Senyum Pada Kejauhan...

Wednesday, April 07, 2010
Cukup la bicara pasal jodoh, sesiapa yang baca mesti kata saya ni angau ke apa kan? Atau saya ni terlalu naif dalam menempuh ujian sekecil ini sehingga terhambur segala rasa dan cerita di sini? Atau terlalu lemah.... oh saya akui, pada pengamatan saya sepanjang hidup bersama, sesungguhnya Afida Anuar memang punyai terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri. Percayalah. Mohon dimengerti ...dan dimaafkan..

Apa pun terima kasih dari hati atas doa tulus ikhlas dari kalian semua buat saya. Saya benar-benar hargai. Ada beberapa komen yang buat mata saya berair..erkk. Entah mengapa tertusuk dalam sukma saya tatkala membaca bait-baitnya. Saya terharu. Sungguh! Doa saya pada kalian yang sering menitipkan doa buat orang lain, hanya Allah saja yang mampu membalas yang terbaik buat kalian dan semoga Allah merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Apa yang ada dalam hati saya? Hati Afida Anuar malam ni ?Tiba-tiba seseorang bertanya.

Tiada apa-apa pun dalam hati Afida Anuar, cuma ada rasa yang biasa yang tidak akan diluar biasakan. Rasa ingin beradu sambil diulit mimpi. Mimpi didakap kasih sayang seluruh penduduk langit dan bumi. Akan tetapi, layak ke Afida Anuar dikurnia kasih sayang seluas itu? Walau dalam mimpi cuma? .....

Meniti landasan usia yang berganti hari,
Mungkin juga berganti hati,

Dalam mencari kehidupan seindah pelangi,

Duka dan lara ditelan pasti,

Hamba masih sabar menanti,
Sambil mengendong setimbun doa dan impi,

Perjalanan panjang tidak bertepi,
Doakan hamba tenang dalam mencari..


Till then...

16 comments:

tajnur said...

Salam!
Tiada apa2 ke?
Maaf, bukan nak provoke sebab saya terbaca dlm Surah AliImran:118....dan dari apa yg disembunyikan oleh hati mrk adalah lebih besar lagi`. Macam iceberg dalam lautan dibahagian Kutub. Nampak dipermukaan kecil aisnya tetapi bahagian dlmnya besar. (Bkn saya kata) Maknanya, apa yg diucapkan oleh manusia mesti .... Wallahualam

Afida Anuar said...

Salam!..Tajnur..hehe..tidak mengapa. Memang tiada apa2, cuma rasa2 yang biasa spt yang saya bgitau, rasa mengantuk nak tidur yang hebat bermain2 di minda sekarang..hehe..

Rasa yang luar biasa, izinkan saya simpan,buat tatapan diri sendiri, bukan utk tatapan orang lain..

Sometimes, something is better left unsaid:) waAllahualam.

unclejoe said...

semoga apa yang dicari
akan kau temui nanti,pasti
janjiNya tidak pernah didustai
hanya kita hamba sering melupai

barangkali bukan esok, bukan lusa,bukan tulat, bukan tubing, bukan tungging

tetapi satu hari
...satu hari di hari raya....:-)

Faridrashidi said...

Hati manusia tidak siapa mampu menebak, terkadang kata-kata lain tetapi rasa hati pula khilaf.

Semoga lena bersama redha Ilahi.

M.N Hisham said...

ermmmm...

Tirana said...

Mudah-mudahan tidur Fida semalam bermimpikan yang indah..

Abd Razak said...

Salam saudari..

Jangan pernah merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar.

Betapapun, hari demi hari akan terus bergilir, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti.

Meski demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi, dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua. Tetapi sesungguhnya, setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

Pn Kartini said...

Salam dear..:):)

Dalam mengharungi kehidupan ini semmgnya byk dugaan yang buat kita tersentap...terkdg byk jua kemanisan yang membahagiakan kita..terkdg kita berada dlm kekeliruan dan adakala jua dalam kepastian...
Begitulah kita..bagaikan roda perjalanan hidup..
Namun..dlam apa jua keadaan kita..kembali pdaNya..memanjatkan doa ..merintih padaNya..mendekati Yang Maha Esa...InsyaAllah...

Semoga my dear sis..dik fida diberikanNya ketenangan dan kebahagiaan..:):):)Amin

Afida Anuar said...

UJ-->InsyaAllah... hehe, selamat hari raya UJ!!.. Raya nanti jangan lupa singgah PR tau!..

FaridRashidi-->that is so true!..hanya Allah yang Maha Mengetahui barang apa yang ada dalam hati manusia-manusia.... Aminn..

M.N.Hisham-->apa yang di ermmmm kan tu?:D

Kak Tirana-->alhamdulillah, agak indah kak...;)

Abdul Razak-->Salam saudara.Alhamdulillah tidak pernah merasa terhimpit pun, malah bersyukur dengan apa yang Dia beri...dan redha dengan apa yang Dia tidak bagi...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kan?

Kak Tinie-->Aminn Kak Tinie.. thanks..for the words..for the strength..for all...i do appreciate that. sayang semua...

niwtode said...

aku rasa seronok baca luahan hati ko kat sini. tak pernah pun terlintas kat hati nak kata, "ek eleh, itu pun nak cerita." huhu..

ada rasa seronok tak baca respon orang lain kat entry yang kita tulis kat blog? ada yg bagi semangat, ada yg bagi pendapat. ada yg tolong doakan sekali.. wah!!

ps: "Akan tetapi, layak ke Afida Anuar dikurnia kasih sayang seluas itu? Walau dalam mimpi cuma? ....." budak baik cam ko ni insyaAllah semua orang pun sayang. semua orang pon suka.

r.o.l. said...

Cik Puan Afida, sekadar syor: silalah baca blog Ummu Hani, tentang cerita beliau bertemu jodoh. Moga dapat pengajaran serta ilham. (Atau sudah pun baca?) :-)

http://ummuhani.com/?cat=33

Afida Anuar said...

Edot-->erkk..luahan hati?hehe..layan je la edot..entah tangan aku ni gatal je pi luahan sebegitu..huhu..erkk

tapi tu la yang aku terharu sangat2,seronok,gembira bila baca komen2 semua..ada yg bg pendapat,bg semangat,tlg doakan!!..ya Allah... buat aku jd kuat...buat aku jadi semangat nak tempuh apa jua...

Aminn Edot..aku harap mcm tu la, didakap kasih sayang semua orang, kalau tak kat dunia,dalam mimpi pun jadi la..hehe

Rol-->Cik lagi, Puan lagi..hehe.. saya anggap itu doa..belum baca lagi, tp selepas dapat suggestion dari rol baru saya baca.

SubhanaAllah, menitik air mata bila baca bab suami dia mendoakan dia.... lelaki yang didambakan setiap perempuan utk dijadikan pendamping hidup...saya tersentuh baca kisah ummu.. Sungguh jodoh dia amat mudah, alhamdulillah..

insyaAllah i'll keep reading her story..nice to know her.. Thanks rol..for this.

UstazCahaya said...

Salam pagi Jumaat yang berkat;-)

Sungguh indah bait-bait puisi itu. Saya tambah ya.

Mamandang langit biru, apakah awan masih berlagu.

Hati berlagu rindu, penuh harap menunggu.

Dalam debar diri jadi tidak menentu, menunggu janji-MU Tuhanku.

Apakah pasti setiap Adam sudah kau sediakan Hawanya.

Buat peneman hidup di dunia,
bersatu dalam hidup mengumpul bekal ke sana.

MaizaC'Joe said...

salam

emm.. semu nak mimpi indah.. moga sentiasa indah.. InsyaAllah.. maiza amenkan semuanya...

nahmy said...

semoga Allah permudahkan apa jua perancangan dlm hidup. doa & yakinlah pd-Nya...(nak ulas/komen lebih2 pun rasanya ulasan dr yg lain tu pun dah byk yg baik2..)

Afida Anuar said...

Ustaz Cahaya-->Salam malam jumaat..hehe, dah malam ni. Maaf ustaz, kat opis saya tak berblog..sbb semua kene block..huhu.

Woww, penambahan dr ustaz lagi mengindahkannya...terima kasih ustaz..

Maiza-->Aminn Maiza..terima kasih eh..

Nahmy-->hehe..terima kasih nahmy..ye ye. yg ni pun saya dah cukup hargai..terima kasih sekali lagi.

 

Browse