Ini Kisah Abadi...

Monday, April 12, 2010
Merayap-rayap jiwa halus saya mencari. Mencari secebis ketenangan dalam keseliratan mengharungi projek ni. Benar apa yang saya tulis dulu-dulu, memang ada sedikit rasa yang tidak kene dengan jiwa, tapi saya kuatkan semangat. Ini kerja saya, sebahagian dari ibadah saya kan? Jadi saya kene jalankan tugas dengan sepenuh jiwa dan seikhlas hati tanpa sebarang ngomelan. Eh, Afida Anuar pandai mengomel ke?hehe..

Hari ni kami menerima last minute task. Terkial-kial test lead kami mengaturcarakan tugas agar dapat disiapkan seperti yang termaktub dalam akta projek. Awal-awal tu ternganga juga saya menerima bidang tugas yang perlu disiapkan dalam masa yang terlampau singkat. Cuma saya bernasib baik sebab hari ni hati saya dihiasi dengan harum mawar yang cantik, maka alhamdulillah kerja yang menimbun pun tidak la terasa begitu terbeban, eceh, kononnya la kan..erkk

Sejak usia saya menginjak dewasa ni, saya semakin anti dengan tugas last minute, walaupun dulu-dulu saya pernah hidup dengan 'last minute', tapi ini tidak bermakna saya menyokong 'last minute' sampai saat akhir hayat saya. Study pun last minute, final year projek pun buat last minute, assignment dan segala anak-anak assignment tu pun buat last minute, erkk. Macam teruk je saya ni semua last minute..hehe. Takde la semua, tapi kebanyakannya la. Hasilnya, dapat la saya result yang tak gempak dan tak corot. Tu pun Allah tolong saya dengan kasi result tak gempak dan tak corot. Alhamdulillah..

Tiba-tiba memori berputar pada nostalgia zaman universiti pulak yer..hehe.

Dah dah, it's time to sleep!

MORAL of The Entry....don't do last minute job yer adik-adik, tuan-tuan, puan-puan, incik-incik dan cik-cik semua..ok tu je..

Till then..

11 comments:

azrin said...

mmg tak terlepas dgn last minute task. time study tak kesah pulak buat asgmt ke projek last minute. skrang nih if dapat keja last minute rasa macam geram sangat kan.

masa study dulu, esok nak exam mlm nih baru nak study macam berbaloi gak.

result tak lah gempak sangat, tapi tak jugak corot. hehe.

Abd Razak said...

Salam...

Ermmm..last minute! Excitementnya barangkali pada sesetengah orang cukup menceriakan dan sesetengahnya pula cukup menyeksakan.

Sebaiknya bersedialah lebih awal seperti mana yang pernah Nabi sarankan ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Tirana said...

Setengah orang boleh buat kerja dengan baik kalau dalam keadaan terdesak tapi kak tirana tak boleh..kena rancang dari awal. Kalau tidak, semput..hhehehehe

Faridrashidi said...

Saya suka buat kerja awal, tapi mahukan tekanan. Sebab dengan tekanan ia seperti pam angin yang selalu menekan.

Bergantunglah kepada situasi masing-masing.

Afida Anuar said...

Azrin-->dulu-dulu,waktu muda remaja tak matang lagi. Tatau baik buruk lagi. Skrang dah matang sket, baru lah nampak dengan jelas baik buruk last minit..huhu

Abdul Razak-->Salam..betul saudara, ada sesetengah orang suka, ada sesetengah orang tak suka. Dulu saya bukanlah suka sangat dengan kerja last minit, tapi entah macam mana ada sesetengah hal selalu terjebak dengan last minit.alhamdulillah skrang dah insaf..

Kak Tirana-->Fida pun macam tu akak, zaman-zaman remaja dulu boleh tahan lagi, tp sejak dewasa ni..mmg kene rancang betul2 la.

FaridRashidi-->Saya pun suka buat kerja awal..skrang ni la..hehe, tapi tak suka tekanan, sbb saya akan buat kerja dalam stress...erkk... but it depends:D

niwtode said...

study last minute aku boleh blah, tapi keje last minute tu aku tak tahan T_T. aku rase ramai je org macam kite ni fida, buat keje last minute :P

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sistem yg sedia ada telah menjuruskan supaya kita berada dlm keadaan demikian. Siapalah yg nak bersusah-payah buat kerja `last minute` tetapi kita terpaksa menyara penghidupan kita berdasarkan sistem tersebut samada mahu atau tidak! Dlm Sura AlAhzab:14 Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak fitnah/ ujian /kekufuran, sudah tentu mereka akan melakukannya dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja` Selagi sistem itu wujud, selama itulah kita tetap dlm keadaan `last minute` dan memang itulah kehendak mrk supaya kita sentiasa buat kerja2 yg tidak sihat ini. Kerja2 yg dtg bertubi2 dari setiap sudut kemudian relaks sekejap (yasiiran) kemudian datang kembali, manakan mungkin kita bersedia awal sepenuhnya krn kita pun byk mempunyai urusan2 lain. Namunbegitu, sifat yg tidak elok ini seusaha mungkin kita elakkan dari membuat kerja sia2 yg berulang2 seperti terdapat dlm Surah AnNahli:92 iaitu memintal benang sehingga kusut kemudian menguraikannya! Wallahualam

shameel Iskandar said...

Segerakan mana-mana yg boleh disegerakan sbb kerja bertangguh selalunya tak menjadi. Mungkin frasa tak menjadi tu kurang menepati, sebab kita terpaksa lakukan juga walaupun terpaksa. Ia menjadi tapi tidak sempurna seperti yang dihajati.

Afida Anuar said...

Edot-->Aku pun rasa ramai edot..tp bila dah tua ni, baru nampak kan baik buruk yang kita tak nampak masa muda2 dulu..huhu. Kalau bole mmg takmo buat dah keje last minit.uhuhu

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. InsyaAllah Tajnur, dah tak buat dah kerja yang sia-sia tu.. kecuali terpaksa. Sekarang alhamdulillah dah insaf.. waktu belajar kat U dulu tak nampak baik buruk dia..tu yg selalu buat tu..huhu

Shameel-->Yeap,betul. Tak sempurna seperti yang dihajati. Kalau time exam, tau la mcm mana rasanya klu satu2 subjek tu distadi last minit..huhu. lepas tu menyesal..tp exam akan datang buat lagi..hohoho. Tu dulu2 la.skrang alhamdulillah..dah insaf. rasa mcm nak jadi student kembali, tak nak dah stadi last minit..huhu

MaizaC'Joe said...

Salam mu lovely sis Afida

hehe.. iya maiza pun tak suka kerja last minute.. sangat kacau jiwa lara di buatnya.. habis bergegar anggota tubuh rasanya.... tapi.. time study dulu.. tambah2 nak exam.. suka hati ja lat minute... mujur lg... projek.. aduh.. projek.. maiza dah rasa.. projek last minute... huhuhu... sabar ya..kuatkan semangat.. moga di permudahkan amen...

Afida Anuar said...

salam my lovely little sis maiza;)

hehe..itu la..zaman dulu2 memang,zaman tiada kesedaran diri yang tinggi, zaman skrang seboleh-bolehnya tak nak buat kerja last minit langsung...

 

Browse