Terpaut Sunyi Yang Penuh Teka-Teki...

Wednesday, April 14, 2010
Bumi Mekah kami tinggalkan dengan hati yang amat berat. Sewaktu menunggu di dalam bas sebelum memulakan perjalanan ke Kota Madinah, ibu dan ayah sepi tanpa kata. Saya menurut rentak mereka. Ada rasa hiba dalam jiwa. Dalam fikiran kami duk berkira-kira, bila lagi kami dapat menjejakkan kaki di bumi yang pebuh barakah ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Waktu tu lagi sejam sebelum solat asar, Ustaz Mokhtar menjelaskan kami akan menunaikan solat asar qasar di perjalanan. Sementara menunggu beg-beg kami diangkut oleh pekerja hotel ke dalam bas, saya dapat melihat dengan jelas dari atas bas orang ramai berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat asar. Betapa cemburunya saya dengan mereka...kerana mereka masih berada di Kota Suci Mekah, sedangkan saya..bakal meninggalkan kota itu.

Namun kecemburuan saya tidak lama, bilamana mengingatkan sebuah lagi kota suci yang bakal saya kunjungi, hati saya jadi sedikit ceria. Akhirnya, selepas hampir 20 minit menunggu, bas mula bergerak menjauhi tanah haram. Kesempatan duduk di tepi tingkap saya gunakan sepenuhnya untuk menatap wajah tanah haram buat kali terakhir. Harap bukan yang terakhir dalam hidup saya, insyaAllah.

Semakin jauh bas berjalan, satu demi satu binaan bangunan tinggi tidak lagi kelihatan. Yang ada cuma bukit-bukit tanah yang kering di selaputi sedikit rumput-rumput keperangan. Di dalam bas, Ustaz Mokhtar ralik bercerita mengenai sejarah perpindahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Sambil mata asyik memerhati keajaiban bumi padang pasir, telinga saya cekap menangkap satu demi satu kisah yang diceritakan Ustaz Mokhtar.

Akhirnya Ustaz Mokhtar berhenti bercerita. Kami sudah sampai ke satu kawasan rehat, atau RnR. Ada masjid kecil di situ yang membolehkan kami menunaikan solat asar. Cuma... saya agak tersentak dengan keadaan tandas yang begitu kotor dan tidak terurus yang terletak berhampiran masjid. Ngomelan-gomelan sudah mula kedengaran dari ahli kumpulan kami. Saya tidak turut serta mengomel, cuma berusaha menahan nafas selama mungkin ketika di dalam, huhu..siksa..siksa.

Sayangkan, bab kebersihan tandas ni, negara Islam sendiri susah nak amal. Macam mana nak menjadi contoh terbaik seperti Baginda Rasulullah saw mengamalkan ajaran Islam dari segenap segi termasuk kebersihan?

Eh kisah perjalanan ke Kota Madinah belum habis,erkk...nanti la ada masa saya sambung, insyaAllah.

10 comments:

Pn Kartini said...

salam dear..:)
menghayati cerita di awalnya dengan sayu di hati...
dan di akhiran cerita membuat hilang kata2..aduhaii....

Faridrashidi said...

Salam,

Kerana umat Islam sudah tidak mengamalkan sunnah lagi. Kebersihan sangat di titik beratkan oleh Islam. Tetapi umat Islam sendiri yang degil.

Tirana said...

Dalam Islam dititik beratkan soal kebersihan tapi penganutnya selalu jadi pengotor... Compared dengan negara orang putih, walau di mana sekalipun tandas itu berada, ia tetap bersih atau sekurang-kurangnya tidak berbau.

Abd Razak said...

Salam...

Barangkali kita umat Islam ambil mudah dalam kebersihan tandas, asalkan boleh digunakan memadai.

Pada saya, tidak semuanya tandas di sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah tu berkeadaan daif, pernah singgah di suatu tempat keadaan tandasnya sangat cantik dan bersih.

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam akak..huhu.maafkan fida kerana begitu akhirnya..tapi awal2 hari tu memang ada niat nak buat entry pasal tandas di sana..tup tup entry ni yang keluar...

FaridRashidi-->Salam...setuju dengan ustaz farid. Umat islam terlalu ambil mudah hal yang disangka kecil ni.

Kak Tirana-->Betul tu kak tirana..nak mengubahnya waAllahualam.. harap2 dpt berubah suatu hari nnti..

ABdul Razak-->Salam..rezeki saudara dapat singgah di tandas yang cantik dan bersih.. kami pula sepanjang perjalanan dari Mekah ke Madinah, ada 2 tempat kami berhenti. Keadaan tandas tetap sama..even dari Madinah nak ke Jeddah pun serupa. Allah nak uji kami agaknya..

bidadari besi said...

salam ukhuwah ukhty..

bertuahnya, dlm usia muda sudah dipilihan utk menjadi tetamu rumah Allah s.w.t...

suka dgr...m'buatkan diri ini mahu saja terbang ke sana...(",)

tajnur said...

Assalamualaikum
Yalah, betul kata bidadari besi, bertuah Afida dpt pergi ke Baitullah walhal masih ramai yg tidak berpeluang kerana kurang kemampuan dari segi bekalan perjalanan mahupun tenaga. Ada juga golongan fakir yg Allah SWT sebutkan dlm AlQuran dlm Surah AlBaqarah: 272 telah ingin pergi ke jalan Allah tetapi tidak berupaya berpergian dan mrk lain menyangka ia seorg kaya walhal sedikit pun tidak mendesak2 meminta. Hanya org beriman saja mengenalinya dgn tanda2. Malah tercatat dlm Surah AtTaubah:92 Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). Wallahualam

Afida Anuar said...

BidadariBesi-->Salam ukhuwah ukhti..
Alhamdulillah..insyaAllah suatu hari nanti ukhti pun bakal dijemput ke sana... saya doakan..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Alhamdulillah Tajnur, syukur Allah kasi peluang yang agung ni. InsyaAllah suatu hari nanti Dia jemput kita semua pula ke sana untuk menunaikan ibadat haji...AMinnn...

Zamrud said...

Greetings from my heart

Afida Anuar said...

Me too...Salam singgah zamrud...

 

Browse