktu ada pesta layang2 kat sini. Bila layang2 dia susah nak terbang, kawan tu kata 'Eh cuba korang bukak full speed angin ni'. Hehe saya tergelak masa menulis ni. Tak tahu la jika cerita ni tidak lawak.

Oh ya, tentang hujan.. kita punya kesukaan yang sama Fida. Suka kan time hujan. Saya juga menulis tentang petang yang hujan semalam di blog saya;-)

"kalau saya ada kat rumah, time hujan je mesti nak duk bertenggek kat tepi tingkap yang tingginya separa awan tu (konon! hehe). Buat apa lagi kalau tak menikmati bau hujan, menonton tari hujan... dan..bicara sama hati.."

uj said...

khairi .. hujan-hujan air teh panas atau kopi panas la best skit .. beng-beng peng-peng ni... time panas la kan...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Izinkan saya menyentuh tentang penetapan sesuatu hadis krn ini menyentuh mengenai Usul AlFiqh (SOURCE METHODOLOGY IN ISLAMIC JURISPRUDENCE). Secara ringkasnya, pengambilan sesuatu hadis sebagai hujah atau hukum dinamakan Istinbat (Surah AnNisaa:83. Asalnya, ketika Rasulullah swa masih hidup, semua perkara diajukan kpd baginda, tetapi setelah tiada sudah menjadi ijma` sahabah mengambilalih tugas2 kerasulan memimpin ummah dgn AlQuran dan hadis Mutawatir sbg sumber rujukan iaitu Qot`ie Tsubut ( Ketetapan Putus). Berdasarkan Surah AlA`araaf:158, setiap kalimah menjadi pegangan hidup, engkarnya menjadi kafir. Dari setiapnya timbullah dalil putus iaitu ayat muhkamat (jelas) yang tidak perlu dipertikaikan dimana semua mazhab setuju mengenaiinya. Adapun daripada sumber tadi mengandungi juga ayat mutasyabihat (serupa meyerupai)dimana setiap imam Mazhab masing2 membawa hadis sohih yg lebih arji` utk dibahaskan (Surah AliImran:7). Setiap hadis yg dibawa tersebut tidak boleh bertentangan dgn ayat AlQuran kerana terdapat hadis, `...Sesungguhnya Kitab Allah diturunkan supaya sebahagian ayat membenarkan sebahagian`. Org mukmin tidak berselisih dlm perkataan ( Surah AzZariyaat:7)
Nanti kita cerita pjg bab ni jika ada masa tetapi nak fokuskan samada hadis yg Afida bawa tu adalah dari Glgn Wahabi atau tidak! Dlm Surah AlBaqarah:186 dan Surah Qaf:16 menunjukkan bila2 masa Allah SWT mendengar dan menyahut permintaan hambaNya malah lebih rapat dari urat leher kita sendiri! Wallahualam

Afida Anuar said...

Edot-->selam hati aku, ko akan tahu:P

Ustaz Cahaya-->Salam ustaz, hehe..rumah dekat dengan awan pun, tak sampai nak kecikkan..hehe..

Bagi saya citer tu lawak, ala2, nak kecikkan paip hujan tu kan?hehehe. Baru lepas baca kisah hujan dan sodoku tu,sangat suka sama hujan, tapi tatau la hujan suka atau tidak sama saya..erkk..

UJ-->tambah dengan ubi kayu panas, cicah gula..perghhh...hehe

Tajnur-->owhh ok, terima kasih tajnur, btw hadith tu saya copy sebijik sebijik dari website ustaz zaharudin.. waAllahualam...

 

Browse