Sebagaimana Engkau Temukan Adam Dan Hawa...

Sunday, April 04, 2010
Sudah masuk bulan ke empat dalam tahun ni. Baru je rasa duduk bersahaja di tepi tingkap sambil melihat pancaran bunga api sambutan tahun baru 2010 yang diadakan di sekitar Putrajaya pada malam tahun baru yang lalu. Rumah saya terletak di tingkat yang hampir mencecah awan, jadi agak menguntungkan kerana saya tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai menyaksikan apa-apa acara yang melibatkan bunga api di Putrajaya ni. Cuma mengintai dari rumah je. Tapi takde la nampak jelas sangat, takpe la, asalkan nampak sikit-sikit ,ok la kan?..erkk

Lagi 2 bulan, keluarga saya bakal menerima ahli baru. Sememangnya saya menantikan saat-saat itu. Adik lelaki saya yang kedua bakal mendirikan rumahtangganya, insyaAllah. Saya bakal mendapat seorang lagi adik ipar. Tahun lepas dah dapat seorang adik ipar perempuan, tahun ni dapat lagi, alhamdulillah. Meriahlah kalau time raya nanti...

Bendul saya bakal dilangkah lagi?hehe, saya dah lali dengan hal itu. Malah tak memberi kesan sangat pun dalam hidup saya, sebab saya tahu, saya dah 'berusaha' untuk membendung bendul itu dari dilangkah, tapi kalau Allah dah tetapkan memang kena langkah,saya terima dengan redha. Saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Kan?

Cuma saya tengah duk fikir-fikir ayat apa yang saya patut karang, jika ada soalan-soalan panas dari wartawan-wartawan yang tak bertauliah pada hari kejadian,hehe.Teringat sewaktu kenduri adik lelaki saya yang ketiga pada tahun lepas, lenguh juga saya nak jawab soalan-soalan panas yang dilontarkan, terasa hidup ni glemer mengalahkan artis pula, haha. Apa-apa la..

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ni, ada beberapa orang jejaka yang diperkenalkan kepada saya melalui ahli keluarga dan ada juga melalui sahabat-sahabat saya untuk dijadikan calon suami. Saya hargai apa yang mereka sudah buat untuk saya. Saya terharu. Cuma, kalau Allah dah tetapkan di kalangan mereka itu tiada sorang yang telah Dia takdirkan untuk jadi pendamping saya di dunia, apa lagi yang saya boleh katakan. Nampaknya jodoh saya tidak semudah seperti sahabat-sahabat saya yang lain, saya akui itu. Dan saya yakin, apa pun yang berlaku, pasti terselit hikmah yang amat besar, insyaAllah!

Apa pun, sekembalinya saya dari tanah suci baru-baru ni, segala persoalan yang bermain di benak kepala saya berkaitan soal jodoh saya sedikit sebanyak berjaya dirungkai, alhamdulillah. Bukan bermaksud saya sudah bertemu dengan 'adam' saya, tapi... macam mana saya nak cerita yer...

PS: Tetiba terasa diri ni macam Abdullah Khairol Azzam dalam cerita 'Ketika Cinta Bertasbih 2' pula. Maksud saya, dalam soal mencari jodoh la...hehe (perasan!).

15 comments:

unclejoe said...

huuhuhuhuhh lucu jugak entry kali ni .. hehehehe... ade scene KCB gitu... a'a siap sedia la dengan jawapan2 yang bernas dan jawapan yang tidak mudah disangkal oleh wartawan bile diterjah nanti....

nape mesti abdullah khairul azzam kenaapa tak jadi ana altafu nisa' hehehhe

jadi bu'eh pun ok gak... solehah

sekadar bergurau ek...

semoga fida dijoodhkan dengan lelaki yang beriman..aminnn

UstazCahaya said...

Salam malam minggu Afida.

Wah.. tinggal tingkat tinggi. Pagi-pagi boleh main awan seperti di kayangan. Hehe;-)

Abdullah Khairul Azzam? Saya juga pernah terperasan dia itu adalah saya;D

azrin said...

fida, jom la share. macam interesting je :)

Afida Anuar said...

UJ-->huh,lucu rupanya eh.. khairul azzam la, sebab sorang demi sorang calon isteri yang diperkenalkan keluarga, dugaan demi dugaan yang dia tempuh, tapi bukan jdoh dia dengan mereka, last2 annaalthafunisa jugak jodoh dia sebenarnya...eh kalau saya pun,nak jadi bueh..hehe..

Aminnnn.... masin mulut UJ.. insyaAllah;)

Ustaz Cahaya-->hehe,lebih kurang la ustaz, boleh capai awan gitu.. owhh ustaz pun sama? insyaAllah nanti ustaz akan bertemu juga dengan 'annaalthafunnisa' ustaz...Aminnn...

Azrin-->hurmm...cemane yer, cuba azrin fikir lagu ni...cuba kita redha dan sabar atas apa jua yang Dia berikan pada kita..berlapang dada atas segalanya, apa pun, Dia buat satu2 benda tu tidak sia2..pasti berhikmah..even habuk depan mata ni pun, yang kita anggap sia2 dan menyakitkan, ada hikmahnya azrin..yakin dengan ketetapan Dia ats kita....lebih kurang macam tu la kut..erkk.. ke cemane? huhu.. tak pandai nak xplain..hoho

Faridrashidi said...

Bila masuk peringkat ini, ramai yang kata ia peringkat kritikal bagi seorang wanita.

Faktanya, memang ramai wanita begini sekarang. Apa puncanya? Banyak.

Saya doakan dipermudah jodoh. Amen.

Afida Anuar said...

FaridRashidi-->Bagi saya tak kritikal mana, cuma pandangan orang yang mengkritikal kannya je kut, masing2 punya pandangan..

Puncanya? Jodoh belum sampai..Jdoh Tuhan dah aturkan. Manusia cuma berusaha...DIa kata jdoh saya belum lagi, saya terima dengan redha..

Aminn..apa pun,terima kasih Ustaz Farid atas doa ustaz

nahmy said...

doa, berusaha & yakinlah. inysaAllah akan Dia temukan juga jodoh tu...

Tirana said...

Memilih suami bukan macam memilih ikan di pasar malah memilih ikan di pasar juga perli berhati-hati agar tidak terambil ikan yang medak. Memilih suami lebih lagi perlu berhati-hati kerana dia bakal menjadi teman kita..teman yang bakal mendampingi kita setiap hari, ada tanggungjawab yang perlu dilunasi..bukan sekadar teman biasa..hehehe..

Afida Anuar said...

Nahmy-->insyaAllah... itulah yang saya telah buat, sedang buat, dan akan buat;)..aminn moga2..

Kak Tirana-->bab pilih memilih yang buat hati sedikit gusar tu ..moga2 diberi petunjuk yang terbaik..

Abd Razak said...

Salam...

Salam ziarah, pertama kali ke sini.

Saya doakan semoga dipertemukan jodoh.

Yang penting perlu berikhtiar dan berusaha tetapi jangan lupa tawakkal dan menyerah kepada Allah, agar Dia menentukan dengan ketentuan-ketentuan yang baik buat sdri, duniawi dan ukhrawi.

niwtode said...

hoho, siapkan skrip siap-siap atau buat-buat bz sepanjang hari.. atau bila org tanye, buat tiba-tiba macam dengar mak ko panggil. "Eh, apa? ibu panggil? ok ok saya datang sekarang."

tajnur said...

Salam!
Mengenai entri ini, sebenarnya saya sudah jelaskan serba sedikit bahawa dlm Surah AlHadid:22, apa saja yg berlaku (jodoh, rezeki, ajal dan ketentuan hidup) telah ditentukan sebelum kita lahir didunia lagi. Maknanya jgnlah risaukan soal perkara2 itu, cuma secara jujur2nya mrk yg sudah berkahwin, sejauh manakah peningkatan mrk dlm mempelajari AlQuran dan Hadis? Maaf ckp, semua akan ckp `ada`, tetapi realitinya tidak sebegitu. Maknanya dlm keadaan sekaranglah kesempatan masa terbaik utk mempelajari apa2 yg kekurangan. Ramai Imam2 Mujtahid spt Imam Syafie rh.a , Imam Nawawi rh.a tidak berkahwin krn mrk tahu asas perkahwinan dlm Islam, mesti kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah (Surah AlBaqarah:230). Tapi kalau jodoh ketentuan dah dtg juga, terimalah seadanya Ahlan waSahlan... Wallahualam

munn said...

aduh fida, terkesan la entri ko kali nieh..aku doakn dipertemukan jodoh yg baik2 utk ko ye... ye, berlapang dada lah kita dlm menerima ujian Allah krn hny dia tau apa yg trbaik utk kita.. lepas blk umrah nmpk fida lbh positif n bersemangat..gambatte!!

Anonymous said...

kakno..
makin hampir!
may b next year kot..
kita tengok ajelah...

good, penuh ikhlas dan berpendirian
one vote for kakno!

from pr with luv!

Afida Anuar said...

Abd Razak-->Salam.. terima kasih saudara, atas doa itu..meski tidak pernah kenali saya...terharu! Moga saudara dirahmati Allah selalu..dunia dan akhirat..

Edot-->hehe..nak buat cm tu ke? nampak sngat nak lari dari paparazi..hahaha

Tajnur-->Salam!..Alhamdulillah, saya takde la risau bila memikirkan soal jodoh, cuma saya risau bila kene soal dengan wartawan je ni..hehe..Betul cakap Tajnur, sewaktu masih tiada tanggungjawab yang besar ni la masa untuk memperbaiki diri...perbaiki segala amalan...perbaiki apa yang kurang..Alhamdulillah, Allah bagi saya kesempatan, dan Allah bagi saya kesedaran..Dia uji saya dengan soal jodoh, nak suruh saya lagi dekat dengan Dia rupanya..subhanaAllah...terima kasih Tajnur,atas kata2...yang bermakna..

Munn-->terima kasih munn..insyaAllah..moga ko pun sama munn...ditemukan dengan lelaki yang soleh..Aminn...

Ayah Su @anon-->next year ke, akhir tahun ni amacam?(berangan!)ekekeke.. satu vote je macam mana nak menang ayah su!!...ahh rindu la pr..pulau rusa... insyaAllah bulan depan balik pr..

from putrajaya with luv!

 

Browse